Sunday, 30 December 2012

Jom Berqasidah...

alhamdulillah..lebih kurang seminggu jugak stay di dungun baru2 nie..sambil2 membantu shbt2 dan adik2 pe y perlu..alhamdulillah belajar sesuatu yang baru..QASIDAH..may be ramai y pernah dengar..Wardah pn biasa dengar tp tak pernah tertarik..mcm marhaban ke..mmg x pernah minat..mgkin tak sesuai dgn jiwa la konon..tp baru2 nie first time dgr Qasidah..hati terus terpikat..indah sebutannya..tertarik hati..terasa tenang saat mendengar lantunannya..lantas hati terus jatuh cinta..so, untuk entry kali nie Wardah nak share qasidah pertama y Wardah pernah dengar selama hidup 24thn nie dan yang telah wat hati Wardah terpikat..sama2 hayatinya...



Wednesday, 19 December 2012

Damailah di sana...

15/12/2012...perginya seorang adik..sahabat..yang disayangi..disegani..Allahurobbi..siapa sangka perancangan Allah sedemikian rupa..
teringat 12/12/2012 gembira menerima berita kelahiran seorang mujahid..
13/12/2012 bersyukur saat menerima surat tawaran panggilan temuduga untuk meneruskan pengajian..
terbayang-bayang untuk bertemu shbt2 di s.alam..lantas beli tiket awl ke s.alam walaupun temuduga pada 17/12/2012..
14/12/2012 - melengkapkan segala dokumen dan beli tiket ke s.alam..tiket pukul 2.00 ptg 15/12/2012..rse gembira dan tak sabar nak bertemu dgn shbt2..
15/12/2012 - jam 10 pg menerima berita kemalangan shbt..hati beristighfar moga tiada y teruk berlaku..
                   - jam 12 tgh hr menerima berita shbt makin kritikal..memerlukan pembedahan..terdetik di hati , "Ya Allah selamatkanlah shbt2ku.."rse seperti tak sabar2 nak sampai ke s.alam..
                   - jam 2.30 ptg menaiki bas ke s.alam
                   - jam 5.30 ptg menerima khabar shbt kian kritikal..tinggal 25% shj peluang utk hidup..
                      "Ya Allah, tunjukkanlah keajaibanMu..jgnlah Kau mengambil nyawanya lagi.."
                   - jam 5.30 ptg bas baru memasuki KL. hati kian tidak keruan..terus beristigfar dan berdoa..terbayang2 kngan bersama arwah...teringat knangan arwah shbt y sebelum ini telah pergi dulu..jalan ceritanya hampir sama.."Ya Allah, jgnlah uji aku sekali lagi..kasihanilah keluarganya.." "Nusrah kne kuat..teruslah berjuang..akak nk jmpe nusrah.." :( 
hati mmg xsbr2 nk cpt sampai...msg shbt tanya die kt jauh lg..hati dh terasa seperti x sempatnk g hospital..shbt tue dengan yakin ckp sempat2..dlm hati tak putus2 berdoa agar sempat tiba..
                   - jam 6.13 ptg tiba di hentian bas klang...dpt msg "akak, kak nusrah dah kembali ke rahmatullah"..Allahurobbi..kau pergi jua sahabatku...al-fatihah disedekahkan..ku kuatkn hati agar tidak menitiskan air mata..hati terus beristighfar..sabarlah duhai hati..
                   - jam 6.40 ptg tiba di s.alam..menuju ke surau sementara menanti dijemput shbt lain..air mata tak dapat ditahan lg..terus mengalir laju...Ya Allah, cepatnya Kau ambil dia..
                   - jam 8.00 mlm tiba di hospital..terus ke bilik mayat..menatap wajah arwah..Ya Allah, sungguh dasyat sehingga tak dapat nk cam lagi..shbt2 memenuhi kawasan bilik mayat..
                  - jam 10.30 mlm...arwah dimandikan...dan dikafankan..alhamdulillah Allah kuatkn hatiku untuk bersama-sama membantu mengkafankan arwah..pertama kali dlm hidup ku terlibat dengan urusan mengkafankan mayat..saat mencium arwah utk kali terakhir..ku kuatkan hati.."semoga kamu tenang di sana sahabatku.." suasana sedih terus menyelubungi kawasan bilik mayat terutama bila melihat si ibu cukup tabah menerima kehilangan..kata2 terakhir dr mak saudara arwah..agar diampunkn sgl kesalahan arwah..memklumkn andai ada hutang..kata2 y xmmpu kulupakan "hari nie jela boleh tgk die..esok die xde dh.." Ya Allah..air mata kian mengalir laju...tp diri sedar kne kuat...ini y terbaik utk die..

16/12/2012 - tepat jam 10.30 pg arwah selamat dikebumikan...ramai shbt2 y turut bersama2..pergilah sahabatku...kau pergi dlm keadaan diri masih berjuang..semoga dirimu tergolong di kalangan hamba2Nya y soleh.."

sedikit perkongsian bait2 terakhir beliau 

Biar sesakit mana hati dilukai,
Biar sebenci mana kebencian diberikan,
Biar sekuat mana tuduhan dilemparkan,
Biar sebanyak mana kata-kata dusta diberikan.

~ Hati ini tetap tegar berkata niatku adalah kerana Allah semata-mata dalam memberikan tiap-tiap satu perkerjaanku dan matlamatku adalah untuk syurga bersama mereka ~ 


Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dirimu sahabat...semoga damailah dirimu di sana..kngn bersama takkn dilupakan..dirimu seorang sahabat y baik..maaflah andai diri ini masih tak mampu lg utk membendung kesedihan atas pemergianmu..insyaAllah diri ini cuba redha tp ada ketikanya saat membaca status shbt2 di fb..hati ini kian terusik lg...dirimu insan yang hebat..pemergianmu bkn sia2..perjuangan yang ditinggalkan tidak akan kami persiakan..kami akan teruskan walau dlm kesedihan...al-fatihah...

Saturday, 24 November 2012

Rinduku padamu..

Karya 25/11/2010...teristimewa buat insan yang bertahta di hati dan selalu dirindui..


Ya Allah...
aku merindui insan ini
terlalu merinduinya
sehingga tiada kata2 y mampu ku lontarkan..
 
Namun aku bimbang ya Allah
aku bimbang andai rindu ini
melebihi dr rinduku pd Mu ya Allah
aku bimbang andai kasihku ini
membuat aku lupa pdMu
dan aku plg bimbang
andai ia jua turut terkesan di hatinya..
 
Tiada apa y kuharapkan dlm ikatan jalinan ukhwah ini
semata2 hanya untuk redhaMu..
izinkan rindu kami bertaut dlm kasihMu
jgn Kau biarkan hati2 kami
hanyut dgn perasaan kami sndr
sehingga kami melupakanMu Ya Allah..
 
Aku serahkan dia dlm penjagaanMu
krn aku tau aku xkn mmpu menjga dia
krn aku tau aku xkn selamanya bersama dia
krn hanya Kau yang selayaknya mmberi y terbaik utknya..
 
Walau rindu dan sygku tidak terhitung
walau kenangan itu sering bertandang
moga segalanya membawa aku kembali kpdMu
moga segalanya membuat aku semakin syukur kepadaMu..
 
Ya Allah..
sungguh aku bersyukur di atas nikmatMu ini..
Kau pertemukan aku dgnnya
Kau semaikan ksh syg antara kami
Kini Kau takdirkn perpisahan di antara kami
walaupun berat tp aku redha ya Allah
hanya Kau y mengetahui y terbaik tuk kami..
 
Andai ditakdirkn dia kian jauh drku
Kau kuatknlah hatiku agr ttp redha
Kau berilah y terbaik dlm urusan hidupnya
dan Kau mudahknlh sgl2nya
berilah dia nikmat kesihatan yang sempurna
dan Kau berilah kekuatan tuk dia menempuh sgl ujian
agar aku kn sentiasa melihat bibirnya tersenyum..
 
YaAllah
kekalkan dan eratkanlah ukhwah antara kami
andai tidak kekal di dunia..
biarlah bertemu di alam y lebih abadi...
amin..

 REALLY MISS U....SARS...

kepada adik tersayang

Assalamulaikum..yang nie pulak hasil karya pada 24/10/2010..khas untuk mereka yang pernah hadir dalam hidupku..de beberapa org sbg sumber inspirasi..



Saat ku terasa keseorangan
Allah pertemukan dia dlm hdupku
Saat ku terasa kerinduan
Allah wujudkn kngan itu dlm dirinya
Saat ku terasa kesepian
Allah hadirkan dia di sisiku

Sungguh aku bersyukur atas pertemuan ini
tiap butir patah katanya
membuatkn aku sentiasa senang bersamanya

Saat dia berduka
aku rasa terluka
Saat dia gembira
aku rasa bahagia

Namun tiap kasih syg itu pasti diuji
adakala ujian y dtg
xmampu ditangani
adakala rasa itu disulami dgn cemburu y x menentu..

Walaupun dekat, terasa jauh
walau rindu, x mmpu terungkap
mgkin PERPISAHAN menjadi penyebab
lantaran diri xmampu nk hadap..

Mengapakah sukar menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkn syg
kasih y tersimpan hanya sekadar tingkah
hanya bicara kebisuan y melindungkan segala rahsia..


~semoga ikatan ini terus tersimpul kemas hingga ke akhir hayat...satu lafaz y sukar terucap di bibir...
 "SYG AS RINDU SELALU (SARS)..."

thanx n sorry 4 everything...

buat kakakku tersayang

Assalamualaikum..ari nie bosan2 rse rindu pada seseorang..mengimbau memori silam..baca semua email2..akhirnya terjumpa lah puisi nie..tak tahulah direka sendiri atau diadaptasi..tp nk semadikan dalam blog nie sbg tanda ingatan..dikirim pd 15/10/2010..dah 2 thn dh..bru bce blik...


BUAT KAKAK KU YANG DISAYANGI....

Salamun'alaiQ,
KE HADAPAN KAKAK KU,
Sekian lama telah ku nanti saat ini,
Sabar dan redha menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu,

KAKAK KU,
ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini,
Namun sering kali ku terbenam 
dalam kekalutan dan keresahan 
kerana sesungguhnya kau akan megerti nanti,

KAKAK KU,
Harapanku agar kau bahagia selalu,
doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,

KAKAK KU,
maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,
Dalam mencari bening-bening taQwa,
Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,
Mencari identiti diri,

KAKAK KU,
Ketahuilah,aku masih setia disini,
Menanti ...
Dan menunggu saat dan waktu 
untuk bersama kita tarbiyah dan fahami 
erti sebuah perjuangan yang menuju cinta haQiQi dan Abadi,

Pintaku,
Teruskan perjuangan,
Jangan sesakali kau berhenti,
IstiQamahlah dan tegarlah
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.

Akhirnya,
Saat yang ku pasti nanti tiba jua,
Walaupun kini tak seindah dulu,
tapi ku bersyukur,
kerana penghujungnya,impian dan mimpiku 
menjadi kenyataan dan ketahuilah, 
keyakinanku tak pernah pudar..

Salam ukhwahfillah buatmu KAKAK KU,

Gerakkan langkahmu bersama,
 Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena  perjuangan suci ini,

Semoga ukhwah kita kekal sampai syurga....
Semoga Lafaz Yang tersimpan masih kekal selamanya...
Ucapan 
"SARS" masih menjadi ingatan...

"jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."

IKHLAS DARI ADIKMU...
IBTISAM

Friday, 23 November 2012

Buat pemilik tulang rusukku..

Assalamualaikum..post kali nie tidaklah membawa maksud apa2..sekadar tertarik dengan post seseorang yang mungkin refleks pd diri sendiri juga...puisi nie Wardah copy dr blog http://cintayangbertahmid.blogspot.com


Buat pemilik tulang rusuk ini,
Aku tidak tahu siapakah engkau yang sebenarnya,
Aku juga tidak tahu di manakah engkau berada,
Mungkin kau ialah orang yang aku cintai,
Atau mungkin bukan orang yang aku sukai,
Juga mungkin kau ialah orang yang belum lagi aku temui saat ini,
Juga mungkin kau ialah sahabat-sahabat seperjuanganku yang telah lama aku kenal di bumi ini.

Buat pemilik tulang rusuk ini,
Janganlah kau berkecil hati...
Jika saat sebelum menjadi halal aku terlalu kejam kepadamu,
Janganlah kau berputus asa terhadap diri ini...
Andai aku terlalu kasar dalam menjaga hatimu,
Janganlah kau memalingkan diri andai aku terlalu syadid dalam menjaga ikhtilatku,
Kerana sememangnya aku telah berjanji,
Dengan Tuhanku yang Maha Mengasihani,
Bahawa biarkan aku kejam terhadap ajnabi,
Yang belum tentu halal buat diri ini,
Namun setulus hati aku memperhambakan diri,
Buat seorang insan bernama suami.

Buat pemilik tulang rusuk ini,
Aku menunggumu dengan cara baik,
Pinanglah aku dengan cara yang terbaik,
Aku menanti dirmu,
Menemui waliku terlebih dahulu,
Bukan menggodaku dengan cara yang tidak menentu,
Dengan izin Tuhanku,
Tentunya aku menerima dirimu,
Dengan hati yang terharu,
Menjadikan dikau suri di hati,
Menjagamu dengan rapi,
Sehingga akhir hayatku,
Ajalku datang menjemputku.

p/s : kerana segalanya masih menjadi rahsia Allah..maka ku kuatkn hati dan pendamkan rasa..moga Allah pertemukanku dengan insan yang sebenarnya memahami diri ini..sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui isi hatiku..maaf buat insan2 yang pernah terluka krn penolakan diri..ku yakin bila tiba masanya nanti Allah akan permudahkan segalanya..insyaAllah..walau siapa pun dirimu, aku redha...

Friday, 9 November 2012

Result diploma UITM

Assalamualaikum..akhirnya hari nie tiba jua..hari yang mendebarkan bkn setakat untuk pelajar tp juga tenaga pengajar..yelah nak tgk camne reaksi pelajar2 nie time result yang dieorg dapat..sem nie agagk nervous jugak lah..sbb rapat ngan dieorg..tp xramai sangat yang leh perforrm..alhamdulillah ramai yang menerima dengan hati yang terbuka..yang terpaksa repeat tue nak wat camne..mungkin ujian dri Allah..mmg byklah msg dr student2 nie yang ucap time kasih..minta tlg doakan..pe2 pun Wardah ttp berbangga dgn dieorg nie..xkisahlah cemerlang atau tidak yang penting dieorg berusaha dan Wardah bersama2 mereka..alhamdulillah ramai gak yang clear paper..y sibuk taknak amik paper finance dl pn clear paper..alhamdulillah x sia2 paksa dieorg blajar dgn senior..alhamdulillah kptsn tidak menghampakan..pe2 pun Wardah ttp doakan kejayaan dieorg..sebenarnya pjg lg nak cite nie tp x bpe chat sgt..ckuplah sekadar berkongsi sedikit kegembiraan dan kejayaan pelajar di sini..alhamdulillah terima kasih Allah krrn anugerahkan mereka kpdku..moga mereka menjadi insan yang berguna..amin..

Wednesday, 7 November 2012

Taklifan...

Taklifan...jawatan..pangkat..bukanlah suatu perkara yang untuk dibangga-banggakan..bukan untuk menunjuk kita hebat dengan kuasa yang ada...tapi satu amanah..bebanan yang cukup besar...tanggungjawab yang akan dipersoalkan satu masa nanti..bagaimanakah kita melaksanakannya???..sempurnakah amanah yang telah diberi???..adakah kita telah memberikan yang terbaik untuk melaksanakannya???...

"Taklifan bukanlah untuk dipinta tapi tidak boleh untuk ditolak"  teringat kata2 dari seorang senior yang cukup Wardah kagumi..dulu waktu sekolah Wardah tidak pernah terfikir tentang betapa besar amanah sesuatu taklifan..Wardah cuba ambil sebanyak yang boleh krn Wardah rasa Wardah mampu memikulnya..tapi bilamana berda di peringkat universiti, Wardah disedarkan setiap taklifan bukanlah sekadar untuk main2 atau hanya kerana minat memimpin..tapi amanah yang cukup berat..hingga tiba satu saat Wardah terfikir diri ini sebenarnya tidak layak untuk memikul tanggungjawab sebegitu.."sekiranya sesuatu taklifan terletak di atas bahumu maka ia adalah selayaknya dan mampu untuk kamu pikul..sekiranya kamu melepaskan ia dan ia dipikul oleh orang yang tidak sepatutnya, maka kamu turut sama menanggung dosanya...terimalah demi Islam..krn kamu orang yang memahami.." Itulah kata2 yang dilfazkan oleh seniorku di saat diri ngin melepaskan tanggungjawab..alhamdulillah dengan bimbingan sahabat2 dan kakak2 ketika itu Wardah mampu harungi peritnya memegang sebuah taklifan sehingga ke akhirnya.."abang xsabar menanti kamu di s.alam..menyambung perjuangan di sini.." kata2 yang cukup menakutkan sehingga diri merasakan ingin lari dari menerima taklifan lg..scr drastik mengambil keputusan menukar jurusan yang disayangi sehingga tercampak ke suatu daerah yang tidak dikenali..

Tapi cukup cantik perancangan Allah..larilah walau ke mana pun andai diri telah dipilih..akan tetap diuji..menerima taklifan yang tidak terduga dalam masa diri masih baru bertatih di dunia tarbiyyah..mengalir air mata..terbang segala semangat..sekali lagi diri ingin lari tp terhenti di saat mendengarkan kata2 seorang sahabat "ini keputusan syura bukan lah keputusan peribadi..nti kne wala'.." menerima dengan hati yang berat..cuba memberi yang terbaik..tapi tiap kali itu jugak diri banyak terjatuh..kembali ke bumi jengka seketika bertemu sahabat sebagai penguat rasa..alhamdulillah dikuatkan rasa hingga 3 semester..tatkala hati telah tidak mampu lagi mohon izin untuk mengundur diri..biarlah tiada siapa yang tahu realiti sebenar..dan telah kusiapkan barisan pelapis untuk meneruskan perjuangan..alhamdulillah ku mampu tersenyum mereka jauh lebih hebat..ku perhatikan terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang ku tinggalkan..dan itulah rasa penyesalan yang cukup tinggi di dalam hati..andai mereka mengerti...

Berakhir sudah tiga tahun pengajian alhamdulillah ditakdirkan diri ke bumi Cendering..satu tempat yang Wardah kira mungkin boleh disumbangkan sesuatu untuk mengurangkan rasa kekesalan di hati..alhamdulillah mampu menyumbang sedikit dan meninggalkan barisan pelapis yang mampu meneruskan perjuangan..sekali lagi diri diuji dengan taklifan..biarpun tidaklah seberat yang lain..tetap menitis lagi air mata ini..Ya Allah, moga Kau permudahkan segalanya.."ana jugak tidak meraasa kuat..ana jugak tidak merasakan selayaknya..ana sedar ia berat..tapi bilamana ana mengetahui sahabat2 yang bakal membantu ana adalah dari mereka2 yang hebat..orang2 yang ana kenal..orang-orang yang ana yakin komitmennya..ana jadi kuat..jadi tetaplah kekal bersama ana krn taklifan ini bkn dipinta tp kt dipinta untuk membangunkan dan memantapkan kembali organisasi ini..teruslah bersama ana membantu organisasi ini insyaAllah.." berdesup ke lubuk hati tatkala mendengar bicara si Pengerusi..dalam hati masih tertanya2 layakkah diri ini???..Ya Allah kuatkan aku untuk sama2 membantu sahabatku..semoga ada hikmah di atas taklifan ini...

Hari ini...tepat jam 1.50 petang..satu sms diterima..dengan lfz assalamualaikum ukht diharp bersama2 membantu kami dlm majlis syura..Allahurabbi..di saat Wardah mersakan ingin jauh dari jemaah ini semakin Kau dekatkan diri ini kpdnya..dgn fikiran yang tidak rasional sms trus dibalas dengan persoalan "nape diri ini???"..Pada Allah jua diri memohon ketenangan..ayat2 cinta dibuka dan dibaca..rsa ketenangan meresap ke dalam jiwa..teringat semua knangan di saat diri memegang taklifan..pasti masih ada yang belum beres krn itu diri masih diuji..dengan salam kemaafan sms dihantar semula menerima taklifan seadanya..sekiranya inilah yang terbaik diri mohon agar terus diberi petunjuk..

Melihat kembali kepada diri..siapalah diri ini..apakah kehebatan diri ini..sedangkan perjuangan sebenar pun kian lama ditinggalkan...adakah ini makna untuk diri terus kembali..mengobarkan api perjuangan yang kian terpadam...kualiti bermula dari dalam diri...anda mampu sebenarnya..kata2 perangsang dari sahabat suatu ketika dulu kian terngiang-ngiang di telinga seolah2 baru semalam mendengarkannya..

Ya Allah hanya Engkau yang mengetahui apa yang tersirat di hati..hanya Engkau yang mengetahui kemampuanku..aku bermohon petunjuk dariMu..moga inilah yang terbaik untukku..yang mampu membawa aku untuk mendekatiMu..yang menjauhkan aku dari kelalaian dn perbuatan yang sia-sia..amin...

Sesungguhnya taklifan itu adalah amanah yang perlu kita laksanakan..kecil atau besar ada peranan yang tersendiri..ikhlaskan niat dan bantulah sehabis baik..insyaAllah jika semalam Allah menolongmu, pasti hari ini dan seterusnya Dia tetap akan membantumu..yakinlah dengan pertolongan Allah krn janji Allah itu pasti..sme2 muhasabah diri..

Monday, 5 November 2012

daging...ohh..daging..

Asssalamualaikum..hari nie kita bercerita pasal daging plak yer..hehehhe....baru beberapa hari duk umah nie..tahap kebosanan makin meningkat la kn..maklumlah orang yang jenis aktif mcm Wardah nie n memang tak biasa duduk rumah mula la mati kutu bila duk umah lama2 nie..hehehhe..

Nak tahu pe yang Wardah buat???...hehehe..ari tue buka je peti ais kat umah tengok punyalah banyak daging korban ari tue..walaupun raya haji dah lama berlalu..maklumlah rumah nie pun bkn de orang ssangat...mak Wardah mmg tak makan daging..so mmg payah la nk tgk dia masak daging..lain la dengan anak die yang sorang niee..pantang gak..pantang nampak daging..nak suh mak masak kesian la plak..so kje nye surf internet cari resepi2 daging yang Wardah suka makan..

Nak beli kat luar mahal n Wardah nie plak agak kedekut dan berkira terutama bab2 makanan nie..rse krg berbaloi nk bli mknn mahal2..so, resepi pertama yang Wardah cuba and dah lama sangat nak makan..daging masak black pepper..heheheh...mmg bese jer..tp Wardah xpernah g jmp org masak (kt kedai mungkin de kot) daging black pepper nie mcm yang Wardah makan kt jengka dl..ari tue pernah minta kawan masakkan daging black pepper nie tp cre die masak lain..so, dh cbe resepi nie jd buatlah..alhamdulillah..delicious..(bkn puji mskn sendiri..kenyataan..dieorang sume ckp..heheheh)..

berjaya dengan respi pertama..mula la rajin nk masak lagi..kali nie masak daging masak merah plak..senang jer masak nie..tapi nak tau jugak nape org kt kedai tue jual warna daging tuue wne merah..rupenya letak pewarna..tak terfikir la plak..yang nie agak sedih ckit la..rase sedap tp sebab warnanya merah..adik2 takut nak makan sebab nampak macam daging mentah..aduih..agak sedih la kne habskn sendiri..nasib baik kakak n abang balik kampung...so dieorg makan jugak..hehehhe..

hari keempat (sebab hari ketiga makan kenduri..hehehhe)..demi memenuhi citarasa adik perempuan yang sorang nie..masakah jugak daging masak kicap..(xmencabar langsung..tp demi adik tersayang masak jugaklah..)..time nie mmg best la..sbb habis lauk yang dimasak Wardah pun x puas makan..hehehe..sungguh enak dimakan begitu saja..heheheh..

Last day memasak lauk daging sbb bekkalan dah nak habis..mmg teringin lah sangat nak makan masak lemak cili api daging salai..tanya mak tapi mak tak tau..kne la search dkt internet..mknn org n9 nieh..hehehe..sgt la leceh prosess msk tue..sbb nk salai dl daging tue..mmg lme jgkla nk cyap..tup2 ble dh cyap alahai silap isi daun plak...nk gne daun kunyit tp g letak daun lengkuas..mmg malu sgt la..cyap kne cramah lg dgn ayah..mak yang tak bersalah pun dikaitkn..ish3..slh sendiri jugak sebab tak bertanya..masakan nie habis jer tp rsenya x sedap sngat mcm yang Wardah pernah makan dl..tp xpela..first trial..silap bhn plak tue..so dimaafkan la..hehhehee..

So, itulah al-kisah ceritanya Wardah sepanjang musim cuti nie..duk masak lauk tengah hari jela..hari2 masak daging..heheheh..nasib la ayah x komen pe2...adik2 pun mmg suka makan daging..alhamdulillah dptlh improvekn skill msk Wardah nie..lme sgt dh x duk dapur..nie kalo adik tersayang bace nie mesti gelak habis..hahahah..tp xpela nk wat camne dpt kakak gni,kn..u tue chef lain la...hehehe..tbe2 melibatkn insan yang tak bersalah plak..huhuhu..sje..rindu..huhuhu..kla, stop la..skian sje cte pd hari nie..tamat sudah... :)

Thursday, 1 November 2012

31 OKTOBER 2012...


311012……berakhir sudah karier Wardah sebagai seorang pensyarah..rasa kejap sangat..tp dah setahun rupanya Wardah menyumbang bakti dan tenaga di samping menimba pelbagai ilmu dan pengalaman berguna di bumi Chendering..tiba saatnya untuk Wardah mengucapkan selamat tinggal kpd semua teman2 dan pelajar-pelajar tersayang. Alhamdulillah semester nie rasa sangat dihargai mungkin krn semester yang terakhir…byk jugak kejutan dari pelajar2 nie termasuk adik2 usrah tersayang…banyak sangat dapat hadiah yang tak disangka-sangka sampai de kwn2 y jeles gak..heheh…pe2 pun terima kasih banyak2 kpd yang sudi bg hadiah…wat majlis farewell lg…walaupun Wardah xpernah impikan atau harapkan semua nie tp Alhamdulillah Wardah bersyukur sangat2 dan sangat menghargainya..terima kasih semua krn memberikan kenangan terindah dalam hidup Wardah..
Mengimbas kembali kenangan buka semester nie..Wardah tahu Wardah kne lebih berdikari..kehilangan sahabat yang banyak membantu pada semester lepas membuatkan Wardah tahu Wardah kne usha lebih lagi..alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan Wardah..dikurniakan adik2 usrah yang komited memberi ruang dan peluang untuk Wardaah memperbaiki diri sendiri dan menguatkan hati Wardah untuk meninggalkan sesuatu sebelum ambil keputusan untuk berhenti..
Kehadiran pelajar2 yang pelbagai ragam pada awalnya..alhamdulillah dapat diatasi dan Wardah merasakan semester ini Wardah lebih rapat dengan pelajar2 meskipun pada peringkat awalnya Wardah merasakan mereka adalah cabaran yang hebat tp Alhamdulillah dengan sikap positif dan sentiasa yakin kepada Allah, Wardah dapat mengatasinya dan menerima mereka dengan baik..mungkin juga krn sem nie Wardah diberi peluang ntuk mengadakan tiga projek dan bersama-sama dengan mereka menjadikan kami makin rapat..betullah kata orang kt kne at least bermusafir dengan seseorang selama satu hari barulah kt akan memahami mereka..alhamdulillah bersyukur krn masih mampu menjadi pendengar masalah para pelajar dan berusaha untuk membantu mereka..
Semua pengalaman nie Wardah akan sentiasa kenang samai bila2…walaupun sem nie byk menguji jugak tp sem nie jgk lah yang membuatkan Wardah sedar diri dan tahu sgl kelemahan Wardah..mungkin Wardah banyak leka dan Wardah harap keputusan untuk berhenti ini adalah keputusan yang tepat..ramai yang bertanya kenapa sekarang sedangkn peluang masih terbuka..tapi banyak sebab yang menguatkan keputusan Wardah ini..kpd teman2 cukuplah sekadar memberi alasan untuk menyambung pelajaran meskipun ada alasan yang lebih dari itu..tapi nk jelas panjang2 pn tak guna..cukuplah sekadar Wardah mengetahui..berat rasa nak tinggalkan tempat ini tapi Wardah kuatkn hati juga mengharapkan inilah yang terbaik..
Alhamdulillah tepat 3.30 petang saatnya mengucapkan selamat tinggal kepada Warga Chendering dn untuk pertama kalinya memandu sendiri ke kuantan..tp yang lebih tepatnya follow ayah yang bawa motor Wardah..alhamdulillah sampai agak lewat hampir pukul 9malam..banyak sangat persinggahan..hehhehe..pe2 pun yang penting selamat sampai..selepas nie akan mengharungi hari2 yang membosankan kot..so, juz wait n see pe yang akan wat sepanjang cuti 4 bulan nie..hmmm… 

Tuesday, 30 October 2012

Dia seorang daie....

Assalamualaikum..lme tak menjengah blog nie..curi masa kejap nak share something dr seorang sahabta..rugi plak rasa kalo x share..moga bermanfaat dan sebagai muhasabah diri bersama insyaAllah..

Dia seorang daie,
Dia mengaku ahli gerakan islam PAS,
Dia suka berdakwah dimana-mana,
rakan-rakannya ramai,
ramai yang mengagumi dia,
ramai juga yang ingin mencontohi dia.
Kata-katanya puitis,
kata-katanya mengusik hati,
Pastinya dia mengetahui dimana kekuatannya,
Dan dia menggunakan sepenuhnya kekuatannya itu.

Sampai masa,
Umurnya bertambah,
langkahnya juga harus turut panjang.

dan satu soalan pun menyinggah,
pastinya kau nanti menjadi pulau yang subur disana nanti?
Kau akan berpisah dengan teman-temanmu disini,
memperoleh kekuatan yang baru disana..

"Tengoklah andai ia menjadi"

.......

"kagumnya dengan ilmu yang dia ada, hebat! aku harapkan aku juga seperti dia, ilmu agamanya mengagumkan!"

"wah, beruntungnya dia dimurahkan rezeki kahwin awal, dapat pula mujahid agama! aku harapkan pasanganku nanti turut yang bersama-sama dlm jalan perjuangan ini!"

::_________________________________________::

PANGGILAN JIHAD! HARAP SEMUA HADIR SEGERA!

---insyaAllah hadir.
---em, tengok dulu, rasa macam ada hal.
---=)...

Dimana dia? bukankah katanya INSYAALLAH hadir?
Dimana dia? bukankah telah bersetuju untuk membantu?
Ada sesiapa boleh tolong back-up kerja dia?

::__________________________________________::

maaf, ana meminta maaf pd kalian,
kata-katamu tentang indahnya perkahwinan baitul muslim itu sangat indah,
membuatkan ana pun turut tidak sabar-sabar menyahut seruan Imam Hassan itu, demi menyempurnakan sebuah daulah islam.
kata-katamu tentang indahnya ukhwah itu, membuatkan ana rasa cemburu dengan ukhwah yang dikecapi ntum.
ajakanmu tentang bahagia, hati dan perasaan, apatah lagi tentang ibadah2 sunat amat-amat membuatkan ana berasa sangat rendah diri dengan kekurangan diri..

namun,
ana minta maaf,
ana rasa, nta/nti/ntunna/ntumma/ntum
telah tertipu dengan diri sendiri.

amat-amatlah mengecewakan diri ni bila mendengarkan,
"tengoklah nanti, taktau nak gerak kat mane, xplan lagi. tak taula xtif ke x."
apatah lagi
"oh, boleh, xde hal, panggil je!"

bila dipanggil...?

ntum tertipu dengan momen-momen manis ketika dikampus bersama-sama sahabat-sahabat. momen-momen manis, yang tanpa sedar diwaktu itu ntum sebenarnya tenggelam dgn kehebatan diri sendiri. TANPA SEDAR.

takpe xplan lagi kalau baru ditahun kedua,
takpe juga xplan lagi kemana kaki hendak melangkah bila masuk tahun ketiga sem 1,
takpe juga, boleh dimaafkan lagi andai tiada lagi perancangan di akhir sem itu...

takpe, takpe dan takpe!

cuma ana minta maaf,
bila ntum sebut lagi pasal kahwin- ntum GATAL.
Bila ntum sebut tentang ukhwah- ntum SAMA SAHAJA dengan jemaah islam yang lain yang tidak memakai jalan politik sebagai jalan utama menegakkan daulah islam!

maaf, ana minta maaf.
tiada lagi rasa kagum dan cemburu padamu.
kau hanya hebat bila bersama rakan-rakanmu sahaja.
maaf, ana tersalah letak rasa cemburu pd dirimu yg seperti memahami agama secara keseluruhannya, yang sebenarnya, TIDAK PUN.

Bilamana disebut tentang gerak kerja kawasan/luar,
ntum seperti lost, buat-buat tak tau, diam seperti setuju kemudian hilang, bertindak menjauhkan diri dari soalan itu.

ana mohon, tolong persiapkan diri bila diri bakal bergelar graduan siswazah
AHLI GERAKAN TARBIYAH KAMPUS.

Friday, 5 October 2012

Doa Menjawab Soalan Peperiksaan

 Assalamulaikum...dah masuk musim exam nie..byk plak doa nak share yer..nie pun jumpa dlm blog orang lain..selamat beramal.. :)
Selawat untuk menguatkan hafalan:
Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah selawat, keselamatan dan barakah kepada junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w. cahaya yang menghilangkan lupa dengan cahayanya itu dalam setiap kerlipan mata dan setiap hembusan nafas, sebanyak apa-apa yang diketahui Allah.
Doa ketika masuk dewan peperiksaan

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
Doa Menerima Kertas Soalan


Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Doa ketika sukar menjawab soalan

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Doa Jika Anda Terlupa Jawapan

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku"
 
 

Doa untuk peperiksaan..

Alhamdulillah..semeter ini sudah hampir sampai ke penghujungnya..saat ini kebanyakan students termasuk student ku pasti bertungkus lumus cbe untuk menghadam segala ilmu yang dipelajari sepanjang semester ini..hanya doa y mampu ku kirimkan agar mereka semua mampu memperoleh kejayaan cemerlang..sedikit tips yang sering diamalkan sewaktu diri bergelar seorang pelajar dl..mudah2an dapat manfaat bersama.insyaAllah..

"mulakan langkah dengan bismillah..keluar rumah dengan kaki kanan..perbanyakkan baca ayatul kursi..masuk dewan dengan lafaz bismillah dan langkah kaki kanan..dpt soalan baca surah al-insyirah moga diberi ketenangan..kalo lupa selawat byk2..mulakan tulisan dengan yakin kpd Allah dan niat untuk cemerlang demi Islam..lepas pengawas amik kertas jawapan, ucaplah alhamdulillah samada leh jawab atau tidak.. jgn lupa jg amalkan doa nie “Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

~semoga lecturer yang menanda murah bg markah :)~

Selain tue Wardah pun nak share beberapa doa yang Wardah rasa sesuai diamalkan oleh kita..semua doa nie Wardah dapat dr blog orang lain tp xngat dh amik kt blog mne..k, slmt beramal..:)
DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -

dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada 
wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
SELAMAT BERAMAL!!! SEMOGA ALLH PERMUDAHKAN URUSAN ANDA SEMUA...

TRY YOUR BEST, DO THE BEST, BE THE BEST AND LET ALLAH DO THE REST!!! :)



Friday, 28 September 2012

Allah sayangkn kita..

Kehidupan banyak mengajar kita tentang sesuatu..adakala kita rasa sangat bersemangat dan menghargai kehidupan yang kita ada dan de mase kita kt lemah semangat dan berputus asa..kita ingin meninggalkan segala-galanya sedangkan kita lupa semua itu adalah pengalaman dalm hidup kita..pahit manis..suka duka..yang kt tempuh membuat kt sedar siapa kt y sebenarnya..membuat kt lebih mengenali insan-insan di sekeliling kt..membuatkan kt lebih tabah dan matang dalam menjalani kehidupan seharian..betullah kata orang..setiap y berlaku pasti ada hikmahnya...seperti mana firman Allah s.w.t yang berbunyi,

"... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya..."
(Al-Baqarah : ayat 216)

Meskipun kita melihat kpd sirah iaitu sebab ayat ini diturunkan adalah untuk menyeru umat Islam supaya pergi berperang tp kt boleh ambil ayat nie sbg satu motivasi untuk kt sentiasa redha dengan stiap kejadian yang berlaku..sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu..sebab itulah setiap apa yang terjadi..ujian atau nikmat yang kt terima, kt diminta untuk sama2 berfikir akan kurniaanNya dan sentiasa bersyukur..Allah juga menyebut dalam surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3 yang bermaksud :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta...."

Maksudnya di sini Allah akan sentiasa menguji hamba-hambaNya tidak kiralah samada dalam bentuk ujian yang menyusahkan atau nikmat yang membebankan..kt selalu mendengar orang2 berkata "tiap ujian yang ditimpa kepada kamu adalah krn Allah itu sayang kepadamu.." Kita yang mengalami ujian nie selalu jer menyangkal dengan berkata.."die xkne leh la suh aku bersabar dan sebagainya..ce kne ke die tgk leh sabar ke tidak.." Biasa kn kt jumpa komen2 seperti ini..tp itulah hakikatnya..takkanlah kt sentiasa nak mengeluh dan bersedih tiap kali didatangi ujian..alhamdulillah Allah masih kurniakan kt shbt untuk menasihati dan memberi ketenangan kepada kita..bknlah bermaksud kt tidak boleh bersedih langsung di saat kt diuji..Wardah sendiri pun sentiasa berduka dan merintih tiap kali diuji tp yakinlah janji Allah itu pasti dan setiap kata2 Allah itu benar...Sesungguhnya Allah menguji kita krn Dia rindu untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya..telah menjadi fitrah kita yang selalu lupa untuk bersyukur setelah diberi nikmat dan akan kembali kpd Allah bilaman diberi ujian..Dan Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya melebihi kemampuan mereka seperti mana dalam firmanNya yang bermaksud,

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. "

(Al-Baqarah : ayat 286)

Betapa sayangnya Allah kpd kita tapi kt yang jarang2 melihat atau berfikir...jadi kesimpulannya, apa2 yang berlaku dalam kehidupan kt, redhalah dan kembalikan kpdNya..Wardah faham bukan senang untuk kt redha akan sesuatu tp kt boleh berusaha....sentiasalah mengadu kpd Yang Maha Pendengar dan letakkanlah penggantungan yang tinggi kpd Allah Yang Maha Mengatur...Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Dialah sebaik2 perancang...Alhamdulillah untuk segala yang telah Kau berikan kepadaku...


Sunday, 23 September 2012

Rindu itu bukan Milikku..

Assalamualaikum..tgk gambar di ats..jeng..jeng..apakah mksd y ingin disampaikan??..xde pe2 pn sbnrnya..dah lama tidak menjelajah ke blog2 orang..hari nie spend masa ckit tgk blog2 org..terjumpa satu kisah menarik..mungkin lebih untuk refleks kpd diri sendiri yang kian terleka..asalnya ingat leh copy citer tue.. tp xleh rupenya...so, leh la bce sendiri di page nie http://pejuangcinta93.blogspot.com/2012/05/rindu-itu-bukan-milikku.html...

Sekadar sedikit perkongsian kata2 dr blogger tersebut..

"sebenarnya kt mampu hidup tanpa orang yang sayangkan kt tp kt tak mampu hidup tanpa Allah sayangkan kita..sehingga hari ini Allah masih sayangkan kita dan menunggu kt untuk rindu kpdNya..."

 Sedar tak sedar kadang-kala kt byk tersilap langkah dalam meniti kehidupan..lagi2 soal hati dan perasaan..kt sangka kt telah menjaga sesuatu hubungan tapi kt x sedar y ia melalaikan...refleks pd diri sendiri kdg2 rasa menyesal sangat bila kehadiran kt melalaikan hidup seseorang...kt terlalu mengejar cinta manusia sedangkan kt lupa pada cinta Allah..sedangkan hati kerap kali meyakini bahawa jodoh itu telah ditetapkan Allah..tp hati seringkali merindui pada insan y belum pasti menjadi milik diri..astaghfirullah..telah jauh diri ini tersasar...menangis sendiri tatkala mengingati dosa lalu...lantaran kesunyian hati membiarkan hati terus dilalaikan dan melalaikan..alhamdulillah Allah masih menguatkan hati dan akal dlm menjaga sesuatu hubungan..alhamdulillah Allah masih sygkn diri ini dan tidak membiarkan ia tersasar jauh..

Pada awalnya jujur saya sayangkan dia sebagai seorang teman..mendengar masalah dan berkongsi rasa menjadi perkara biasa...bergurau soal hati dan perasaan tidak pernah menjadi bebanan..sekadar suka2 tp sedar x sedar kemesraan kian berputik..mmg tanpa ucapan sayang..rindu atau sebagainya yang mungkin melalaikan hati..masing2 menjaga demi istilah "persahabatan"..namun sesekali rasa itu menjengah hati..mengetuk2 untuk menginap..tp akal dan hati sering bertingkah..menjadikan diri keliru untuk membuat pilihan..saat itu diri merasakan menggunakan orang ketiga mungkin mudah utk meleraikan segala kekusutan..tp berita yang dibawa hanya menimbulkan tanda tanya dan kesamaran..terdetik juga rasa di hati untuk menguraikan segala kekusutan tp perisai malu masih membentengi diri..diri tertanya-tanya adakah ini jodoh yang ditentukan????...hati makin keliru dan beberapa sahabat dijadikan rujukan..ada y mengiakan ada yang tidak menyokong..ku tanya lagi pd hati.."apakah makna semua ini??..." dalam kekeliruan dan kekusutan tiba2 dia menghilang..tiada lagi khabar dan berita..hati ini menjadi sangat rindu ketika itu..astaghfirullah..lemah sungguh rasa hati..bila diri makin jauh dr tarbiyyah..bila hati makin sunyi dari sahabat2...mudah benar syaitan masuk menyelinap..mungkin kisah saya ini tidaklah seteruk kisah2 cinta insan lain tp saya dapat merasakan betapa rosaknya hati saya...teringat kt2 sorg shbt, "Allah sedang menguji nti..."





Ya saya sedar Allah sedang menguji saya..saya sedar betapa jauh hati saya dilalaikan..walaupun hubungan kami tidak lekang dengan nasihat dan tazkirah..tp sy sedar sy merindui insan yang tak sepatutnya..saya merinduinya sehingga saya terlupa kpd rindu yang sebenar..sy terlupa yang dl saya pernah mengharapkan agar jodoh saya itu tidak akan pernah melalaikan hati saya..saya lupa y saya pernah mendoakan agar jodoh saya itu tiba di saat saya benar2 bersedia untuk memikul t/jwb dan amanah...dan saya terlupa untuk meletakkan segalanya kpd Allah..

Alhamdulillah Allah membuka hati sy utk bertemu sahabat yang baik..yang menyedarkan saya..dan Allah memudahkan urusan saya dgn menutup hati dia untuk terus berhubung dengan saya...saya mendoakan agar Allah terus meneguhkan hati saya..sabar menanti saat itu tiba dan tidak perlu tergesa2 untuk mencari krn sy tahu Allah dah mengaturkn y terbaik utk sy tanpa perlu sy bimbang..y pntg adalah keyakinan sy bkn kt2 org..

Kepada insan yang pernah mengisi kesunyian hati saya..maaf andai kehadiran saya telah melalaikan awk..saya harap awk tidak merasai apa y saya rasa..maaf andai menjadikan awak satu tempat persinggahan..mungkin saya terkeliru dengan perasaan saya sendiri..tp sy masih mengharapkan agar persahabatan kt tidak akan terputus cuma sy tidak kuat untuk menjaga hati saya..saya tidak pernah salahkan kehadiran awak atas kelalaian saya..cme sy bimbang andai sy turut melalaikan awk sekali..sy tahu awak tgh perbaiki diri untuk menjadi insan yang soleh dan sy xnk menjadi penyebab kpd lalainya hati awak...semoga kt sme2 mengejar redha Ilahi..:)




Setiap orang melakukan kesilapan cuma yang membezakan mereka adalah bagaimana mereka mengelak untuk mengulangi kesilapan yang sama...insyaAllah sekarang hati saya lebih tenang bila melepaskan rasa itu pergi..tiada y lebih bernilai dari ikatan PERSAHABATAN.....

Saturday, 8 September 2012

Kasih kembali bertaut....

Alhamdulillah dalam Allah menimpakan dugaan dalam diri, Allah bantu juga dengan beri kekuatan...InsyaAllah akan cuba bersabar dan redha dengan apa yang berlaku..jgn terlalu mengeluh atau merungut..insyaAllah hati akan makin tenang..bersyukur juga ke hadrat Ilahi kerana masih memberi ruang dan harapan kpd diri..masih diberi nafas untuk dihirup...memberi jalan kpd hubungan yang telah sekian lama terputus..Alhamdulillah bersyukur sgt dalam tempoh seminggu dapat mentautkan kembali kasih yang terputus..bersama tiga insan yang selama ini dirindui..sepi tanpa berita..Allah berikan diri ini kekuatan untuk memulakan..betullah kata orang if we don't take the first step, nothing can be happened...speaking la tetiba,kn..hehehhe..tp alhamdulillah rasa rindu berbalas...sebelum ini hanya memerhati dalam diam..bimbang andai diri dilupakan..mungkin selama ini diri ini terlalu takut kehilangan..tp bersyukur sangat2..walaupun pertemuan hanya di alam maya terasa seperti bertentang mata..hebat rasa ukhwah nie..masih terasa rasa kasih sayang walau terlalu jauh terpisah dan tidak bersua..seperti tiada apa2 yang pernah berlaku..mereka melayan diri ini seperti insan yang biasa mereka bertemu..tiada batasan atau kekok..tetap mesra seperti dulu..betapa selama ini terlalu diri menyepi dan mungkin menjauh...terasa sangat rugi masa yang dibazirkan..tp selagi mana rindu itu masih ada, insyaAllah Allah akan permudahkan..terima kasih Ya Allah, Kau pelihara aku di kalangan orang-orang yang mengasihiMu..membuatku sedar betapa aku sentiasa lalai..kenangan yang pernah bersemi akan terus kekal di sanubari dan semoga ukhwah ini kekal abadi..insyaAllah..syukran sahabt :)

Tuesday, 4 September 2012

PadaMu ku berserah..

Ya Allah, terasa berat untuk aku menerima segala ujian yang Kau berikan kepadaku...amanah yang harus ku pikul..masalah hati yang tidak berkesudahan..semakin aku meniti hari2 ku..semakin sakit ku rasakan..semakin ku tak mampu..semakin rse lemah untuk berdiri..ada saat tikanya terasa ingin lari dr semua ini..Ya Allah aku sedar dan insaf bahawa segala ujian y Kau berikan kepadaku sesuai dengan kemampuanku..amanah yang Kau berikan tidaklah terlalu besar jika hendak dibandingkan dengan hamba-hambaMu yang lebih hebat..tapi aku rasa sangat lemah sendiri..setiap hari ku cuba untuk bangkit..stiap hari aku cuba menguatkan hati..melemparkan senyuman..menceriakan keadaan..tapi tiap kali diri ini kembali kpd hakikat diri..mngenang setiap ujian yang diberi..teringat kepada amanah yang harus dipikul..andai ku mampu kongsikan sgl isi hati kepada mereka..adakah ia akan mampu mngurangi rasa beban di hati..tp aku bimbang andai mereka tak memahami..aku bimbang andai aku menjadi bebanan kepada mereka..aku tahu mereka juga memiliki masalah masing2..aku tidak mahu menambah beban mereka..Ya Allah aku sedar hanya Kaulah sebaik2 pendengar..yang sentiasa memahami dan mengerti rasa di hati..hanya Kau yang tau apakah yang terbaik untuk diriku..bantulah aku Ya Allah..berilah petunjuk kepadaku..berilah aku kekuatan untuk mengharungi segalanya..pdMu aku merintih....

Tuesday, 28 August 2012

PadaMu ku meminta...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah,
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta untukku,
satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
ketepian yang sejahtera dan abadi,
maka jodohkanlah kami.

Tetapi Ya Allah,
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,
bawalah dia jauh dari pandanganku,
luputkanlah dia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Ya Allah yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersamanya.

Ya Allah yang Tercinta,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu.
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini.

Ya Allah,
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat.
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini.
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat,
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.

Ya Allah,
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat
dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Amin Ya Rabbal 'AAlamin


Wednesday, 22 August 2012

Salam Aidilfitri..

Salam Aidilfitri semua..huhhuhu..walaupun dh rayer keempat tp feel rayer tue masih de..insyaAllah..hmmm...camne nk komen yer rayer thn nie...de yang best..de y x..first of all y plg best dpt berkumpul semua pd hari rayer pertama termasuklah kakak ipar..first time bertemu dan bercakap secara terus dgn kakak ipar..maklumlah sebelum nie mmg bz memanjang..mmg xpernah bersua dgn kakak ipar nie..mmg sporting and sempoi..alhamdulillah..yang tak best..rayer pertama lagi dh de konflik ckit..clap percaturan ke..slh fhm ke..tp Wardah anggap ini semua ujian..walaupun de y tak bertegur tp Wardh harap ia tak berpanjangan..bak kata org air dicincang xkan putus..kalo msg2 xnk mengalah begitulah jadinya..so, Wardah pun tak tahu nk describe camne rayer Wardah thn nie..ngan insan tersyg pun suam2 kuku je..cpt benor nk kcik hatinye..xtaula..lbh baik msg2 diam je la..so, Wardah juz meneruskan hari2 Wardah dgn melayan tetamu dan memnuhi impian org jela..jauh jugak beraya thn nie..sampai ke chenor..alhamdulillah thn nie adik2 Wardah pun ramai dh semakin rajin..tak payah nk suruh2 msg2 dh tahu peranan tanpa bersungut espcially adik bwh Wardah nie..sgt2 lah rajin sjak berlaku sedikit konflik hari tue..pe2 pun Wardah doakan moga Allah permudahkan urusan die dan bg petunjuk pd dia..moga2 tidak terlalu terikut jiwa remaja..bg Wardah semua itu pengalaman..cuma die kne lbh byk teliti dan berfikir lg..walaupun ktorg nie takdelah rapat sgt tp Wardah fhm pe y die rse..biasalah anak2 remaja..sepanjang majlis nie pun terlalu byklah jemputn kawen..nmpk gayanya..xbyk y leh dipenuhi..Wardah nk spend masa dgn family jer sbb Wardah pn jrg2 balik..InsyaAllah thn depan kakak Wardah plak bakal mendirikan rumahtangga..pe2 pun Wardah kn lbh bertanggungjawab lah sedikit..tp sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal nie byk perkara yang Wardah belajar dan ambil iktibar..kdg2 bnd yang kt tak suka tue tak semestinya tak baik kn..so, Wardah cbe belajar untuk redha dan menangani sglnya dgn tenang..tp kdg2 ssh gak nk kwl emosi sendiri..ble emosi ssh nk kwl tue juz amil lgkh berdiam diri jer..positifkn balik diri sendiri..sbb kt pn bkn leh slalu nk time or puas hati jer dgn org..kdg2 de gak bnd y x puas hati..dr biar lidah laju menutur kata baik diam dan undur diri..mgkin kdg2 org akn clp fhm akan sgka kt nie terlalu sibuk la..mls nk lyn la..tp xpela..Wardah dh xnk pk sgt dh..tp kdg2 tu ble dh rindu sgt kt seseorg..mula lah mcm2 timbul..tp cre y terbaik adalah mendoakan kbahagiaan mereka walau di mana mereka berada..itu yang Wardah cbe pegang..biarlah org lpe kt ke..atau ak hargai kita skalipun sbb semua tue tak pntg sbnrnye bilaman kt bersahabat tanpa mengharap pe2 blsn..kdg2 ble rse kcik hati tue mesti tye diri balik.."ikhlas ke aku bersahabat dgn die???"..tue cre terbaik untuk muhasabah diri kita..kdg2 ble semua bnd nie berlaku mesti rasa y silap adalah diri sendiri..dn y bermasalah adalah hbgn kt dgn Allah..sbb nk hrp org fhm kt mmg sshla,kn..Allah y plg memahami dan menddengar kt..jd cukuplah Allah yang tahu segala-galanya..maaflah andai de y menyakitkan hati sesiapa..sempena Syawal y msh bersisa nie, Wardah memohon ampun dan maaf ats sgl keterlanjuran Wardah..Wardah sedar makin byk clap Wardah lantaran kdg kala x mampu lg nk bendung emosi sendiri membuatkan org2 skeliling mkin x fhm..Wardah x pernah salahkan kalian andai tak memahami diri nie..ckuplah andai Wardah mampu memahami kalian..pe2 pun..jgn sedih2..jgn tension2...sglnya milik Allah..kt kembalikan segalanya pd Allah, Allah akan memudahkan urusan kita insyaAllah..selamt hari rayer!!!! :)