Friday, 5 October 2012

Doa untuk peperiksaan..

Alhamdulillah..semeter ini sudah hampir sampai ke penghujungnya..saat ini kebanyakan students termasuk student ku pasti bertungkus lumus cbe untuk menghadam segala ilmu yang dipelajari sepanjang semester ini..hanya doa y mampu ku kirimkan agar mereka semua mampu memperoleh kejayaan cemerlang..sedikit tips yang sering diamalkan sewaktu diri bergelar seorang pelajar dl..mudah2an dapat manfaat bersama.insyaAllah..

"mulakan langkah dengan bismillah..keluar rumah dengan kaki kanan..perbanyakkan baca ayatul kursi..masuk dewan dengan lafaz bismillah dan langkah kaki kanan..dpt soalan baca surah al-insyirah moga diberi ketenangan..kalo lupa selawat byk2..mulakan tulisan dengan yakin kpd Allah dan niat untuk cemerlang demi Islam..lepas pengawas amik kertas jawapan, ucaplah alhamdulillah samada leh jawab atau tidak.. jgn lupa jg amalkan doa nie “Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

~semoga lecturer yang menanda murah bg markah :)~

Selain tue Wardah pun nak share beberapa doa yang Wardah rasa sesuai diamalkan oleh kita..semua doa nie Wardah dapat dr blog orang lain tp xngat dh amik kt blog mne..k, slmt beramal..:)
DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -

dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada 
wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
SELAMAT BERAMAL!!! SEMOGA ALLH PERMUDAHKAN URUSAN ANDA SEMUA...

TRY YOUR BEST, DO THE BEST, BE THE BEST AND LET ALLAH DO THE REST!!! :)



No comments:

Post a Comment