311012……berakhir sudah karier
Wardah sebagai seorang pensyarah..rasa kejap sangat..tp dah setahun rupanya
Wardah menyumbang bakti dan tenaga di samping menimba pelbagai ilmu dan
pengalaman berguna di bumi Chendering..tiba saatnya untuk Wardah mengucapkan selamat
tinggal kpd semua teman2 dan pelajar-pelajar tersayang. Alhamdulillah semester
nie rasa sangat dihargai mungkin krn semester yang terakhir…byk jugak kejutan
dari pelajar2 nie termasuk adik2 usrah tersayang…banyak sangat dapat hadiah
yang tak disangka-sangka sampai de kwn2 y jeles gak..heheh…pe2 pun terima kasih
banyak2 kpd yang sudi bg hadiah…wat majlis farewell
lg…walaupun Wardah xpernah impikan atau harapkan semua nie tp Alhamdulillah
Wardah bersyukur sangat2 dan sangat menghargainya..terima kasih semua krn
memberikan kenangan terindah dalam hidup Wardah..
Mengimbas kembali kenangan buka
semester nie..Wardah tahu Wardah kne lebih berdikari..kehilangan sahabat yang
banyak membantu pada semester lepas membuatkan Wardah tahu Wardah kne usha
lebih lagi..alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan Wardah..dikurniakan
adik2 usrah yang komited memberi ruang dan peluang untuk Wardaah memperbaiki
diri sendiri dan menguatkan hati Wardah untuk meninggalkan sesuatu sebelum
ambil keputusan untuk berhenti..
Kehadiran pelajar2 yang pelbagai
ragam pada awalnya..alhamdulillah dapat diatasi dan Wardah merasakan semester
ini Wardah lebih rapat dengan pelajar2 meskipun pada peringkat awalnya Wardah
merasakan mereka adalah cabaran yang hebat tp Alhamdulillah dengan sikap
positif dan sentiasa yakin kepada Allah, Wardah dapat mengatasinya dan menerima
mereka dengan baik..mungkin juga krn sem nie Wardah diberi peluang ntuk
mengadakan tiga projek dan bersama-sama dengan mereka menjadikan kami makin
rapat..betullah kata orang kt kne at least bermusafir dengan seseorang selama
satu hari barulah kt akan memahami mereka..alhamdulillah bersyukur krn masih
mampu menjadi pendengar masalah para pelajar dan berusaha untuk membantu
mereka..
Semua pengalaman nie Wardah akan
sentiasa kenang samai bila2…walaupun sem nie byk menguji jugak tp sem nie jgk
lah yang membuatkan Wardah sedar diri dan tahu sgl kelemahan Wardah..mungkin
Wardah banyak leka dan Wardah harap keputusan untuk berhenti ini adalah
keputusan yang tepat..ramai yang bertanya kenapa sekarang sedangkn peluang
masih terbuka..tapi banyak sebab yang menguatkan keputusan Wardah ini..kpd
teman2 cukuplah sekadar memberi alasan untuk menyambung pelajaran meskipun ada
alasan yang lebih dari itu..tapi nk jelas panjang2 pn tak guna..cukuplah
sekadar Wardah mengetahui..berat rasa nak tinggalkan tempat ini tapi Wardah
kuatkn hati juga mengharapkan inilah yang terbaik..
Alhamdulillah tepat 3.30 petang
saatnya mengucapkan selamat tinggal kepada Warga Chendering dn untuk pertama
kalinya memandu sendiri ke kuantan..tp yang lebih tepatnya follow ayah yang
bawa motor Wardah..alhamdulillah sampai agak lewat hampir pukul 9malam..banyak
sangat persinggahan..hehhehe..pe2 pun yang penting selamat sampai..selepas nie
akan mengharungi hari2 yang membosankan kot..so, juz wait n see pe yang akan
wat sepanjang cuti 4 bulan nie..hmmm…
No comments:
Post a Comment