Sunday, 18 March 2012

Perjalanan hidupku...

Assalamualaikum..dah lme xmenulis rsenya…ari nie tibe2 teringat kenangan perjalanan hidup selama nie..rse bersyukur y tidak terhingga..begitu hebat rahsia Allah…bila tersingkap satu demi satu barulah terasa betapa banyak hikmahnya..syukur yang tak terhingga..ingat lagi waktu zaman kanak-kanak..byk sgt waktu main-main..tak pernah pun terfikir ttg tanggungjawab…sejak 6thn..semangat skali nak masuk skolah…dpt jumpa kawan2 baru…first time belajar pakai tudung..pose penuh…seronok sgt…dah masuk skolah rendah mcm2 pengalaman dapat..terutama berkawan..gaduh2 mcm bdk2..lain..berangan nk tubuh kumpulan nasyid la..belajar kelas tambahan..waktu tue x pernah terfikir pun lg nak kejar masa depan..balajar pun ikut suka jer tp Alhamdulillah ttp berada dalam TOP 3..pengalaman plg best dpt no 1 waktu darjah dua..hehehe..xsangka…tp pastu kehidupan pun berubah..bila lulus ujian PTS..terus masuk darjah 5..tekanan demi tekanan mula hadir..terpaksa menyesuaikan diri dgn kwn2 y setahun lbh tua..peristiwa y menyebabkan anti pd lelaki..xpernah ckp dengan lelaki tanpa sebab..perasaan malas nk study mula muncul..darjah 6 mula jd pengawas..tp sgt low profile sbb cikgu y suruh jd pengawas..tp pngalaman waktu sekolah rendah mmg best sgt sbb de mcm2 jenis kuiz dan pertandingan..y pnting selalu dpt hadiah..hehehe..Alhamdulillah result UPSR dpt 5A…berangan nk g sekolah sains tp xde rezki..akhirnya tercampak ke sekolah y sgt “bermasalah”..tp xpela sebab ramai lg kwn2 y de…knangan y plg manis dpt 9A waktu first ujian tingkatan 1…skali tue jela dpt..pastu persaingan makin sengit dan diri jd makin malas..lme2 result pun makin jatuh..nk dpt Top 10 pun ssh..tp Alhamdulillah rezki y Allah bg dpt 8A 1B dlm PMR..result y dah dijangka sbb tak tahu kenapa x ske subjek sains walaupun time tue cita2 nk jd doktor..waktu nie minat lebih kpd bdg kira2 n agama..tp nak masuk sekolah agama dah terlewat plak..tp takdir Allah sekali lagi ditempatkan di bidang sains…Form 4 zaman keaktifan bermula..semuanya bermula selepas Kem Personaliti Diri anjuran Yayasan Telekom Malaysia..first time g negeri orang sendiri tanpa kawan…kem selama 10 hari mula merubah diri…kwn2 y dl bersama-sama mula membawa haluan masing2 dan diri ini mula mencari teman y baru..Zaman nie bermula zaman keaktifan yang sgt melampau la..turning point 180 darjah kot..jd pengawas la…pengerusi kelab pendidikan Islam..Penghuluwati Puteri Islam..Ajk Catur..semua jenis kem nk pergi..semua pertandingan bahasa nak masuk..tp kl nie lbh kpd matlamat..masuk mesti kne menang..sampailah Form 5..Lantaran tak minat bidang sains, pelajaran kian terabai ckit..lagi satu jiwa mula memberontak dan mula mengambil tindakan2 yang tidak rasional…akhirnya…result y tak disangka2…kejatuhan y agak dasyat (meskipun org lain kt ok je) tp sbb da biasa cemerlang rasa sakit sangat..orang lain da masuk U n matriks Wardah masih lagi sibuk bekerja sehingga ayah pun da sindir Nampak seronok sgt kerja sampai xnk belajar..last2 masuk gak Form 6..tp waktu tue rasa malu sgt…mnta sgt agar Allah bg peluang untuk sambung pelajaran ke Universiti..alhamdulillah selepas 2 minggu dpt sambung UiTM Jengka..waktu awal sem mmg semangat tp still tak mampu sbb terpaksa amik bidang sains lg..First time still 3 pointer tp part 2 terlalai akhirnya jatuh truk lg result bwh 3 pointer..xtau nk kt..tp mmg rse malu gak..waktu masuk U niela bertekad mengubah identiti memakai tudung labuh..sehingga diri dibawa mengenali dunia usrah..waktu tue tak berapa faham tp still join jugak..dan semester tiga mula start mengaktifkan diri dengan Jawatankuasa Perwakilan kolej dan silat cekak Malaysia..kehidupan y kian busy mula mengingatkan diri tujuan sebenar ke university..minat tak minat tolak tepi y penting kne dpt at least 3 pointer..alhamdulillah result kian naik lg2 sejak dilantik menjadi Presiden Kolej Siswi..lbh2 lg waktu part5 mula dpt adik2 baru seramai 8 orang..tanggungjawab kian bertambah..waktu tue satu je y pntg..kalo nk motivate adik, kt kne cemerlang..alhamdulillah Berjaya jgk grad dgn 3 pointer lbih…masuk degree mmg cukup mencabar..krn nk melarikan dr pd satu t/jwb mmg nekad utk bertukar kos..nk pergi ke tempat y x dikenali..nk menjadi org2 biasa kononnya…tp siapa sangka cabaran y lbh besar menanti..cantik sungguh perancangan Allah..dugaan demi dugaan diberi..taklifan demi taklifan diterima..xpernah terduga dan merancang untuk menjadi pemimpin tertinggi sekali lagi tp takdir Allah mengatasi segalanya..berat rse terbeban tp demi adik2 dan shbt2 diri digagahi jua..tak tau nk dikatakan jd insane hipokrit ke pe tp kian terasa perubahan identity hingga kdg kala xknal lg dgn diri sendiri..tp se “bz” mne pn de harapan y lbh besar menanti..harapan maka ayah..rsenye ckup skali mngecewakan ketika SPM..dan tidak membanggakan di peringkat diploma..rsenya ini peluang terakhir tuk menggembirakan mak ayah dan melakar kejayaan sekali lagi..walaupun adakala rasa seperti nak termuntah..terlalu byk tekanan dan bebanan tp Alhamdulillah Allah permudahkan sglnya dan Berjaya grad dgn first class..tp itu semua bkn penentu..rupanya cabaran dunia luar mkin mencabar..bkn senang nk cari kerja..lbh2 lagi tak tau minat pe..lg ssh..istikarah kpd Allah moga ditunjukkan jalan..Maha Suci Allah, tibe2 dpt panggilan untuk menjadi pensyarah pakej..Allah telah mudahkan segalanya…Di bumi Cendering terus menaburkan bakti..dan akhirnya diri mula sedar..bukan kerjaya y jd keutamaan tp Islam y menjadi pendorong…diri ini tidak tegar untuk keluar membiarkan mereka sendiri…ingin terus mencari dan cuba membina generasi2 baru..kerana mungkin itulah takdir diri ini..kini sdh hamper ke penghujung sem..Wardah tak pasti samada akan terus di dini atau mungkin ke tempat lain..tp pe2 pun Wardah yakin pd perancangan Allah dan akan serahkan sglnya kpd Yang Maha Mengasihi..moga itulah y terbaik..syukur Alhamdulillah…

Tuesday, 13 March 2012

Rahsia Iblis




sekadar memanjangkan. .....Jom kenali iblis..

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.


1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t:
" Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "


2. Iblis berkata:
"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?."

Firman Allah s.w.t yg bermaksud:
"Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."


3. Iblis berkata lagi:
"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?"

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).


4. Iblis berkata:
"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?".

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"


5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."


6. Tanya iblis lagi:
"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?".

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."


7. Kata iblis:
"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)


8. kata iblis:
"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?."

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."


9. Kata iblis:
"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."


10. Kata iblis:
"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?"

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."

Allahualam...

Monday, 12 March 2012

Istikarah Cinta..

Kerana yang ku cari bkn cinta insani semata
Yang kudambakan kasih Allah y abadi..
Sehebat mana cinta, 
tetapi tanpa jodoh ketentuanNya,
 tiada daya jua untuk bersama. 
Dan walau kau tak punya sesiapa, 
tatkala sampai masa yang ditentukanNya, 
dia yang kau tunggu dalam doa akan tiba. 
Bukan sebagai kekasih sementara, 
tetapi kekasih abadi yang akan memimpinmu ke syurga.

InsyaAllah y mencari dengan redha Allah insyaAllah akan dipertemukan dgn yang terbaik dan dipermudahkan...bukan jodoh yang dikejarkan..bkn ikatan perkahwinan semata-mata y ingin dipertahankan..tp..hakikat tanggungjawab...hakikat fitrah insani...hakikat pemikiran kefahaman yang seharusnya selaras..krn itu ia menjadi isu..kerana itu ia menjadi kepentingan...perkahwinan bknlah atas dasar cinta semata-mata..tp adalah kesanggupan kedua-dua pihak memikul tanggungjawab...dakwah islam perlu diteruskan..para pelapis y diperlukan untuk meneruskan perjuangan..dan kerana ia menyempurnakan iman...setiap manusia punya impian sendiri dan Wardah seharusnya sedar dan menyiapkan diri untuk bersedia..sglnya memerlukan usha dan doa..walaupun ada ketikanya rasa takut itu sering menyelubungi diri..tp tatkala memikirkan t/jwb dan amanah...nak tak nak i have to..Ya Allah, semoga Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini..dan lepaskanlah aku dari kecelaruan dan kekeliruan yang tak menentu...

Istikharah Cinta

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Saturday, 10 March 2012

Ku ingin pinang kau dengan BISMILLAH..


 
       
         Ku ingin meminang si dia dengan lafaz BISMILLAH..

  • Ku ingin menikahi si dia deng...an lafaz ALHAMDULILLAH..

    Ku ingin menuturkan madah cinta kepada si dia dengan lafaz SUBHANALLAH..

    Ku ingin hidup bersama-sama dengan si dia dengan lafaz ALLAHU AKBAR..

    Kerana

    Kuharap dengan lafaz BISMILLAH (DENGAN NAMA ALLAH), pertunangan berkekalan hingga saat perkahwinan.. Kerana sewajibnya diriku sebagai hambaNya menyebut asma'Nya diawal setiap tindakan..

    Kuharap dengan lafaz ALHAMDULILLAH (SEGALA PUJI BAGI ALLAH), pernikahan sentiasa diberkati dan diredhaiNya setelah terjalinnya ikatan.. Kerana Dia telah mengurniakan cinta yang selama ini dinanti-nantikan oleh setiap insan..

    Kuharap dengan lafaz SUBHANALLAH (MAHA SUCI ALLAH), madah cintaku terhadapnya sentiasa terhias kemanisan dan keindahan..Kerana setiap keindahan dan kecantikan adalah tanda kesempurnaanNya sebagai Tuhan Sekalian 'Alam..

    Kuharap dengan lafaz ALLAHU AKBAR (ALLAH MAHA BESAR), diriku dan dirinya sentiasa bersama-sama dan mampu mengharungi perjalanan dunia dengan penuh cabaran dan ujian.. Kerana ku bergantung pada kekuasaan dan kebesaranNya disepanjang kehidupan..

    Semoga si dia tetap terus mengecapi kebahagiaan dalam usaha diriku mencari keredhaan Tuhan...