Saturday, 24 November 2012

Rinduku padamu..

Karya 25/11/2010...teristimewa buat insan yang bertahta di hati dan selalu dirindui..


Ya Allah...
aku merindui insan ini
terlalu merinduinya
sehingga tiada kata2 y mampu ku lontarkan..
 
Namun aku bimbang ya Allah
aku bimbang andai rindu ini
melebihi dr rinduku pd Mu ya Allah
aku bimbang andai kasihku ini
membuat aku lupa pdMu
dan aku plg bimbang
andai ia jua turut terkesan di hatinya..
 
Tiada apa y kuharapkan dlm ikatan jalinan ukhwah ini
semata2 hanya untuk redhaMu..
izinkan rindu kami bertaut dlm kasihMu
jgn Kau biarkan hati2 kami
hanyut dgn perasaan kami sndr
sehingga kami melupakanMu Ya Allah..
 
Aku serahkan dia dlm penjagaanMu
krn aku tau aku xkn mmpu menjga dia
krn aku tau aku xkn selamanya bersama dia
krn hanya Kau yang selayaknya mmberi y terbaik utknya..
 
Walau rindu dan sygku tidak terhitung
walau kenangan itu sering bertandang
moga segalanya membawa aku kembali kpdMu
moga segalanya membuat aku semakin syukur kepadaMu..
 
Ya Allah..
sungguh aku bersyukur di atas nikmatMu ini..
Kau pertemukan aku dgnnya
Kau semaikan ksh syg antara kami
Kini Kau takdirkn perpisahan di antara kami
walaupun berat tp aku redha ya Allah
hanya Kau y mengetahui y terbaik tuk kami..
 
Andai ditakdirkn dia kian jauh drku
Kau kuatknlah hatiku agr ttp redha
Kau berilah y terbaik dlm urusan hidupnya
dan Kau mudahknlh sgl2nya
berilah dia nikmat kesihatan yang sempurna
dan Kau berilah kekuatan tuk dia menempuh sgl ujian
agar aku kn sentiasa melihat bibirnya tersenyum..
 
YaAllah
kekalkan dan eratkanlah ukhwah antara kami
andai tidak kekal di dunia..
biarlah bertemu di alam y lebih abadi...
amin..

 REALLY MISS U....SARS...

kepada adik tersayang

Assalamulaikum..yang nie pulak hasil karya pada 24/10/2010..khas untuk mereka yang pernah hadir dalam hidupku..de beberapa org sbg sumber inspirasi..



Saat ku terasa keseorangan
Allah pertemukan dia dlm hdupku
Saat ku terasa kerinduan
Allah wujudkn kngan itu dlm dirinya
Saat ku terasa kesepian
Allah hadirkan dia di sisiku

Sungguh aku bersyukur atas pertemuan ini
tiap butir patah katanya
membuatkn aku sentiasa senang bersamanya

Saat dia berduka
aku rasa terluka
Saat dia gembira
aku rasa bahagia

Namun tiap kasih syg itu pasti diuji
adakala ujian y dtg
xmampu ditangani
adakala rasa itu disulami dgn cemburu y x menentu..

Walaupun dekat, terasa jauh
walau rindu, x mmpu terungkap
mgkin PERPISAHAN menjadi penyebab
lantaran diri xmampu nk hadap..

Mengapakah sukar menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkn syg
kasih y tersimpan hanya sekadar tingkah
hanya bicara kebisuan y melindungkan segala rahsia..


~semoga ikatan ini terus tersimpul kemas hingga ke akhir hayat...satu lafaz y sukar terucap di bibir...
 "SYG AS RINDU SELALU (SARS)..."

thanx n sorry 4 everything...

buat kakakku tersayang

Assalamualaikum..ari nie bosan2 rse rindu pada seseorang..mengimbau memori silam..baca semua email2..akhirnya terjumpa lah puisi nie..tak tahulah direka sendiri atau diadaptasi..tp nk semadikan dalam blog nie sbg tanda ingatan..dikirim pd 15/10/2010..dah 2 thn dh..bru bce blik...


BUAT KAKAK KU YANG DISAYANGI....

Salamun'alaiQ,
KE HADAPAN KAKAK KU,
Sekian lama telah ku nanti saat ini,
Sabar dan redha menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu,

KAKAK KU,
ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini,
Namun sering kali ku terbenam 
dalam kekalutan dan keresahan 
kerana sesungguhnya kau akan megerti nanti,

KAKAK KU,
Harapanku agar kau bahagia selalu,
doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,

KAKAK KU,
maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,
Dalam mencari bening-bening taQwa,
Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,
Mencari identiti diri,

KAKAK KU,
Ketahuilah,aku masih setia disini,
Menanti ...
Dan menunggu saat dan waktu 
untuk bersama kita tarbiyah dan fahami 
erti sebuah perjuangan yang menuju cinta haQiQi dan Abadi,

Pintaku,
Teruskan perjuangan,
Jangan sesakali kau berhenti,
IstiQamahlah dan tegarlah
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.

Akhirnya,
Saat yang ku pasti nanti tiba jua,
Walaupun kini tak seindah dulu,
tapi ku bersyukur,
kerana penghujungnya,impian dan mimpiku 
menjadi kenyataan dan ketahuilah, 
keyakinanku tak pernah pudar..

Salam ukhwahfillah buatmu KAKAK KU,

Gerakkan langkahmu bersama,
 Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena  perjuangan suci ini,

Semoga ukhwah kita kekal sampai syurga....
Semoga Lafaz Yang tersimpan masih kekal selamanya...
Ucapan 
"SARS" masih menjadi ingatan...

"jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."

IKHLAS DARI ADIKMU...
IBTISAM

Friday, 23 November 2012

Buat pemilik tulang rusukku..

Assalamualaikum..post kali nie tidaklah membawa maksud apa2..sekadar tertarik dengan post seseorang yang mungkin refleks pd diri sendiri juga...puisi nie Wardah copy dr blog http://cintayangbertahmid.blogspot.com


Buat pemilik tulang rusuk ini,
Aku tidak tahu siapakah engkau yang sebenarnya,
Aku juga tidak tahu di manakah engkau berada,
Mungkin kau ialah orang yang aku cintai,
Atau mungkin bukan orang yang aku sukai,
Juga mungkin kau ialah orang yang belum lagi aku temui saat ini,
Juga mungkin kau ialah sahabat-sahabat seperjuanganku yang telah lama aku kenal di bumi ini.

Buat pemilik tulang rusuk ini,
Janganlah kau berkecil hati...
Jika saat sebelum menjadi halal aku terlalu kejam kepadamu,
Janganlah kau berputus asa terhadap diri ini...
Andai aku terlalu kasar dalam menjaga hatimu,
Janganlah kau memalingkan diri andai aku terlalu syadid dalam menjaga ikhtilatku,
Kerana sememangnya aku telah berjanji,
Dengan Tuhanku yang Maha Mengasihani,
Bahawa biarkan aku kejam terhadap ajnabi,
Yang belum tentu halal buat diri ini,
Namun setulus hati aku memperhambakan diri,
Buat seorang insan bernama suami.

Buat pemilik tulang rusuk ini,
Aku menunggumu dengan cara baik,
Pinanglah aku dengan cara yang terbaik,
Aku menanti dirmu,
Menemui waliku terlebih dahulu,
Bukan menggodaku dengan cara yang tidak menentu,
Dengan izin Tuhanku,
Tentunya aku menerima dirimu,
Dengan hati yang terharu,
Menjadikan dikau suri di hati,
Menjagamu dengan rapi,
Sehingga akhir hayatku,
Ajalku datang menjemputku.

p/s : kerana segalanya masih menjadi rahsia Allah..maka ku kuatkn hati dan pendamkan rasa..moga Allah pertemukanku dengan insan yang sebenarnya memahami diri ini..sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui isi hatiku..maaf buat insan2 yang pernah terluka krn penolakan diri..ku yakin bila tiba masanya nanti Allah akan permudahkan segalanya..insyaAllah..walau siapa pun dirimu, aku redha...

Friday, 9 November 2012

Result diploma UITM

Assalamualaikum..akhirnya hari nie tiba jua..hari yang mendebarkan bkn setakat untuk pelajar tp juga tenaga pengajar..yelah nak tgk camne reaksi pelajar2 nie time result yang dieorg dapat..sem nie agagk nervous jugak lah..sbb rapat ngan dieorg..tp xramai sangat yang leh perforrm..alhamdulillah ramai yang menerima dengan hati yang terbuka..yang terpaksa repeat tue nak wat camne..mungkin ujian dri Allah..mmg byklah msg dr student2 nie yang ucap time kasih..minta tlg doakan..pe2 pun Wardah ttp berbangga dgn dieorg nie..xkisahlah cemerlang atau tidak yang penting dieorg berusaha dan Wardah bersama2 mereka..alhamdulillah ramai gak yang clear paper..y sibuk taknak amik paper finance dl pn clear paper..alhamdulillah x sia2 paksa dieorg blajar dgn senior..alhamdulillah kptsn tidak menghampakan..pe2 pun Wardah ttp doakan kejayaan dieorg..sebenarnya pjg lg nak cite nie tp x bpe chat sgt..ckuplah sekadar berkongsi sedikit kegembiraan dan kejayaan pelajar di sini..alhamdulillah terima kasih Allah krrn anugerahkan mereka kpdku..moga mereka menjadi insan yang berguna..amin..

Wednesday, 7 November 2012

Taklifan...

Taklifan...jawatan..pangkat..bukanlah suatu perkara yang untuk dibangga-banggakan..bukan untuk menunjuk kita hebat dengan kuasa yang ada...tapi satu amanah..bebanan yang cukup besar...tanggungjawab yang akan dipersoalkan satu masa nanti..bagaimanakah kita melaksanakannya???..sempurnakah amanah yang telah diberi???..adakah kita telah memberikan yang terbaik untuk melaksanakannya???...

"Taklifan bukanlah untuk dipinta tapi tidak boleh untuk ditolak"  teringat kata2 dari seorang senior yang cukup Wardah kagumi..dulu waktu sekolah Wardah tidak pernah terfikir tentang betapa besar amanah sesuatu taklifan..Wardah cuba ambil sebanyak yang boleh krn Wardah rasa Wardah mampu memikulnya..tapi bilamana berda di peringkat universiti, Wardah disedarkan setiap taklifan bukanlah sekadar untuk main2 atau hanya kerana minat memimpin..tapi amanah yang cukup berat..hingga tiba satu saat Wardah terfikir diri ini sebenarnya tidak layak untuk memikul tanggungjawab sebegitu.."sekiranya sesuatu taklifan terletak di atas bahumu maka ia adalah selayaknya dan mampu untuk kamu pikul..sekiranya kamu melepaskan ia dan ia dipikul oleh orang yang tidak sepatutnya, maka kamu turut sama menanggung dosanya...terimalah demi Islam..krn kamu orang yang memahami.." Itulah kata2 yang dilfazkan oleh seniorku di saat diri ngin melepaskan tanggungjawab..alhamdulillah dengan bimbingan sahabat2 dan kakak2 ketika itu Wardah mampu harungi peritnya memegang sebuah taklifan sehingga ke akhirnya.."abang xsabar menanti kamu di s.alam..menyambung perjuangan di sini.." kata2 yang cukup menakutkan sehingga diri merasakan ingin lari dari menerima taklifan lg..scr drastik mengambil keputusan menukar jurusan yang disayangi sehingga tercampak ke suatu daerah yang tidak dikenali..

Tapi cukup cantik perancangan Allah..larilah walau ke mana pun andai diri telah dipilih..akan tetap diuji..menerima taklifan yang tidak terduga dalam masa diri masih baru bertatih di dunia tarbiyyah..mengalir air mata..terbang segala semangat..sekali lagi diri ingin lari tp terhenti di saat mendengarkan kata2 seorang sahabat "ini keputusan syura bukan lah keputusan peribadi..nti kne wala'.." menerima dengan hati yang berat..cuba memberi yang terbaik..tapi tiap kali itu jugak diri banyak terjatuh..kembali ke bumi jengka seketika bertemu sahabat sebagai penguat rasa..alhamdulillah dikuatkan rasa hingga 3 semester..tatkala hati telah tidak mampu lagi mohon izin untuk mengundur diri..biarlah tiada siapa yang tahu realiti sebenar..dan telah kusiapkan barisan pelapis untuk meneruskan perjuangan..alhamdulillah ku mampu tersenyum mereka jauh lebih hebat..ku perhatikan terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang ku tinggalkan..dan itulah rasa penyesalan yang cukup tinggi di dalam hati..andai mereka mengerti...

Berakhir sudah tiga tahun pengajian alhamdulillah ditakdirkan diri ke bumi Cendering..satu tempat yang Wardah kira mungkin boleh disumbangkan sesuatu untuk mengurangkan rasa kekesalan di hati..alhamdulillah mampu menyumbang sedikit dan meninggalkan barisan pelapis yang mampu meneruskan perjuangan..sekali lagi diri diuji dengan taklifan..biarpun tidaklah seberat yang lain..tetap menitis lagi air mata ini..Ya Allah, moga Kau permudahkan segalanya.."ana jugak tidak meraasa kuat..ana jugak tidak merasakan selayaknya..ana sedar ia berat..tapi bilamana ana mengetahui sahabat2 yang bakal membantu ana adalah dari mereka2 yang hebat..orang2 yang ana kenal..orang-orang yang ana yakin komitmennya..ana jadi kuat..jadi tetaplah kekal bersama ana krn taklifan ini bkn dipinta tp kt dipinta untuk membangunkan dan memantapkan kembali organisasi ini..teruslah bersama ana membantu organisasi ini insyaAllah.." berdesup ke lubuk hati tatkala mendengar bicara si Pengerusi..dalam hati masih tertanya2 layakkah diri ini???..Ya Allah kuatkan aku untuk sama2 membantu sahabatku..semoga ada hikmah di atas taklifan ini...

Hari ini...tepat jam 1.50 petang..satu sms diterima..dengan lfz assalamualaikum ukht diharp bersama2 membantu kami dlm majlis syura..Allahurabbi..di saat Wardah mersakan ingin jauh dari jemaah ini semakin Kau dekatkan diri ini kpdnya..dgn fikiran yang tidak rasional sms trus dibalas dengan persoalan "nape diri ini???"..Pada Allah jua diri memohon ketenangan..ayat2 cinta dibuka dan dibaca..rsa ketenangan meresap ke dalam jiwa..teringat semua knangan di saat diri memegang taklifan..pasti masih ada yang belum beres krn itu diri masih diuji..dengan salam kemaafan sms dihantar semula menerima taklifan seadanya..sekiranya inilah yang terbaik diri mohon agar terus diberi petunjuk..

Melihat kembali kepada diri..siapalah diri ini..apakah kehebatan diri ini..sedangkan perjuangan sebenar pun kian lama ditinggalkan...adakah ini makna untuk diri terus kembali..mengobarkan api perjuangan yang kian terpadam...kualiti bermula dari dalam diri...anda mampu sebenarnya..kata2 perangsang dari sahabat suatu ketika dulu kian terngiang-ngiang di telinga seolah2 baru semalam mendengarkannya..

Ya Allah hanya Engkau yang mengetahui apa yang tersirat di hati..hanya Engkau yang mengetahui kemampuanku..aku bermohon petunjuk dariMu..moga inilah yang terbaik untukku..yang mampu membawa aku untuk mendekatiMu..yang menjauhkan aku dari kelalaian dn perbuatan yang sia-sia..amin...

Sesungguhnya taklifan itu adalah amanah yang perlu kita laksanakan..kecil atau besar ada peranan yang tersendiri..ikhlaskan niat dan bantulah sehabis baik..insyaAllah jika semalam Allah menolongmu, pasti hari ini dan seterusnya Dia tetap akan membantumu..yakinlah dengan pertolongan Allah krn janji Allah itu pasti..sme2 muhasabah diri..

Monday, 5 November 2012

daging...ohh..daging..

Asssalamualaikum..hari nie kita bercerita pasal daging plak yer..hehehhe....baru beberapa hari duk umah nie..tahap kebosanan makin meningkat la kn..maklumlah orang yang jenis aktif mcm Wardah nie n memang tak biasa duduk rumah mula la mati kutu bila duk umah lama2 nie..hehehhe..

Nak tahu pe yang Wardah buat???...hehehe..ari tue buka je peti ais kat umah tengok punyalah banyak daging korban ari tue..walaupun raya haji dah lama berlalu..maklumlah rumah nie pun bkn de orang ssangat...mak Wardah mmg tak makan daging..so mmg payah la nk tgk dia masak daging..lain la dengan anak die yang sorang niee..pantang gak..pantang nampak daging..nak suh mak masak kesian la plak..so kje nye surf internet cari resepi2 daging yang Wardah suka makan..

Nak beli kat luar mahal n Wardah nie plak agak kedekut dan berkira terutama bab2 makanan nie..rse krg berbaloi nk bli mknn mahal2..so, resepi pertama yang Wardah cuba and dah lama sangat nak makan..daging masak black pepper..heheheh...mmg bese jer..tp Wardah xpernah g jmp org masak (kt kedai mungkin de kot) daging black pepper nie mcm yang Wardah makan kt jengka dl..ari tue pernah minta kawan masakkan daging black pepper nie tp cre die masak lain..so, dh cbe resepi nie jd buatlah..alhamdulillah..delicious..(bkn puji mskn sendiri..kenyataan..dieorang sume ckp..heheheh)..

berjaya dengan respi pertama..mula la rajin nk masak lagi..kali nie masak daging masak merah plak..senang jer masak nie..tapi nak tau jugak nape org kt kedai tue jual warna daging tuue wne merah..rupenya letak pewarna..tak terfikir la plak..yang nie agak sedih ckit la..rase sedap tp sebab warnanya merah..adik2 takut nak makan sebab nampak macam daging mentah..aduih..agak sedih la kne habskn sendiri..nasib baik kakak n abang balik kampung...so dieorg makan jugak..hehehhe..

hari keempat (sebab hari ketiga makan kenduri..hehehhe)..demi memenuhi citarasa adik perempuan yang sorang nie..masakah jugak daging masak kicap..(xmencabar langsung..tp demi adik tersayang masak jugaklah..)..time nie mmg best la..sbb habis lauk yang dimasak Wardah pun x puas makan..hehehe..sungguh enak dimakan begitu saja..heheheh..

Last day memasak lauk daging sbb bekkalan dah nak habis..mmg teringin lah sangat nak makan masak lemak cili api daging salai..tanya mak tapi mak tak tau..kne la search dkt internet..mknn org n9 nieh..hehehe..sgt la leceh prosess msk tue..sbb nk salai dl daging tue..mmg lme jgkla nk cyap..tup2 ble dh cyap alahai silap isi daun plak...nk gne daun kunyit tp g letak daun lengkuas..mmg malu sgt la..cyap kne cramah lg dgn ayah..mak yang tak bersalah pun dikaitkn..ish3..slh sendiri jugak sebab tak bertanya..masakan nie habis jer tp rsenya x sedap sngat mcm yang Wardah pernah makan dl..tp xpela..first trial..silap bhn plak tue..so dimaafkan la..hehhehee..

So, itulah al-kisah ceritanya Wardah sepanjang musim cuti nie..duk masak lauk tengah hari jela..hari2 masak daging..heheheh..nasib la ayah x komen pe2...adik2 pun mmg suka makan daging..alhamdulillah dptlh improvekn skill msk Wardah nie..lme sgt dh x duk dapur..nie kalo adik tersayang bace nie mesti gelak habis..hahahah..tp xpela nk wat camne dpt kakak gni,kn..u tue chef lain la...hehehe..tbe2 melibatkn insan yang tak bersalah plak..huhuhu..sje..rindu..huhuhu..kla, stop la..skian sje cte pd hari nie..tamat sudah... :)

Thursday, 1 November 2012

31 OKTOBER 2012...


311012……berakhir sudah karier Wardah sebagai seorang pensyarah..rasa kejap sangat..tp dah setahun rupanya Wardah menyumbang bakti dan tenaga di samping menimba pelbagai ilmu dan pengalaman berguna di bumi Chendering..tiba saatnya untuk Wardah mengucapkan selamat tinggal kpd semua teman2 dan pelajar-pelajar tersayang. Alhamdulillah semester nie rasa sangat dihargai mungkin krn semester yang terakhir…byk jugak kejutan dari pelajar2 nie termasuk adik2 usrah tersayang…banyak sangat dapat hadiah yang tak disangka-sangka sampai de kwn2 y jeles gak..heheh…pe2 pun terima kasih banyak2 kpd yang sudi bg hadiah…wat majlis farewell lg…walaupun Wardah xpernah impikan atau harapkan semua nie tp Alhamdulillah Wardah bersyukur sangat2 dan sangat menghargainya..terima kasih semua krn memberikan kenangan terindah dalam hidup Wardah..
Mengimbas kembali kenangan buka semester nie..Wardah tahu Wardah kne lebih berdikari..kehilangan sahabat yang banyak membantu pada semester lepas membuatkan Wardah tahu Wardah kne usha lebih lagi..alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan Wardah..dikurniakan adik2 usrah yang komited memberi ruang dan peluang untuk Wardaah memperbaiki diri sendiri dan menguatkan hati Wardah untuk meninggalkan sesuatu sebelum ambil keputusan untuk berhenti..
Kehadiran pelajar2 yang pelbagai ragam pada awalnya..alhamdulillah dapat diatasi dan Wardah merasakan semester ini Wardah lebih rapat dengan pelajar2 meskipun pada peringkat awalnya Wardah merasakan mereka adalah cabaran yang hebat tp Alhamdulillah dengan sikap positif dan sentiasa yakin kepada Allah, Wardah dapat mengatasinya dan menerima mereka dengan baik..mungkin juga krn sem nie Wardah diberi peluang ntuk mengadakan tiga projek dan bersama-sama dengan mereka menjadikan kami makin rapat..betullah kata orang kt kne at least bermusafir dengan seseorang selama satu hari barulah kt akan memahami mereka..alhamdulillah bersyukur krn masih mampu menjadi pendengar masalah para pelajar dan berusaha untuk membantu mereka..
Semua pengalaman nie Wardah akan sentiasa kenang samai bila2…walaupun sem nie byk menguji jugak tp sem nie jgk lah yang membuatkan Wardah sedar diri dan tahu sgl kelemahan Wardah..mungkin Wardah banyak leka dan Wardah harap keputusan untuk berhenti ini adalah keputusan yang tepat..ramai yang bertanya kenapa sekarang sedangkn peluang masih terbuka..tapi banyak sebab yang menguatkan keputusan Wardah ini..kpd teman2 cukuplah sekadar memberi alasan untuk menyambung pelajaran meskipun ada alasan yang lebih dari itu..tapi nk jelas panjang2 pn tak guna..cukuplah sekadar Wardah mengetahui..berat rasa nak tinggalkan tempat ini tapi Wardah kuatkn hati juga mengharapkan inilah yang terbaik..
Alhamdulillah tepat 3.30 petang saatnya mengucapkan selamat tinggal kepada Warga Chendering dn untuk pertama kalinya memandu sendiri ke kuantan..tp yang lebih tepatnya follow ayah yang bawa motor Wardah..alhamdulillah sampai agak lewat hampir pukul 9malam..banyak sangat persinggahan..hehhehe..pe2 pun yang penting selamat sampai..selepas nie akan mengharungi hari2 yang membosankan kot..so, juz wait n see pe yang akan wat sepanjang cuti 4 bulan nie..hmmm…