Friday, 16 September 2011

7 PETUA MUDAH INGAT APA YANG DIPELAJARI

Assalamulaikum...
Bahang final exam kian menghampiri terutama buat semua pelajar diploma UiTM..time nie la baru terasa nak pulun habis-habisan..ibarat nak g berperang...sanggup korbankan waktu tidur..masa untuk berfoya-foya dan mcm2 lagi la..tak ketinggalan bg pelajar2 yang jenis study last minute...nie jela masa yang tinggal..banyak lagi benda yang nak dihafal..jd, kt cni Wardah nak share ckit petua untuk cepat hafal..moga bermanfaat dan selamat beramal... :)


Petua yang pertama ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’ kepada apa yang anda mahu anda ingat. Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa.
Petua kedua berbunyi, ‘tukarkan maklumat yang ingin anda ingat kepada gambar’. Dengan menukarkan maklumat kepada gambar, anda lebih mudah ingat berbanding dengan hanya mendengarnya sahaja.
Petua ketiga untuk mudah mengingati sesuatu ialah anda perlu ulang dan latih semula apa yang anda ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Baca semual buku dan nota itu sepintas lalu. Cuba ingat semula apa maksud tulisan anda itu. Lebih baik lagi, cuba ingat bagaimana cara guru anda menerangkan tentang nota itu. Hasilnya, anda akan ingat lebih lama apa yang anda pelajari.
Petua keempat untuk mudah ingat sesuatu yang dipelajari ialah dengan menjaga masa tidur anda. Untuk pengetahuan anda, minda anda lebih mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam keadaan cergas dan segar. Sebab itulah anda selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu di waktu pagi.
Petua yang kelima untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah anda perlu mempraktikkan apa yang anda pelajari dengan serta merta. Untuk menguasai sesuatu topik atau subjek, ’susah’ hanyalah pada peringkat permulaan. Apabila anda sudah melepasi tahap susah itu, semuanya akan jadi lebih mudah dan selesa.
Petua keenam untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah mudah iaitu, ‘tulis‘.Dengan mencatat atau menulis apa yang baru kita pelajari, kita boleh merujuk kepadanya pada bila-bila masa sahaja.  Kedua, apabila anda menulis apa yang anda pelajari, fikiran anda akan fokus kepada apa yang anda tuliskan itu. 
Petua yang terakhir buat untuk mudah ingat apa yang dipelajari ialah ‘mengaitkan sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui’.
“Anda perlu ingat, kebolehan yang ada dalam diri anda tidak terbatas. Apa yang membataskan kebolehan anda adalah diri anda sendiri. Jika selama ini anda rasa anda lemah dan sukar mempelajari sesuatu, hapuskan rasa dan kepercayaan begitu. Mulakan hari ini dengan satu kepercayaan baru bahawa anda juga hebat seperti mana-mana pelajar cemerlang yang lain.”

SERANGAN GEMENTAR DAN CARA MENGATASINYA
  1. Persediaan lebih awal
  2. Kawalan mental melalui latihan
  3. Kawalan fizikal melalui latihan
  4. Bersantai – mental/fizikal
  5. Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan
  6. Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas.
  7. Rehatkan fikiran
  8. Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif
  9. Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik
Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment