Monday, 26 September 2011

Hidup Bukan Untuk Menjadi Loser..

hidup
Meniupkan harapan didalam jiwa agar cita-cita terus hidup memerlukan keazaman yang tinggi..
Hidup adalah bukan suatu perjalanan yang mendatar atau bergerak linear. Ada lika-likunya. Ada suka dan duka. Ada kejayaan pada satu waktu, kadangkala kegagalan di waktu lainnya. Bahkan iman kita, “yazidu wa yanqus” pada suatu saat naik, suatu ketika ia menurun.
Maka mempertahankan azam dan cita-cita adalah kekuatan yang membuatkan manusia mampu bertahan dalam hidup.
Memiliki harapan yang akan digapai adalah bahan bakar yang membuatkan kehidupan kita tetap menyala. Walaupun cita-cita itu telah tercapai, buatlah cita yang lebih tinggi lagi. Walaupun harapanmu telah kau gapai, buatlah harapan yang lebih besar hendak kau gapai.


Seperti jiwa Umar bin Abdul Aziz, menetapkan cita-cita memdapat isteri solehah, dan berharap menjadi amir kemudian khalifah. Semuanya tercapai. Ketika menjadi khalifah, dia mengerahkan segenap potensinya untuk meraih cita-cita terakhirnya, iaitu: masuk syurga. Maka dia pemimpin yang adil dan menyejahterakan negara, sehinggakan para amil kesulitan menemui para mustahik.
Mengapa kini kita menjadi orang-orang yang kehilangan daya untuk hidup, sebelum kehidupan meninggalkan kita? Atau orang yang diam hanya menanti kematian datang?
Manusia akan menjadi seperti itu jika dia tidak lagi memiliki harapan, cita-cita. Dan itu bermula dari kesalahan memahami erti kehidupan. Mereka melihat dunia ini dari sudut kebendaan sahaja . Bagi mereka, “jika tak tahan menderita, lebih baik mati sahaja”.
Tanpa harapan dan cita-cita,  manusia tetap boleh hidup. Namun, tiada lagi rasa ghairah dan semangat. Tiada lagi letupan – letupan jiwa yang menggerakkannya untuk hidup yang lebih berarti, lebih bermanfaat. Dia menyerah. Dia kalah.
Ada juga manusia yang pada awalnya memiliki cita-cita. Dia puas apabila cita-cita itu tercapai, lalu dia berdiam diri. Pada mulanya kita akan berasa puas. Lama-kelamaan kepuasan itu akan hilang, akan menjadi tidak bererti. Sebab tiada lagi azam untuk mencapai yang lebih tinggi.
Khalid bin Walid adalah contoh terbaik. Mencapai prestasi terbesar bukan diakhir hidupnya. Namanya telah mengharum sebagai pedang Allah, panglima perang yang selalu membawa pasukannya pada kemenangan. Dan puncaknya adalah Perang Yarmuk.
Ketika dia berjaya membuat tentera Romawi kelam kabut, dia dipecat oleh Umar. Namun dia tetap berjaya memenangkan keikhlasan jiwanya. Berjaya mempertahankan azam untuk syahid fi sabilillah. Maka Khalid pun berjaya mendapatkannya. “Siapa yang berazam mendapatkan mati syahid, dia akan dicatat sebagai syahid meskipun matinya di atas katil.” Dan sehingga kini, namanya dikenang sebagai panglima besar Islam, sehingga Agha Ibrahim Akram memerlukan lebih dari 600 halaman untuk mencatat biografinya.
Belum terlambat bagi kita untuk menanam cita-cita. Menegakkan cita – cita itu supaya meninggi,  supaya berkibar di angkasa. Menguatkan akarnya hingga tidak pernah tercabut dari jiwa. Mengukuhkan tiangnya sehingga tidak pernah patah oleh sekencang manapun angin godaan yang menghempas menerpa. Jika cita demi cita menjadi nyata, ucapkan puji dan panjatkan syukur pada-Nya.
Namun ada satu lagi yang kita semua belum mampu memastikannya: Menggapai redhaNya dan memperoleh syurga. Bukankah itu setinggi cita-cita dan akan terus menyalakan semangat kita? Percayalah: hidup bukan  untuk kalah. 

p/s: sumber dr blog  http://akuislam.com

Bukan Hati Yang Pernah Menjadi Labuhan Lelaki Lain..

Assalamualaikum..terasa dah lama x menjenguk blog nie..lantaran kesempitan waktu yang terbatas dan kemudahan yang ada..alhamdulillah kali nie terjumpa satu post yang menarik sebagai perkongsian bersama...sama-sama mengambil iktibar...wallahualam...

“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?
Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!
 p/s: sumber dr http://akuislam.com/.....semoga kita sentiasa bersabar menanti saat itu sehinggakan diberi yang terbaik buat kita...amin..

Tuesday, 20 September 2011

I Wanna to be Somebody

Final exam telah berjalan dengan seadanya..de yang gembira..de yang berduka meskipun result belum kuar lg..yang belum memulakan perjuangan lagi pasti berdebar-debar menanti bagaimana untung nasib nanti..lumrah biasa suasana peperiksaan..jd, kt cni Wardah nak share satu lagu yang mungkin boleh memberi motivasi bagi hati-hati yang kian layu unyuk kembali segar mengejar cita-cita..sama-sama hayati maksud yang ingin disampaikan...


I Wanna Be Somebody

Artist: Alarm Me

Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonnna be somebody

Monday, 19 September 2011

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

    Bismillahirrahmanirrahim..
    Alhamdulillah di saat kesibukan exam mahupun yang akan bermulanya exam, terpanggil diri ini untuk berkongsi beberapa doa dan zikir. Kadang-kadang kita sering lupa pengharapan kita kepada-Nya tetapi kepada Dialah yang sepatutnya kita berserah..bukan kepada buku@nota kerana kita adalah milik-Nya..Dia boleh lakukan apa sahaja kehendak terhadap hambanya..namun yang terpenting adalah usaha dan tawakal..
    Dan sebagai seorang pelajar mahupun manusia, kita tidak lepas dari cabaran seperti lupa, sikap malas, dan lain-lain..maka doa dan zikirlah merupakan suatu benda yang penting sebagai perisai kepada diri..
    Bacaan di Sekitar Peperiksaan..
  1. Di waktu Turun dari Rumah..

  • Membaca Ayat Al-Kursi- niatkan utk memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
  • Keluar dengan kaki kanan serta bismillah..


  1. Di waktu menuju ke dewan peperiksaan..


    اللهم اجعل في قلبي نورًا، وفي لسان نورًا، واجعل في سمعي نورًا، واجعل في بصري نورًا، واجعل من خلفي نورًا، ومن أمامي نورًا، واجعل من فوقي نورًا، من تحتي نورًا، اللهم اعطني نورًا
    ( Ya Allah jadikan dlm hatiku cahaya dan lidahku cahaya; dan jadikanlah pd pendengaranku cahaya; Jadikanlah pd penglihatanku cahaya; Jadikanlah di pihak belakangku cahaya dan di pihak belakangku cahaya; Dan jadikanlah di pihak atasku cahaya, dan di pihak belakangku cahaya. Ya Allah kurniakanlah kpdku cahaya)..


  1. Di waktu Mula Menjalani Peperiksaan..


  • Membaca surah Al-Fatihah- memohon agar dibukakan sgl ingatan dan fikiran
  • Membaca ayat Kursi- meminta kepada agar hilang rasa gementar di hati dan agar beroleh kejayaan
  • الحمد لله حقَّ حمده. والصلاة والسلام على رسوله محمدٍ وآله.
  • يا نور (ulang beberapa kali)
  • ..بسم الله الرحمن الرحيم



  1. Di waktu Terlupa sesuatu pelajaran..


  • يا الله(ulang beberapa kali)
  • اللهم ذكرني ما نسيتُ بذكرك، يا الله (
    • Ya Allah, peringatkanlah kepadaku apa yg aku terlupa dgn sebb menyebut-Mu ya Allah)



  1. Di waktu merasa susah Menjawab soalan..


    اللهم لا سهل الاّ جعلته سهلا، وانت تجعلُ الحَزنَ اذا شِئت سهلا.
    ( Ya Allah tiadalah kemudahan itu melainkan apa yg Engkau jadikannya mudah, sedang Engkau memang boleh menjadikan yang sukar itu mudah bila Engkau kehendaki. )
    Ulang2kan ayat:
    إن مع العسر يسرًا.
    ( sesungguhnya dalam kesukaran itu terdapat kemudahan )


  1. Di waktu Selesai Menjawab soalan..


  • اللحمد لله رب العالمين

    Atau
    الحمد لله على كل حال
    ( segala puji bg Allah pd setiap keadaan)

  • Selawat ke atas Nabi dan bertawakal kepada Allah..

Friday, 16 September 2011

TEKNIK-TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya.
  • Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Anda Boleg Berjaya1' atau ‘You Can Do It'.
  • Kurangkan meminum minuman teh dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan.
  • Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad pengenalan dan sebagainya.

PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN

·         Jangan lupa ambil sarapan pagi.
·         Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.
·         Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
·         Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merunsingkan fikiran anda.
·         Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
·         Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
·         Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.


MEMULAKAN PEPERIKSAAN 

·         Dengar arahan pengawas peperiksaan.
·         Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
·         Lihat semua soalan.
·         Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
·         Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
·         Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
·         Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.


Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya. Wasallam.



 

7 PETUA MUDAH INGAT APA YANG DIPELAJARI

Assalamulaikum...
Bahang final exam kian menghampiri terutama buat semua pelajar diploma UiTM..time nie la baru terasa nak pulun habis-habisan..ibarat nak g berperang...sanggup korbankan waktu tidur..masa untuk berfoya-foya dan mcm2 lagi la..tak ketinggalan bg pelajar2 yang jenis study last minute...nie jela masa yang tinggal..banyak lagi benda yang nak dihafal..jd, kt cni Wardah nak share ckit petua untuk cepat hafal..moga bermanfaat dan selamat beramal... :)


Petua yang pertama ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’ kepada apa yang anda mahu anda ingat. Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa.
Petua kedua berbunyi, ‘tukarkan maklumat yang ingin anda ingat kepada gambar’. Dengan menukarkan maklumat kepada gambar, anda lebih mudah ingat berbanding dengan hanya mendengarnya sahaja.
Petua ketiga untuk mudah mengingati sesuatu ialah anda perlu ulang dan latih semula apa yang anda ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Baca semual buku dan nota itu sepintas lalu. Cuba ingat semula apa maksud tulisan anda itu. Lebih baik lagi, cuba ingat bagaimana cara guru anda menerangkan tentang nota itu. Hasilnya, anda akan ingat lebih lama apa yang anda pelajari.
Petua keempat untuk mudah ingat sesuatu yang dipelajari ialah dengan menjaga masa tidur anda. Untuk pengetahuan anda, minda anda lebih mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam keadaan cergas dan segar. Sebab itulah anda selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu di waktu pagi.
Petua yang kelima untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah anda perlu mempraktikkan apa yang anda pelajari dengan serta merta. Untuk menguasai sesuatu topik atau subjek, ’susah’ hanyalah pada peringkat permulaan. Apabila anda sudah melepasi tahap susah itu, semuanya akan jadi lebih mudah dan selesa.
Petua keenam untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah mudah iaitu, ‘tulis‘.Dengan mencatat atau menulis apa yang baru kita pelajari, kita boleh merujuk kepadanya pada bila-bila masa sahaja.  Kedua, apabila anda menulis apa yang anda pelajari, fikiran anda akan fokus kepada apa yang anda tuliskan itu. 
Petua yang terakhir buat untuk mudah ingat apa yang dipelajari ialah ‘mengaitkan sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui’.
“Anda perlu ingat, kebolehan yang ada dalam diri anda tidak terbatas. Apa yang membataskan kebolehan anda adalah diri anda sendiri. Jika selama ini anda rasa anda lemah dan sukar mempelajari sesuatu, hapuskan rasa dan kepercayaan begitu. Mulakan hari ini dengan satu kepercayaan baru bahawa anda juga hebat seperti mana-mana pelajar cemerlang yang lain.”

SERANGAN GEMENTAR DAN CARA MENGATASINYA
  1. Persediaan lebih awal
  2. Kawalan mental melalui latihan
  3. Kawalan fizikal melalui latihan
  4. Bersantai – mental/fizikal
  5. Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan
  6. Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas.
  7. Rehatkan fikiran
  8. Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif
  9. Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik
Selamat Mencuba!

Friday, 2 September 2011

Puasa Qadha dan Puasa Sunat 6 Syawal

Assalamualaikum...
Asal tiba bulan Syawal mesti akan keluar soalan macam nie, "nk qadha pose dl ke nk niat pose sunat syawal dl??..."..."boleh ke gabung niat pose qadha dengan pose sunat Syawal???"  bese kaum muslimah jela yang menghadapi masalah nie..sbb de mcm2 pndpt..xtahu nak ikut y mne satu..nie Wardah nak share satu artikel dr harakahdaily..hopefully leh menjawab semua persoalan y ada...
 
Inilah jawapan yang lengkap dalam fasal:
Bolehkah puasa qadha' digabungkan sekali dengan puasa sunat?
Memandangkan terdapat beberapa masalah susulan yang timbul saya telah membuat research yang lebih detail dalam masalah ini dan merumuskan bahawa persoalan puasa qadha' (puasa hutang) dan puasa sunnat boleh digabungkan sekali; ia termasuk isu khilafiah (yang diperselisihkan para fuqaha') kerana nas hadis dalam masalah ini tidak jelas.
Pandangan pertama:
 menggunakan perbahasan kawa-id feqah (Bahawa setiap amalan adalah dengan apa yang dia niatkan) tidak membenarkan digabungkan dua ibadah : wajib dan sunat digabungkan sekali ; dalam hal ini puasa qadha' mesti dibuat dahulu kemudian baru diikuti dengan puasa sunat seperti puasa syawal.
Contohnya jika seorang wanita ada 10 hari puasa qadha' Ramadhan. Apabila tiba syawal dia dikehendaki menyempurnakan puasa qadha' dahulu sebelum dibolehkan berpuasa sunat 6 hari syawal; dia tidak boleh berpuasa dibulan syawal dengan mengggabungkan dua niat dalam satu puasa (yakni puasa qadha' dan puasa sunat).
Pandangan kedua:
membolehkan puasa sunat dan qadha' digabungkan dalam satu.
Dr Wahbah azZuhaili (Fiqh Islami wa'adillatuh) menjelaskan: seseorang yang berpuasa qadha' dibulan syawal beroleh double bonus atau triple bonus yakni dia boleh pahala puasa qadha', juga pahala puasa sunat syawal sekaligus dan jika dia berpuasa pada hari isnin/khamis; dia juga mendapat pahala sunat isnin khamis.
Ini juga pandangan Imam Nawawi dan Ibn Hazm (al Muhalla): menurut Ibn Hazmin, nas yang menegah dari RasuluLlah saw tidak ada apabila baginda menyuruh kita berpuasa enam supaya kita menyempurnakan puasa qadha' terlebih dahulu.
Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha' pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain. Ini juga satu cara.
Jadi menjawab soalan susulan di atas, apakah boleh kita puasa qadha' dan puasa sunat syawal sekali gus;
Jawapannya: boleh; jika menggunakan kaedah Ibn Hazm dan Wahbah Zuhaili; kita berniat puasa qadha' dalam bulan syawal dan sekaligus mendapat double bonus; dan jika puasa itu jatuh pada Isnin/khamis; layak mendapat triple bonus secara otomatik.

Kelebihan PUASA SUNAT (6 HARI SYAWAL)



Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?

Puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa wajib bulan Romadhan adalah amalan sunnat yang dianjurkan dan bukannya wajib. Seorang muslim dianjurkan mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa ini. Diantaranya, barangsiapa yang mengerjakannya niscaya dituliskan baginya puasa setahun penuh (jika ia berpuasa pada bulan Romadhan).

Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda, yang artinya: ‘Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa penuh setahun .’ (HR: Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda lagi: ‘Barangsiapa mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal selepas ‘Eidul Fitri bererti ia telah menyempurnakan puasa penuh setahun . Dan setiap kebaikan diganjar sepuluh kali ganda.’
Dalam sebuah riwayat berbunyi, yang artinya: ‘Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Romadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun.’ (HR: An-Nasa’i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).

Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dengan lafaz: ‘Puasa bulan Romadhan setara dengan puasa sepuluh bulan. Sedang puasa enam hari bulan Syawal setara dengan puasa dua bulan. Itulah puasa setahun penuh.’
Para ahli fiqih madzhab Hambali dan Syafi’i menegaskan bahwa puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa Romadhan setara dengan puasa setahun penuh, karena pelipat gandaan pahala secara umum juga berlaku pada puasa-puasa sunnat. Dan juga setiap kebaikan dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali ganda.
Salah satu faedah terpenting dari pelaksanaan puasa enam hari bulan Syawal ini adalah menutupi kekurangan puasa wajib pada bulan Romadhan. Sebab puasa yang kita lakukan pada bulan Romadhan pasti tidak terlepas dari kekurangan atau dosa yang dapat mengurangi keutamaannya. Pada hari kiamat nanti akan diambil pahala puasa sunnat tersebut untuk menutupi kekurangan puasa wajib.
Sebagaimana sabda Rasululloh Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, yang artinya: ‘Amal ibadah yang pertama kali di hisab pada Hari Kiamat adalah shalat. Allah Ta’ala berkata kepada malaikat -sedang Dia Maha Mengetahui tentangnya-: ‘Periksalah ibadah solat hamba-hamba- Ku, apakah sempurna ataukah kurang. Jika sempurna maka pahalanya ditulis utuh sempurna. Jika kurang, maka Allah memerintahkan malaikat: ‘Periksalah apakah hamba-Ku itu mengerjakan solat-solat sunnat? Jika ia mengerjakannya maka tutupilah kekurangan solat wajibnya dengan solat sunnat itu.’ Begitu pulalah dengan amal-amal ibadah lainnya.’ (HR: Abu Dawud)

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?
Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.
Wa’Allahualam. .

p/s: Dipetik dari http://al-futhuhat. blogspot. com/