Kenapa susah nak ingat bila menghafal ?Saya dah hafal la ustaz, tapi dah lupa!!
Allah mengurniakan tahap kecerdasan akal fikiran yang berbeza-beza kepada manusia. Ada yang kuat ingatan, ada yang sederhana dan ada yang lemah. Kebanyakan pelajar biasanya berdepan dengan masalah sukar untuk mengingati ilmu yang dipelajari

Antara tips untuk pelajar mengatasi masalah ini ialah:
1) : Tingkatkan amalan kerohanian dan amal soleh untuk membersihkan hati dan untuk memperolehi keberkatan daripada Allah SWT. Sentiasa menjaga solat fardu, menunaikan solat-solat sunat, berzikir, membaca al-Quran setiap hari dengan perhatikan makna-maknanya. Amalan-amalan soleh ini akan mencapai keberkatan daripada Allah SWT dalam menuntut ilmu..

2) : Memberi tumpuan sepenuhnya semasa menghafal. Terdapat pelajar yang menghafal sambil mendengar muzik, menonton tv, menghantar sms dan lain-lain lagi. Kalau begini caranya menghafal sampai dua jam pun, dijamin gagal mengingatinya dengan sempurna.
3): Tulis perkara yang anda hafal tanpa melihat teks. Perkara ini penting untuk memastikan ingatan anda benar-benar mantap atau sebaliknya.
4): Tampal nota atau bahan yang penting di tempat yang biasa dan kerap dilihat. Ini bertujuan memantapkan hafalan yang penting seperti formula sains atau matematik. Bila diyakini mantap, gantikan dengan nota yang lain. Buangkan gambar-gambar artis kesayangan atau poster yang tidak berfaedah. Hiasi bilik ‘study’ anda dengan perkataan, formula dan ilmu yang bermanfaat.
5): Tips yang terakhir ialah doa dan tawakkal. Pastikan setiap usaha yang anda lakukan seiring dengan pergantungan dan penyerahan diri kepada Allah Yang Maha Pengurnia. Dialah yang menguatkan ingatan, Dialah yang Maha memiliki segala-galanya. Semuanya dalam KekuasaanNya. Oleh itu, setiap kali sama ada sebelum atau selepas menghafal panjatkan doa kepadaNya tanpa rasa jemu. Yakinlah bahawa doa anda itu akan diterima dan sentisa berbaik sangka dengan Allah. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat pahala kerana doa itu adalah satu ibadat. Tidak akan rugi dan menyesal seseorang yang banyak berdoa di dunia dan akhirat kelak.
SELAMAT MENCUBA!!!
No comments:
Post a Comment