Wednesday, 7 November 2012

Taklifan...

Taklifan...jawatan..pangkat..bukanlah suatu perkara yang untuk dibangga-banggakan..bukan untuk menunjuk kita hebat dengan kuasa yang ada...tapi satu amanah..bebanan yang cukup besar...tanggungjawab yang akan dipersoalkan satu masa nanti..bagaimanakah kita melaksanakannya???..sempurnakah amanah yang telah diberi???..adakah kita telah memberikan yang terbaik untuk melaksanakannya???...

"Taklifan bukanlah untuk dipinta tapi tidak boleh untuk ditolak"  teringat kata2 dari seorang senior yang cukup Wardah kagumi..dulu waktu sekolah Wardah tidak pernah terfikir tentang betapa besar amanah sesuatu taklifan..Wardah cuba ambil sebanyak yang boleh krn Wardah rasa Wardah mampu memikulnya..tapi bilamana berda di peringkat universiti, Wardah disedarkan setiap taklifan bukanlah sekadar untuk main2 atau hanya kerana minat memimpin..tapi amanah yang cukup berat..hingga tiba satu saat Wardah terfikir diri ini sebenarnya tidak layak untuk memikul tanggungjawab sebegitu.."sekiranya sesuatu taklifan terletak di atas bahumu maka ia adalah selayaknya dan mampu untuk kamu pikul..sekiranya kamu melepaskan ia dan ia dipikul oleh orang yang tidak sepatutnya, maka kamu turut sama menanggung dosanya...terimalah demi Islam..krn kamu orang yang memahami.." Itulah kata2 yang dilfazkan oleh seniorku di saat diri ngin melepaskan tanggungjawab..alhamdulillah dengan bimbingan sahabat2 dan kakak2 ketika itu Wardah mampu harungi peritnya memegang sebuah taklifan sehingga ke akhirnya.."abang xsabar menanti kamu di s.alam..menyambung perjuangan di sini.." kata2 yang cukup menakutkan sehingga diri merasakan ingin lari dari menerima taklifan lg..scr drastik mengambil keputusan menukar jurusan yang disayangi sehingga tercampak ke suatu daerah yang tidak dikenali..

Tapi cukup cantik perancangan Allah..larilah walau ke mana pun andai diri telah dipilih..akan tetap diuji..menerima taklifan yang tidak terduga dalam masa diri masih baru bertatih di dunia tarbiyyah..mengalir air mata..terbang segala semangat..sekali lagi diri ingin lari tp terhenti di saat mendengarkan kata2 seorang sahabat "ini keputusan syura bukan lah keputusan peribadi..nti kne wala'.." menerima dengan hati yang berat..cuba memberi yang terbaik..tapi tiap kali itu jugak diri banyak terjatuh..kembali ke bumi jengka seketika bertemu sahabat sebagai penguat rasa..alhamdulillah dikuatkan rasa hingga 3 semester..tatkala hati telah tidak mampu lagi mohon izin untuk mengundur diri..biarlah tiada siapa yang tahu realiti sebenar..dan telah kusiapkan barisan pelapis untuk meneruskan perjuangan..alhamdulillah ku mampu tersenyum mereka jauh lebih hebat..ku perhatikan terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang ku tinggalkan..dan itulah rasa penyesalan yang cukup tinggi di dalam hati..andai mereka mengerti...

Berakhir sudah tiga tahun pengajian alhamdulillah ditakdirkan diri ke bumi Cendering..satu tempat yang Wardah kira mungkin boleh disumbangkan sesuatu untuk mengurangkan rasa kekesalan di hati..alhamdulillah mampu menyumbang sedikit dan meninggalkan barisan pelapis yang mampu meneruskan perjuangan..sekali lagi diri diuji dengan taklifan..biarpun tidaklah seberat yang lain..tetap menitis lagi air mata ini..Ya Allah, moga Kau permudahkan segalanya.."ana jugak tidak meraasa kuat..ana jugak tidak merasakan selayaknya..ana sedar ia berat..tapi bilamana ana mengetahui sahabat2 yang bakal membantu ana adalah dari mereka2 yang hebat..orang2 yang ana kenal..orang-orang yang ana yakin komitmennya..ana jadi kuat..jadi tetaplah kekal bersama ana krn taklifan ini bkn dipinta tp kt dipinta untuk membangunkan dan memantapkan kembali organisasi ini..teruslah bersama ana membantu organisasi ini insyaAllah.." berdesup ke lubuk hati tatkala mendengar bicara si Pengerusi..dalam hati masih tertanya2 layakkah diri ini???..Ya Allah kuatkan aku untuk sama2 membantu sahabatku..semoga ada hikmah di atas taklifan ini...

Hari ini...tepat jam 1.50 petang..satu sms diterima..dengan lfz assalamualaikum ukht diharp bersama2 membantu kami dlm majlis syura..Allahurabbi..di saat Wardah mersakan ingin jauh dari jemaah ini semakin Kau dekatkan diri ini kpdnya..dgn fikiran yang tidak rasional sms trus dibalas dengan persoalan "nape diri ini???"..Pada Allah jua diri memohon ketenangan..ayat2 cinta dibuka dan dibaca..rsa ketenangan meresap ke dalam jiwa..teringat semua knangan di saat diri memegang taklifan..pasti masih ada yang belum beres krn itu diri masih diuji..dengan salam kemaafan sms dihantar semula menerima taklifan seadanya..sekiranya inilah yang terbaik diri mohon agar terus diberi petunjuk..

Melihat kembali kepada diri..siapalah diri ini..apakah kehebatan diri ini..sedangkan perjuangan sebenar pun kian lama ditinggalkan...adakah ini makna untuk diri terus kembali..mengobarkan api perjuangan yang kian terpadam...kualiti bermula dari dalam diri...anda mampu sebenarnya..kata2 perangsang dari sahabat suatu ketika dulu kian terngiang-ngiang di telinga seolah2 baru semalam mendengarkannya..

Ya Allah hanya Engkau yang mengetahui apa yang tersirat di hati..hanya Engkau yang mengetahui kemampuanku..aku bermohon petunjuk dariMu..moga inilah yang terbaik untukku..yang mampu membawa aku untuk mendekatiMu..yang menjauhkan aku dari kelalaian dn perbuatan yang sia-sia..amin...

Sesungguhnya taklifan itu adalah amanah yang perlu kita laksanakan..kecil atau besar ada peranan yang tersendiri..ikhlaskan niat dan bantulah sehabis baik..insyaAllah jika semalam Allah menolongmu, pasti hari ini dan seterusnya Dia tetap akan membantumu..yakinlah dengan pertolongan Allah krn janji Allah itu pasti..sme2 muhasabah diri..

No comments:

Post a Comment