Assalamualaikum...baru2 ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang ulama' yang juga murobbi bg ramai dikalangan kita..Allahyarham Ustaz Yahya Othman..seorang pejuang yang amat berdedikasi..yang menumpahkan segala tenaga demi amanah memperjuangkan Islam akhirnya pergi jua menghadap Ilahi pd14 jun 6.15 ptg...secara jujurnya Wardah tidaklah mengenali sangat tokoh yang dikagumi ramai ini...tp sempatlah bertemu sekali...kata2 dan amanat yang sering menusuk ke jiwa...mengalir air mata tiap kali terbaca ttg jasa dan perjuangan beliau...rasa jauhnya diri ini untuk menjadi sehebat itu...serba sedikit maklumat almarhum yang Wardah dapat sebagai perkongsian bersama..semoga kita sama2 mengenali walaupun jasadnya telah tiada...
Nama Abuyya al-Syeikh Yahya
Othman lebih mashyur di negara-negara Arab berbanding dengan tanahairnya
sendiri, Malaysia. Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Islam di
Mekah dan juga Mesir serta begitu amat fasih berbahasa Arab.
Kefasihannya sering membuatkan ramai dikalangan orang-orang Arab begitu
segan terhadap beliau. Tokoh ini pernah berjawatan pensyarah dan
Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam
pilihanraya tahun 1978. Demi perjuangan Islam, al-Syeikh Yahya Othman
sanggup meninggalkan jawatannya (sebelum sempat pencen sebagai seorang
pensyarah) dan bertanding untuk kalah pada ketika itu. Setelah beberapa
kali masuk bertanding dan kalah, beliau tidak pernah kenal erti perit
dalam usaha menegakkan panji-panji Islam di bumi Malaysia yang tercinta
ini. Akhirnya Abuyya al-Syeikh Yahya Othman menang dalam pilihanraya
pada tahun 1990 dan 1995 dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN
Negeri Kelantan dalam tempoh tersebut. Dalam struktur organisasi parti,
beliau pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih
kurang 20 tahun. Selain itu, tokoh pendidik ini juga merupakan ahli
Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama), AJK Dewan
Ulama’ PAS Pusat, AJK PAS Pusat, Pengasas Kolej Islam Antarabangsa
Sultan Ismail Putra, pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan
pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi. Beliau banyak menghasilkan
kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya
yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS
yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai
(Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah....
Allahurabbi masih banyak lg sumbangan dan jasa2 beliau yang tidak dapat nk kongsikan..pe2 pun teringat kata2 seorang shbt akan pesannya agar ada suatu masa nnt hadirnya pejuang2 muda y bkl menggantikannya..semoga kita sama2 berusaha untuk meneruskan perjuangan beliau...
Wahai Murabbi..tenang &
rehatlah pejuang agamaMU d alam sana..Km yg msih hidup akn menyambung
perjuanganmu berbekalkn smgt & ilmu yg diwarisi utk dimanfaatkn. "Ya
Allah, tmptkn Almarhum Ustaz d klgn mrk yg beriman. ~hidup mulia/mati
sbg syuhada~al-fatihah...
No comments:
Post a Comment