Assalamualaikum..
da lme tak update blog..td juz cte psl khdpn dr..post kali nie nk bg tazkirah ckit..xde pandai sgt pn skadar tuk peringatn bersama terutama wat diri sendiri yang selalu lupa...
Alhamdulillah diri selalu teruji dan diuji..terasa betapa diri ini masih disayangi..
setiap yang berlaku dlm kehidupan kita pasti ad hikmahnya..
kita suka atau tidak itulah takdir kita..dan semestinya itulah yang terbaik bg kita..
menerima dengan lapang dada dan hati terbuka..redha dan pasrah biarlah menjadi pegangan kita..
bukan beerti kt menjadi seseorang yang tidak berusaha dan menanti saja ia berlaku...sedangkan Allah telah berfirman “...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sesekali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (ar-Ra`du: 11)
Namun seringkali kita merasakan bahawa diri telah berusaha dengan bersungguh-sungguh..tertanya-tanya mengapalah diri ini sentiasa dirundung nasib malang..dan pelbagai lagi rasa negatif y melanda diri sehingga membuatkan kita tidak betah lagi dengan suasana yang kita hadapi..terasa ingin lari je meninggalkan semua ini..tp adakah pelarian itu adlah satu penyelesaian yang terbaik???...dlm hidup tiada yang kekal...dan tiada hidup tanpa masalah..stiap hari kt akan hadapi masalah samada kt sedar atau tidak..ambil peduli atau buat tak tahu saja..kenapa yer diri kita selalu diuji???...jawapannya mudah kerana setiap masalah yang datang itulah yang akan mematangkan diri kita...membuat kita melihat makna sebenar sebuah kehidupan..membuatkan kita sedar yang kita hanya insan biasa..yang tetap lemah dan serba kekurangan berbanding Yang Maha Esa..teringat satu hadis qudsi,Allah telah berfirman maksudnya, “Wahai malaikat,turunkanlah musibah ke atas hambaKu,kerana Aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”.alhamdulillah..bersyukur kerana kita ditakdirkan menjadi seorang Islam yang sentiasa diberi petunjuk dan hidayah olehNya...sentiasa dibimbing dan dipandu..kadang-kadang ada juga yang bertanya, "kenapa aku tidak pernah merasa kehadiran Allah??..tidak pernah merasa dibimbing???..." tp adakah kita lupa setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan kita??...kawan2 yang sentiasa menegur..sikap insan2 sekeliling yang membuatkan kt berfikir...itu semua sebenarnya adalah hidayah dr Allah sekiranya kt benar-benar berfikir...adakah seseorang itu dengan mudah memberi nasihat tanpa ada yang menggerakkan hatinya untuk melakuakan kebaikan???...sudah pastilah Allah..kerana sesungguhnya hanya dia yang mampu merubah sesuatu pabila Dia berkata "kun fayakun.." jadi, sama-samalah kita kembali kepada Allah...sentiasalah berdoa kerana Allah itu dekat seperti mana dalam firmanNya yang bermaksud, "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentangKu, maka katakanlah bahwa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.." (QS. Al-Baqarah:186)Teringat lagi pesanan seorang sahabat”Sesungguhnya,kita tidak perlu mengadu kepada Allah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan kerana Allah telah pun mengetahuinya.Tetapi,Allah menyuruh kita berdoa dan mengharapkan keredhaanNya,supaya kita lebih akrab deengan Allah dan merasai keberadaanNya”.Wallahualam..
Tazkirah pada hari ini sebagai siraman wat hati yang kian layu...moga bermanfaat.. :)
No comments:
Post a Comment