Ku ingin menikahi si dia deng...an lafaz ALHAMDULILLAH..
Ku ingin menuturkan madah cinta kepada si dia dengan lafaz SUBHANALLAH..
Ku ingin hidup bersama-sama dengan si dia dengan lafaz ALLAHU AKBAR..
Kerana
Kuharap dengan lafaz BISMILLAH (DENGAN NAMA ALLAH), pertunangan berkekalan hingga saat perkahwinan.. Kerana sewajibnya diriku sebagai hambaNya menyebut asma'Nya diawal setiap tindakan..
Kuharap dengan lafaz ALHAMDULILLAH (SEGALA PUJI BAGI ALLAH), pernikahan sentiasa diberkati dan diredhaiNya setelah terjalinnya ikatan.. Kerana Dia telah mengurniakan cinta yang selama ini dinanti-nantikan oleh setiap insan..
Kuharap dengan lafaz SUBHANALLAH (MAHA SUCI ALLAH), madah cintaku terhadapnya sentiasa terhias kemanisan dan keindahan..Kerana setiap keindahan dan kecantikan adalah tanda kesempurnaanNya sebagai Tuhan Sekalian 'Alam..
Kuharap dengan lafaz ALLAHU AKBAR (ALLAH MAHA BESAR), diriku dan dirinya sentiasa bersama-sama dan mampu mengharungi perjalanan dunia dengan penuh cabaran dan ujian.. Kerana ku bergantung pada kekuasaan dan kebesaranNya disepanjang kehidupan..
Semoga si dia tetap terus mengecapi kebahagiaan dalam usaha diriku mencari keredhaan Tuhan...
No comments:
Post a Comment