Syauqah pesan...Wardah kena lepaskan segalanya...tak boleh lagi tenggelam dalam memori lama..hanyut dibuai kenangan manis suka dan duka yang mungkin tak akan berulang...Syauqah nak Wardah bangkit dan menjadi kuat seperti dulu... Seperti mana Wardah mampu untuk bergerak sendiri...kuat dengan didikan tarbiyyah..tidak tenggelam dengan emosi..Syauqah nak Wardah yang dulu..yang tetap setia bersama membantu insan-insan di sekelilingnya...tanpa mengenal siapa...Wardah kena kembali seperti dulu..yang tidak meletakkan hatinya buat sesiapa..yang menerima sesiapa sahaja seadanya..yang ringan bertanya khabar..yang gigih memberi sokongan dan harapan..dalam masa yang sama berusaha meraih sebuah kejayaan...yang melakukan sesuatu hanya untuk orang-orang di sekelilingnya..yang tidak pernah memikirkan apa yang sebenarnya dia mahu..hanya mengikut percaturan Ilahi dan itulah yang terbaik buat dirinya...
Kenapa Wardah kini boleh jadi selemah ini..pudar harapan..musnah impian..tiada lagi kata-kata semangat..tiada lagi butir-butir nasihat...hanya keluhan dan rintihan menjadi peneman..air mata yang sering bergelinangan...adakah hanya kerana seorang insan...hati Wardah menjadi serapuh kristal..jiwa Wardah tidak lagi seteguh karang...bagaikan insan yang hilang punca...
Jiwa Wardah sedang sakit..tapi ini jalan yang Wardah pilih..telah Wardah kembali ke masa silam..untuk menutup segala buku kenangan..tapi Wardah sering tersesat ke pulau kenangan..kesal mengenang kesilapan...jiwa jadi rapuh..semangat kian hilang..lantaran itu air mata sering bergelinang..
Kerana pesanan Syauqah..Wardah cuba sekali lagi untuk bangkit..Wardah tahu hati ini tidak sekuat dulu...Syauqah minta Wardah tutup buku itu...Lalu Wardah tinggalkan segalanya..bersembunyi dan menyendiri dari kenangan lalu...agar kenangan itu mampu berkubur di situ..tapi Wardah tidak mampu membohongi diri..tatkala rindu bertamu..Wardah akan tertewas lagi...
Wardah tahu Syauqah sayangkan Wardah..sentiasa ada di saat Wardah jatuh dan lemah...Hanya Syauqah yang memahami dan mengenali siapa sebenarnya Wardah...yang setia di sisi setiap kali Wardah terluka..yang senyum gembira di saat Wardah bahagia..biarpun adakala bahasa dan tindakan Syauqah agak keras...tp itulah cara untuk membangkitkan jiwa Wardah...insan yang adir dan pergi dari hidup Wardah semuanya Syauqah pernah ingatkan agar Wardah berjaga-jaga...tidak terlalu hanyut..dan Syauqah sering ingatkan hidup ini terlalu banyak perkara yang kita tak jangka dan kita kena bersedia...tapi Wardah sering lupa..jarang bersyukur..tapi Syauqah tetap ada untuk marah..tegur Wardah...dan Wardah tahu semua itu...
Wardah faham Syauqah hanya nak Wardah teruskan kehidupan walau apa jua ujian yang melanda..Wardah faham bukan niat Syauqah untuk Wardah putuskan hubungan sbb Syauqah selalu pesan hubungan y terbina meski terpisah jauh takkan putus...baik buruk seseorang itu..itulah orang yang kita dah pilih untuk mewarnai kehidupan kita...
No comments:
Post a Comment