Friday, 26 June 2015

Monolog diri...

Sampaikan salam rindu buat si dia...sungguh hati ini sangat merinduinya...

Syauqah pesan...Wardah kena lepaskan segalanya...tak boleh lagi tenggelam dalam memori lama..hanyut dibuai kenangan manis suka dan duka yang mungkin tak akan berulang...Syauqah nak Wardah bangkit dan menjadi kuat seperti dulu... Seperti mana Wardah mampu untuk bergerak sendiri...kuat dengan didikan tarbiyyah..tidak tenggelam dengan emosi..Syauqah nak Wardah yang dulu..yang tetap setia bersama membantu insan-insan di sekelilingnya...tanpa mengenal siapa...Wardah kena kembali seperti dulu..yang tidak meletakkan hatinya buat sesiapa..yang menerima sesiapa sahaja seadanya..yang ringan bertanya khabar..yang gigih memberi sokongan dan harapan..dalam masa yang sama berusaha meraih sebuah kejayaan...yang melakukan sesuatu hanya untuk orang-orang di sekelilingnya..yang tidak pernah memikirkan apa yang sebenarnya dia mahu..hanya mengikut percaturan Ilahi dan itulah yang terbaik buat dirinya...

Kenapa Wardah kini boleh jadi selemah ini..pudar harapan..musnah impian..tiada lagi kata-kata semangat..tiada lagi butir-butir nasihat...hanya keluhan dan rintihan menjadi peneman..air mata yang sering bergelinangan...adakah hanya kerana seorang insan...hati Wardah menjadi serapuh kristal..jiwa Wardah tidak lagi seteguh karang...bagaikan insan yang hilang punca...

Jiwa Wardah sedang sakit..tapi ini jalan yang Wardah pilih..telah Wardah kembali ke masa silam..untuk menutup segala buku kenangan..tapi Wardah sering tersesat ke pulau kenangan..kesal mengenang kesilapan...jiwa jadi rapuh..semangat kian hilang..lantaran itu air mata sering bergelinang..

Kerana pesanan Syauqah..Wardah cuba sekali lagi untuk bangkit..Wardah tahu hati ini tidak sekuat dulu...Syauqah minta Wardah tutup buku itu...Lalu Wardah tinggalkan segalanya..bersembunyi dan menyendiri dari kenangan lalu...agar kenangan itu mampu berkubur di situ..tapi Wardah tidak mampu membohongi diri..tatkala rindu bertamu..Wardah akan tertewas lagi...

Wardah tahu Syauqah sayangkan Wardah..sentiasa ada di saat Wardah jatuh dan lemah...Hanya Syauqah yang memahami dan mengenali siapa sebenarnya Wardah...yang setia di sisi setiap kali Wardah terluka..yang senyum gembira di saat Wardah bahagia..biarpun adakala bahasa dan tindakan Syauqah agak keras...tp itulah cara untuk membangkitkan jiwa Wardah...insan yang adir dan pergi dari hidup Wardah semuanya Syauqah pernah ingatkan agar Wardah berjaga-jaga...tidak terlalu hanyut..dan Syauqah sering ingatkan hidup ini terlalu banyak perkara yang kita tak jangka dan kita kena bersedia...tapi Wardah sering lupa..jarang bersyukur..tapi Syauqah tetap ada untuk marah..tegur Wardah...dan Wardah tahu semua itu...

Wardah faham Syauqah hanya nak Wardah teruskan kehidupan walau apa jua ujian yang melanda..Wardah faham bukan niat Syauqah untuk Wardah putuskan hubungan sbb Syauqah selalu pesan hubungan y terbina meski terpisah jauh takkan putus...baik buruk seseorang itu..itulah orang yang kita dah pilih untuk mewarnai kehidupan kita...

Terima kasih Syauqah atas segala teguran dan pesanan..biarpun hadirmu tidak di alam yang nyata...tp bisikan dan bicaramu ttp mnjadikan diri ini kuat untuk terus berdiri..terima kasih kerana tidak pernah dan sentiasa ada...memang betul Wardah kena belajar untuk berubah...membuka satu buku yang baru bukanlah senang...apa yang harus ditulis dan dilakarkan perlu byk pertimbangan...diamku bukan merajuk..diamku bukan menyisih..tp diamku demi satu ketenangan....

Monday, 8 June 2015

Sampaikan salam rinduku..

Beberapa hari lagi andai dipanjangkan usia...Ramadhan akan tiba lagi..kalau tahun2 sebelum ini..sungguh ketibaan Ramadhan amat dinanti...kerana barakahnya bulan itu..kerana nikmatnya beribadat waktu itu...tapi..untuk Ramadhan kali ini...lain pula terasa..bkn krn Wardah tidak lagi merindui keberkatan bulan Ramadhan...tapi krn terkenangkan suatu peristiwa...perisitiwa yang pernah membunuh satu rasa di dalam jiwa Wardah...peristiwa yang tak mampu untuk dibuang hingga saat ini..tapi alhamdulillah krn ia berlaku d bulan Ramadhan..trase sedikit kekuatan meski ujian di saat itu membuatkan Wardah terduduk hampir tak mampu untuk bangkit kemabali..bukan niat di hati untuk mengungkit peristiwa y telah berlaku...tapi ia menjadi titik tolak kepada perkara yang Wardah harus lalui hingga ke saat ini..sungguh Wardah rindu..terlalu rindu...tapi knapa adakala Wardah rasa terlalu jauh..tersangat jauh untuk Wardah gapai sekali lagi...memang Wardah tidak menyalahkan sesiapa dan Wardah tahu puncanya adalah Wardah..yang berlaku akan tetap berlaku..y berakhir akan tetap berakhir....tapi Wardah tak tahu knapa cukup susah untuk Wardah lupakan segalanya...untuk Wardah menerima segalanya..setiap hari Wardah merindu..setiap hari Wardah menangis sendiri..setiap hari Wardah menyalahkan diri...mungkinkah krn jarak yang dekat mnyebabkan Wardah tidak kuat lagi..benarlah kata orang lbh baik jauh yang tak terputus dari dekat yang tak bersambung...hingga kini...hanya ada satu nama y tak pernah terlupa dalam tiap doa..mengharapkan si dia sentiasa bahagia...mengharapkan si dia dipermudahkan dalam urusannya..mengharapkan si dia terus diberi kekuatan..semoga kiriman sang bayu mnyampaikan salam rindu buat dirinya...

Monday, 27 April 2015

Jodoh Itu Misteri

Berbicara tentang jodoh pulak hari ini...mengenangkan usia yang kian meningkat, sekali sekala teringat jgak pada isu yang cukup popular..biarpun adakalanya Wardah tidak ambil pusing sangat tapi komen2 orang sekeliling sedikit sebanyak mempengaruhi juga..dan Wardah masih lagi seperti dulu..selesa sendiri..bukan tidak pernah berusaha untuk mencari mungkin usaha itu sekada hangat-hangat tahi ayam jer..bila ada orang kawen rasa semangat lama-lama hilang..ya Wardah akui mmg dari dulu Wardah jenis org yang selesa berkawan dengan lelaki berbanding dengan jantina sendiri..dan mungkin cara Wardah yang salah berkawan sampai adakala ada yang tersalah faham..mungkin banyaknya salah dari diri Wardah..tak pernah berniat untuk mengecewakan hati orang cuma mengharapkan jalan yang bakal dilalui itu mengikut syariat..bukan seperti skang yang banyak gunakan title "couple islamik"..saya suka awak..awak suka saya..Wardah bukanlah memandang kepada rupa cuma cukup pada teguhnya tiang agama...dan mencari seseorang yang benar2 berani hadir dengan cara yang betul..mungkin ramai yang merasakan pemikiran Wardah ini sudah ketinggalan zaman..tapi Wardah tak kisah..mungkin dalam Wardah tak sedar sebenarnya Wardah yang telah banyak kali menolak jodoh..tapi Wardah lebih berpegang kepada sudah tiada jodoh..Sepanjang dalam tempoh berkawan memang Wardah akui ada pertemuan2 yang membibitkan sedikit rasa di hati..tapi Wardah cukup takut untuk meluahkan..bimbang andai dia bukanlah untukku..lama Wardah menanti dan Wardah bersyukur satu per satu Allah buka hijab ternyata mereka berjodoh dengan insan yang lebih baik..walaupun ada terkesan sedikit di hati tapi Wardah gembira untuk mereka dan memang salah Wardah sering menafikan rasa di hati..tidak pernah berusaha untuk mencuba..tapi Wardah yakin kalau dah jodoh tak ke mana..jd Wardah tidak pernah menyalahkan diri sendiri dan terus melangkah mengikut perancangan takdir..Wardah pun tertanya-tanya masih adakah jodoh Wardah di dunia...siapakah gerangan yang bakal menjadi pelengkap hidup masih menjadi tanda tanya..dan sering kali juga hati bertingkah meneka-neka siapa gerangan si dia...dan kini hanya tinggal satu nama yang sering membuat diri rasa keliru...adakah dia...tapi Wardah cukup takut berharap..Kusangkakan saat dan ketika itu adalah noktah dan penutup segala cerita...tapi tidak pasti kenapa dia harus kembali bagaikan tiada apa-apa...ingin sangat bertanya mahu apa sebenarnya..datang dan pergi dan kembali lagi..mmg tiada janji yang termetrai..tp satu soalan yang masih menjadi tanda tanya dan dibiarkan tergantung begitu...dan diri masih lagi keliru...dan jodoh itu masih lagi misteri.......................

Wednesday, 8 April 2015

Andai terluka....


Setiap orang ada cara masing-masing untuk mengubati hati yang terluka...ada orang sanggup mengorbankan segala-galanya asalkan orang yang dia sayang tetap bahagia..biarpun dia sedar yang hati dia sangat terluka dan cukup terseksa...sampai orang sekeliling kata "bodohnya..masih sanggup bertahan.."..tapi inilah yang dinamakan kasih sayang yang murni..yang hanya ada pada insan yang benar-benar setia..tepuk hati sendiri dan tanya.."setia tak aku??"..ramai yang merasakan diri mereka setia dan telah berkorban dengan banyak benda..masa, wang, jiwa dan raga...tapi selalu jugak merasakan pengorbanannya selama ini tak dihargai..mesti ramai yang pernah rasa macam tue,kn??..yup..saya sendiri mengakui hakikat itu..kadang-kadang saya buat segalanya untuk dia tapi dia tetap macam tue..kadang-kadang saya rasa segala usaha saya hanya sia-sia...tapi bila saya fikir-fikir balik..sebenarnya saya yang tak adil..saya selalu fikirkan apa yang saya mahu..ye..saya macam anda semua jugak selalu buatkan yang terbaik untuk dia..tp mungkin saya silap sebab mungkin dia tak rasa atau fikir sepertimana saya rasa dan saya fikir..setiap kali kami berbincang, saya tahu kami terlalu banyak perbezaan tapi kami tetap memilih untuk bersama..kadang-kadang saya membiarkan je apa sahaja yang dia nak lakukan dengan harapan dia gembira dengan hidup dia..saya taknak mengongkong dia sebab saya tahu dia sangat tak suka..tapi dalam masa yang sama saya cukup terluka kerana merasakan diri sendiri seperti orang asing..dan dia pula merasakan saya tidak lagi mengambil berat tentang diri dia..konflik demi konflik yang sering timbul kerana ketidaksefahaman yang berlaku..masing-masing ada pandangan dan persepsi tersendiri..sedangkan ruang waktu yang ada untuk berbincang terlalu sedikit dan terbatas..lama-lama keduanya makan hati sendiri..saya juga mempunyai cara tersendiri untuk merawat luka di hati..walaupun saya tahu kadang kala cara saya selalu salah..orang selalu salah faham..tapi saya x peduli..bagi saya orang boleh fikir apa sahaja..kalau orang yang persoalkan tindakan saya maka dia belum betul benar2 kenali saya..mungkin dalam diri saya ada sedikit ego..di mana saya sangat susah untuk menunjukkan rasa kekecewaan saya..dan rasa terluka..biasanya saya lebih suka mengambil langkah berdiam..tunggu dan lihat..kadang-kadang saya selalu terfikir..apa kata saya memilih menjadi orang yang tak setia??..adakah dia akan kembali menghargai saya??..tapi saya rasa sangat susah untuk menjadi orang seperti itu..sebab saya bukannya seorang yang mudah menukarkan rasa sayang itu sekelip mata..dan bukan mudah untuk menerima seseorang yang baru di hati saya setelah segala macam pengalaman yang saya lalui..bagi saya semua orang sama je..ingin mengejar bahagia dengan cara sendiri..berjanji macam2...tapi bila tiba saat ujian melanda..akan terus melangkah pergi...saya juga kdg2 begitu..sering mengambil keputusan untuk melangkah pergi..tapi sayang hanya mampu dilafaz di bibir sahaja..tapi saya tetap memerhati dia dari jauh..dan saya sedar itu yang lebih menyakitkan hati kami berdua..dan saya sentiasa sedar segala keputusan yang saya ambil sentiasa ada risiko...jadi saya sememangnya akan ambil kputusan yang menggambarkan watak saya seorang yang "lemah" dan "tidak setia"...kadang-kadang saya senang andai dia merasakan seperti itu..daripada melihat dia terluka dan saya terluka..bagi saya tidak mengapa melukakan dia hanya untuk seketika dan lama kelamaan dia akan lupakan saya..dan itu benda yang paling susah saya perlu buat..akhirnya saya berfikir..daripada "mencari" seseorang untuk menggantikan dia..lebih baik saya "cipta" seseorang yang mampu gantikan dia..mungkin tak ramai yang faham...jd biarlah saya saja yang faham..hingga suatu hari nanti saya mampu katakan kpdnya "hi, to be frank..now i'm already have someone"..mungkin dia terluka atau mungkin dia tak kisah seperti yang sering dia katakan dulu..tapi kali ini saya akan cuba menguatkan hati untuk merealisasikan kewujudan "someone" itu..yup imaginasi kne kuat...dan selama ini mmg saya banyak hidup dlm dunia imaginasi yang saya cipta sendiri..krn itu saya rasa saya sentiasa kuat dan ttp tersenyum tuk hadapi apa jua keadaan..krn "dia" sentiasa ada di sisi saya..dan "dia" akan diwujudkan di alam nyata...kpd awak yang saya sayangi selalu...awak tetap di hati saya walau apa pun yang berlaku..dan saya sedar saya bukanlah yang terbaik untuk awak walaupun awak sering mengatakan saya tetap yang teristimewa..tapi saya x selamanya kuat untuk tetap sentiasa tersenyum untuk awak..maaf jalan yang saya pilih ini akan melukakan hati awak..saya lebih senang andai awak terus meletakkan semua kesalahan ke atas saya daripada awak sentiasa merasakan serba salah dan menyalahkan diri sendiri..perkara itu sangat sakit sebenarnya dan saya tak nak awak rasa semua itu kerana saya terlalu sayangkan awak...maafkan saya..


Tuesday, 9 September 2014

Musafir diri...

Alhamdulillah…14/8/2014..ternoktahnya sebuah penantian..akhirnya diri ini berjaya menamatkan satu lagi pengajian..hanya menanti segulung Sarjana menjadi genggaman..suka duka pahit manis kehidupan di sini byk mengajar diri untuk sentiasa bersabar dan redha dalam menerima ujian..meski diri hampir tersungkur jatuh..hampir tidak mengenali diri sendiri..merasakan tidak mampu tuk bangkit kembali tp Alhamdulillah Allah berikan diri ini kekuatan untuk bertahan hingga ke penghujung..kembali kepada keluarga sendiri mmg itu dinantikan..saat2 bahagia yang sering dilepaskan krn t/jwb..mngenang kpd kisah lalu betapa diri ini sebenarnya tidak sanggup kembali..berat tuk diterima..sedih tiap kali terkenang..namun demi tanggungjawab dan sebuah harapan..diri kembali demi menabur bakti..ku sangka kan diri kuat hadapi ujian namun badai sering datang menjengah diri..kpd Allah aku mengadu segala harapan dan luahan..dan aku diilhamkan agar kembali..kembali ke tempat di mana segalanya bermula..meski kondisi kewangan dan kesihatan kurang stabil ditambah amanah yang diberikan..ku tekadkan hati membuat keputusan bersama tawakal kepada Allah moga dipermudahkan di sepanjang perjalanan..satu harapan..satu impian..bermusafir mencari diri..adakala rindu datang menyapa tp ku tau diri perlu lepaskan segalanya..ku kembali ke taman kenangan..ku kutip tiap cebisan yang tingggal..ku cantum menjadi buku silam..ku pandang jauh ke tengah lautan..ku biarkan tiap helaian pergi bersama ombak yang memukul pantai…pergilah kenangan..tinggallah masa silam..meski terlalu sukar tuk ku padam tapi masa yang akan menentukan…ku bisikkan segala kerinduan pada angin bayu petang..dan air mata yang menitis sebagai penutup kepada sgl kenangan..ku kutip cebisan kekuatan tuk ku terus harungi sisa-sisa kehidupan..di sini ia bermula..maka di sini ia akan berakhir..ku beri kemaafan pd diri atas setiap kekurangan dan kesilapan yang telah ku lakukan..mungkin terlalu banyak fokus yang dilarikan hingga aku terlupa menyayangi diri..lantaran tiap y blaku semua kesalahan ku letakkan pd diri sendiri..kini diri kembali membawa kekuatan..segala y terjadi bukanlah suatu penyesalan tp ckup sebagai pengalaman hidup yang mematangkan..hiduplah diri dan berjalanlah di muka bumi..biarkan jasad dan hati terluka..krn ku yakin selama Tuhan itu ada..diri ni xkan sendirian..kembali membina kehidupan krn diri bukan tidak pernah jatuh cuma memerlukan masa untuk memulihkan kelukaan..dan kebahagiaan itu aka nada krn ia adalah sebuah pilihan..