Friday, 23 November 2012
Buat pemilik tulang rusukku..
Assalamualaikum..post kali nie tidaklah membawa maksud apa2..sekadar tertarik dengan post seseorang yang mungkin refleks pd diri sendiri juga...puisi nie Wardah copy dr blog http://cintayangbertahmid.blogspot.com
Buat pemilik tulang rusuk ini,
Aku tidak tahu siapakah engkau yang sebenarnya,
Aku juga tidak tahu di manakah engkau berada,
Mungkin kau ialah orang yang aku cintai,
Atau mungkin bukan orang yang aku sukai,
Juga mungkin kau ialah orang yang belum lagi aku temui saat ini,
Juga mungkin kau ialah sahabat-sahabat seperjuanganku yang telah lama aku kenal di bumi ini.
Buat pemilik tulang rusuk ini,
Janganlah kau berkecil hati...
Jika saat sebelum menjadi halal aku terlalu kejam kepadamu,
Janganlah kau berputus asa terhadap diri ini...
Andai aku terlalu kasar dalam menjaga hatimu,
Janganlah kau memalingkan diri andai aku terlalu syadid dalam menjaga ikhtilatku,
Kerana sememangnya aku telah berjanji,
Dengan Tuhanku yang Maha Mengasihani,
Bahawa biarkan aku kejam terhadap ajnabi,
Yang belum tentu halal buat diri ini,
Namun setulus hati aku memperhambakan diri,
Buat seorang insan bernama suami.
Buat pemilik tulang rusuk ini,
Aku menunggumu dengan cara baik,
Pinanglah aku dengan cara yang terbaik,
Aku menanti dirmu,
Menemui waliku terlebih dahulu,
Bukan menggodaku dengan cara yang tidak menentu,
Dengan izin Tuhanku,
Tentunya aku menerima dirimu,
Dengan hati yang terharu,
Menjadikan dikau suri di hati,
Menjagamu dengan rapi,
Sehingga akhir hayatku,
Ajalku datang menjemputku.
p/s : kerana segalanya masih menjadi rahsia Allah..maka ku kuatkn hati dan pendamkan rasa..moga Allah pertemukanku dengan insan yang sebenarnya memahami diri ini..sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui isi hatiku..maaf buat insan2 yang pernah terluka krn penolakan diri..ku yakin bila tiba masanya nanti Allah akan permudahkan segalanya..insyaAllah..walau siapa pun dirimu, aku redha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment