Tuesday, 30 October 2012

Dia seorang daie....

Assalamualaikum..lme tak menjengah blog nie..curi masa kejap nak share something dr seorang sahabta..rugi plak rasa kalo x share..moga bermanfaat dan sebagai muhasabah diri bersama insyaAllah..

Dia seorang daie,
Dia mengaku ahli gerakan islam PAS,
Dia suka berdakwah dimana-mana,
rakan-rakannya ramai,
ramai yang mengagumi dia,
ramai juga yang ingin mencontohi dia.
Kata-katanya puitis,
kata-katanya mengusik hati,
Pastinya dia mengetahui dimana kekuatannya,
Dan dia menggunakan sepenuhnya kekuatannya itu.

Sampai masa,
Umurnya bertambah,
langkahnya juga harus turut panjang.

dan satu soalan pun menyinggah,
pastinya kau nanti menjadi pulau yang subur disana nanti?
Kau akan berpisah dengan teman-temanmu disini,
memperoleh kekuatan yang baru disana..

"Tengoklah andai ia menjadi"

.......

"kagumnya dengan ilmu yang dia ada, hebat! aku harapkan aku juga seperti dia, ilmu agamanya mengagumkan!"

"wah, beruntungnya dia dimurahkan rezeki kahwin awal, dapat pula mujahid agama! aku harapkan pasanganku nanti turut yang bersama-sama dlm jalan perjuangan ini!"

::_________________________________________::

PANGGILAN JIHAD! HARAP SEMUA HADIR SEGERA!

---insyaAllah hadir.
---em, tengok dulu, rasa macam ada hal.
---=)...

Dimana dia? bukankah katanya INSYAALLAH hadir?
Dimana dia? bukankah telah bersetuju untuk membantu?
Ada sesiapa boleh tolong back-up kerja dia?

::__________________________________________::

maaf, ana meminta maaf pd kalian,
kata-katamu tentang indahnya perkahwinan baitul muslim itu sangat indah,
membuatkan ana pun turut tidak sabar-sabar menyahut seruan Imam Hassan itu, demi menyempurnakan sebuah daulah islam.
kata-katamu tentang indahnya ukhwah itu, membuatkan ana rasa cemburu dengan ukhwah yang dikecapi ntum.
ajakanmu tentang bahagia, hati dan perasaan, apatah lagi tentang ibadah2 sunat amat-amat membuatkan ana berasa sangat rendah diri dengan kekurangan diri..

namun,
ana minta maaf,
ana rasa, nta/nti/ntunna/ntumma/ntum
telah tertipu dengan diri sendiri.

amat-amatlah mengecewakan diri ni bila mendengarkan,
"tengoklah nanti, taktau nak gerak kat mane, xplan lagi. tak taula xtif ke x."
apatah lagi
"oh, boleh, xde hal, panggil je!"

bila dipanggil...?

ntum tertipu dengan momen-momen manis ketika dikampus bersama-sama sahabat-sahabat. momen-momen manis, yang tanpa sedar diwaktu itu ntum sebenarnya tenggelam dgn kehebatan diri sendiri. TANPA SEDAR.

takpe xplan lagi kalau baru ditahun kedua,
takpe juga xplan lagi kemana kaki hendak melangkah bila masuk tahun ketiga sem 1,
takpe juga, boleh dimaafkan lagi andai tiada lagi perancangan di akhir sem itu...

takpe, takpe dan takpe!

cuma ana minta maaf,
bila ntum sebut lagi pasal kahwin- ntum GATAL.
Bila ntum sebut tentang ukhwah- ntum SAMA SAHAJA dengan jemaah islam yang lain yang tidak memakai jalan politik sebagai jalan utama menegakkan daulah islam!

maaf, ana minta maaf.
tiada lagi rasa kagum dan cemburu padamu.
kau hanya hebat bila bersama rakan-rakanmu sahaja.
maaf, ana tersalah letak rasa cemburu pd dirimu yg seperti memahami agama secara keseluruhannya, yang sebenarnya, TIDAK PUN.

Bilamana disebut tentang gerak kerja kawasan/luar,
ntum seperti lost, buat-buat tak tau, diam seperti setuju kemudian hilang, bertindak menjauhkan diri dari soalan itu.

ana mohon, tolong persiapkan diri bila diri bakal bergelar graduan siswazah
AHLI GERAKAN TARBIYAH KAMPUS.

No comments:

Post a Comment