Sunday, 28 August 2011
Balik kampung...ooohh..balik kampung...
Pejamcelik pejam celik..Ramadhan da tinggal ke penghujungnya..tibalah masa Syawal menjelma..masa yang ditunggu-tunggu untuk pulang ke kampung....Walaupun sahabat-sahabat lain da ramai pulang ke pangkuan keluarga masing-masing..tp xpela..better late than never...kini tggal beberapa jam je lg tuk Wardah plak kembali ke kg halaman..hehehe..bunyi cam duk jauh jer....semalaman duk sorang-sorang kt umah sewa nie mmg sgt tidak best la..berbuka sorang2..terawih sorang2..sahur pun sorg2..da ble da duduk sorang tue..terlepas la tuk qiam...ngat nak tidur kejap je pas sahur..terlajak plak..ish3..da hujung2 nie leh jd malas plak..pe2 pun seronok gak la mlm semalam..walaupun duk umah sewa sorg2 tp de orang teman..biarpun sekadar di alam maya..xdela bosan sgt...ngat xnk tido dh..alih2 die tido dl..tp xpela..mmg da lwt sgt pun smalam..xsabar rasa nak balik umah...rsenya mcm byk da kje menanti..maklumla jarang-jarang sekali balik..balik ari raya plak..mmg la busy..xtau dan x nk update blog nie...pe2 pun Wardah nk ucapkan selamat ari raya pd semua yang mengenali diri ini dan maaf zahir batin..kla, xsiap kemas lagi sbnrnya..back to the job..hehehe..
Saturday, 27 August 2011
Bermaaf-maafan...
Memohon maaf dan memberi kemaafan adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam…Namun adakala memberi kemaafan adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan lebih-lebih lagi berkaitan dengan sesuatu yang sangat menyakitkan hati sehingga terlalu sukar dimaafkan..Adakala orang yang membuat salah pun terlalu sukar untuk memohon kemaafan..Masing-masing ada sebab yang tersendiri..mungkin ada yang merasakan diri tidak bersalah..atau kerana ego yang tinggi..ataupun mempunyai perasaan bersalah yang amat sangat sehingga merasakan diri tidak layak untuk memohon maaf..Apa-apa pun alas annya bukanlah menjadi satu sebab untuk kita memanjangkan sesuatu perselisihan..Dalam Islam sendiri menyeru umatnya agar saling memaafkan antara satu sama lain dan dalam hadith Nabi s.a.w pun melarang orang yang bergaduh sehingga tidak bertegur sapa selama tiga hari berturut-turut…tiga hari..kalau yang seminggu dan berbulan-bulan tue camne plak???..hmmm…Sempena bulan Syawal yang bakal menjelma ini eloklah kita sama-sama memohon maaf dan memberi maaf kepada orang..Walaupun ia bagaikan menjadi suatu tradisi kini sehinggakan bilaman ada wat salah kita x terus minta maaf tapi nak tggu bulan Syawal dulu..Itupun kalau sempat..kalau x sempat macam mana??...Sendiri jawablah..Tapi untuk memastikan keberlangsungan sesuatu ukhwah itu perkara ini memang sangat dititikberatkan..Sebab bilaman kita buat dosa, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Pemurah..Dia akan menerima taubat kita kerana sifat manusia itu sering yang sering berbuat dosa samada ia sedar atau pun tidak..tapi bilamana kita berbuat salah sesame manusia hanya orang yang kita buat salah itulah yang mampu memaafkan kita..Jadi apa lagi nak ditunggu???tak perlu nak tunggu hari raya tapi terus jela minta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah kita lukakan hatinya..tak rugi merendahkan sedikit ego untuk mendapat nikmat ukhwah yang berpanjangan…Di kesempatan ini juga Wardah nak memohon maaf pada semua sahabat-sahabat, adik-adik an sesiapa saja yang mengenali Wardah sekiranya Wardah sering melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan samada dari segi perbuatan atau kata secara sedar atau tidak..Sesungguhnya setiap dari kita melakukan kesilapan tapi bagaimana cara kita nak menebus kesilapan itu???..Jalannya mudah..hanyalah dengan meminta maaf…dan macam mana kita nak tahu yang kita dah memaafkan seseorang itu???..adalah dengan melupakan segala perkara yang kita tidak suka yang pernah dia buat…Semoga Allah merahmati ukhuwah kita..Wallahualam..
Aku yang bersalah...
Setiap ujian dan dugaan yang datang itu adalah dari Allah s.w.t untuk menguji kekuatan iman hamba-hambaNya..Jujur Wardah akui Wardah tidaklah sekuat mana dan Wardah masih memerlukakan keuatan Syauqah yang sentiasa ada di sisi Wardah dan Wardah tahu itu semua adalah kurniaan daripada Allah s.w.t..Tak tahulah kenapa sejak akhir-akhir nie terlalu mudah untuk Wardah merasakan bilamana berlakunya sesuatu perkara yang buruk..samada kematian, kecelakaan atau sebagainya..Tapi Wardah bukanlah seorang yang terlalu cepat nak terima rasa itu..terutama perkara-perkara yang buruk walaupun harus diakui itulah yang bakal terjadi..Wardah selalu memohon agar dijauhkan sesuatu yang Wardah rasa Wardah tak mampu nak pikul..tp bilamana Allah da meletakkan sesuatu itu..pasti akan terjadi..Wardah sedih sebenarnya..sangat sedih..Walaupun Wardah da dapat rasakan pasti akan berlaku sesuatu yang buruk..tp Wardah harap ia takkan berlaku..sebab itu Wardah cuba untuk menjaga ia sebaiknya..tapi siapa sangka..ku sangkakan panas sapai ke petang rupanya hujan di siang hari..dan inilah antara kelemajhan Wardah..sangat lemah bilamana diuji dengan ujian perasaan..sebab itu sebolehnya Wardah cuba untuk mengelak dari semua ini..it's better to be 'no feeling' person...tapi yang salahnya tetap Wardah..Wardah akui itu..Wardah da penat menangis tapi Wardah rase itu semua tak bermakna pun...Wardah seakan-akan tak mampu nak maafkan diri..dan itu hanya menyebabkan keadaan Wardah akan bertambah parah...tp tue sume pun xkn menyelesaikan masalah yang ada..dan Wardah pun mmg suka melarikan diri dari masalah..ujian nie mmg ssuatu yang Wardah tak duga dan sangka..di saat Wardah sendiri baru nak membina diri...Wardah perlu mejadi supporter untuk org lain..tp dalam masa yang sama Wardah diuji lagi..tapi Wardah tak salahkan takdir..Wardah tau mmg selayaknya Wardah dapat ujian ini..teringat kata-kata seorang sahabat "bilaman kita ada masalah dengan seseorang, yang harus dibetulkan adalah hubungan dengan Allah..Bilamana hubungan kita dengan Allah baik, insyaAllah segala masalah akan selesai.." Wardah rasa betul jugak..Wardah nie sentiasa je lalai..time beringat Alhamdulillah...tp kalau x..nauzubillah..moga Allah mengampuni dosa-dosa Wardah..Mungkin adakala Wardah merasakan diri terlalu sayangkan dia melebihi segalanya walaupun Wardah tahu yang sepatutnya menjadi cinta pertama hanyalah Allah s.w.t..Wardah x pernah salahkan dia sbb Wardah tahu yang salah itu adalah Wardah...walaupun Wardah sangat-sangat sedih tapi Wardah tetap kena kuat sbb Wardah perlu utk kuatkan seseorang..dalam hati hanya Allah je yang tahu..Wardah selalu berdoa agar Allah sentiasa kuatkan hati Wardah...buat insan tersayang..Wardah minta maaf sangat-sangat..dan Wardah sangat menyesal dengan apa yang berlaku sehunggakan Wardah tak mampu nak maafkan diri sendiri..pe2 pun Wardah doakan semoga Allah sentiasa menjaga dirimu di saat Wardah tidak mampu lagi untuk berada di sisimu..Andai inilah takdir yang telah ditetapkan..Wardah akan cuba untuk redha..Waalupun pahit ttp kne telan juga...
"Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui setiap yang tersembunyi..Kau berikan aku ujian di saat diri tak mampu untuk memikulnya..Aku memohon padaMu agar berilah aku sedikit kekuatan untuk mengharungi segalanya dan aku bersyukur kerana Engkau tidak pernah melupakan aku di saat hatiku kian lalai dari mengingatiMu..Ampun kan aku Ya Allah..."
Friday, 26 August 2011
Muhasabah Ramadhan
Hari raya hari kemenangan
Di lipatan seni mehnah IlahiHari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Ada maksud murni yang lebih hakiki.
Pada nafsu yang dilentur lapar dan dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di Solat Terawih
Apakah semuanya telah dimiliki.
Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba dan Ilahi.
Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya menahan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama
Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara
Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir
p/s: hasil karya Us Pahrol Mohd Juoi, Majalah Solusi...
Thursday, 25 August 2011
Pergi tak Kembali
Dah lama rasanya tak update blog nie..nk kt bz xdela sgt tp nak cari mood tue ssh ckit...sejak akhir2 nie hati selalu je rse x sedap...lpas incidnt kt dapur tue...slalu je ngat mati..padahal luka xde la teruk sgt..kdg2 bila bawa motor tue mesti terbayang-bayang.."kalau accident camne??..dah la family jauh"..dan dalam masa yang sama Wardah sentiasa berhati-hati dan beringat..tp siapa sangka rupanya mmg berlaku satu kematian yang tidak diduga..org yang sangat dekat dengan Wardah kehilangan insan tersayang..mula-mula dapat berita tue dalam pukul 12 tgh mlm..terkejut la jugak..berkali-kali baca msg y sme..bru leh lafaz innalillahiwainnaliilahirajiuun...mmg dugaan yang besar la buat dia..lebih2 lagi da nak dekat raya kn..nk sgt call die tp kdt xde..nk cr mnela topup tgh2 mlm gni..slh seorg shbt pn call la die..bunyi cite mmg sedih yang teramat..mmg dpt rasa perasaan dia sbb sblum nie die da khlgn ayah..skang emak plak..msti sgt2 sedih..alhamdulillah shbt2 nie sgt prihatin nk g lawat die kt Kuantan..kalo x haru gak nk tggu bas..sampai je kt sne mmg sgt sedih la..die mmg sgt2 down...nk xnk Wardah pn stay la ngan die sbb shbt lain terpaksa balik awl..ssh nk bna smgt org ble da jatuh pd thp 0..dan Wardah pun amik cuti sehari je, nak xnk terpksa blik mlm tue gak..mujur de sorg lg adik agkt Wardah..die sggup tman adik Wardah tue..lgpn dieorg mmg sgt rapat pun..apa-apa pun Wardah doakan semoga adik angkat Wardah tu terus kuat..betul la kt seorg shbt, org lain leh nasihat mcm2 tp y merasa adalah dia...smoga roh arwah ibunya dicucuri rahmat...Al-fatihah..
p/s: specially to Farahanim akak harap sangat Fara dapat bangkit kembali..yang telah pergi xkn kembali tp hidup mesti diteruskan...kami semua sygkn Fara..Fara bkn sorg2..ngat tue!!jge diri ye syg..
p/s: specially to Farahanim akak harap sangat Fara dapat bangkit kembali..yang telah pergi xkn kembali tp hidup mesti diteruskan...kami semua sygkn Fara..Fara bkn sorg2..ngat tue!!jge diri ye syg..
Sunday, 21 August 2011
Mengapa ada benci
Sempena bulan puasa nie, suka untuk Wardah mengajak kita bersama-sama mengoreksi diri kita sendiri..lebih2 lagi bulan Ramadhan kini kian meninggalkan kita..Mengapa ada benci???...mesti setiap orang pernah mengalaminya,kn???...."ish, xsuke betul ngan orang tue.."..."die nie menyakitkan hati je"..and so on..mcm2 ayat akan keluar bilamana kita tak suka dengan seseorang tue kn..kenapa kita perlu de perasaan tak suka pada orang lain atau pun y lebih parah bilaman kita merasa betul-betul benci atau meluat dengan seseorang...kalo ikutkan mmg byk faktor la..terutama dari segi akhlak seseorang..attitude or behavior y kdg kala bertentangan dengan diri kita..tak boleh nak kt orang yang berakhlak baik itu sentiasa disukai oleh orang..kdg2 orang yang terlalu baik pun die tak suka (nie kes bilamana org2 yang bermasalah xsuka ditegur)...Inilah realiti kehidupan..xperlu nak point sape-sape..orang itu salah..orang ini salah..asal kita je yang betul..balik-balik kita perlu refleks pd diri kita...bila Wardah refleks balik benda nie pada diri Wardah...Wardah nie xdela baik sgt..jenis yang sangat cepat nk judge org n kurang perasaan ckit...bg Wardah..lumrah la orang xsuka kita sebab kita pun x suka dengan semua orang..pernah jugakla sampai ke tahap merasa benci...sehingga Wardah dipertemukan dengan seseorang yang cukup husnul dzhon..(tp tak tahulah hati sebenarnya camne..kita x layak nk judge pe y de dalam hati seseorang cukup sekadar luaran..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu)..At that moment mmg cuba belajar untuk bersangka baik dengan orang...memang teramatlah susah...sepertimana kajian Dr Fadzillah Kamsah, orang yang lahir bulan Januari nie jenis yang cepat melihat kelemahan orang dan suka mengkritik (xsemestinya betul..sekadar kajian..) So far ia sangatlah bermasalah bagi Wardah sebab ciri itu mmg de dlm diri Wardah..dan terbaca plak statement (xsure hadith or pndpt semata) tahap ukhwah yang paling rendah adalah bersangka baik..jd xleh la nak mengaku terlalu menjaga ukhwah sedangkan nak bersangka baik dengan orang pun susah..dan bilaman bercakap tentang ukhwah nie bukan merangkumi kwn2 kita je tapi semua org sebab dalam Al-Quran sendiri menyebut sesungguhnya di anatara manusia itu adalah bersaudara..(leh check dlm surah hujurat sbg contoh). Alhamdulillah pernah dengar kuliah seorang ustaz (xngat nme pe) Kita x layak untuk membenci orang lain hatta die seorang yang melakukan maksiat kepada Allah tp yang sewajibnya kita benci adalah sikap atau akhlaknya yang buruk kerana seseorang itu melakukan kejahatan kerana tidak mendapat hidayah atau dia menutup hatinya dari mendengar kebenaran tetapi tatkala hatinya dibukakan dan diberi hidayah mungkin dia akan jadi lebih baik daripada kita..Alhamdulillah satu solusi yang boleh membantu kita untuk husnul dzhon pd orang lain..sebab itu bila mana kita melihat seseorang yang kita xsuka, pesan pd hati, "yang aku xsuka bukan orang itu tetapi kerana akhlak@perbuatannya..semoga Allah memberi hidayah kepadanya dan dia berubah ke arah yang lebih baik..." Kena selalu ingatkan diri..dan adalah suatu peristiwa yang berlaku kepada Wardah sendiri bilaman Wardah x suka dengan seseorang ini tapi Wardah terpaksa bekerjasama dengan dia..bilamana dah kenal diri dia barulah Wardah rasa yang dia tidaklah seteruk yang Wardah sangka..Sebab itulah dalam rukun usrah ditekankan soal taaruf(pengenalan diri). Benarlah kata orang xkenal maka x cinta and don't judge a book by just look it cover...bila kita x kenal seseorang macam2 assumption yang kita buat..kadang2 kesian juga pada orang yang memang jenis air muka serius, orang ngat die sombong sedangkan hatinya tak begitu..sebab itu Allah suruh kita nie bertebaran di muka bumi dan kenal mengenal antara satu sama lain..kerana bila kita mengenali seseorang dengan lebih dekat, barulah senang untuk membuahkan rasa kasih sayng tue..hebat sungguh ayat-ayat Allah..banyak dah guide yang Dia bg untuk kita menjalani kehidupan tapi kita yang kurang berfikir..mengaji Al-Quran sekadar membaca tp kurang mengkaji..nauzubillah..semoga Allah sentiasa membuka hati2 kita dan memberi hidayah kepada kita semua..marilah kita bersama-sama melebarkan jaringan kasih sayang sesama insan dan cara yang paling mudah adalah dengan menyampaikan salam dan melebarkan senyuman.....perlukah ada benci lagi???...tidak perlu kerana kita semua adalah bersaudara dan berkasih sayang kerana Allah..alhamdulillah....
Monday, 15 August 2011
Rahsia 5 Jari
asalamualaikummmm!!
Ari nie Wardah nk kongsi rahsia dari 5 jari yang Wardah dpt dr satu blog shbt nie.... ALLAH itu maha Sempurna.. semua ciptaanNya takde yang sia-sia.. takde yang tak bermakna.. tinggal kite je nak kena bukak mata hati untuk mensyukuri semua ciptaan itu.. ye tak??
1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat-kuat dan angkat keatas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
2. Straight kan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan Renung dalam- dalam. itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.
3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dari jari kelinking yang kecil dan kerdil, macam manusia; apa benda pun akan start dari kecil then membesar.. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri impact/kesan yang besar pada masa depan.
4. Then tegok jari kedua, jari manis. Macam tu jugak la dengan usia remaja..semuanya sweet.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu diduga dengan cabaran dan dugaan. Hanyan iman dan takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status dan ekonomi career yang stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam-macam hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.
6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk.. see how .. Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh dan tauladan pada jari-jari sebelum ni. Macam tu jugak dengan kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan a great mind.
7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk dan pendek compare to the others but it shows kematangan dan kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa-apa rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pada petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.
p/s:something nice to share but it really meaningful if we could understand it...renung-renungkan dan selamat beramal....
5 Bonus di bulan Ramadhan...
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa salam bersabda yang bermaksud : “Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu :
1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
2. Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: ‘Hampir-hampir hamba-hambaKu yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu’. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan didunia dan di akhirat)
4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
5. Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).
Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda Sallallahu ‘alaihi wa salam : “Ya, Rasullullah, apakah itu berlaku pada Lailatulqadar?” Baginda menjawap : “Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalannya.”
(HR Ahmad)
Sunday, 14 August 2011
pantun
Niat menebas di pangkal kelapa,
Tertebas pula kaki sendiri;
Tercabut kepala tidak mengapa,
Jangan tercabut iman di hati.
—————————————
Bila terasa gatal di lidah,
Ingin sekali mengunyah paku;
Bila hati sesal tak sudah,
Kembali insafi apa yang berlaku.
—————————————
Tersepak tunggul rebah ke depan,
Berdarah mata tercucuk kayu;
Bila keseorangan dalam kegelapan,
Menangisi dosa di hati sayu.
—————————————
Zil-el-Saif @ The Encik Saif
Tertebas pula kaki sendiri;
Tercabut kepala tidak mengapa,
Jangan tercabut iman di hati.
—————————————
Bila terasa gatal di lidah,
Ingin sekali mengunyah paku;
Bila hati sesal tak sudah,
Kembali insafi apa yang berlaku.
—————————————
Tersepak tunggul rebah ke depan,
Berdarah mata tercucuk kayu;
Bila keseorangan dalam kegelapan,
Menangisi dosa di hati sayu.
—————————————
Zil-el-Saif @ The Encik Saif
Tikam
Assalamualaikum...
ntah la nape..sejak akhir-akhir nie rajin plak nk cr post y berunsurkan komik...saje je nk release2 tension..xde la tension sgt pon sbnrnya..tp kchtn y xbpe nk mngizinkan nie..bce post y ringan-ringan gni best gak..k, satu lg perkongsian..simple tp menarik gak la..byk pengajaran..
Petua Menghilangkan Penyakit
Menghindari Penyakit
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.
Menahan Nafas
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.
Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.
Menghindarkan Sakit Jantung
Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.
Menghilangkan Bisa-bisa Tulang
- Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
- Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
- Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.
Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.
Menambahkan Darah
Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :
- Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.
- Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.
- Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :
- Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
- Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
- Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
- Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
- Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
- Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.
Bila akhwat jatuh cinta.....
Dah lme xde pengisian dekat blog nie..jln2 ke blog shbt2..terjumpa la satu artikel yang cambest je..xslh kot tuk dikongsi bersama..da minta izin dr tuan punye blog...tgk tjuk mcm jiwang jer..sekali sekala berjiwang xde slhnya...fitrah manusia...y penting pengajaran yang kt akan dpt..jom bace!!!
Assalamualaikum w.b.t.
Akhwat Jatuh Cinta??
Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia…
Bukankah cinta adalah fitrah manusia???
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta???
Mereka juga punya hati dan rasa…
Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada suka di dada…
Namun sebaliknya…
Ketika Akhwat Jatuh Cinta…
Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap…
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi…
Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah rasa yang tak semestinya…
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…
Ketika Akhwat Jatuh Cinta…
Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…
Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…
Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah,kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…
Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan…
Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…
Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…
Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap…
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…
Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…
Kerana bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…
Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…
Ukhti…
Bersabarlah…
Biarkan Allah yang mengaturnya…
Maka yakinlah…
Semuanya akan baik-baik saja…
Semua Akan Indah Pada Waktunya…
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buat ukhti fillah, doa manis ini pedoman kalian;
Ya Allah…
Kurniakanlah kami pasangan yang soleh…
Yang menjaga dirinya…
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
Yang sentiasa memperbaiki dirinya…
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
Yang baik akhlaknya…
Yang menerima kami apa adanya…
Yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…
Kabulkan ya Allah…
Kerana hati kami teramat lemah…
Ya Allah..
Kami mohon ampun atas dosa selama ini
Dosa-dosa kami..
Andai tak menjalankan perintahMu
Andai tak pedulikan NamaMu
Andai tenggelam melupakan diriMu
Ya Allah..
Sempatkanlah kami untuk bertaubat
Untuk hidup di jalanMu
Untuk penuhi keewajipanku
Sebelum tutup usia ini..
Sebelum kami kembali kepadaMu..
Ameen ya rabb
p/s: andai cinta itu semudah yang dilafaz pastilah telah ramai insan yang meraihnya..tetapi cinta itu bukan semudah itu..membawa makna dan t/jwb yang x ternilai..tersilap kemudi, hanyutlah hati..bersorak sorai syaitan merai..Ya Allah, bimbinglah aku dan shbt2ku agar tidak terpengaruh dengan panahan cinta yang menipu..jagalah hati kami sehingga tiba waktu yang telah ditentukan..kuatkanlah hati-hati kami Ya Allah..permudahkanlah kami menggapai cintaMu sebelum kami dipertemukan cinta manusia...Amin..
Thursday, 11 August 2011
Wednesday, 10 August 2011
Permulaan hidup yang baru...
Selepas je bergelar graduan (walaupun x konvo lg) bagaikan xde hala tuju sangat..semangat sbg student masih membara..dapat peluang kerja pun leh tolak..peluang yang diambil plak tidak membuahkan hasil..selalu je dtg dua peluang serentak dan terlalu sukar untuk membuat pilihan..akibatnya ang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..tp pe2 pun Wardah tetap positif..mungkin tiada rezeki Wardah di situ..sebulan hidup sebagai penganggur..Alhamdulillah diberi peluang untuk menghadiri temuduga Skim Latihan 1Malaysia..dpt tak dpt belakang kira tapi yang penting usaha dulu..tp sekali lagi Allah itu Maha Pemurah, Dia bg peluang untuk temuduga program Tunas Mekar dn Alhamdulillah dapat..sekali lai dlm dilema samada nak menunggu Skim Latihan 1Malaysia ataupun time je tawaran Tunas Mekar..xnak pisang berbuah 2 kali akhirnya Wardah terima je tawaran itu..Mungkin di situ rezeki Wardah..ambil bahagian peruncitan bukanlah satu matlamat utama untuk dikejar tapi mungkin minat itu boleh dipupuk..lgpun Wardah minat lah jugak berniaga walaupun tak brape serius sgt sbb Wardah lebih suka mengajar kot..(tp dl xnk amik bdg cikgu..hehehe)
Jadi bermula lah hidup baru Wardah sebagai pelajar praktikal di sebuah mini market Qimily Mini Market..nie pun lecturer yang recommend kn sbb kalo boleh nak duduk dkt dgn kwsn y Wardah rasa boleh isi masa untuk pentarbiyyahan diri bukan kerja semata-mata. pada awalnya macam nk g KT tp mgkin takdir menentukan Wardah berada di Dungun..terasa masih de lagi tanggungjawab yang tak terlaksana maka sebab itu Wardah masih di sini..First time g jumpe pengusaha tue, baru Wardah sedar yang Wardah kne praktikal sampai setahun..means bulan ogos tahun depan baru abis..(mak aihh..lmenye..sanggup ke nanti???) Kerja plak ikut shift dan leh cuti seminggu sehari je..(susah dh nk blik kg halaman...) Kalau ikutkan hati nak je kt tidak tapi bile fikir2 balik..baru ujian kecil..nak jadi usahawan kne byk tanggung risiko..so, pakse rela jela setuju dengan sume syarat-syarat tue...
First Day....
Sindrom yang biasa berlaku BOSANN!!!...memang sangat bosan sebab macam xde kerja sangat dan tak tahu nak buat ape..juz tunggu arahan je...dan sgt PENATT!!!..maklumlah bulan pose dan dah lme tidak bekerja..bayangkan berdiri sepanjang 5jam setengah waktu bekerja dan balik kerja tue plak rajin plak menolong g menjual dekat bazar...mmg tidak bertenaga..lenguh2 satu badan..
Second Day...
Much better...da mula knal orang ckit2...tp still lg bosan lg sbb mslh utama Wardah adalah sgt PENDIAM dengan orang yang tak kenal..kalo da knal mula la tak berhenti cakap..tp so far da boleh kawal keadaan ckit..da tahu wat kerja ckit2 tap yang penting lebih bersemangat dan tidaklah lesu seperti semalam..
Hari-hari seterusnya...
Da dekat seminggu rupanya Wardah bekerja di situ..so far tiada lah sangat masalah..da pandai wat keje sendiri sebelum orang suruh..da pandai cari peluang untuk duduk..hehehe..xdela penat sangat..tp yang still tak berubah..Wardah mmg ssh nk berkomunikasi..org tak tanya Wardah pun takkn mula..kdg2 juz dgr je dieorg bercerita...kdg2 Wardah rasa mcm kera sumbang pun de..tp x kisahlah...Wardah lebih suka wat kerja dan bermonolog sendiri..lagi satu sebenarnya Wardah kdg2 lmbt pick-up ckit pe y dieorg ckp..plg2 koman Wardah senyum je...so, setiap hari Wardah juz buat kerja yang sama je..kalau stok baru byk smpai byk la ckit kerjanya tp Wardah suka jer..baik de kerja dari duduk saja..heheheh..
Pe pengalaman yang Wardah dpt???...
Hmm..pengalaman..nk cite pe yer...baru seminggu kerja kat situ tp da mcm2 pengalaman baru yang Wardah dapat..satu lagi Wardah dpt cuba buat kerja yang memang Wardahnak buat selama nie..
i. Menjadi pekerja kedai runcit
- memang minat pun nak kerja kat kedai runcit terutama mini market sbb sng nk survey2 harga brg..maklumlah Wardah nie mcm promoter kalo da suke satu2 tempat tue mesti akan promote habis2..tp mslh Wardah biasanya dieorg nie de baju uniform dan biasanya mmg tak sesuai dengan diri Wardah..bukan nak melawa tp bese baju t-shirt lengan pendek..dan Wardah xkn ubah penampilan Wardah semata-mata kerana kerja.dan Alhamdulillah bos Wardah pun ok je kalo Wardah xnk uniform (mesti jimat ckit duit dia..lgpun seorang pekerja akan dpt 3 uniform dan awl2 lg Wardah kt Wardah xnk) Dia pun xkisah walaupun dia kata dia treat Wardah sebaai pekerja biasa tp still Wardah hanya praktikal je..
ii. Pengalaman jadi cleaner
-nape kerja kedai runcit dapat pengalaman jd cleaner??..actually nie perasaan Wardah je..maklumlah kuat berangan...sebabnya kt situ Wardah pun ada masa disuruh nak menyapu kedai terutapa kat bahagian basah..kulit2 bawang selalu je bersepah-sepah...Bila menyapu tue tibe2 terasa macam cleaner pun de sbb menyapu di tengah-tengah customer..dpt la rasa perasaan cleaner yang menyapu kt pasar raya tue..skill menyapu pn kne ikut cre cleaner menyapu bukan cam cre kt mengemas rumah...
iii. Ragam manusia
-seronok melihat ragam manusia yang pelbagai...lebih-lebih lagi Wardah memang lebih suka memerhati dan mentafsir sesuatu..maka selalu la bermonolog dengan diri..yang plg tak best bile bertembng dgn lecturer2 UiTM..tak tahulah nape..bkn wat kje salah pun tp rse segan..
iv. Anak-anak yang comey
-mmg slalu la jupe bdk2 yang comey..dengan mcm2 gelagat..dan Wardah seronok tgk sesetengah ibu bapa tue da ajar anak dieorg cara beli brg dapur walaupun baru sekolah rendah..tak kira la laki ke perempuan..tibe2 teringat kalo Wardah dl, lmbt lg nk ikut dan padahnya skang, d besar pun xreti lg nk beza jenis ikan dan sayur...nasibla badan...
v. Istilah baru
-hmm..istilah ke???hmm..lebih pd loghat la..de la beberapa perkataan yang Wardah tak faham..tak tahulah itu mmg bhs tganu or or Dungun je y ckp gtu..antaranya :
ubat lampu = bateri
laksa kuning = mee kuning
camboh = taugeh
timun = tembikai
dan ada la lg..kalo nk senarai byk la jugak...terpaksa la bertanya semula..tp pe2 pun semua itu pengalaman..dan makin hari terasa makin seronok nak bekerja...
Mungkin ni baru permulaan kehidupan baru Wardah untuk perjalanan seterusnya..pe2 pun Wardah bersyukur sgt dan redha dengan apa yang telah ditentukan..
Jadi bermula lah hidup baru Wardah sebagai pelajar praktikal di sebuah mini market Qimily Mini Market..nie pun lecturer yang recommend kn sbb kalo boleh nak duduk dkt dgn kwsn y Wardah rasa boleh isi masa untuk pentarbiyyahan diri bukan kerja semata-mata. pada awalnya macam nk g KT tp mgkin takdir menentukan Wardah berada di Dungun..terasa masih de lagi tanggungjawab yang tak terlaksana maka sebab itu Wardah masih di sini..First time g jumpe pengusaha tue, baru Wardah sedar yang Wardah kne praktikal sampai setahun..means bulan ogos tahun depan baru abis..(mak aihh..lmenye..sanggup ke nanti???) Kerja plak ikut shift dan leh cuti seminggu sehari je..(susah dh nk blik kg halaman...) Kalau ikutkan hati nak je kt tidak tapi bile fikir2 balik..baru ujian kecil..nak jadi usahawan kne byk tanggung risiko..so, pakse rela jela setuju dengan sume syarat-syarat tue...
First Day....
Sindrom yang biasa berlaku BOSANN!!!...memang sangat bosan sebab macam xde kerja sangat dan tak tahu nak buat ape..juz tunggu arahan je...dan sgt PENATT!!!..maklumlah bulan pose dan dah lme tidak bekerja..bayangkan berdiri sepanjang 5jam setengah waktu bekerja dan balik kerja tue plak rajin plak menolong g menjual dekat bazar...mmg tidak bertenaga..lenguh2 satu badan..
Second Day...
Much better...da mula knal orang ckit2...tp still lg bosan lg sbb mslh utama Wardah adalah sgt PENDIAM dengan orang yang tak kenal..kalo da knal mula la tak berhenti cakap..tp so far da boleh kawal keadaan ckit..da tahu wat kerja ckit2 tap yang penting lebih bersemangat dan tidaklah lesu seperti semalam..
Hari-hari seterusnya...
Da dekat seminggu rupanya Wardah bekerja di situ..so far tiada lah sangat masalah..da pandai wat keje sendiri sebelum orang suruh..da pandai cari peluang untuk duduk..hehehe..xdela penat sangat..tp yang still tak berubah..Wardah mmg ssh nk berkomunikasi..org tak tanya Wardah pun takkn mula..kdg2 juz dgr je dieorg bercerita...kdg2 Wardah rasa mcm kera sumbang pun de..tp x kisahlah...Wardah lebih suka wat kerja dan bermonolog sendiri..lagi satu sebenarnya Wardah kdg2 lmbt pick-up ckit pe y dieorg ckp..plg2 koman Wardah senyum je...so, setiap hari Wardah juz buat kerja yang sama je..kalau stok baru byk smpai byk la ckit kerjanya tp Wardah suka jer..baik de kerja dari duduk saja..heheheh..
Pe pengalaman yang Wardah dpt???...
Hmm..pengalaman..nk cite pe yer...baru seminggu kerja kat situ tp da mcm2 pengalaman baru yang Wardah dapat..satu lagi Wardah dpt cuba buat kerja yang memang Wardahnak buat selama nie..
i. Menjadi pekerja kedai runcit
- memang minat pun nak kerja kat kedai runcit terutama mini market sbb sng nk survey2 harga brg..maklumlah Wardah nie mcm promoter kalo da suke satu2 tempat tue mesti akan promote habis2..tp mslh Wardah biasanya dieorg nie de baju uniform dan biasanya mmg tak sesuai dengan diri Wardah..bukan nak melawa tp bese baju t-shirt lengan pendek..dan Wardah xkn ubah penampilan Wardah semata-mata kerana kerja.dan Alhamdulillah bos Wardah pun ok je kalo Wardah xnk uniform (mesti jimat ckit duit dia..lgpun seorang pekerja akan dpt 3 uniform dan awl2 lg Wardah kt Wardah xnk) Dia pun xkisah walaupun dia kata dia treat Wardah sebaai pekerja biasa tp still Wardah hanya praktikal je..
ii. Pengalaman jadi cleaner
-nape kerja kedai runcit dapat pengalaman jd cleaner??..actually nie perasaan Wardah je..maklumlah kuat berangan...sebabnya kt situ Wardah pun ada masa disuruh nak menyapu kedai terutapa kat bahagian basah..kulit2 bawang selalu je bersepah-sepah...Bila menyapu tue tibe2 terasa macam cleaner pun de sbb menyapu di tengah-tengah customer..dpt la rasa perasaan cleaner yang menyapu kt pasar raya tue..skill menyapu pn kne ikut cre cleaner menyapu bukan cam cre kt mengemas rumah...
iii. Ragam manusia
-seronok melihat ragam manusia yang pelbagai...lebih-lebih lagi Wardah memang lebih suka memerhati dan mentafsir sesuatu..maka selalu la bermonolog dengan diri..yang plg tak best bile bertembng dgn lecturer2 UiTM..tak tahulah nape..bkn wat kje salah pun tp rse segan..
iv. Anak-anak yang comey
-mmg slalu la jupe bdk2 yang comey..dengan mcm2 gelagat..dan Wardah seronok tgk sesetengah ibu bapa tue da ajar anak dieorg cara beli brg dapur walaupun baru sekolah rendah..tak kira la laki ke perempuan..tibe2 teringat kalo Wardah dl, lmbt lg nk ikut dan padahnya skang, d besar pun xreti lg nk beza jenis ikan dan sayur...nasibla badan...
v. Istilah baru
-hmm..istilah ke???hmm..lebih pd loghat la..de la beberapa perkataan yang Wardah tak faham..tak tahulah itu mmg bhs tganu or or Dungun je y ckp gtu..antaranya :
ubat lampu = bateri
laksa kuning = mee kuning
camboh = taugeh
timun = tembikai
dan ada la lg..kalo nk senarai byk la jugak...terpaksa la bertanya semula..tp pe2 pun semua itu pengalaman..dan makin hari terasa makin seronok nak bekerja...
Mungkin ni baru permulaan kehidupan baru Wardah untuk perjalanan seterusnya..pe2 pun Wardah bersyukur sgt dan redha dengan apa yang telah ditentukan..
Subscribe to:
Posts (Atom)