Saturday, 27 August 2011

Aku yang bersalah...



Setiap ujian dan dugaan yang datang itu adalah dari Allah s.w.t untuk menguji kekuatan iman hamba-hambaNya..Jujur Wardah akui Wardah tidaklah sekuat mana dan Wardah masih memerlukakan keuatan Syauqah yang sentiasa ada di sisi Wardah dan Wardah tahu itu semua adalah kurniaan daripada Allah s.w.t..Tak tahulah kenapa sejak akhir-akhir nie terlalu mudah untuk Wardah merasakan bilamana berlakunya sesuatu perkara yang buruk..samada kematian, kecelakaan atau sebagainya..Tapi Wardah bukanlah seorang yang terlalu cepat nak terima rasa itu..terutama perkara-perkara yang buruk walaupun harus diakui itulah yang bakal terjadi..Wardah selalu memohon agar dijauhkan sesuatu yang Wardah rasa Wardah tak mampu nak pikul..tp bilamana Allah da meletakkan sesuatu itu..pasti akan terjadi..Wardah sedih sebenarnya..sangat sedih..Walaupun Wardah da dapat rasakan pasti akan berlaku sesuatu yang buruk..tp Wardah harap ia takkan berlaku..sebab itu Wardah cuba untuk menjaga ia sebaiknya..tapi siapa sangka..ku sangkakan panas sapai ke petang rupanya hujan di siang hari..dan inilah antara kelemajhan Wardah..sangat lemah bilamana diuji dengan ujian perasaan..sebab itu sebolehnya Wardah cuba untuk mengelak dari semua ini..it's better to be 'no feeling' person...tapi yang salahnya tetap Wardah..Wardah akui itu..Wardah da penat menangis tapi Wardah rase itu semua tak bermakna pun...Wardah seakan-akan tak mampu nak maafkan diri..dan itu hanya menyebabkan keadaan Wardah akan bertambah parah...tp tue sume pun xkn menyelesaikan masalah yang ada..dan Wardah pun mmg suka melarikan diri dari masalah..ujian nie mmg ssuatu yang Wardah tak duga dan sangka..di saat Wardah sendiri baru nak membina diri...Wardah perlu mejadi supporter untuk org lain..tp dalam masa yang sama Wardah diuji lagi..tapi Wardah tak salahkan takdir..Wardah tau mmg selayaknya Wardah dapat ujian ini..teringat kata-kata seorang sahabat "bilaman kita ada masalah dengan seseorang, yang harus dibetulkan adalah hubungan dengan Allah..Bilamana hubungan kita dengan Allah baik, insyaAllah segala masalah akan selesai.." Wardah rasa betul jugak..Wardah nie sentiasa je lalai..time beringat Alhamdulillah...tp kalau x..nauzubillah..moga Allah mengampuni dosa-dosa Wardah..Mungkin adakala Wardah merasakan diri terlalu sayangkan dia melebihi segalanya walaupun Wardah tahu yang sepatutnya menjadi cinta pertama hanyalah Allah s.w.t..Wardah x pernah salahkan dia sbb Wardah tahu yang salah itu adalah Wardah...walaupun Wardah sangat-sangat sedih tapi Wardah tetap kena kuat sbb Wardah perlu utk kuatkan seseorang..dalam hati hanya Allah je yang tahu..Wardah selalu berdoa agar Allah sentiasa kuatkan hati Wardah...buat insan tersayang..Wardah minta maaf sangat-sangat..dan Wardah sangat menyesal dengan apa yang berlaku sehunggakan Wardah tak mampu nak maafkan diri sendiri..pe2 pun Wardah doakan semoga Allah sentiasa menjaga dirimu di saat Wardah tidak mampu lagi untuk berada di sisimu..Andai inilah takdir yang telah ditetapkan..Wardah akan cuba untuk redha..Waalupun pahit ttp kne telan juga...

"Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui setiap yang tersembunyi..Kau berikan aku ujian di saat diri tak mampu untuk memikulnya..Aku memohon padaMu agar berilah aku sedikit kekuatan untuk mengharungi segalanya dan aku bersyukur kerana Engkau tidak pernah melupakan aku di saat hatiku kian lalai dari mengingatiMu..Ampun kan aku Ya Allah..."


No comments:

Post a Comment