MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya.
- Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Anda Boleg Berjaya1' atau ‘You Can Do It'.
- Kurangkan meminum minuman teh dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan.
- Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad pengenalan dan sebagainya.
PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN
· Jangan lupa ambil sarapan pagi.
· Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.
· Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
· Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merunsingkan fikiran anda.
· Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
· Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
· Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
MEMULAKAN PEPERIKSAAN
· Dengar arahan pengawas peperiksaan.
· Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
· Lihat semua soalan.
· Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
· Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
· Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
· Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya. Wasallam.
No comments:
Post a Comment