Wednesday, 9 May 2012

Memohon dan Merintih Keampunan dari Ya Afuww, Ya Ghaffur dan Ya Tawwab (part 1)


Assalamualaikum…alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis…dah lama rsenya tak bercerita ttg kehebatan asmaul husna..semenjak dah berpindah dan dh lme xjoin usrah Nisa Kuantan nie, krg la input...alhamdulillah baru2 nie terjumpa buku “Asmaul Husna Atas Namamu Aku Merintih” jd kali nie nak berkongsi sedikit kandungan buku nie..InsyaAllah kita dah menyentuh 6 nama Allah dl..kali nie Wardah nak kongsi doa2 y menggunakan Asmaul Husna..Bismillahirrahmanirrahim..
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya kasih sayangMu terlalu banyak terhadap kami. Tidak mampu kami hitung pemberianMu, yang tidak bertepi dan tidak pernah terhenti ini. Kami mengucapkan syukur setinggi-tingginya di atas segala pemberianMu Ya Wahhab Yang Maha Memberi. Ya Allah Ya Affuw, Ya Ghaffur, Ya Tawwab. Engkau Yang Maha Pemaaf, Pengampun dan Penerima Taubat. Kami seringkali melakukan kesalahan, kemungkaran kerana kejahilan dan keingkaran kami. Kami sering tertipu dengan helah syaitan yang sering menipu kami dan seringkali juga kami menurut hawa nafsu. Maafkan, ampunkan dan terimalah taubat kami Ya Allah Ya Affuw, Ya Ghaffur, Ya Tawwab. Sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hamba-hambaMu walaupun sebanyak buih di lautan. Ya Khalik Tuhan Yang Menciptakan kami, sesungguhnya kami berkumpul di sini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepadaMu. Ya Allah, kami sedar yang sesungguhnya kami dahulunya tiada dan Engkaulah yang menciptakan kami dengan penuh kesempurnaan dan mengajar kami sesuatu yang kami tidak ketahui. Engkau Ya Razzak memberikan kami segala jenis punca rezeki yang kami sendiri tidak mampumengadakannya untuk kami gunakan di dunia ini sebagai pengabdian kepadaMu dan menjalankan amanah khalifah di muka bumi ini…amin..”




p/s : sumber Asmaul Husna Atas NamaMu Aku Merintih karya Dr Wan Maseri...

No comments:

Post a Comment