Tuesday, 9 August 2011

Sinergi Ukhwah

Hari ini pada 8/8/2011 merupakan tarikh yang cukup penting pd diri Wardah..hari untuk Wardah membebaskan rasa yang tidak sepatutnya Wardah miliki selama ini..sungguh hati Wardah sentiasa tidak tenang dan Alhamdulillah buku bertajuk SINERGI hasil karya Hilal Asyraf banyak membantu Wardah menyedari banyak perkara..jadi bertitik tolak dengan itu Wardah mengambil keputusan untuk melakukan langkah awal iaitu dengan membersihkan hati Wardah sendiri..Insiden tertinggal handphone di Kuantan banyak hikmahnya..meskipun hidup tanpa handphoe selama seminggu byk mengajar Wardah erti sabar dan redha akan sesuatu walaupun de sesekali Wardah terluka jua tapi ia tidaklah separah dulu..petang td sekitar jam 5.40 ptg, Wardah membuat janji temu bersama insan2 yang Wardah sayang untuk merungkaikan segala apa yang ada di hati Wardah..Majlis dimulakan dengan sedikit tadarus dan perkembangan semasa insan-insan tersayang..dah lama rasanya tidak berkumpul seperti itu dan Wardah ambil peluang untuk berbincang mengenai surah Al-Hujurat yang banyak memberi motivasi terutama dari segi ukhwah..dalam masa yang singkat Wardah mengharapkan mereka memahami apa yang ingin Wardah perkatakan..dan tepat jam 7.00 mlm (da dekat nk waktu berbuka) kami sama-sama berjanji untuk memperbaharui ukhuwwah yang telah terbina sekian lama..memperbaharui ke arah yang lebih baik..dengan matlamat yang lebih jelas semata-mata kerana Allah tanpa ada rasa prasangka, iri atau pun dendam..moga terubatlah hati-hati yang sebelum ini pernah terluka..sesungguhnya selemah-lemah tahap ukhwah adalah bersangka baik dan setinggi-tinggi tahap ukhwah adalah itsar (melebihkan saudara lebih dari diri sendiri)..andai tak mampu mencapai tahap yang tertinggi cukuplah andai kami dapat menghayati tahap ukhwah yang paling lemah..walaupun Wardah sendiri sedar bukan mudah untuk mendidik hati tapi inilah cabaran yang harus kami tempuhi seperti mana kata salah seorang dari kami..memaafkan itu adalah lebih baik kerana Rasulullah s.a.w sendiri suka memaafkan orang.. Justeru itu dia mendidik hatinya untuk sentiasa mengalah dan bertolak ansur..dan bagi Wardah sendiri tiada lagi istilah adik atau kakak tp istilah sahabat itu lebih bermakna kerana Wardah mengharpakan sahabat yang mampu menjadi cermin bagi diri Wardah..menegur pe y tersilap dan sentiasa memandu ke arah kebenaran..seperti mana kata-kata Saidina Umar al-Khattab, "orang yang mencelaku adalah sahabatku dan oran yang memuji aku adalah musuhku kerana orang yang mencela itu sentiasa membuatkan aku sedar akan hakikat diriku yang sebenar tetapi orang yang serin memuji2ku hanya membuatkan aku jadi lupa diri..." Walaupun ranjau yang mendatang belum pasti lagi bagaimana harus kami tempuhi tapi kami berjanji untuk sentiasa menguatkan antara satu sama lain..itulah janji kami..semoga Allah merahmati ukhuwwah ini dan berkekalan ke akhirnya.....Amin...

No comments:

Post a Comment