Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan datang lagi....

Alhamdulillah masa yang dinanti-nanti telah pun tiba..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia dan diberi nikmat kesihatan untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia dan penuh barakah iaitu bulan Ramadhan..Cadangnya untuk memulakan hari pertama di bulan Ramadhan bersama insan tersayang tp perancangan Allah mungkin lebih baik...kembali menjadi anak perantau..tidak lah merantau mne pun..kembali ke kg halaman yang kedua..bumi Dungun yang tak tahu bila lah hendak ditinggalkan..masih kuatrasa sayang agaknya..Mungkin rezeki di sini untuk meneruskan perjuangan yang masih tersisa..Di bulan Ramadhan yang mulia ini moga sama-sama lah kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik kerana peluang seperti ini tidak selalu datang lagi..andai jasad masih dikandung badan dan masih bernyawa tp kita tak tahu bila agaknya ajal datang menjemput..Semoga Ramadhan kali ini lebih baik...InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment