Saturday, 27 August 2011

Bermaaf-maafan...


Memohon maaf dan memberi kemaafan adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam…Namun adakala memberi kemaafan adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan lebih-lebih lagi berkaitan dengan sesuatu yang sangat menyakitkan hati sehingga terlalu sukar dimaafkan..Adakala orang yang membuat salah pun terlalu sukar untuk memohon kemaafan..Masing-masing ada sebab yang tersendiri..mungkin ada yang merasakan diri tidak bersalah..atau kerana ego yang tinggi..ataupun mempunyai perasaan bersalah yang amat sangat sehingga merasakan diri tidak layak untuk memohon maaf..Apa-apa pun alas annya bukanlah menjadi satu sebab untuk kita memanjangkan sesuatu perselisihan..Dalam Islam sendiri menyeru umatnya agar saling memaafkan antara satu sama lain dan dalam hadith Nabi s.a.w pun melarang orang yang bergaduh sehingga tidak bertegur sapa selama tiga hari berturut-turut…tiga hari..kalau yang seminggu dan berbulan-bulan tue camne plak???..hmmm…Sempena bulan Syawal yang bakal menjelma ini eloklah kita sama-sama memohon maaf dan memberi maaf kepada orang..Walaupun ia bagaikan menjadi suatu tradisi kini sehinggakan bilaman ada wat salah kita x terus minta maaf tapi nak tggu bulan Syawal dulu..Itupun kalau sempat..kalau x sempat macam mana??...Sendiri jawablah..Tapi untuk memastikan keberlangsungan sesuatu ukhwah itu perkara ini memang sangat dititikberatkan..Sebab bilaman kita buat dosa, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Pemurah..Dia akan menerima taubat kita kerana sifat manusia itu sering yang sering berbuat dosa samada ia sedar atau pun tidak..tapi bilamana kita berbuat salah sesame manusia hanya orang yang kita buat salah itulah yang mampu memaafkan kita..Jadi apa lagi nak ditunggu???tak perlu nak tunggu hari raya tapi terus jela minta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah kita lukakan hatinya..tak rugi merendahkan sedikit ego untuk mendapat nikmat ukhwah yang berpanjangan…Di kesempatan ini juga Wardah nak memohon maaf pada semua sahabat-sahabat, adik-adik an sesiapa saja yang mengenali Wardah sekiranya Wardah sering melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan samada dari segi perbuatan atau kata secara sedar atau tidak..Sesungguhnya setiap dari kita melakukan kesilapan tapi bagaimana cara kita nak menebus kesilapan itu???..Jalannya mudah..hanyalah dengan meminta maaf…dan macam mana kita nak tahu yang kita dah memaafkan seseorang itu???..adalah dengan melupakan segala perkara yang kita tidak suka yang pernah dia buat…Semoga Allah merahmati  ukhuwah kita..Wallahualam..

No comments:

Post a Comment