Setiap orang ada cara masing-masing untuk mengubati hati yang terluka...ada orang sanggup mengorbankan segala-galanya asalkan orang yang dia sayang tetap bahagia..biarpun dia sedar yang hati dia sangat terluka dan cukup terseksa...sampai orang sekeliling kata "bodohnya..masih sanggup bertahan.."..tapi inilah yang dinamakan kasih sayang yang murni..yang hanya ada pada insan yang benar-benar setia..tepuk hati sendiri dan tanya.."setia tak aku??"..ramai yang merasakan diri mereka setia dan telah berkorban dengan banyak benda..masa, wang, jiwa dan raga...tapi selalu jugak merasakan pengorbanannya selama ini tak dihargai..mesti ramai yang pernah rasa macam tue,kn??..yup..saya sendiri mengakui hakikat itu..kadang-kadang saya buat segalanya untuk dia tapi dia tetap macam tue..kadang-kadang saya rasa segala usaha saya hanya sia-sia...tapi bila saya fikir-fikir balik..sebenarnya saya yang tak adil..saya selalu fikirkan apa yang saya mahu..ye..saya macam anda semua jugak selalu buatkan yang terbaik untuk dia..tp mungkin saya silap sebab mungkin dia tak rasa atau fikir sepertimana saya rasa dan saya fikir..setiap kali kami berbincang, saya tahu kami terlalu banyak perbezaan tapi kami tetap memilih untuk bersama..kadang-kadang saya membiarkan je apa sahaja yang dia nak lakukan dengan harapan dia gembira dengan hidup dia..saya taknak mengongkong dia sebab saya tahu dia sangat tak suka..tapi dalam masa yang sama saya cukup terluka kerana merasakan diri sendiri seperti orang asing..dan dia pula merasakan saya tidak lagi mengambil berat tentang diri dia..konflik demi konflik yang sering timbul kerana ketidaksefahaman yang berlaku..masing-masing ada pandangan dan persepsi tersendiri..sedangkan ruang waktu yang ada untuk berbincang terlalu sedikit dan terbatas..lama-lama keduanya makan hati sendiri..saya juga mempunyai cara tersendiri untuk merawat luka di hati..walaupun saya tahu kadang kala cara saya selalu salah..orang selalu salah faham..tapi saya x peduli..bagi saya orang boleh fikir apa sahaja..kalau orang yang persoalkan tindakan saya maka dia belum betul benar2 kenali saya..mungkin dalam diri saya ada sedikit ego..di mana saya sangat susah untuk menunjukkan rasa kekecewaan saya..dan rasa terluka..biasanya saya lebih suka mengambil langkah berdiam..tunggu dan lihat..kadang-kadang saya selalu terfikir..apa kata saya memilih menjadi orang yang tak setia??..adakah dia akan kembali menghargai saya??..tapi saya rasa sangat susah untuk menjadi orang seperti itu..sebab saya bukannya seorang yang mudah menukarkan rasa sayang itu sekelip mata..dan bukan mudah untuk menerima seseorang yang baru di hati saya setelah segala macam pengalaman yang saya lalui..bagi saya semua orang sama je..ingin mengejar bahagia dengan cara sendiri..berjanji macam2...tapi bila tiba saat ujian melanda..akan terus melangkah pergi...saya juga kdg2 begitu..sering mengambil keputusan untuk melangkah pergi..tapi sayang hanya mampu dilafaz di bibir sahaja..tapi saya tetap memerhati dia dari jauh..dan saya sedar itu yang lebih menyakitkan hati kami berdua..dan saya sentiasa sedar segala keputusan yang saya ambil sentiasa ada risiko...jadi saya sememangnya akan ambil kputusan yang menggambarkan watak saya seorang yang "lemah" dan "tidak setia"...kadang-kadang saya senang andai dia merasakan seperti itu..daripada melihat dia terluka dan saya terluka..bagi saya tidak mengapa melukakan dia hanya untuk seketika dan lama kelamaan dia akan lupakan saya..dan itu benda yang paling susah saya perlu buat..akhirnya saya berfikir..daripada "mencari" seseorang untuk menggantikan dia..lebih baik saya "cipta" seseorang yang mampu gantikan dia..mungkin tak ramai yang faham...jd biarlah saya saja yang faham..hingga suatu hari nanti saya mampu katakan kpdnya "hi, to be frank..now i'm already have someone"..mungkin dia terluka atau mungkin dia tak kisah seperti yang sering dia katakan dulu..tapi kali ini saya akan cuba menguatkan hati untuk merealisasikan kewujudan "someone" itu..yup imaginasi kne kuat...dan selama ini mmg saya banyak hidup dlm dunia imaginasi yang saya cipta sendiri..krn itu saya rasa saya sentiasa kuat dan ttp tersenyum tuk hadapi apa jua keadaan..krn "dia" sentiasa ada di sisi saya..dan "dia" akan diwujudkan di alam nyata...kpd awak yang saya sayangi selalu...awak tetap di hati saya walau apa pun yang berlaku..dan saya sedar saya bukanlah yang terbaik untuk awak walaupun awak sering mengatakan saya tetap yang teristimewa..tapi saya x selamanya kuat untuk tetap sentiasa tersenyum untuk awak..maaf jalan yang saya pilih ini akan melukakan hati awak..saya lebih senang andai awak terus meletakkan semua kesalahan ke atas saya daripada awak sentiasa merasakan serba salah dan menyalahkan diri sendiri..perkara itu sangat sakit sebenarnya dan saya tak nak awak rasa semua itu kerana saya terlalu sayangkan awak...maafkan saya..
No comments:
Post a Comment