Friday, 14 October 2011

Berubah..Mengubah..atau..Diubah..

Assalamualaikum..
dah lama rasanya x update blog dengan idea sendiri..lebih banyak melayari dan membaca buah fikiran insan lain..copy and paste tuk memanjangkan perkongsian...

Sedar tak sedar da semakin jauh rupanya waktu itu meninggalkan kita dan Wardah pun semakin hampir pada detik yang dinanti..HARI KONVOKESYEN..setelah hampir 5 bulan menanti..insyaAllah 30hb nie jika dipanjangkan umur dpt la naik pentas sekali lagi...tp bukan itu yang Wardah nak bicarakan..sekadar intro semata-mata...

Kehidupan kian berubah...dan tanpa sedar secara tidak langsung mengubah diri Wardah..pendirian..pandangan..pemikiran...kadang-kadang terasa seperti menjadi insan lain..diubah mengikut suasana dan keadaan sekeliling..benarlah kata pepatah..sedangkan pantai lagikan berubah, ini kan pulak manusia.." Ya hati manusia sentiasa berubah sebab tue kt digalakkan membaca doa ""wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, janganlah Kau palingkan hatiku setelah Kau berikan aku hidayah.."
De juga motivator yang berkata (da xngat nme da) "THE KEY OF SUCCESS IS DARE TO MAKE THE CHANGES"


Betul atau tak itulah hakikat..samada kita sendiri yang berubah..mengubah atau diubah..Namun sedar atau tidak setiap perubahan memerlukan pengorbanan yang tinggi...samada masa, wang ringgit, dan mungkin jiwa raga...Sebagai contoh de la beberapa sahabat yang mengambil pendekatan untuk berubah dengan menurunkan berat badan..bukan sedikit yang perlu dikorbankan..selain duit yang dekat beratus gak..kne terus bersabar...dan yang paling ssh ckit kne kawal nafsu makan dan ada yang sanggup tak makan nasi....tapi demi satu perubahan, mereka sanggup hadapi segalanya dan berkorban...

Tapi itu cerita yang sanggup berubah atas inisiatif sendiri..tapi macam mana plak bagi insan yang terpkasa berubah..berbuat sesuatu dengan tanpa rela...mesti lebih kasihan,kn..kadang-kadang orang macam nie merasakan dirinya seolah-olah hipokrit dan memaksa diri untuk berubah sehingga ia menyakiti dirinya sendiri..

Wardah percaya ramai yang pernah mengalami situasi seperti ini...termasuklah diri Wardah sendiri sehingga kadang-kadang rasa macam da tak kenal siapa diri kita yang sebenarnya..persekitaran dan pengalaman hidup yang banyak mengubah kehidupan kita..persepsi kita pada sesuatu..cara kita memberi dan menerima..tapi mahu atau tidak kita dah berubah sebenarnya..tak kisahla samada kita bersedia untuk berubah...apa yang mengubah kita atau apa yang telah diubah..semua itu adalah proses dalam kita menjalani kehidupan..walaupun pahit tetap kena telan jugak..lagipun xde orang pernah kata yang pengorbanan itu manis..hakikat sebenar pengorbanan itu sememangnya pahit dan adakala menduga iman tapi kebiasaannya hasilnya itu yang manis..cuma kadang-kadang kita tidak sedar kerana terlalu memandang dari sudut yang negatif..

Kehidupan kita akan sentiasa berubah...ibarat roda..ada masa kita berada di atas dan adakala kita berada di bawah..sebab itu bila kita berada di bawah jangan cepat putus asa tapi selalu lah mendongak ke atas..mencari strategi untuk kembali ke atas dan apabila kita da kembali janganla lupa untuk menjenguk ke bawah..bukan tidak boleh untuk kembali ke masa lalu..tp kita perlu kembali untuk melihat kelemahan dan kesilapan yang pernah kita lakukan dan belajar darinya...itu barulah dinamakan insan cemerlang..

Walau sesakit mana pun yang kita rasa untuk menghadapi sesuatu perubahan, tapi sekiranya kita memandang di satu sudut positif, kita akan sedar..itulah antara pengalaman hidup yang harus kita hadapi...kehidupan ini akan sentiasa menjadi indah dan bahagia sekiranya kita sentiasa memandang ke arah yang positif..

Jadi, bersedialah untuk berubah.........

No comments:

Post a Comment