Apabila berbicara mengenai cinta, pasti ramai yang tersenyum sendiri...maka terbayanglah hubungan antara lelaki dan perempuan..suasana yang romantis...mungkin itulah kefahaman kita mengenai bicara cinta..tp bukan itu yang ingin Wardah bicarakan....Bila sebut pasal cinta terlalu byk yang boleh diperkatakan bukan sekadar hubungan kasih sayang antara seorang lelaki dan juga perempuan..Suka untuk Wardah berkongsi satu cerita daripada hadis Riwayat Bukhari dan Muslim...Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabat baginda.
"Seorang lelaki pergi mengunjungi saudaranya di jalan Allah yang berada di tempat yang lain. lantas Allah mengutuskan Malaikat menunggunya di tengah jalan dan menahannya. Malaikat itu pun bertanya,
"Hendak ke manakah anda?"
"Aku hendak mengunjungi saudaraku," jawab lelaki tersebut.
"Apakah sesuatu yang kau perlukan darinya?" tanya malaikat.
"Tidak. Hanya kerana aku menyintainya semata-mata kerana Allah s.w.t." jawab lelaki itu.
"Sesungguhnya aku adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk memberitahu kepadamu bahawa Allah s.w.t. mencintaimu seperti mana engkau mencintai saudaramu keranaNya."
Begitu indah kn kisah di atas. Bagaimana tingginya rasa cinta seorang sahabat kepada sahabatnya sehinggakan tidak memerlukan alasan yang kukuh pun untuk bertemu.Sejajar dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "tidak beriman seseorang itu sehingga ia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri..." (HR Muslim)
Iman dan cinta tidak mungkin terpisah. Atas dasar iman maka lahirlah cinta yang membuahkan ukhwah (persaudaraan) sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud, "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Maka damaikanlah antara saudaramu. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kalian mendapat kasih sayang.."
kecintaan muslim terhadapa saudaranya bukanlah disebabkan nafsu syahwat semata-mata tetapi atas dasar kesedaran terhadap ukhwah dan peningkatan iman kepada Allah dan Rasul. Oleh itu mengungkapkan rasa cinta merupakan sesuatu yang baik bahkan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang perlu disebarkan...
Islam membimbing kita agar meluahkan perasaan cinta ini secara terus terang. Kerana itulah di kalangan sahabat mereka sering mengungkapkan 'uhibbukafillah' (aku mencintaimu kerana Allah) bagi lelaki dan 'uhibbukifillah' bagi perempuan. Ungkapan 'fillah' inilah yang membezakan cinta yang didasari iman dan cinta yang didasari syahwat semata-mata. Apabila kt menerima ungkapan ini maka segeralah kita menjawab 'ahabbakallah lima ahbabtani iyyahu' (semoga Allah mencintaimu kerana cintamu padaku kerana Allah).
Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya, kamu akan saling mencintai antara satu sama lain?..Maka ucapkanlah salam di antara kamu..."
Maka ucapan 'assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh' menjadi simbol kasih sayang sesama muslim. ucapan ini mengandungi nilai yang lebih tinggi berbanding ucapan 'selamat pagi' , 'selamat petang' , 'selamat malam' dan sebagainya kerana maksud ungkapan salam itu sendiri yang mengandungi pengertian yang indah iaitu 'semoga Allah memberi kesejahteraan serta kasih sayang yang melimpah untukmu'.
Oleh itu, Wardah menyeru marilah kita sama-sama mengungkapakan rasa cinta dan sayang kita kepada sahabat2....Sama-samalah kita menyebarkan salam sesama kita untuk mengeratkan ukhwah di kalangan kita..
~Sebarkan salam, Lebarkan senyuman :) ~
semoga ukhwah kita berkekalan...InsyaAllah..Ana uhibbukifillah.... :)
No comments:
Post a Comment