Saturday, 24 November 2012

buat kakakku tersayang

Assalamualaikum..ari nie bosan2 rse rindu pada seseorang..mengimbau memori silam..baca semua email2..akhirnya terjumpa lah puisi nie..tak tahulah direka sendiri atau diadaptasi..tp nk semadikan dalam blog nie sbg tanda ingatan..dikirim pd 15/10/2010..dah 2 thn dh..bru bce blik...


BUAT KAKAK KU YANG DISAYANGI....

Salamun'alaiQ,
KE HADAPAN KAKAK KU,
Sekian lama telah ku nanti saat ini,
Sabar dan redha menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu,

KAKAK KU,
ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini,
Namun sering kali ku terbenam 
dalam kekalutan dan keresahan 
kerana sesungguhnya kau akan megerti nanti,

KAKAK KU,
Harapanku agar kau bahagia selalu,
doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,

KAKAK KU,
maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,
Dalam mencari bening-bening taQwa,
Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,
Mencari identiti diri,

KAKAK KU,
Ketahuilah,aku masih setia disini,
Menanti ...
Dan menunggu saat dan waktu 
untuk bersama kita tarbiyah dan fahami 
erti sebuah perjuangan yang menuju cinta haQiQi dan Abadi,

Pintaku,
Teruskan perjuangan,
Jangan sesakali kau berhenti,
IstiQamahlah dan tegarlah
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.

Akhirnya,
Saat yang ku pasti nanti tiba jua,
Walaupun kini tak seindah dulu,
tapi ku bersyukur,
kerana penghujungnya,impian dan mimpiku 
menjadi kenyataan dan ketahuilah, 
keyakinanku tak pernah pudar..

Salam ukhwahfillah buatmu KAKAK KU,

Gerakkan langkahmu bersama,
 Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena  perjuangan suci ini,

Semoga ukhwah kita kekal sampai syurga....
Semoga Lafaz Yang tersimpan masih kekal selamanya...
Ucapan 
"SARS" masih menjadi ingatan...

"jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."

IKHLAS DARI ADIKMU...
IBTISAM

No comments:

Post a Comment