Tuesday, 26 June 2012

iSTIKARAH sI sOLEH DAN sOLEHAH

♥•♥•♥ Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dari-Mu,
Berilah aku pilihan yang terbaik buat ku,
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaan-Mu,
Untuk menyelesaikan urusan ku dengan keizinan kudrat-Mu.

♥•♥•♥ Dan aku jua memohon kepada-Mu,
Sebahagian dari kurniaan-Mu yang agung,
kerana sesungguhnya Engkau Maha Kuasa,
Sedangkan diri hamba-Mu ini pernuh dengan kekhilafan,
Dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hamba-Mu ini penuh dengan kejahilan,
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Yang telah Kau tetapkan buat ku…

♥•♥•♥ Ya Allah,
Sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu,
Adalah lebih baik untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat,
Maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagi ku,
Kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.

♥•♥•♥ Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu,
Adalah lebih buruk untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
Serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat,
Maka jauhkanlah fulan/fulanah dari ku,
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini,
Dan takdirkanlah kebaikan untuk ku di mana pun,
Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..

♥•♥•♥ Dengan ini, aku bersujud pada mu ya Allah,
Mengharap dan merintih kepada-Mu,
Air mata yang mengalir ini,
Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu,
Yang manakah terbaik buat ku,
Sesungguhnya hidup ku dan jua mati ku,
Adalah semuanya Hanya kerana-Mu,
Moga Kau mengasihani diri ku yang mendambakan petunjuk-Mu.
Ameen Allahumma Ameen Ya Rahman Ya Raheem Ya Robbal Alameen..
Tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.


P/S:dipetik dari pakarcinta.com

Sunday, 24 June 2012

Masa Lalu untuk Dilawati bukan Didiami

Assalamualaikum...moga2 kita semua masih dalam ahmat Ilahi..alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas..kali nie mood terasa ingin berbicara tentang perihal hati..masa lalu..kenangan silam...mmg betul bkn mudah untuk kt meluputkan sesuatu yang pernah berlaku dlm kehidupan..setiap peristiwa..kenangan dan memori..yang manis atau pun pahit...ttp segar di ingatan..terutama sesuatu perkara yang memberi impak dlm kehidupan kita...yang mungkin mencalarkan hati kita..kdg2 mungkin kita terfikir..alangkah mudahnya jika dpt melupakan segala-galanya dan membuka lembaran baru..tp adakala kenangan itu menggamit rasa...membawa kt untuk kembali..terus mengulit kenangan lama...andai kata kngan itu manis, tidaklah salah untuk kita kembali mengenang..tp selalunya kita lbh terkenangkan perkara2 y menyentap perasaan...walaupun perkara itu telah lama berlaku...walaupun kt telah pun memaafkan tp ia tetap hadir meskipun rasa itulah yang kt ingin buang jauh-jauh dari dalam diri kita...andai sgl knangan itu adlah sebuah buku, mungkin lembaran itulah yang ingin kt koyak dan bakar agar tidak lagi mengganggu kehidupan baru...dan rasa itulah yang terus membelenggu diri kita sehingga kita terlalu bersedih dan terlupa untuk bergembira...sedangkan tiap yang berlaku telah berlaku..dan apa y penting adalah masa depan y perlu kita rancang...masa depan yang mungkin memberi cahaya baru..yang mungkin membawa sinar kebahagiaan...janganlah biarkan diri kita terus terbelenggu dgn masa lalu...kerana masa lalu itu hanya lah untuk dilawati agar menjadi satu panduan dan pengalaman untuk meneruskan kehidupan mendatang...bukan untuk kita diami dan terus tenggelam dalam kesedihan...buka lah buku baru dan warnakan lah dengan warna-warna yang ceria..padamkan segala kekotoran...agar ia menjadi lebih indah dan mendamaikan...semoga kita semua mampu membina hari depan yang lebih cerah..insyaAllah..Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua...amiin...

Notebook...ohh..Notebook

Assalamualaikum...alhamdulillah first time menulis menggunakan notebook sendiri..(bkn nk tayang kt bli notebook baru tau...)..alhamdulillah Wardah baru je memiliki notebook sendiri setelah sekian lama berangan-angan..hehhehe...nie first time gne nie..tak tau nk tulis pe..time kasih buat abang tersayang yang sudi membantu membelikan notebook nie..jujur dan ikhlasnya Wardah kurang berminat ckit dan mmg tak tahu menahu psl bnd2 teknologi ni..terpaksalah menyusahkan org lain..benda elektronik yang pertama Waedah beli sendiri adalah kamera...itu pun sebab dah terdesak sangat bagi menggantikan kamera abang y dh dekat setahun dirosakkan..heheheh...de jugak shbt2 y kt dpt notebook baru mesti eager nk godek2 (xtau nk explain perkataan nie dlm BM pe..)..tp mgkin sbb tak mahir sgt psl brg2 elektronik nie...juz tgk jer and then smpan balik...smalam waktu sampai umah sewa terpaksalah suh housemate tlg tgk2kn..smpi keyboard protector pn suh housemate tlg psgkn...(punyelah tak pandai,kn...)..ble org tye mcm2 mmg tak tahulah nk jwb pe..geleng kpale kwn tue..last2 Wardah bg dieorg je godek2 n Wardah g tgk tv...dieorg kt mmg Wardah plik la..hmmm...ntah la..Wardah nie jenis tak kisah..asal bnd tue de..sudah la...terkejut jugak dieorg ble tau nie first time Wardah de notebook sendiri..maklumlah..zaman sekarang nie kalau takde notebook or laptop mmg pelik la kan..mmg jd satu keperluan plak bkn kehendak lg...tp mgkin bg Wardah ia bkn lagi satu keperluan..teringat pd kt2 lecturer dl ble Wardah satu2 nya student yang xde laptop...lecturer pn geleng kepala..tp pe2 pun Wardah ttp mampu survive hingga berjaya jugak menamatkan ijazah..ssh mmg ssh..tp dengan bantuan dan kebaikan shbt2..smuanya jd mudah..cme kt kne berkorban lbh ckitla..kne wat kje tgh mlm..kne rjin gne pc kt library...kne jd tak pemalu untuk meminjam...dan mgkin sikap Wardah yang tak hadap laptop sgt (means juz gne tuk wat assgnment jer..) yang menyebabkan Wardah leh survive...bg Wardah ia bkn suatu kepelikan...walaupun Wardah nie bknlah dikategorikan dr family y miskin sgt smpai tak mampu nk bli laptop tp duit tue digunakan untuk bnd2 lain y lbh perlu...lg2 kami x diajar untuk nk sesuatu tue mnta ngan parents memandangkan adik2 masih ramai lg kn..so, kalo nk sesuatu kne usha sendiri...ble nk bli bnd2 mahal nie mmg berkire ckitla..so, mesti de y tye nape skang????...sbb skang mgkin Wardah dah rse keseorangan kot..dh takde y nk bergantung harap...dah xde shbt2 di sekeliling...so, nk survive pn agak ssh la...terutama dlm nk wat penyediaan note dan latihan..mmg memerlukan sgt...sdgkan adik y bru bekerja pun dh bli notebook...so, nk tak nk, xleh berkire jgk..kne korbankan duit gaji tuk bli notebook nie..n sbb y plg pntg adalah bilamana melihat shbt2 bz dengan kerja2 pilihanraya sdgkn kt hanya melihat tanpa dpt membantu..so, harapnya dgn notebook nie leh la tlg update list ke..or pe2 grak kerja y diperlukan jemaah...dan juga sebagai semangat untuk menyambung pelajaran...xdpt smbg coursework..kne wat research..mmg sgt2 la memerlukan at least notebook...inilah semua faktor2 knapa ia perlu ada sekarang dan tidak dr dulu lagi...pe2 pun Wardah nak merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua shbt2 y pernah membantu Wardah dengan meminjamkan laptop dan notebook kalian..jasa kalian tidak dapat Wardah balas...moga Allah sentiasa merahmati kalian...amin...

Friday, 22 June 2012

Inilah caraku mencintaimu...


Buat kekasih anda, andai dirinya bukanlah insan yang baik…. agar dia mengerti, cinta bukan bermaksud keluar berdua-duan, cinta bukan bermaksud serahkan segala jiwa dan raga, cinta juga bukan bermaksud perlu bersama dalam keadaan maksiat dan haram.. CINTA itu mulia, mengertilah akannya, lakukan dengan cara yang betul, bila sampai masa dan jodohnya, kalian akan HALAL dalam cinta~~ PakarCinta, Motivator Cinta.
 
 
Kekasihku sayang..!!!
Mungkin aku memang tidak romantis.
Mungkin aku memang tidak mampu membelikanmu bunga.
Atau mengajakmu jalan-jalan di pinggir pantai yang indah.
 
Atau mungkin tidak mampu memberikanmu puisi indah.
Maafkan, kamu benar, itu memang bukan gayaku.
Dan sesungguhnya aku tidak mampu melakukannya.
 
 
Aku mencintaimu dengan caraku sendiri.
Entahlah kalau kamu sedar ataupun tidak.
Aku mencintaimu dengan mendoakanmu di setiap sujudku.
Kerana aku tahu betul, kau jarang menghadap tuhanmu.
 
Aku mencintaimu dengan cara mengerti bahawa kau jarang benar solat.
Maka aku ajarkan dirimu bagai mana mencari bekal akhiratmu.
Aku tahu kamu tak pandai mengaji, walau kau seorang muslim.
 
Aku mencintaimu dengan cara sendiri.
Mengajakmu mengenal syurga yang abadi.
supaya kamu tau, kelak kita akan bersama di sana.
 
Aku mencintaimu dengan cara setia padamu.
Saat kau pergi jauh dariku aku masih menyimpan semua tentangmu.
 
 
Aku tahu, hal tersebut memang tidak ada romantis-romantisnya.
Untuk itu, aku minta maaf padamu.
 
Tapi, begitulah caraku mencintaimu.
Aku Berharap, kau mengerti.
Dan kau mampu Memahamiku
Dalam setiap langkahku…..
Kerana Aku Mencintaimu Kerana ALLAH
 
Diam,itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu.
 
Diam, itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.
 
Diam, adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap syafa’at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.
 
Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita.
 
Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.Aku tidak marah, aku tidak cemburu kerana kau bukan hakku, Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku, ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tau. Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku. bila ada siraman Redhaanya kita kan bersama dan bila tidak,aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari- Nya.. jadi walau aku cinta aku putuskan utk diam, biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya.Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda.  Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.
 
Dipetik dari: Ayat-Ayat Terindah 

Saturday, 16 June 2012

Ustaz Yahya: Murabbi tak pernah lelah mendidik ::.

Sedikit perkongsian daripda catatan
KEKANDA USTAZ RIDUAN MOHD NOR
Langit petang ini seperti rawan berduka, awan mengarak berita yang memeritkan sukma seperti petir membelah langit. Segalanya seperti kebetulan mengapa beberapa hari ini saya merasa begitu teringatkan Ustaz Yahya Othman terutama janji untuk menyusun kertas kerja tarbiah yang puluhan atau ratusan yang ditulis almarhum. Petang menjelang jumaat yang berkat ini, saya bersama Dr Supyan membelek foto-foto lama program MISNA yang diadakan pada tahun 1991. ”Wah, Ustaz Yahya masih muda bertenaga” kata saya teruja pada teman apabila melihat Ustaz Yahya yang kelihatan merenung para peserta program musim sejuk anjuran MISNA. Bersebelahnya ialah almarhum Ustaz Fadhil Noor yang juga kelihatan masih bertenaga. Berselang sejam lebih selepas itu, teman saya wartawan Harakah, Nazri menelepon dengan suara cemas “Ustaz Yahya telah dijemput untuk berkelana ke alam abadi”. Airmata terasa deras mengalir kerana tokoh murabbi PAS ini sangat tidak asing dengan program tajnid (pembinaan kader-kader dakwah PAS). Anak muda aktivis gerakan Islam negara ini rasanya semua mengenali dengan dekat sesepuh besi khursani tarbiah ini yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan pernah diasuh secara sistematis oleh Ikhwanul Muslimin.

Beliau mewakafkan diri untuk perjuangan Islam semenjak zaman muda sehinggalah tubuhnya mula disengat penyakit namun masih tidak menguzurkan diri di medan amal Islami. Kertas kerja tarbiah Ustaz Yahya Othman sering kita lumati dalam program tarbiah, bahkan dada kita turut terisi dengan penyampaian beliau yang tegas. Beliau adalah anak didik kepada Sheikh Kamal Saniri, tokoh Ikhwanul Muslimin yang telah mengalami pemenjaraan dan akhirnya mati syahid akibat disiksa oleh regim thaghut Mesir. Jika menziarahi bumi Jordan, biasanya Dr Muhammad Said Hawwa (anak Sheikh Said Hawwa) akan menjemput beliau di lapangan terbang. Beliau mempunyai kenangan kolektif bersama Sheikh Said Hawwa dan tokoh-tokoh besar Ikhwan yang terbuang di merata tempat, termasuk akrab dengan Dr Kamal Helbawi dan Dr Mehdi Akif.

Ustaz Yahya mendapat pendidikan di Mekah, antara pelajar genius yang disayangi oleh guru-guru di Masjidil Haram, beliau menyambung pengajian di Iraq seterusnya di Universiti al Azhar sehingga mendapat MA (Sarjana). Beliau sangat menyintai dunia pendidikan, sehingga jasanya ada di belakang penubuhan YPTIK, Maahad Tahfiz Pulai Condong, KIAS, Kolej An Nur, Maahad Darul Quran Machang dan pelbagai institusi pendidikan Islam di Kelantan bahkan negara ini. Akses beliau dengan Universiti al Azhar begitu sekali baik, ini adalah kerana latarbelakang pendidikan dan jaringan yang dimiliki oleh beliau ketika aktif di dalam gerakan belia Islam antarabangsa. Tidak pelik jika apabila PAS memenangi Kelantan pada tahun 1990, beliau diamanahkan sebagai exco Pendidikan negeri Kelantan. Beliau menjadi ADUN Banggol Judah dan pernah bertanding di Parlimen Pasir Puteh pada tahun 1978.

Sang Murabbi ini mengabadikan hidupnya untuk mencetak kader dakwah, memesrai anak muda supaya menjadi amilin yang menyambung risalah perjuangan Islam. Dirinya adalah mercu keteladanan kepada kita kerana kata-katanya dibenarkan dengan tindakan dan amalan, beliau bergulat dengan perjuangan secara serius semenjak tahun 70an lagi. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai exco WAMY serta ahli majlis Syura ABIM saat ABIM adalah gerakan simbiosis kepada PAS dalam dekad 70an. Almarhum juga adalah tokoh ulama PAS Pusat yang juga begitu akrab dengan tokoh-tokoh besar Ikhwanul Muslimin. Di saat kebangkitan Islam menyelimuti dunia Islam, bahkan negara ini juga tidak terkecuali, Ustaz Yahya Othman bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam. Saat itu, kesan daripada percikan kebangkitan Islam, negara dahagakan sentuhan ulama-ulama haraki dan beliau sebaris namanya dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Wan Mustapha Rusdi, Ustaz Awang Nasruddin Abu Bakar dan nama-nama besar lain penggerak tarbawi. Tidak menjadi rahsia bahawa kesan daripada tarbiah beliau kepada ahli PAS terutama pemuda PAS di penghujung dekad 1970an dan awal 80an, akhirnya berlaku transformasi kepimpinan pada tahun 1982 yang dikenali sebagai kepimpinan ulama.

Almarhum bukan sahaja menjadi tenaga pengisi penting untuk program pelajar dan pemuda dalam negara tetapi juga sentiasa diundang ke luar negara termasuk di United kingdom dan US. Perawakan lembut tetapi tegas, hujjahnya sentiasa disepuh ayat-ayat Allah dan hadith Nabi SAW. Dasawarsa 70an dan 80an adalah zaman subur merendang dan meranum hijau dengan usrah, tamrin, daurah, jaulah, ijtimak dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan beliau. Bahkan, PAS berjaya merubah kepimpinan pada tahun 1982 (transformasi kepimpinan) adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan pembinaan. Kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS berjaya direalisasikan akibat hidupnya gerakan tarbiah yang berterusan, juga akibat generasi peserta kebangkitan Islam yang begitu membuncah ghairah untuk melihat PAS menjadi gerakan Islam yang bergerak di atas kefahaman ahli bukan semangat yang meledak-ledak kosong. Almarhum juga di belakang penubuhan ILHAM dan juga menggerakkannya.

Kita semua para amilin jemaah akan sentiasa mempunyai ingatan kolektif terhadap jasa dan pengorbanan almarhum, bahkan akan terus merasa kerinduan yang menggebu dengan sentuhan ‘air tangan’ beliau. Saya semasa menjadi Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPWP dan Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPP, Ustaz Yahya adalah pimpinan utama yang sentiasa diundang untuk menjadi pengisi program tarbiah pemuda khususnya. Beliau sangat serius dalam persoalan menepati masa, bicaranya tenang namun tegas. Bersimpuh di hadapan beliau semasa program seolah didera dalam penjara Guantanamo atau berada dalam sel regim Arab, bimbang diterpa soalan ‘cepu mas’ ustaz Yahya. Wajahnya sebening air yang membersit cahaya tetapi ketegasannya menggerunkan.

“Ayat apa tadi akhi? surah apa ana sebut tadi?” Tanya sang murabbi dengan cerlungan mata pada peserta program tajnid. Tak berkutik, semua tunduk seolah tak mendengar soalan ustaz. Dia tak mengalah, terus mengasak peserta. Dada bergelombang turun naik, bimbang diterjah soalan daripada beliau.

“Ayat apa yang akhir ana cakap tadi…?” Tanya beliau dengan tegas, peserta akan menunduk dan menikus seperti tikus disimbah dengan air sirap bandung. Tak berkutik.

“Mengapa enta tak menulis semasa ana berkuliah?” Tanya sang Murabbi dengan tatapan tajam di sebalik bingkai kaca mata kepada peserta tamrin, sebahagiannya menikus seperti tikus mondok tersimbah ‘kopi janda’. Saya juga, walaupun sebagai panitia program, turut merasa kecut perut seperti baru melintasi bilik mayat selepas jam tiga pagi atau melintasi jirat Cina yang baru menyimpan mayat gadis mati membunuh diri. Semua diam, tenang dalam ketakutan yang cukup payah diungkap dengan lukisan kata-kata. Hormat dan gerun, sekaligus merasa bersalah kerana tidak serius mencatat.

“Mengapa tak menulis dalam jawi?” Tanya Ustaz lagi pada seorang peserta yang duduk di barisan hadapan, teman ini pucat, bibirnya kelat menelan air liur. Lulusan kampus tempatan ini adalah produk dasar pendidikan negara yang tidak bersahabat dengan tulisan jawi.

“Ana sayangkan antum semua ini, antum semua anak ana, antum semua masa depan perjuangan Islam,” kata sang murabbi dengan lirih, mata beliau berkaca dengan patah kata yang tersekat. Di akhir program kami saling memeluk beliau, berpamitan dengan penuh ukhuwwah, ustaz sentiasa bermalam dengan peserta tamrin Pemuda, mengunyah apa sahaja yang dihidangkan bersama peserta tamrin tanpa omelan. Keakraban beliau dengan peserta bukanlah dibuat-buat, keintiman ini berakar daripada kecintaan beliau untuk membina dan mencetak jurudakwah muda.

Buatlah tamrin jauh meranduk kawasan perbukitan, meredah kawasan yang paling rahsia untuk mengelak pengintipan musuh atau ke pulau terbiar, Ustaz Yahya tidak pernah gagal untuk hadir. Biasanya pula sang murabbi akan sampai lebih awal daripada peserta tamrin. Sesibuk manapun beliau semasa menjadi Exco Kerajaan Kelantan namun program tarbiah adalah keutamaan. Selepas melepaskan jawatan Eksekutif dalam kerajaan negeri, belia masih di papan carta utama program tarbiah termasuk penglibatannya dalam Lujnah Tarbiah Pusat dan murabbi tarbiah jamaah.

“Mula pukul berapa akhi program ni…” Tanya almarhum Ustaz Yahya pada saya dalam satu program pembinaan. Sebenarnya jauh di sudut hati ustaz tidak memerlukan jawapan, soalan itu adalah inzar kepada panitia yang gagal untuk mendisiplinkan peserta. Apa pun teguran yang diberi, saya dan kawan-kawan tidak pernah berkecil hati, malah hari ini ianya menjadi sebuah kerinduan yang sangat mendera perasaan, terakam indah dalam lipatan ingatan kolektif kita semua.

Dalam program Ijtimak Tarbawi yang berlangsung di Masjid Rusila dua tahun lepas, ramai generasi muda yang baru berjinak dengan PAS tidak mengenali sosok ini namun akhirnya terpegun dengan pengisiannya yang sangat mengesankan. Kata-katanya seperti kilauan mutiara, juga seperti air yang jernih yang turun daripada bukit seterusnya menakung dalam kolam yang teguh. Daya ingatannya memukau dan menyakinkan sekali, menyihir anak-anak muda yang tekun mendengar. Suaranya bergetar sayu sebelum berpamitan dengan peserta, matanya melihat dengan penuh bahagia kepada seluruh peserta Ijtimak Tarbawi.

“Jangan lupakan program tarbiah, jangan lupa baca Al Quran walau sesibuk mana pun kamu” ujarnya tegas, matanya berkaca menatap peserta. Dia seperti disihir untuk tidak meninggalkan majlis yang baginya menghimpunkan anak-anak didiknya dari seluruh negara. Usai beliau memberi pengisian, tubuhnya yang uzur masih melekat di kerusi khas di belakang pentas. Matanya memerhati dengan penuh teruja ke arah anak muda yang jumlahnya ribuan orang dan dia dengan tekun menangkap butiran yang disampaikan oleh penceramah-penceramah lain. Dalam keadaan uzur serta jauh lebih berilmu dan berpengalaman, beliau masih mendengar dan ditarbiah. Inilah watak keikhlasan sang murabbi yang sukar dicari ganti pada hari ini.

“Nama apa ustazah yang bercakap tu?” Tanya ustaz Yahya perlahan, cuba mengingat sesuatu. “Oohh, Dr Asiah Ali…Pengerusi tarbiah Muslimat” jawab saya. Ustaz tekun menangkap butiran yang keluar daripada mulut penceramah. Ustaz Asri Daud, sekali sekala melayan pertanyaan Ustaz Yahya, yang tergambar sangat bahagia pada hari itu. Sesekali dia membetulkan duduknya pada kerusi khas yang kami sediakan.

Sukarnya untuk melupakan jasa Ustaz Yahya kepada peserta kebangkitan Islam, juga kepada kita semua di dalam harakatul ummah ini. Hari ini dan seterusnya kita akan merindui sang murabbi ini, suara lirihnya juga tatapan mata bahagia dalam program tarbiah. Nuansa sentiasa untuk mengukuhkan jamaah yang kita cintai, kerana kita dan almarhum menjiwai setulusnya bahawa tarbiah adalah tunjang kekuatan perjuangan. Gagah dan konsistennya harakatul ummah pada hari ini ialah kerana tarbiah yang berterusan untuk para pendokongnya. Kita ahli-ahli PAS tidak akan menjadi pahlawan kesiangan yang sarat dengan mimpi-mimpi indah untuk merengkuh Putrajaya namun mengambil mudah dan culas dengan program tarbiah.

Selamat berehat buat sang Murabbi, demi Tuhan, kami adalah saksi mata bagaimana gigihnya dirimu membina dan mengisi dada kami. Bergerak menyambangi seluruh belahan negara ini untuk berdakwah dan membina para duat dan amilin. Kami berjanji untuk meneruskan jalan dakwah ini dan memastikan harakatul ummah ini terus berada di orbit perjuangan Islam walaupun kami tahu betapa rindunya kami pada sebuah kerusi kosong di medan tarbawi yang biasanya, menyandar tubuh kurus namun sarat dengan kata-kata inspiratif yang meluncur daripada sumur akalmu yang jernih. Al-fatihah

Friday, 15 June 2012

Perginya Ditangisi...

Assalamualaikum...baru2 ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang ulama'  yang juga murobbi bg ramai dikalangan kita..Allahyarham Ustaz Yahya Othman..seorang pejuang yang amat berdedikasi..yang menumpahkan segala tenaga demi amanah memperjuangkan Islam akhirnya pergi jua menghadap Ilahi pd14 jun 6.15 ptg...secara jujurnya Wardah tidaklah mengenali sangat tokoh yang dikagumi ramai ini...tp sempatlah bertemu sekali...kata2 dan amanat yang sering menusuk ke jiwa...mengalir air mata tiap kali terbaca ttg jasa dan perjuangan beliau...rasa jauhnya diri ini untuk menjadi sehebat itu...serba sedikit maklumat almarhum yang Wardah dapat sebagai perkongsian bersama..semoga kita sama2 mengenali walaupun jasadnya telah tiada... 
Nama Abuyya al-Syeikh Yahya Othman lebih mashyur di negara-negara Arab berbanding dengan tanahairnya sendiri, Malaysia. Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Islam di Mekah dan juga Mesir serta begitu amat fasih berbahasa Arab. Kefasihannya sering membuatkan ramai dikalangan orang-orang Arab begitu segan terhadap beliau. Tokoh ini pernah berjawatan pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978. Demi perjuangan Islam, al-Syeikh Yahya Othman sanggup meninggalkan jawatannya (sebelum sempat pencen sebagai seorang pensyarah) dan bertanding untuk kalah pada ketika itu. Setelah beberapa kali masuk bertanding dan kalah, beliau tidak pernah kenal erti perit dalam usaha menegakkan panji-panji Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Akhirnya Abuyya al-Syeikh Yahya Othman menang dalam pilihanraya pada tahun 1990 dan 1995 dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan dalam tempoh tersebut. Dalam struktur organisasi parti, beliau pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun. Selain itu, tokoh pendidik ini juga merupakan ahli Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama), AJK Dewan Ulama’ PAS Pusat, AJK PAS Pusat, Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra, pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi. Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah....
Allahurabbi masih banyak lg sumbangan dan jasa2 beliau yang tidak dapat nk kongsikan..pe2 pun teringat kata2 seorang shbt akan pesannya agar ada suatu masa nnt hadirnya pejuang2 muda y bkl menggantikannya..semoga kita sama2 berusaha untuk meneruskan perjuangan beliau...
 Wahai Murabbi..tenang & rehatlah pejuang agamaMU d alam sana..Km yg msih hidup akn menyambung perjuanganmu berbekalkn smgt & ilmu yg diwarisi utk dimanfaatkn. "Ya Allah, tmptkn Almarhum Ustaz d klgn mrk yg beriman. ~hidup mulia/mati sbg syuhada~al-fatihah...

Tuesday, 12 June 2012

Jalan yang panjang..

Assalamualaikum..lama dah tak menulis..alhamdulillah..agak busy dengan majlis dan gangguan-gangguan emosi yang tak sepatutnya berlaku..majlis berjalan dengan selamatnya..alhamdulillah segalanya berjalan lancar..walaupun pada awalnya Wardah sendiri agak serabut jugakla..hehehe..alhamdulillah rezki dapat kakak ipar, Wardah pun dapat sambg balik kontrak kerja..dlm kesibukan majlis dan dlm masa yang sama nk uruskn persiapan diri agak menduga keimanan jgklah..dengan rumah sewa yang masih tak dapat lg...fikir nk angkut brg lg..tp ttp yakin y Allah akan tlg..dengan bantuan shbt2 lain..alhamdulillah selamat juga dan dipermudahkan segala urusan...alhamdulillah dah masuk hari kedua memulakan tugas...de y menggembirakan dan de jugak yang mencabar kesabaran..walaupun dlm hati sakit..bibir ttp menguntumkan senyuman..moga mereka y hadir senang dan selesa..dlm masa y sme menyejukkan hati sendiri...alhamdullillah bersyukur sgt majlis ari tue habis awal dan ada shbt sanggup luangkan waktu demi diri ini..membantu..sesungguhnya pengorbananmu itu cukup buatkan diri terharu...dlm hati Wardah doakan semoga sgl urusan die pun trut sama dipermudahkan dan bizness makin maju..byk sgt terhutang budi dgn die..teringat pengorbanan2 die y lalu..bersyukur di atas pertemuan ini...so, skarang Wardah kembali menjadi warga terengganu..alhamdulillah walaupun agak berdebar mulanya tp dpt housemate y sgt baik walaupun Wardah plg tua,kn...xkshla..mmg ske berkawan dgn bdk2 muda..hehehe..walaupun bru 2 hari duk cni..sesekali rindu juga dgn insan tersayang....insan teristimewa yang dh lme tak ketemu...lbh rindu kpd memori lme sbnarnya...sesungguhnya Wardah sedar hidup ini masih panjang sebenarnya..kt mungkin terlalu byk merancang untuk khdpn kt tp kt tak tahu pun pe y bakal berlaku pada esok hari apatah lagi dengan masa depan kita..adakala kita melihat orang2 sekeliling kita berjaya..adakala kita melihat mereka semakin jauh melangkah ke hadapan..adakala kt melihat mereka terlalu hebat..bila kita memandang pd diri kita..terasa jauh ketinggalan...terasa macam tak layak bersama-sama...kita cuba untuk membina tp ada masa kt tak sedar kt turut menghancurkan pe y kt bina..ada org memandang kehidupan ini sgt mudah dan ada org melihatnya dlm sudut yang kompleks...ssh nk ramal khdpn kt sbnrnya..sbg contoh, semalam Wardah dgn rileksnya membayangkan semester ini akan menjadi lbh mudah..tp siapa sangka hari ini dpt bebanan kerja yang tak terjangka..menolak bknlah mudah lantaran t/jwb..ttp jua dipikul...biarpun hati mengeluh..tp terselit rse syukur..pasti de hikmahnya...pujuk hati..alhamdulillah stiap y berlaku pasti de hikmah..boleh jadi kt tak ske, tp itu y terbaik..dan y pasti, inilah yang terbaik..untuk mengajar diri terus belajar dan memahami...ilmu itu luas..tidak dpt semua..tp dpt lbh ckit syukur alhamdulillah..dan benar..hidup ini masih panjang...kt cme perlu bersedia dan berdoa moga diberi kekuatan biar pe pn ujian menimpa..hati ttp sabar dan redha..amin... 

Thursday, 7 June 2012

dEMi JanJi

Assalamualaikum..insyaAllah hari nie nak bercerita ttg janji..mesti semua org tahu salah satu ciri orang munafik apabila die berjanji tp die tak tepati..tp sedar tak sedar..ramai  je y wat,kn..kalau kt panggil org itu munafiq mmg confirm kt kne marah punya,kn...kdg2 kt nie mudah sgt menabur janji dkt org..mudah berkata manis atas alasan demi menjaga hati seorang sahabat..tp kt xsedar blemana kt tak dpt menepati sesuatu janji tue, ia sebenarnya lebih melukakan hati sahabat kita..tp kita ttp buat jgk,kn..ble xmampu nak tunai..senang je kt minta maaf..dan anggap semua itu takdir...dengan mudah menggunakan ayat "kita merancang, Allah merancang..tp perancangan Allah lbh baik..."Wardah yakin ramai yang pernah melalui perkara nie dan ramai juga y selalu melakukan kpd orang lain..tuela org kt lidah tak bertulang,kn..mudah jer nk menuturkan kata2..tp bg org y menerima camne???..kdg2 tak suke sgt dgr jwpn y ckup "cliche" iaitu "insyaAllah"..betul dh bilamana kt merancang atau nak melakukan sesuatu y tak pasti mmg kt digalakkan mengucapkan insyaAllah sbb kt tahu sekiranya Allah izin bru kt leh wat sesuatu..itu Wardah tidaklah pertikai kan sgt..y Wardah tak puashati bilamana org tue die tau dh die xdpt dtg..mmg confirm dh xnk dtg tp die ttp kt insyaAllah dgn alsn nk jge hati shbtlah konon..kdg2 mgkin di antara kt tak sedar walaupun perkataan insyaAllah tue menunjukkan kesanggupan kita 50-50 tp biasanya orang y menerima mesti expect kt mampu penuhi kecuali de perkara2 yang tidak dapat dielakkan..bkn kah  lebih mudah jika kt katakan "maaflah sy nak sgt pergi tp sy de hal lain yang tidak dapat dielakkan..kalo xde kje insyaAllah sy g.." or terus je direct "maaf sy mmg tidak dpt pergi"..dr kt katakan "InsyaAllah sy dpt pergi"..sebab kt2 kte tue sbnrnya memberi satu harapan kpd org y merancang...dan ble kt tak dpt hadir mgkin die akan rse sgt kecewa...biarpun  biasanya shbt kt nie slalu je akan bls balik "xpe2, sy xkisah.." tp hakikat dlm hati die kt tahu ke????..sbb tue la Wardah lbh ske amik pendekatan tidak memberi pe2 harapan..biarpun Wardah tau org akan kt..terlalu direct sgt n tak jge hati org..tp bg Wardah lbh baik die terluka ckit dr terluka lbh teruk,kn..tp nie semua terpulang kpd pandangan msg2..Wardah hanya menulis berdasarkan pengalaman dan pandangan peribadi semata..cuma satu jela nk pesan pd diri sendiri jugak..bilamana kt telah berjanji..cbelah sedaya upaya untuk tunaikan..kalo kt tak nmpk jln...mnta pndgn shbt2...cbelah untuk menunaikan janji..krn itulah yang akan menggembirakan hati sahabat kt..ingatlah penantian itu adalah satu penyiksaan..dan apabila harapan itu telah meninggi gunung..ble jatuh..pastinmya akan berkecai..hargailah perasaan shbt2 kt sebagaimana kt menghargai perasaan kt sendiri..wallahualam..

Friday, 1 June 2012

Orang baru...

Assalamualaikum...dekat seminggu jugaklah  tak menjengah blog nie..x sempat nk update info2 baru seperti yang dirancangkan sebelum nie..mne tidaknya..sibuk menguruskan persiapan perkahwinan abg kesayangan...bk fb pn juz bce seimbas lalu jer...byk jugaklah rupanya kerja kawen nie...dpt plak bakal pengantin yang teramatlah cerewetnya...kdg kala menguji kesabaran jugak..pe2 pun kita ikut jela..sebab die y nak kawen....hehehe..tp Wardah xdelah involve byk sgt pun..sekadar batu ckit2 je..kre wat kje y tak penting sgtlah..maklumlah taste terlalu simple..jd, xde org nk ikut sgt..so i juz follow jela...hehehe..y paling bz tentulah mak n the wedding planner....my adik..heheheh..plik kn..bese kakak lah y jd wedding planner...tp klebihan kreativiti tue lbh kt die....so pe2 mmg mnta cdgn die la...kakak plak insyaAllah bertunang skali waktu majlis sambut menantu nnt..so far kakak xde la cerewet sgt..brg2 hantaran pun tak banyak lg siap..lgpun bz ckit ngan aktiviti sekolah dan skang nie pun die tidak berada di malaysia...so, kirre Wardah lah y plg tua dlm rumah nie skang...dh xleh mls2 dh terutama bab2 masak..byk jgklah mencuba resipi baru..bkn baru pun tp sbb jrg ke dapur..byklah lauk y baru first time masak...hehehehe..barulah Wardah tau byk jenis lauk lg y Wardah tak pernah cbe masak...alhamdulillah setakat nie menjadi la..td pun bru masak tom yam udang..dah lme mengidam nk mkn tom yam tp sbb mak busy sgt..kne cbe sndrlah masak...mesti org kt bkn sssh pn wat tom yam...ye Wardah pun akui tp sbb tak pernah mencuba jd satu kepuasan jugaklah dlm diri...pe2 pun alhamdulillah bersyukur sgt2 Allah permudahkan urusan jodoh kakak dan abang..so xdelah mak ayah risau lg..duk tggu bilalah anak die nk kawen..dan Wardah pn leh la menarik nafas lega...de 2 thn tuk relax ckit sblum diajukan dgn persoalan y sme "bile nk kawen???"....hehehhe..Wardah pun xtahu cpt atau lmbt tp rsenya mgkin bg adik kawen dl kot...selamat lg 1 thn..hheheheh....Wardah doa urusan adik pun dipermudahkan..lgpun x sedap jgk tgk kwn lme2,kn...insyaAllah thn nie dpt sorg ahli keluarga baru..thn depan mgkin sorg atau dua sekaligus..semua tue dlm perancangan Allah..Wardah hanya mendoakan y terbaik..tp lg debar nk tggu minggu depan sbnrnya..first time wat majlis kawen rumah sendiri...sebelum nie tgk rumah orang jer..harap2 la semuanya berjalan lancar...amiin...insyaAllah tgh malam nie bertolak ke klantan..kalau ikut perancangan pukul 11 pg esok abang akan diijab kabulkan...kla, rsenya takat nie je dl citer Wardah,,,nie pun main curi2 masa jer nie sementara xde orang kt umah...y lain kuar g bli brg...insyaAllah de mse Wardah akan cbe update psl pengisian jiwa plak..amin....