Tuesday, 31 December 2013

Penantiannya telah berakhir...

Alhamdulillah..akhirnyaa seorang lg adik kesayangan telah melangsungkan perkahwinan pd 27 Dis baru nie...bersyukur rasa...mungkin ini y terbaik..walaupun agak lari sedikit dr perancanganku..tp Allah telah mentakdirkan y terbaik buat dirinya..dan tiadalah dayaku menolak sgl takdir walau pada awalnya terdetik sedikit rasa terkilan..tp bilaman kt kembalikan semuanya kpd Allah maka Allah lbh cantik perancangannya..alhamdulillah..trasa seperti mampu melepaskan dia pergi..ada y lbh baik menjaganya InsyaAllah dan sbg seorang kakak pastinya diri ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya...

Dan berita y paling menggembirakan alhamdulillah akhirnya Allah mnyatukan 2 shbtku sbg bkl psgn..insyaAllah majlis pd 18hb Jan..sehari selepas u/thn kelahiranNya..bersyukur sgt2..telah lama ku mendoakan psgn ini disatukan dan pernah disuarakan hasrat hati pd si muslimat ternyata katanya dia tidak sehebat Siti Khadijah..tp takdir Allah telah menentukan muslimin itulah jodohnya..alhamdulillah mmg gembira tak terkata dan tak sabar rasanya nk melihat hari bahgia mereka berdua..apalagi y membhagiakan seorang shbt melainkan melihat shbt y ckup disayangi berbahagia di samping insan tercinta..kedua2nya ada nilai y tersendiri...alhamdulillah psgn kedua y menepati ramalan...

Inilah lagu y didedikasi khas buat shbt2 y telah berakhir penantiannya...
Yang masih meenanti..
Sabarlah menunggu..
Masih banyak hikmah y belum tersingkap...
S.E.N.Y.U.M... :)


Tuesday, 26 November 2013

Bangkitlah Duhai Khalifah!!

"ada orang pandai berbicara dgn lidah...
ada orang pandai berbicara dengan pena...
ada orang bijak dlm perancangan strategi...
ada orang hebat dgn akhlak tanpa bicara...
cuba lihat pada diri kita..
ada tak sekurang2nya satu ciri2 di atas...
XDE????!!!...
oh..tidak!!!...
stiap dr kt ada potensi tuk jadi HEBAT...
kenapa perlu jd HEBAT???...
krn kt adalah penyambung rantai2 perjuangan Islam...
Jdlah seseorang yang mampu berkata2 dgn penuh hikmah tuk menarik  org ke arah kebaikan...
atau setidaknya belajarlah menulis tuk mngetuk hati2 insan y leka...
atau setidaknya gnelah sebaik mungkin akal fikiran tuk merancang bagaimana tuk kt kembangkan Islam..
andai masih jg tidak mampu...
tunjuklah akhlak Islam y sebenar yang boleh dijadikan ikutan...
krn kt dilahirkan sbg KHALIFAH...
dan tugas DAKWAH itu xkn habis slagi nyawa dikandung bdn...
jd, jgn buang masa..cr potensi diri, cungkil dan gilaplah ia..sesungguhnya anda semua adalah ibarat PERMATA di lautan...tp jgn trus bersembunyi di lautan..timbullah ke daratan krn DIRIMU BEGITU BERHARGA DEMI ISLAM.........

Thursday, 21 November 2013

Warkah buat adinda2 ku..



Buat adinda2 tersayang…
Pertemuan kita bukanlah sesuatu yang dirancang
Pertemuan kita adalah sesuatu yang telah Allah takdirkan
Di dalam ikatan bulatan gembira
Kita bersatu dengan nikmat ukhwah berpanjangan…

Tidak pernah diri ini bermimpi
untuk menerima sebegini ramai insan terisitmewa
Bukan kuantiti untuk dibanggakan
Tapi inilah amanah2 y telah diberikan…

Adinda2ku syg…
Ikatan kita bermula sbg “adik” dan “kakak”
Kini kita semua adalah sahabat
Bukan usia jd ukuran
Setiap kita ada keistimewaan…

Terimbas kenangan semalam
Saat mula2 pertemuan
Pelbagai watak dan ragam
Tapi itulah y mewarnai pehubungan…

Ada yang ramah tiada henti…
Ada yang malu tidak berbunyi…
Ada yang ceria sentiasa berseri…
Ada yang sentiasa rendah diri…
Ada yang mudah terasa hati…
Ada yang tidak ambil peduli…

Walau cara kita berbeza
Tapi ikatan ukhwah mengeratkan kita
Ada ketika hubungan teruji
Namun kasih sayang kita tidak pernah mati…

Adinda2ku syg…
Pantas sungguh masa berlalu
Kini masing2 dgn haluan sendiri
Ada yang sudah bergelar isteri
Ada yang sudah bergelar ummi….

Namun maasih terselit bimbang di hati
Andai terkurang di sana sini

Lantaran kesibukan diri
Adakala terlupa ambil peduli…

Sungguh diri insan biasa
Tiada y istimewa
Melainkan adinda2 lah y menjadikan diri ini dihargai
Andai ada tersalah bicara
Andai ada terpilih kasih
Andai ada terasa di hati
Ampun maaf jua dipinta
Lantaran terlalu banyaknye khilaf
Mungkin banyak benda yang tidak tersengaja..

Adinda2 ku syg..
Tiada niat di hati beza2kn kalian
Lantaran perwatakan y berbeza
Mungkin diri tersalah tafsiran
Tapi peercayalah setiap dari kalian
Punya keistimewaan yang sukar diungkapkan
Dan kalian tetap menjadi anugerah
terindah hingga akhir hayat..
Salam ukhwah hingga ke syurga..insyaAllah..


Wednesday, 20 November 2013

Kerana bicara itu.......

Ya Allah...
Sungguh hanya Kau yang mengetahui...
betapa lemahnya hati ini dalam menghadapi ujian perasaan...
betapa mudahnya hati ini terluka...

Ya Allah...

Sungguh hati ini merasa sakit...
Sungguh hati ini merasa kecewa...
Sungguh hati ini merasa terluka...

Sungguh hati ini seakan xmampu bertahan lagi...

Ya Allah...
Sukar menjaga sekeping hati ini...
Sukar memujuk rasa ini...
Sukar ku hentikan rajuk yang panjang...

Ya Allah...

Sungguh diri ini tidak ingin jadi pendendam...
Sungguh diri ini tidak mahu memendam...
Sungguh diri ini ingin menjadi pemaaf...


Ya Allah...
Kenapa bicara itu y dilontarkan...
Kenapa bicara itu y harus kuterima...
Kenapa bicara itu y terus bermain di mindaku...

Ya Allah...
Bicara itu cukup berbisa...
Bicara itu cukup meruntun jiwa...
Bicara itu buatkan aku jatuh terduduk...

Ya Allah...
Egokah aku???...
Terlalu keraskah hatiku???...
Terlalu kejamkah aku???...

Ya Allah...
Diri ini sedar betapa banyak khilafku...
Diri ini sedar betapa byk kkuranganku...
Lantaran itu banyaknya salah tafsiran...
Lantaran itu banyaknya tuduhan...

Ya Allah...
Haruskah aku biarkan semua yang berlaku...

Haruskah aku melepaskan segalanya...
Haruskah aku tinggalkan semuanya...

Ya Allah...

Hanya pdMu ku pohon kekuatan...
Agar tetap tegar menempuh kehidupan...
Biarlah apa y mereka ucapkan...
Jadikn aku redha di atas ketentuan...




Ya Allah...
Tiada niat untuk memutuskan ikatan...
Cuma diri tak cukup kuat meneruskan persahabatan...
Biarlah diri sendiri dalam pelayaran...
Kerana ku yakin ku tetap adaMu Tuhan...

Sahabat...
Bukan niat sengaja menjauh...
Cuma memberi ruang dan waktu...
Untuk memujuk rajuk yang panjang...



Sahabat...
Bukan diri tak cuba memahami...
Namun diri seakan xmampu lagi...
Terlalu banyak bicara y telah ku telan...
Ku pendam jauh di lubuk hati yang dalam...



Sahabat...
Bukan aku bakhil memberi maaf...
Tapi hati ini cuma sekeping...
Andai papan dipaku dan dicabut berulangkali...
Pastilah keadaannya tidakkn sama lagi...
Begitulah sekeping hati ini...
Telah kutampal berkali2...
Tapi andai terus dihiris berkali2...
Pasti lukanya sukar sembuh kembali...


Sahabat...
Jangan terlalu mudah meminta maaf...
Krn bimbang maaf itu tak berguna lagi...
Izinkan ku pergi seketika...
Membawa hati yang sedang berduka...
Bimbang diri pula bakal melukai...
Berbahagialah dirimu...
Agar urusan sentiasa dipermudahkan Tuhan...amin...




Monday, 7 October 2013

Kifarah di pagi hari....

Astaghfirullahal'azim...beristighfar panjang mengenang peristiwa pagi tadi...kerana kecuaian atau kelalaian...tak tahu lah kenapa...al-kisahnya...pagi tadi buat pertama kalinya sejak menjejakkan diri di bumi Shah Alam nie, akhirnya Wardah ditimpa kemalangan kecil..sedih melihat motor yang xpernah jatuh di tangan Wardah akhirnya tersembam ke bumi juga..maka tinggallah kesan2 kecacatan..meskipun sblum nie motor tue mmg pernah accident dlm usia y masih muda tp krn iaa berlaku disebabkan orang lain jd tidak lah terkilan sgt..but for this time..I did it on myself..cyan plak tgk motor tue...pas satu satu y menimpa die...belum pn hilang "kecacatan" sebelum nie dh tambah "cacat" y baru plak..but the worst thing is that I am not alone.....kesian pada sahabat tue..dh la leat nak g klas..accident plak..katanya xde pe2..tp Wardah pn xpasti sbb sibuk menahan kesakitan diri sendiri..bila die kata okey..Wardah bersyukur tp perasaan bersalah tue ttp tinggi...Wardah tidak kisah sgt akan kesakitan diri dan Wardah mengambil semua tue sbg satu hikmah dan "teguran" buat diri sendiri cuma apa yang Wardah kesalkan bilamana ia melibatkan orang lain..ucapan maaf mmg mudah nk diungkap tp maaf itu sekadar ucapan yang tak mampu nak menarik semua benda y dah berlaku..what done is done..dan Wardah sedar kesalan itu juga x berguna lagi tp ssh untuk memujuk hati agar melupakan perkara yang terjadi...ssh nk lenyapkan rasa bersalah itu dari diri..dan Wardah sedar skang Allah sedang mnguji WWardah..sejauh mana sifat redha itu ada dlm diri Wardah..dan Wardah sedar takdir itu telah tertulis..dan yang menjadi asbab adalah kelalaian dan kecuaian Wardah...banyak salahnya Wardah dan Allah hanya memberi teguran yang sedikit untuk Wardah sedar...kesalahan daan keterlanjuran yang mungkin Wardah tak sedar dan tidak terfikir dan kini alhamdulillah Wardah sedar dan melihat sesuatu itu lebih jauh..meskipun kesakitan yang Allah bagi pada Wardah ini agak terasa jugak tp Wardah tau ia hanyalaah sedikit jika nk dibandingkan dengan apa yang Wardah daah buat..aib yang Allah telah jaga untuk Wardah..Allah beri peluang tuk terus bernafas dan memperbaiki diri Wardah...dan rasa Syukur itu kian meninggi..biarlah orang melihat ia satu petaka tp bg Wardah ia adalah nikmat yang tak terucap...adakala nikmaat bala, ujian dan derita itu lebih manis dari nikmat kesihatan dan kesenangan..semoga Allah terus membantu Wardah untuk terus istiqamah dan memperbaiki diri..



p/s: buat teman2 doakan lah moga tiada cedera dalaman yang dihadapi..hanya merawat diri sendiri tanpa bertemu doktor..semoga Allah merahmati kalian semua dan menjaga kalian walau di mana jua berada...
 

Sunday, 6 October 2013

Kawan Baik


 -KaWaN BaiK-  


Bukannya senang nak cari kawan yang baik. 

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. 

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. 
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. 
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu 
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. 

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk 
membuat perkara yang buruk dan sia-sia. 
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya 
untuk berbuat kebaikan. 

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. 
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat dilu ahkan kepada kawan biasa. 

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. 
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. 

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, 

kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. 


Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. 

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah 
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada k awan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, 
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. 

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya . 

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya. 






Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik...kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik..kepada kawan baik kita...kita kawan kan ...???







Thursday, 3 October 2013

Kemanisan ukhwah...


Persahabatan....
Ukhwah itu bukan terletak pada name, tapi ia lebih dari itu, jangan pernah kita lupa pada sahabat2 yg pernah berkawan dgn kita, kerana dia menerima buruk n baik kita...bersyukur, bila ada sahabat yg menegur kerana ia mencermin kan diri kita..akan tetapi, bila mane diri kite kadang2 berasa marah dgn tindakan sahabat, tidak menepati masa, mungkir janji, hilang kepercayaan, merajuk, cemburu...semua perasaan tu membuat diri kita akan hilang sesuatu..iaitu nilai manis dalam berukhwah...

Tertarik dengan status seorang shbt nie di fb...mungkin status nie status biasa jer tp disebabkan terasa status ini sbg teguran kpd Wardah jd sukalah tuk kupas sedikit mengenai isu nie..<------(syok sendiri nie....huhuhuhu..)xkisah la samada die dgn niat utk menegur Wardah atau sekadar perkongsian ingatan bersama buat shbt2 lain dan sejujurnya Wardah tidak terasa pun dengan status di atas tp Wardah xmalu la nak mengaku sume ciri2 itu ada pd diri Wardah dan itulah kelemahan Wardah...

Jangan kita bencikan seseorang kerana tindakannnya, tetapi, bencilah tindakannnya itu kerana seseorang itu mampu utk berubah pada bila2 masa dgn takdir Allah...

nie sambungan pd status sebelum nie..xniat pun nak quote sume tp tiba2 kematian idea plak nak sambung ayat..huhuhu..statement kt atas nie adalah ayat y sentiasa Wardah ulang2..ayat penyejuk hati supaya kita sentiasa berlapang dada dengan orang...serendah2 tahap ukhwah adalah berlapang dada..tp y thp yang plg rendah nie pn kdg2 kt susah nak capai..masalah hati..mcm2 mainan emosi..terutama bagi perempuan...tp bg Wardah sume nie kt akan mampu atasi dgn mendidik hati kita..xde siapa yang boleh mengawal hati kita melainkan diri kita sentiasa..dan Wardah akui suatu ktika dulu Wardah mmg seorang yang tinggi tahap cemburunya..agak sensitif..xsuka org yang tak menepati masa <------(yang nie mmg pntg sgt) kdg2 kt memang susah nak ubah sifat semulajadi kita...sbb sume tue dh jadi habit...dan Wardah percaya setiap insan tidak sempurna..krn itu kt kne menerima mereka seadanya..stinggi mana pn rasa sayang kita kpd seseorang jgnlah sehingga melebihi rasa kasih dan cinta kt kpd Allah...dan sepanjang perjalanan hidup y telah melebihi suku  abad ini..Wardah akui adakala Wardah tersilap membuat percaturan..dan byk slh silap yang telah Wardah lakukan..hari demi hari Wardah belajar mendidik hati untuk sentiasa bersabar dan menerima seadanya..





dan mmg hakikat bilamana sesuatu hubungan itu melibatkan terlalu banyak emosi maka kemanisan ukhwah itu akan hilang..tp bg Wardah kemanisan ukhwah itu adalah berbeza-beza bergantung pada penialaian seseorang itu..tidaklah bermakna kerapnya pada pertemuan barulah kemanisan itu di rasa..makin jauh makin hilang...itu bukanlah tahap ukuran nilai ukhwah yang sebenar..





bagi Wardah menjarak bukanlah maksud melupakan..sehingga nikmat ukhwah itu kian hilang..semuanya harus berbalik semula kpd niat kita..atas dasar apa kita membina ukhwah sebenarnya..seorang sahabat y baik itu tidak semestinya sentiasa di sisi...memberi sokongan dan pujian semata..tp sahabat yang baik itu bilamana dia sentiasa mengirimkan doa pd sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabat tersebut..seseorang yang sanggup memberi teguran dan kritikan atas dasar kasih sayang...bg Wardah itulah yang sebenar2nya yang dinamakan sahabat...




antara kt2 y sgt terkesan di hati Wardah adalah adapatasi dari kata2 Saidina Umar...

"orang yang sentiasa memujiku adalah musuhku...dan orang yang mengeji aku adalah sahabatku..krn orang yang memujiku akan membuatkan aku sentiasa lalai sedangkan orang yang mengeji aku itulah yang membuatkan aku sedar akan kelemahan ku dan sentiasa berusaha membaiki diri.."


tapi sahabat seperti inilah yang susah kita nak cari sebenarnya,kn..sebab apa??..sebab kita sentiasa disempitkan dgn kata2 seperti:

"sahabat yang baik itu adalah sahabat yang sentiasa di sisi kita...di saat kita memerlukan dia sentiasa hadir untuk kita..tidak  kira di kala suka..duka..gembira...kecewa..krn shbt yang baik itu adalah sahabat yang bersama2 dengan kita di saat susah atau senang..."

krn itu ramai yang merasakan bilamana sahabat itu makin jauh..rasa kemanisan ukhwah itu makin kurang...tp kdg2 kt jarang hendak memahami siapa sahabat kita itu sebenarnya..krn manusia ini ada pelbagai ragam..ada shbt yang jenis suka untuk berterus terang...de shbt yang suka memendam..ada sahabat yang suka berkias..jd sejauh mana sebenarnya kt cuba menerima shbt kt itu seadanya??....adalah krn krgnya pd pertemuan maka dia bukan lg sahabat yang baik..adakah krn krgnya perhatian..dia bukan sahabat yang baik..krn itu sbg shbt kt jangan sesekali membuat andaian yang bukan2 pd sahabat kita krn itu mungkin akan lebih melukakan hatinya...krn sebaik manapun hubungan kita dengan seseorang belum tentu kita mampu membaca isi hatinya secara tepat....bkn mudah untuk memahami shbt krn kt sendiri pn susah untuk memahami diri kt sendiri..





sbg kesimpulannya...walaupun sahabat itu menjarakkan diri dr kt..hatta sehingga memutuskan tali persahabatan...tp sbg seorang shbt y baik..kt perlu ttp menganggap dia sebagai shbt dan ttplah berlapang dada..kembali pd niat asal kt berukhwah..kt bkn bersahabat krn atas dasar peribadi individu itu semata tp kt bersahabat krn Allah..hatta sehingga nyawa diaambil..persahabatan y pernah terjalin tidak akan terungkai krn stiap tali persahabatan itu diikat..pastikan ianya diikat mati....smoga persahbatan kita semua kekal fil jannah..insyaAllah...



Sunday, 15 September 2013

Pabila rindu bertamu...

tak tahu knape sejak akhir2 ini..byk betul persoalan ukhwah y dilontarkan pd diri nie..kdg2 Wardah terfikir adakah kputusan yang Wardah ambil sebelum ini adalah suatu keputusan y tepat..adakala dlm Wardah memberi nasihat pd kwn2 dan adik2..selalu Wardah persoalkan balik tindakan Wardah y dulu..betul ke apa y Wardah buat..Wardah tau ia adalah sesuatu tindakan drastik y krg betul..tp Wardah ttp truskan demi mengelakkan mudharat y lebih besar...baru2 nie de lontaran dari seorang adik mngenai bersahabat tp ingin memiliki..agak susah untuk memberi nasihat krn Wardah sendiri pernah mengalami perasaan seperti tue..cemburu...terasa hati..pd isu2 y remeh dan tak sepatutnya..akhirnya membuatkan Wardah sedar..y Wardah seperti ingin memiliki dia..hakikatnya Wardah sering menasihati orang lain..setia org de hak dan pendirian msg2..dn kt xkn mampu tuk mngawal seseorang tu mengikut cre kt..ble Wardah sering t'ngat2 kt2 Wardah pd org lain..lalu Wardah sedar akhirnya..kt2 tue menguji diri Wardah sendiri..dan mmg Wardah akui sgt ssh untuk kt berlapang dada..sgt ssh tuk menerima seseorang itu seadanya..dan paling ssh bilamana smakin kt rapat dgn seseorang smakin rasa untuk memiliki itu tinggi..dan Wardah sedar itu slh..dan Wardah sedar ikatan ukhwah itu kian rosak..Wardah sering bermuhasabah diri..merenung kembali kenangan demi kenangan hingga akhirnya Wardah x mampu bertahan lagi...Wardah istikarah..wat solat hajat..ssungguhnya ketenangan itu hanya akan hadir bila kita luahkan sglnya pd Yang Maha Mendengar..dan akhirnya Wardah sedar...selama ini Wardah lupa..Wardah leka..krn kasihnya Wardah pd manusia..hingga Wardah lupa pd Yang Maha Pengasih..berat tuk Wardah ambil keputusan...tp akhirnya terlafaz jua..biar tanpa satu penjelasan..Wardah tau berat tuk dia menerima..bkn niat Wardah utk meleraikan satu ikatan ukhwah y kian lama terbina dan tersimpul erat tp krn ia dah tersasar dr sepatutnya maka Wardah memilih utk mngundur diri..tp ntah knape permulaan semester nie...tersangat byk isu ukhwah y dilontarkan sehingga Wardah sentiasa muhasabah diri balik..walaupun Wardah sedar mmg ssh tuk Wardah lupakan semua y terjadi dan berlagak seperti biasa tp Wardah mohon pd Allah agar suatu masa nanti  akan terlerai jua sgl kekusutan ini..apa y mampu Wardah lakukan skang hanya memerhati dia dr jauh dan mendoakan agar Sebaik2 Pemelihara memudahkan sgl urusannya..semoga dia sentiasa bergembira dan bahagia bersama insan2 di sekelilingnya hingga tidak lagi memikirkan diri ini..sungguh pabila rindu itu bertamu hanya kepadaNya diri kembalikan rasa rindu dan cekalkan hati untuk terus kuat..smoga inilah y terbaik sehingga hati benar2 bersedia tuk redha atas sglnya..krn hati ini masih belum kuat tuk hadapi sglnya..benarlah berkata2 itu lbh mudah dr melaksanakannya...tp masa y berlalu akan meluputkan sglnya..buat dirimu shbt..maaf di atas sgl keterlanjuran diri nie..bkn niat utk memutuskan..cme mencari ruang agar kembali kuat..rindu itu sentiasa ada..tp biarlah terpendam di hati sje..meskipun hatimu kini terluka diri ini xmampu lg menjadi penawarnya..semoga dirimu sentiasa dlm rahmat Ilahi..insyaAllah...

Monday, 8 July 2013

Bicara Kata

Astaghfirullahal'azim...beristighfar..teruskan beristighfar dlm hati..menyedari..menginsafi kelemahan diri..dosa2 y kian menggungung..astaghfirullahal'azim...di saat org2 Islam bekorban nyawa di Syria dan Mesir..di saat org2 Islam menghitung kedatangan Ramadhan..hati ini masih dipalit dgn masalah hati...astaghfirullahal'azim..hati kuat melawan amarah namun bicara lidah terlalu keras..adakah benar hati telah redha andai kata2 y lahir cukup keras dan melukakan...astaghfirullahal'azim...diri lemah dlm melawan nafsu..lalu terluka lah sekeping hati y tak berdosa..lantaran bicara y menikam jiwa..mungkin dendam yang terpendam menjadi punca..astaghfirullahal'azim..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padahnya..biar maaf mampu dilafaz tp adakah mampu mnyembuhkan hati y terluka???..astaghfirullahal'azim..ku fikirkan diri ni kuat dan mampu..ku fikirkan hati ini telah redha dan pasrah..ku fikirkan dada ini telah dilapangkan..Ya Allah Tuhan yang memiliki hati ini...sungguh aku lemah tanpaMu..sgguh aku terlalu byk dosanya..tak terhitung titik2 hitam di hatiku..andai Kau terus biarkan aku sendiri..bagaimanakah nasib ku nanti..peliharalah aku dari terus melukai dan berbuat dosa...sungguh hati ini ckup menyayangi tp aku tahu hanya Kau lah y mampu menjaga dan memelihara dia dgn sebaiknya...ampunkanlah aku di atas sgl khilafku dlm mnjga hbgn dgn hambaMu..kuatkan lah hatiku agar sentiasa mendambakan cinta Mu Ya Allah..amin....

Thursday, 4 July 2013

Ucapan Dr Morsi - Presiden Mesir

Kemelut yang melanda Mesir kian meruncing..sebak mendengar ucapan Dr. Morsi...sme2 kita baca dan hadam..

Ucapan dr.Mursi :

Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama
harapan rakyat,Keberadaaanku adalah
kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan
agama,

Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis
tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,

Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun
perbuatan, itulah islam bagiku,Kaffah
menyeluruh,

Kita bukan islam biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya
berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,

Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak
milik orang-orang besar,

Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi
jalan,semakin ramai yang
menganggur,jenayah dan maksiat,
berpeleseran seperti syaitan,

Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai
tingkah laku kita,

Ingat hari kiamat akan muncul, dan
semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas
kelewatanku,Untuk mengurus negeri ini,

Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku
pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu
membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri
ini,

Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini
bersama,

Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah
yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah
meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah,
kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku.

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula
wa la quwwata illa billah!

Put yourself in others shoes

Assalamulaikum...alhamdulillah masih diberi ruang ddan peluang untuk menulis lg..mungkin hanya tulisan ringkas sekadar luahan rasa dan lontaran idea dari pemikiran y cukup cetek dan pandangan peribadi semata-mata.. dalam kehidupan seharian kita sering merancang dan buat perancangan yang terbaik untuk mencapai sesuatu..stiap org sebenanrnya de misi dan visi yang die ingin capai...walaupun tidak ddalam bentuk yang terlalu serius..hatta hanya untuk program2 y kecil je pn mesti de misi..kadang2 kita meletakkan setinggi pengharapan agar segalanya berjalan dengan baik walaupun pada hakikatnya segalanya ditentukan Allah..yang penting kita telah berusaha dengan sebaiknya..kecewa..sedih dan terluka apabila sesuatu y dihajatkan tidak menjadi seperti yang diharapkan..kadang2 kita sering menyalahkan sesuatu di atas kegagalan kita...sehingga membuatkan kita tertekan dan terus terluka..mmg ssh untuk menerima keputusan seseorang yang bertentangan dengan keinginan kita...lagi2 apabila ia mengganggu perjalanan perancangan kehidupan kita..adakah mudah untuk kita mengatakan tidak??...awak sepatutnya begini..begini dan begini...siapa kita sebenarnya dalam hendak mngubah kehidupan org lain???..walaupun keputusan seseorang itu memberi impak kepada kehidupan kita namun kita masih takde hak untuk meminta dia mngikut rentak kita..lebih mudah sebenarnya kita yang meengikut kehendak org..krn kunci gembira itu ada dalam hati kita..walaupun mmg ssh sebenarnya untuk memaksa diri menerima sesuatu yang bertentangan dengan keputusan kita..tapi teruslah tersenyum..dan pujuklah hati krn stiap sesuatu pasti de hikmahnya..jgn bebankan perasaan kita kpd perkara2 y remeh hingga buatkan kt jd lemah dan terduduk...yakinlah yang sebenarnya hidup ini cukup singkat untuk terus ditangisi..carilah kebahagiaan dlm diri...jgn terlalu bergantung pada manusa..krn manusia itu terlalu byk karenahnya hingga akan sering buat kita penat dan kecewa..kunci bahagia ada dalam hati..teruslah sebarkan senyuman..instead putting others into our shoes, it is easier if we try to put ourself into their shoes...anda yang mengawal dirinya...TAKBIR!!!

Saturday, 8 June 2013

Selamat Tinggal...

Selamat tinggal kehidupan lalu ku...selamat tinggal kenangan silamku..selamat tinggal memori lalu ku..bkn mudah tuk diucapkan selamat tinggal..bukan mudah untuk Wardah melupakan sglnya..ada kalanya Wardah rasa dii Wardah terlalu kejam untuk semua..tp Wardah bekukan hati..tegarkan rasa..moga jalan ini..biarpun perit..dapat ditempuhi jua..skali skala knangan menyapa terasa sayu di jiwa...tp untuk hadapi semua ini Wardah tahu Wardah perlu kuatkan semangat..Wardah tahu Wardah masih ada Allah di sisi Wardah..tmpat Wardah melahirkan rasa kisah suka duka kehidupan ini...mmg salah kerna Wardah yang memilih untuk mengasingkan diri..mmg salah bila Wardah bertekad meninggalkan semua...Wardah tahu asti ada yang terluka..kali ini Wardah tahu Wardah dh menjadi org yang pentingkan diri..dari memikirkan urusan org...dr memikirkan perasaan org..Wardah lebih memelihara perasaan sendiri..Wardah tidak banyak lagi bertanya..Wardah tidak lagi banyak berfikir..I juz go along my journey to where my destiny is..bkn Wardah tak sayangkan mereka..tp kerana terlalu sayang, Wardah bimbang akan bertukar benci..Wardah sentiasa mendoakan mereka...Wardah bisik dalam hati utk sentiasa bersabar dan redha atas segala ketentuan.Wardah cuba untuk tidak lagi banyak mengadu..Wardah cuba untuk telan segalanya..sampai satu saat dan masa y sesuai..Wardah sedar y mereka akan berlalu juga..dan sekarang Wardah sedang berusaha untuk meninggalkan semuanya..maaf di atas sglnya walaupun Wardah sedar mungkin ungkaapan maaf itu tidak lagi bermakna............

Thursday, 16 May 2013

Kita hanya manusia

Assalamualaikum...kadang2 kita nie x sepanjang masa kuat ..ada masa dan ketikanya kt perlukan teman untuk meluahkan..walaupn kt yakin Allah itu sentiasa ada untuk kita tp fitrah manusia perlukan perhatian dan sokongan insan di sekelilingnya...tp setinggi mana pun kt harapkan manusia...Allah tetap menjadi tempat penggantungan yang terbaik..Wardah sentiasa yakin Allah itu Maha Adil..di sini Wardah byk belajar dan berusaha sendiri..Walaupun Wardah tahu ada je y sudi berkongsi tp realiti ianya xkan sama seperti dulu...sbb tue Wardah sentiasa pesan pada diri..kne sentiasa kuat..tp de masanya Wardah tewas..tapi itu sume lumrah dlm kehidupan..mgkin kdg2 kt selalu berharap akan ada org yang boleh faham kita..tp mgkin Allah masih belum hadirkan lagi org itu ataupun Allah xnk Wardah bergantung pd manusia..tp kne sentiasa mengadu pd Allah..jd sebab tue Wardah tak salahkan org2 sekeliling Wardah...sbb Wardah percaya sesuatu kptusan yang diambil tue walaupun dlm keadaan terpaksa tp kt y buat pilihan..jadi stiap risiko dlm tindakan y diambil kne slhkn diri sendiri kalo perkara tue tak berjalan seperti yang dirancang..sebab tue buat apa2 jgn letakkan harapan y tinggi..kne ingat y kt merancang Allah pn merancang..dan sebaik2 perancangan adalah Allah s.w.t. ..walaupun ada ktikanya ttp lahir rse kecewa tp kne cepat2 istighfar dan redha..kne sentiasa motivate diri  sendiri..kdg2 bila kita terlalu sayangkan seseorg pn bnd y kecik pn leh jd besar..kne selalu amik masa muhasabah diri balik...kne sentiasa ngat walau sbyk mne pn syg kt pd manusia..Allah ttp mnjadi tmpt y plg tinggi..walaupun kdg2 ssh nk buang perasaan terlalu sayang tue..tp kne cbe..ngat pd Allah..hati akan jd lebih tenang..kdg2 bile slalu teringat org y disayangi nie pn belum tntu leh menenangkan..berkasih sayang lah sekadarnya..kt takkan mampu menjaga org sekeliling kita melainkan Allah sebaik2 pemelihara..serahkan dia kpd Allah..moga Allah sentiasa permudahkan urusan dia...jalani lah kehidupan dgn seadanya..bahagiakanlah diri sendiri..jgn sentiasa memikirkan rasa kecewa dan sedih..stiap ujian y Allah timpakan pasti de ganjarannya sekiranya kita redha...inilah lumrah kehidupan..yang penting jgn selalu meletakkan emosi di depan dan berfikirlah secara rasional..pesanan untuk diri sendiri jugak...

Saturday, 11 May 2013

Monolog Diri

Die sakit..die terluka..die kecewa..die cuba untuk tak mengeluh..
Die sihat..die tersenyum..die gembira..die tetap bersyukur..
Stiap apa yang dia buat sentiasa berperang dengan emosi dan fikiran...
Tapi hidup dia..ttp die teruskan..
Selagi masih bernafas..
pahit maung suka duka kehidupan yang die lalui..
adakala die luahkan..
lebih banyak die pendamkan..
die diam dari membicarakan..
bimbang kata2 mnjadi duri berbisa...
die cuba jalani kehidupannya..
walaupun ada masa jiwanya memberontak..
mungkin krn die krg bersyukur...
sedangkan die tahu hanya Allah Maha Mengetahui..
setiap sesuatu yang ditakdirkan pasti bersebab...
ada masa die mengadu dan merintih pada Tuhan..
bkn krn mengeluh tentang kehidupan
tp sedar betapa lemahnya insan
die berbicara sendiri
bermuhasabah diri...

Tapi pelik dengan manusia di sekelilingnya
die cuba untuk tidak menyakiti
die cuba untuk tak meletakkan harapan tinggi
tapi ats dasar persepsi sndiri
die pula yang dikenakan hukuman
kenyataan y tak pernah menjadi luahan
tibe2 menjadi satu tuduhan
perkara yang tak pernah terlintas di fikiran
menjadi bicara y menyakitkan..

Kdg2 die keliru
tanpa bicara pn org ttp berbicara
perlukah maaf dihulurkan
sedangkan maaf itu tiada dalam kamusnya..

Die tenggelam dlm emosi dan perasaan sendiri
cuba menyelami situasi
mencari2 kesilapan diri
sedangkan mereka semua telah berjauh hati..

Merungkai sesuatu y telah berlaku
dengan kata2 dan penjelasan itu
ibarat menegakkan benang y basah
byk usaha tp hasilnya sia-sia..

Die terus melangkah tanpa kata
tidak ingin terus menoleh
rasanya kian hambar dan tawar
biarkan mereka terus terpinga...

Dia jatuh dan bangkit sendiri
Demi keyakinannya kpd Rabbi
manusia diletakkan ke tepi
biar hatinya terluka dan kecewa
die yakin hanya Allah tidak akan biarkan die sendiri..

Allah Maha Mengetahui...tiap2 hati hanya Allah yang pegang..terpulang kpd mereka untuk membuat keputusan..die tahu die ttp ada Allah meski tiada lagi insan di sisi...bertabah lah duhai hati...

Wednesday, 1 May 2013

Mimpi yang Indah

Alhamdulillah..bgun pagi dengan hati yang berbunga ceria..xtahulah kenapa..tp mimpi itu terasa ckup indah..walaupun sekaar mimpi ia seperti benar2 terjadi..mungkin dalam Wardah tak sedar jauh di sudut hati Warrdah, Wardah sedang merindui seseorang...Wardah pun xtahu keenapa Wardah harus bermimpikan si "dia"...bertahun tak bertemu mgkin ada sedikit keinginan di hati untuk bertemu..mungkin hanya permainan tidur..tp dalam mimpi tue Wardah terlalu ingin sangat nak berjumpa dengan dia..sempat berdoa lagi pd Allah "cukuplah sekali dpt jumpa die.."ketika tue hujan renyai2...dan alhamdulillah tak lama pas berdoa tue Allah terus temukan Wardah dgn dia..rasa bersyukur sangat..sangat terasa betapa mustajabnya berdoa ketika hujan turun...tp dalam mimpi tue macam tak logik je sbb Wardah panggil nama dia..waktu tue nak sangat tahu y dia adalah org y Wardah cari walaupun dari susuk badan dah nampak berisi sedikit..dan alhamdulillah saat die berpaling dan tersenyum hati terasa sangat berbunga2...mungkin rindu di hati dah terlerai...biar tanpa kata2, cukup dengan senyuman meleraikan sglnya.......tp itulah kuasa Allah..rupanya sekadar mimpi..biarlah sekadar mimpi..walaupun x betul...lg2 mimpi lepas subuh..mmg xleh cayala kan...tp ttp bersyukur bertemu dlm mimpi..duhai sahabat..teruslah melangkah walau di mana jua dirimu berada..maaf andai sedikit rindu ku ini ada mengganggu dirimu..tp diri ini kan sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaanmu..semoga de rezeki kita bertemu insyaAllah...semoga Allah sentiasa merahmati dirimu..amin...

Sunday, 28 April 2013

ble perang PRU bermula..

alhamdulillah...alhamdulillah...bersyukur sgt pd Allah..masih ditemukan dgn PRU13..mgkin ramai y pelik bce status nie...jgn slh fhm yer..bkn sy nk tunjukkan y sy seorang akttivis politik...tp bg sy politik adalah sebahagian dr Islam...jd bila bercerita ttg politik pn sy anggap ia sbg satu ibadh..mengimbas knangan dulu..waktu mula2 terlibat dgn grak kerja PRU nie..waktu tue thn 2008 PRU12..masih status pelajar..tp atas kesedaran kepentingan politik..melibatkan diri tuk membantu gerak kerja parti walaupun masih belum layak mengundi..waktu tue first time la terlibat secara langsung dan melihat situasi sebenar pilihan raya...walaupun di negeri org tp ttp mnyumbang enaga dan memberi sokongan..alhamdulillah hari ini Allah masih panjangkan umur...kalau dulu juz buat grak kje di blik gerakan..tak bertemu pun dgn org atas alasan keselamatan sbg student..hari ini Allah bg keyakinan dan kekuatan..walaupun masih bergelar student..semangat sebagai pengundi baru mendorong diri tuk sme2 memberi penerangan kpd masyarakat..walaupun adda kala dihina...walaupun dlm cuaca panas dan berjalan agak jauh..tp tue sume tak mematahkan semangat..lebih2 lagi bila tgk makcik2 terutama y dh tergolong sbg warga emas..tetap bersungguh2 dlm nak beri penerangan..sanggup byk tangga flat tingi2 semata2 tuk bertemu pengundi..jd saya sebagai orang muda lagi2 la rse terpanggil tuk membantu..alhamdulillah musim berkempen nie jatuh lak pd cuti mid sem jdd dpt la luang lbh byk waktu tuk berkempen..adakala bertembung dgn parti lawan...tp xde pn rse bnci di hati saya melainkan rse kasihan melihat mereka y masih lg nk pertahankan parti "corrupt" seperti itu..maafla andai kata2 sy agak kasar..tp sy x sslhkan mereka..mgkin mereka masih jahil atau mmbutakan hati dlm mendengar kebenaran..tp dlm masa y sama sy tidaklah mengatakan parti y sy sokong adalah perfect..sy tahu dua parti utama y bertanding tue de kekuatan dan kelemahan masing2..tp sy memilih tuk mnyokong parti y bg sy krg klmahannya...biarlh kami difitnah dgn video2 lucah...slagimana sy melihat pemimpin tertinggi nya memperjuangkan dasar2 Islam..sy akan terus mnyokong...sy pn slalu berdoa agar Allah mnunjukkn kebenaran kpd saya dan menetapkan langkah perjuangan saya di landasan y benar..semoga kali i ni Allah mmeberi kemengangan kpd Islam...INI KALILAH!!!...TUKAR!!!TAKBIR!!!

Thursday, 4 April 2013

Bertabah lah duhai hati...

Assalamualaikum buat Wardah tersayang...
sungguh banyak y tersimpan dan terpendam...
moga ia nya x menjadi dendam..
saat ini mungkin jiwa Wardah lemah dan rapuh..
mudah terluka dan kecewa..
byk dugaan yang datang dan tak terduga..
Wardah cuba kuat tp Wardah tak sedar ia semakin melukai jiwa Wardah...

Bersabarlah duhai Wardah..
ujian yang mendatang pasti byk hikmahnya
tiap dugaan sesuai dgn kesanggupan Wardah
walaupun hati Wardah menolak
walaupun adakala jiwa Wardah memberontak
tp jgn lah terus bersedih dan berduka
sabar itu tinggi harganya
redha itu cukup indah sayang..

Wardah..bkn kah Syauqah pernah berpesan
jgn diikutkan hati
jgn diturutkan rasa
diamlah dari berkata-kata
andai semua itu hanya melukakan..

Wardah..
hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan
carilah kebahagiaan
berilah kemaafan...

Wardah..
jgn pernah rasa keseorangan
biar tiada insan menemani
ingatlah Allah sentiasa ada..

Wardah..
jgn meletak hrpn pd insan
andai tiada insan y sudi
dirimu jua akan kecewa..

Wardah..
mengadulah pd Allah
hanya Dia sentiasa ada
hanya Dia x pernah lupa
hanya Dia yang sentiasa mendengar..

Wardah..
andai diri xmampu lg berdiri
Syauqah ada utk menguatkan
Syauqah ada utk menghiburkan
Syauqah jua mengerti apa y dirasakan..

Wardah..
jgnlah terus bersedih...
bangkitlah dari kemurungan..
ayuh kita mulakan langkah bersama
menuju hari yang lebih cerah...

Wednesday, 3 April 2013

Life is not for demanding..

Assalamualaikum...rindu plak nak meluah kt cni..dh lme tak buat luahan perasaan..huhuhu..
Camne skang yer...hmm...still in adaptation process..tp pe2 pun kat cni Wardah banyak belajar jugak..byk belajar utk berdikari..byk survive la kot..huhuh..cbe sedaya upaya tak menyusahkan org.."mkn buah langsat" perkara biasa..kt cni selalu jer teringat pesanan ayah.."nak wat apa2 prncangan jgn bergantung sgt pd orang...cuba usaha dulu.."..dl ssh gak nk ikut..sbb tau shbt sentiasa ada di mana2..jd tak pernah takut..last minute decision dah jd perkara biasa..haahhaha..tp bile dh duduk cni..mula sedar pesanan ayah tue betul jugak..dkt cni mmg shbt de di mana2 tp x semua shbt ada masa utk kita..so pe2 pn kne try sendiri la..bnd y tak pernah buat pun kne biasa buat..kalo bergantung sgt kt org pun xleh jgk..nnt lme2 kt jgk y makin kecewa..pd awalnya ssh jugak nk jadikan satu kebiasaan..tp lme2 mgkin ok kot..i hope so..dn Wardah sedar..hidup nie kt xleh nk demand lebih..mmglah byk kne berkorban..terutama bab hati dan perasaan..lg lah susah rasanya nak berkorban..rse kecik hati tue dh biasa sangat dah..tp kne kawal2..mmg ssh mula2...asyik rasa nak nangis jer..tp tau kne betulkan balik niat mula2 knape berada di sini..dh expect cbrnnya tp memilih utk teruskan..so risiko kne amik la..x kire la soal hati dan perasaan selalu bertingkah dgn rasional akal dan fikiran..berada di sini utk menguatkan bkn dikuatkn...so dlmn mmg kne kuat ckit la..kdg2 mmg susah nak luahkan...msg2 de mslh sendiri..jd cre terbaik adalah melarikan mslh sendiri dgn mendengar mslh org..skang pn tgh cuba mencari kekuatan untuk merasionalkan emosi dan perasaan..mgkin faktor usia y semakin tua mempengaruhi emosi y kian sensitif..teringat ari tue perbincangan isu nie ngan housemate...itu lumrah..sme org merasai..yang penting kne bijak kawal emosi..insyaAllah setahun setengah bkn lama....<----ayt motivate diri sendiri....3 bulan lagi semester nie akan berakhir..bersabarlah dan terus melangkah..sekali sekala terduduk sendiri perkara biasa..pe y kt rancang tak semestinya kt slalu dapat..jd jgn letakkan harapan..stiap prncgn ada risikonya..once u decide to do it, u should accept the risk rather than to blame others..so, don't demand..juz sacrifice as long as u can bear it..Allah is always by ur side...La Tahzan my dear....u'll be loved :)

Friday, 22 March 2013

Adaptation process

Adaptation process need much more time..sometimes it based to the others influence..not only the environment itself but the people around us..Especially when we are used with "ukhwah" environment..it's not as simply what others say and not really hard..it is all depend on how the people accept it..their perception..their expectation..it is all about what are we thinking it is..so it might be right or wrong..however we always think to something that is acceptable one rather than to hurt someone even it is not our true intention..I realized that everybody had faced this kind of problem..maybe some of us just go through and see what happen and maybe some others did not care and just leave..the choice is in our hand..but sometimes we will think is it the right decision???...then we will confused again...between to satisfy ourself or others...same goes to me and it is not simply as it is..so, rather than to spill it out which might somebody..better just keep it in even it hurt myself..I always hope that nobody will ask me "are u ok to be here???"....until someone ask me and I don't know what the right answer to give her..should i be frank or just tell the lie to satisfy people..and I admit all the feelings that I have now is all regarding to the adaptation process..even I had already prepared to control all those things but sometimes it slipped away..at that time I'm feel lost..rather to depend to others..I need to survive..with all the different environment..from my study life..classmate..my personal life..there all changes..it is not easy to adapt so quickly but I need to tell myself I'll be ok and must be ok..sometimes it is hard but how matter it is, I need to accept it..this is one of the adaptation process..I don't want to compare it with my previous life whether it is good or become worst..so, for this being time I don't know how to comment about my new life..let's the time tell..sooner everything will be ok..but from now I hope I'll not give any real commitment and be attach to this place....

Wednesday, 20 February 2013

apa-apa aja

Assalamualaikum...dkt sbulan lebih dh tak menjengah blog nie..bkn xde pe y nk tulis..tp kdg2 masa and mood tue xde..mlm nie tbe2 rse nak menulis..kebelakangan nie..byk sgt perkara yang berlaku dalam kehidupan Wardah..de gembira..de sedih..de y mengejutkan..kdg2 sedikit sebanyak agak mempengaruhi emosi jugak...kdg2 lbh banyak diam dan mendengar..sampai de ketika mmg kehilangan kata2...tp kdg2 kne kawal jgk..ramai y dah knal peribadi Wardah..so xleh la nk berubah sgt...nnt nmpk ketara sangat..so sedaya upaya cuba jgk wujudkn suasana biasa...

So far alhamdulillah skang nie Wardah dah bergelar student master walaupun msh blum stat kuliah lg..tak tahula pe cbrn mendatang..nk kt happy..xla sgt..tp xdela sampai tak bersyukur..sampai skang pun Wardah berfikir2 betul ke keputusan Wardah nie..byk jgk la berperang dgn perasaan sendiri..dgn pengaruh anasir2 luar lg..ada ketikanya rasa hampir nak berputus asa..tp just yakin je dgn bantuan Allah and follow the flow..slmt jgkla mendftr 9hb feb bru nie..walaupun de la beberapa mslh timbul..but still need to survive..Wardah fhm keadaan skang dh xsme mcm dl..Wardah xkn jmpe org y sme lg..y sentiasa de di sisi Wardah..menemani Wardah..Wardah tahu Wardah dh kne start survive sendiri..xleh nk brgantng kt org dh..and I'm adult..byk kne cover emosi walaupun agk sedih jgk sbnrnya..xtaula camne nnt..

Alhamdulillah..bru2 nie pun result ijazah dh kuar..de y gembira..de y berduka..tp xtaula npe..rse agk berkecil hati jgk ckit dgn seseorg..iyelah mgkin pe y kt rse penting bg org lain x penting..pe y org lain rse pntg kt plak rse tak penting..cme agk terkilan la jgk ckit..kdg2 de org luar y lbh menghargai dr org y kt syg..kdg2 slalu jgk terfikir knape perlu ada rahsia..dh lme dh sbnrnya rse gni..besenya mesti tau dr org lain dl..so ble tuan punye bdn dh gtau pn dh xde perasaan la jgk..tp tau..tue hak die..so xleh nk pksa..stiap org berbeza..

Alhamdulillah jgk shbt plg rapat bertunang baru nie..rse happy jgk utk die..walaupun agak terkejut tp alhamdulillah kalau dh sampai jodohnya..tp agak terkilan jugak xdpt hadir bersama meraikan walimahnya..tp insyaAllah ttp berdoa kebahagiaan dia...cme kdg2 terdetik jgk..adkh Wardah akan khlgn tmpt meluahkan perasaan???..hehheeh...tp xpela..kian meningkat usia perubahan hidup tue biasalah berlaku..y penting Wardah kne redha..

InsyaAllah dlm sebulan and beberapa hari lg satu2nya kakak Wardah akan melangsungkan perkahwinan jgk..insyaAllah bertambahla lg ahli keluarga baru..tp y lbh menggembirakan insyaAllah abang Wardah bakal menjadi bapa dlm bulan 8 nnt..makin berkembangla keluarga Wardah..alhamdulillah..

Begitulah sedikit sebanyak perkara y berlaku dlm khidupan Wardah skang nie..skang nie Wardah jd byk berfikir ckit ttg masa depan..cme beberapa hari nie Wardah slalu down2 je..rse sedih..terkilan..dgn sikap org y Wardah xleh nk time..tp Wardah lg sedih dgn diri Wardah sbb xleh nk time pe y org buat kt Wardah..xleh nk berlapang dada..rse terkilan, sedih n kecik hati bercampur..sdgkn ia melibatkan insan tersayang..Wardah tau Wardah y bersalah sbb berperasaan mcm nie sdgkn dieorg tak sedar pn pe y dieorg buat..cme Wardah xleh nk paksa hati Wardah..cme Wardah minta pd Allah..kuatkn hati Wardah..jdkn Wardah insan yang pemaaf..buang sgl perasaan y tidak baik dlm diri Wardah..kdg2 Wardah slalu menangis dan minta maaf pd dieorg walaupun tak pernah terucap..Wardah tak ske perasaan mcm nie..cme Wardah harap mereka tak terluka dgn Wardah dan dpt maafkn Wardah..sungguh Wardah insan biasa yang tak mampu nak mngawal hati sendiri..pd Allah jualah tmpt Wardah mengadu..remain silence is be the best way for me...

Sunday, 6 January 2013

My Befday!!! :)

Alhamdulillah..bersyukur kpd Allah s.w.t masih diberi kesempatan dan nafas untuk meneruskan hidup di dunia ini..sedar x sedar dah suku abad dh Wardah hidup di dunia ini...bersyukur tidak terhingga..setinggi ucapan terima kasih buat kedua-dua mak and ayah yang banyak berkorban mendidik dan membesarkan Wardah hingga hari ini...

Dah banyak pengalaman pahit manis dalam menruskan kehidupaan sehingga hari ini...biarpun byk duka terluka dan kecewa tp byk jgk nikmat yang telah diberikan..alhamdulillah..y penting adalah fokus untuk masa depan yang lebih mencabar...

Alhamdulillah ramai jugak shbt2, adik2, students yang mendoakan Wardah..terima kasih buat semua..alhamdulillah jugak ramai yang mendoakan semoga diberi jodoh y baik dr bertanya bila nak kawen..Wardah dh lali dh dengan soalan macam tue..dalam keadaan adik Wardah pn dh ada perancangan untuk ke arah itu dan buat Wardah sendiri dh lali dh dgn soalan2 tue..sbb Wardah pn ske te soalan y sama..so fair..takde la terasa hati sangat..untuk masa skang nie Wardah xde perancangan lagi juz serah pada takdir jer..mmg target thn nie la plg awal kalo nk kawen pn..hehehe...tp terserah pada takdir la..ada jodoh kawen..xde takpe la..mana la tau jodoh dgn maut lbh awl..

So skang nie..ble dh masuk usia nie...Wardah dah prepare bbrapa jwpn utk soalan cepu mas tue...heheheh...antaranya :
  • insyaAllah..doakan segalanya dipermudahkan.....
  • tanya2 nie nak sponsor ke?????..hehehhe..kalo nk sponsor skang pn leh kawen
  • insyaAllah tgh tggu org dtg meminang la nie..
  • ada nk rekemen sape2 ke??heheheh...
  • tggu la dpt kad nnt..huhuhuhu...

    ok x jwpn2 2..hehehehe..nk bg jwpn sme mcm x best plak..so Wardah dh pk kn jwpn2 nie..heheheh..kla, bosan lak cte psl kawen je nie...y pntg Wardah kne ingat y Wardah bukan remaja lagi skang..so kne byk jge emosi..kne lbih matang insyaAllah..smoga Wardah diberi kekuatan utk meneruskn kehidupn di masa akan datang...aminn...

Tuesday, 1 January 2013

Selamat TaHUN bARU mASIHI 2013..

Assalamualaikum..alhamdulillah masih diberi kesempatan hidup menyambut awal tahun 2013..menghitung beberapa hari lagi untuk pertambahan usia..benda y tak bez tiap kali masuk tahun baru nie ble ditanya mengenai azam tahun baru..well, i have no idea..Wardah tak pernah pn hidup dgn meletakkan apa2 azam y perlu dicapai dalam tahun tue..tak kisah lah org nak Wardah nie tak de matlamat ke pe..tp Wardah selesa hidup macam nie..menunggu apa yang akan datang esok..cuba y terbaik untuk melalui hari ini..adakala buat jgk sedikit perancangan untuk masa depan..tapi itu semua untuk simpanan peribadi bkn untuk dikongsi..y mne rse perlu dikongsi Wardah kongsi la..i hope juz to live in simple life even i know my life is quite complex but i know  i have Allah to give all the hopes..my dreams..so, i juz put my trust into Allah..i hope Allah will show the way how should i live..juz follow the flow make me more in peace..alhamdulillah Wardah bersyukur..masih diberi nikmat kurniaan yang besar..semoga Allah panjangkan lagi umur Wardah..amiin...