Sunday, 21 August 2011
Mengapa ada benci
Sempena bulan puasa nie, suka untuk Wardah mengajak kita bersama-sama mengoreksi diri kita sendiri..lebih2 lagi bulan Ramadhan kini kian meninggalkan kita..Mengapa ada benci???...mesti setiap orang pernah mengalaminya,kn???...."ish, xsuke betul ngan orang tue.."..."die nie menyakitkan hati je"..and so on..mcm2 ayat akan keluar bilamana kita tak suka dengan seseorang tue kn..kenapa kita perlu de perasaan tak suka pada orang lain atau pun y lebih parah bilaman kita merasa betul-betul benci atau meluat dengan seseorang...kalo ikutkan mmg byk faktor la..terutama dari segi akhlak seseorang..attitude or behavior y kdg kala bertentangan dengan diri kita..tak boleh nak kt orang yang berakhlak baik itu sentiasa disukai oleh orang..kdg2 orang yang terlalu baik pun die tak suka (nie kes bilamana org2 yang bermasalah xsuka ditegur)...Inilah realiti kehidupan..xperlu nak point sape-sape..orang itu salah..orang ini salah..asal kita je yang betul..balik-balik kita perlu refleks pd diri kita...bila Wardah refleks balik benda nie pada diri Wardah...Wardah nie xdela baik sgt..jenis yang sangat cepat nk judge org n kurang perasaan ckit...bg Wardah..lumrah la orang xsuka kita sebab kita pun x suka dengan semua orang..pernah jugakla sampai ke tahap merasa benci...sehingga Wardah dipertemukan dengan seseorang yang cukup husnul dzhon..(tp tak tahulah hati sebenarnya camne..kita x layak nk judge pe y de dalam hati seseorang cukup sekadar luaran..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu)..At that moment mmg cuba belajar untuk bersangka baik dengan orang...memang teramatlah susah...sepertimana kajian Dr Fadzillah Kamsah, orang yang lahir bulan Januari nie jenis yang cepat melihat kelemahan orang dan suka mengkritik (xsemestinya betul..sekadar kajian..) So far ia sangatlah bermasalah bagi Wardah sebab ciri itu mmg de dlm diri Wardah..dan terbaca plak statement (xsure hadith or pndpt semata) tahap ukhwah yang paling rendah adalah bersangka baik..jd xleh la nak mengaku terlalu menjaga ukhwah sedangkan nak bersangka baik dengan orang pun susah..dan bilaman bercakap tentang ukhwah nie bukan merangkumi kwn2 kita je tapi semua org sebab dalam Al-Quran sendiri menyebut sesungguhnya di anatara manusia itu adalah bersaudara..(leh check dlm surah hujurat sbg contoh). Alhamdulillah pernah dengar kuliah seorang ustaz (xngat nme pe) Kita x layak untuk membenci orang lain hatta die seorang yang melakukan maksiat kepada Allah tp yang sewajibnya kita benci adalah sikap atau akhlaknya yang buruk kerana seseorang itu melakukan kejahatan kerana tidak mendapat hidayah atau dia menutup hatinya dari mendengar kebenaran tetapi tatkala hatinya dibukakan dan diberi hidayah mungkin dia akan jadi lebih baik daripada kita..Alhamdulillah satu solusi yang boleh membantu kita untuk husnul dzhon pd orang lain..sebab itu bila mana kita melihat seseorang yang kita xsuka, pesan pd hati, "yang aku xsuka bukan orang itu tetapi kerana akhlak@perbuatannya..semoga Allah memberi hidayah kepadanya dan dia berubah ke arah yang lebih baik..." Kena selalu ingatkan diri..dan adalah suatu peristiwa yang berlaku kepada Wardah sendiri bilaman Wardah x suka dengan seseorang ini tapi Wardah terpaksa bekerjasama dengan dia..bilamana dah kenal diri dia barulah Wardah rasa yang dia tidaklah seteruk yang Wardah sangka..Sebab itulah dalam rukun usrah ditekankan soal taaruf(pengenalan diri). Benarlah kata orang xkenal maka x cinta and don't judge a book by just look it cover...bila kita x kenal seseorang macam2 assumption yang kita buat..kadang2 kesian juga pada orang yang memang jenis air muka serius, orang ngat die sombong sedangkan hatinya tak begitu..sebab itu Allah suruh kita nie bertebaran di muka bumi dan kenal mengenal antara satu sama lain..kerana bila kita mengenali seseorang dengan lebih dekat, barulah senang untuk membuahkan rasa kasih sayng tue..hebat sungguh ayat-ayat Allah..banyak dah guide yang Dia bg untuk kita menjalani kehidupan tapi kita yang kurang berfikir..mengaji Al-Quran sekadar membaca tp kurang mengkaji..nauzubillah..semoga Allah sentiasa membuka hati2 kita dan memberi hidayah kepada kita semua..marilah kita bersama-sama melebarkan jaringan kasih sayang sesama insan dan cara yang paling mudah adalah dengan menyampaikan salam dan melebarkan senyuman.....perlukah ada benci lagi???...tidak perlu kerana kita semua adalah bersaudara dan berkasih sayang kerana Allah..alhamdulillah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment