Monday, 27 April 2015
Jodoh Itu Misteri
Berbicara tentang jodoh pulak hari ini...mengenangkan usia yang kian meningkat, sekali sekala teringat jgak pada isu yang cukup popular..biarpun adakalanya Wardah tidak ambil pusing sangat tapi komen2 orang sekeliling sedikit sebanyak mempengaruhi juga..dan Wardah masih lagi seperti dulu..selesa sendiri..bukan tidak pernah berusaha untuk mencari mungkin usaha itu sekada hangat-hangat tahi ayam jer..bila ada orang kawen rasa semangat lama-lama hilang..ya Wardah akui mmg dari dulu Wardah jenis org yang selesa berkawan dengan lelaki berbanding dengan jantina sendiri..dan mungkin cara Wardah yang salah berkawan sampai adakala ada yang tersalah faham..mungkin banyaknya salah dari diri Wardah..tak pernah berniat untuk mengecewakan hati orang cuma mengharapkan jalan yang bakal dilalui itu mengikut syariat..bukan seperti skang yang banyak gunakan title "couple islamik"..saya suka awak..awak suka saya..Wardah bukanlah memandang kepada rupa cuma cukup pada teguhnya tiang agama...dan mencari seseorang yang benar2 berani hadir dengan cara yang betul..mungkin ramai yang merasakan pemikiran Wardah ini sudah ketinggalan zaman..tapi Wardah tak kisah..mungkin dalam Wardah tak sedar sebenarnya Wardah yang telah banyak kali menolak jodoh..tapi Wardah lebih berpegang kepada sudah tiada jodoh..Sepanjang dalam tempoh berkawan memang Wardah akui ada pertemuan2 yang membibitkan sedikit rasa di hati..tapi Wardah cukup takut untuk meluahkan..bimbang andai dia bukanlah untukku..lama Wardah menanti dan Wardah bersyukur satu per satu Allah buka hijab ternyata mereka berjodoh dengan insan yang lebih baik..walaupun ada terkesan sedikit di hati tapi Wardah gembira untuk mereka dan memang salah Wardah sering menafikan rasa di hati..tidak pernah berusaha untuk mencuba..tapi Wardah yakin kalau dah jodoh tak ke mana..jd Wardah tidak pernah menyalahkan diri sendiri dan terus melangkah mengikut perancangan takdir..Wardah pun tertanya-tanya masih adakah jodoh Wardah di dunia...siapakah gerangan yang bakal menjadi pelengkap hidup masih menjadi tanda tanya..dan sering kali juga hati bertingkah meneka-neka siapa gerangan si dia...dan kini hanya tinggal satu nama yang sering membuat diri rasa keliru...adakah dia...tapi Wardah cukup takut berharap..Kusangkakan saat dan ketika itu adalah noktah dan penutup segala cerita...tapi tidak pasti kenapa dia harus kembali bagaikan tiada apa-apa...ingin sangat bertanya mahu apa sebenarnya..datang dan pergi dan kembali lagi..mmg tiada janji yang termetrai..tp satu soalan yang masih menjadi tanda tanya dan dibiarkan tergantung begitu...dan diri masih lagi keliru...dan jodoh itu masih lagi misteri.......................
Wednesday, 8 April 2015
Andai terluka....
Subscribe to:
Posts (Atom)