Thursday, 29 December 2011

CUAI??!!!!!

Assalamualaikum..
masih lg dr cerita yang sama..psl diri sendiri...xdela penting sgt pun skadar nak luahkan perasaan..mgkin da tersasar dari matlamat sebenar penubuhan blog nie (cewaah..mcm official je,kn..huhuhuh)...tp xpela kn..moga2 de pengajaran tuk kisah nie...


Al-kisah bermula seawal pg td..bangun agak lewat la..mujur de insan tersayang tlg kejutkan..ermm..biasa Wardah y tlg kejutkn die..nie mesti kes layan citer hindustan smalam nie smpi tidur lewat dan tak sedar langsung alarm jam 5 pg...hehehe..mesti y da knal Wardah pelik,kn??sejak biler plak Wardah nie layan hindustan????...bukan sebab da xde citer lain nk tgk tp jln cte nie ckup bgus..tajuk die 3 Idiots..org y layan cte hindustan mst tau filem nie..cte lme dah nie....trademark die y bg Wardah cukup bagus dan bermotivasi “ALL IS WELL”..eh2..melalut plak ke citer hindustan..k, back to the true path (betul x ayat nie ntah..main redah jer...huhuhuh)...
Pagi-pagi nie tbe2 terajin la plak nak kemas rumah..menyapu sampah..(kalo ikutkn sgtlah jrg nk wat aktiviti nie..hehehe)..ntah camne terkunci plak bilik dari dalam...memang agak haru la..jam pun da dekat kol 8pg..mle la agak glabah..duk plak umah sorang2 kn..contactla housemate mnta no tuan rumah..pyela lme bru la de y balas..alhamdulillah..mmg agak segan la nak call mulanya..sbb terpaksa menyusahkan tuan rumah hantar kunci kt umah..nasibla tuan umah duk sebelah umah jer...tuan umah punya la baik..hantar kunci rumah dan cyap beramah mesra lagi...segan tol Wardah..maklumlah Wardah kurang bergaul ckit ngan tuan rumah..housemate y lain da rapat da ngan tuan rumah..mgkin sebab Wardah nie jenis penyegan ckit dan lewat masuk umah tue jd xbpe kenal sgt ngan tuan rumah..jam 5 minit g 8.30 sdgkn bengkel start kol 8.30pg..agak klam kabut gak bercyap nak g bengkel...
Kecuaian 1 – TERKUNCI PINTU BILIK
So, dlm 8.30 pg bersiap da nak kuar nie..tbe2 x jmpe plak kunci motor..mmgla dugaan..masa terus berjalan...Wardah da berkira2..mmg da lewat nie..rupenya 8.30pg sarapan..bengkel start 9pg..so, Wardah pun terus berusaha mencari-cari kunci..dlm bilik..dalam beg..tapi still tak jumpa..sampai ke dapur Wardah cari walaupun rasa tak logik..jam da hampir 9pg..Wardah kian buntu..kunci tue macam ghaib jer..tbe2 terasa..’ke tertinggal kt luar???’ punyala cari..kt luar..xjumpa gak..tgk bwh kereta kot2 terjatuh..tp x jumpa gak..mslhnya Wardah betul2 lupa pe y berlaku semalam waktu Wardah balik..10 minit g kol 9pg..dlm hati tak habis-habis berdoa “Ya Allah, ujian pe y Kau tentukan pdku ari nie????permudahkanlah aku..berilah aku petunjuk..”last-last Wardah pun selongkar kotak-kotak baju kot2 terjatuh dalam tue..memang berselerak dah la bilik sambil bibir tak henti berzikir..”Ya Allah Ya Zahir”..moga Allah memperlihatkn di mana kunci tue..Alhamdulillah bila Wardah cari lagi kt luar umah tbe2 hati Wardah tergerak dan cukup yakin y Wardah letak atas kete kawan smalam..dan alhamdulillah mmg betul..jumpa..bersyukur tak terhingga pada Allah..walaupun awalnya agak tension tp bile fikir2 balik alhamdulillah Allah sygkan Wardah..walaupun kunci Wardah tertinggal kt luar tp motor Wardah masih selamat..mmg mlm smalam Wardah tgk motor tue sambil berdoa moga Allah tak uji Wardah dgn kehilangan motor tp tak terfikir pun Wardah tinggalkan kunci kt luar...Mmg Wardah meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah..syukur Alhamdulillah..Wardah sangat2 bersyukur...hilang sgl stress dan kesedihan..benarlah janji Allah “dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang...” (Al-Ra’du:28)
Kecuaian 2 – TERTINGGAL KUNCI MOTOR LUAR RUMAH
Mungkin post Wardah kali nie agak pnjg dan xfaham pun jalan citernya..tp pe y Wardah nak kongsikan kt cni adalah pengajaran yang Wardah dpt hari nie... 

Ø  Pe2 ujian yang dtg pada kita, jgn cpat melatah dan berfikirlah secara rasional 
Ø  Letakkanlah setinggi2 penggantungan hanya kpd Allah s.w.t 
Ø  Sentiasalah beringat dan berhati-hati dengan tiap tindakan kita (means elak jd seorg y cuai) 
Ø  Kdg2 kita senang nak mengungkapkan sesuatu tp bilamana berlaku pada kita, adakah kita mampu menghadapinya dengan hati sabar dan redha???(means tiap kata2 kita akan diuji)Ø  Carilah Allah bkn di saat ssh juga tp jgn lupakan Dia di saat kt senang (means sentiasalah bersyukur)

 Rasanya da pjg entry kali nie..stakat tue lah al-kisah kehidupan Wardah pd hari nie..

p/s:Sebenarnya byk lg pengajaran y kt leh amik tp Wardah hanya menyenaraika yang terpenting je..pesan Wardah..hati2 lah dlm mengemudi kehidupan anda.. :)

Wednesday, 28 December 2011

Renungan buat wanita..

Assalamualaikum..sedikit perkongsian yang menarik dari seorang sahabat..sme2 hayati yer...


seorang lelaki menjawab keluhan 7 orang perempuan.




Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka

Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.


Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”





Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas.

Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.




Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Beruntung perempuan ini

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Isteri kepada lelaki yang sedang berjihad menerima pahala jihad walaupun tidak turut sama dengan suaminya

Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.
Usahlah mengeluh kaum wanita. Sesungguhnya Allah swt sayang padamu




Tuesday, 27 December 2011

Bocor...

Bahang PRU makin hangat diperkatakan...kdg2 kne cte isu politik gak..mahasiswa kne sentiasa memandang ke hadapan..nie de stu perkongsian dr blog seorang teman..cam nk jd wikileaks lak..sje je nk share kt cni biar kt semua buka mata...inikah yang dinamakan demokrasi?????????....



Artikel ini semangnya berdasarkan pengalaman dan pengamatan sebgai seorang mahasiswa. Tiada sebarang rujukan yang khusus melainkan rujukan peribadi dan rakan-rakan. Jadi, jangan dipertikaikan artikel ini hanya kerana tiada rujukan. Sememangnya ini sebuah cerita bukan fiksyen yang aku karangkan untuk menjadi rujukan rakan-rakan mahasiswa.
Pilihanraya kampus dijalankan setiap tahun. Ia dijalankan oleh Hal Ehwal Pelajar atau HEP. Pilihanraya selalunya diadakan pada awal tahun sekitar bulan Januari. Semua pelajar layak untuk bertanding tetapi saringan bukan main susah lagi. Macam-macam dugaannya. Untuk pengetahuan semua, selalunya calon-calon yang bertanding akan ditentukan oleh Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) dalam perbincangan tertutup. Hal ini kerana mereka akan mendapat informasi awal bila pilihanraya akan dijalankan.
Mereka akan memilih calon di kalangan mereka untuk menggntikan MPP yang telah bersara. Perkara ini penting untuk mengekalkan kesinambungan dari segi kerjasama, ideologi dan persefahaman. Sesetengah ahli kelab bukan SMF juga bertanding merebut jawatan MPP. Kesemuanya akan menggunakan pengaruh ahli SMF atau kelab tertentu untuk meraih undi. Bagi yang tiada apa-apa, mereka akan dikaji, dianalisis terutama oleh pihak SMF atau ex MPP supaya ideologi benar dan tidak bercanggah. Seolah-olah ancaman besar buat calon mereka.
Itulah peringkat awal yang acapkali berlaku sebelum penamaan calon. Selalunya calon-calon yang dipilih oleh SMF telah menjalani latihan kepimpinan sekurang-kurangnya dua kali. Kalau tak ikut kem, kemungkinan besar sukar mahu bertanding. Daripada kem inilah mereka menilai dan memilih bakal calon-calon MPP dan YDP. Sangat terancang bukan? Inilah perkara yang sering berlaku setiap tahun.
Baiklah, kita cerita mengenai halangan untuk menjadi calon. Sebelum menjadi calon, bakal calon perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Pertama, mendapat pointer lebih daripada 2.70. Kedua, tidak pernah melakukan kesalahan jenayah atau universiti. Ketiga, mendapat pengesahan Dekan. Syarat ketiga inilah yang bagi aku tak masuk akal. Kenapa nak jumpa dekan? Ada saringan sebelum menjadi calon lagi. Ketat. Sangat ketat.
Untuk ujian ketiga ini, memang kena pandai cakap dan bermuka-muka. Ayat kena manis dan senyum selalu. ada beberapa soalan releven dan ada juga yang seakan-akan terlalu politik.
Contohnya, -Apa pendapat kamu tentang hak orang Melayu? -Kamu sokong ideologi Anwar Ibrahim? -Apa pendapat kamu tentang kerajaan sekarang? -Agaknya bolehkah pembangkang menjadi kerajaan?
Soalan-soalan ini seolah-olah mahu mengetahui pendirian politik calon sama ada menyokong kerajaan atau pembangkang. Mengapa ia perlu ditanya? Bukankah lebih baik bertanya tentang isu-isu semasa atau isu kampus.
Ada juga komen yang dikeluarkan. Antaranya, -Kita kena jaga hak orang Melayu, jangan sesiapa rampas, ini hak kita -Anwar itu mana boleh jadi PM, tak boleh perintah negara -Kerajaan sedia ada dah bagus, tak payah nak menentang-nentang.
Itu adalah sesetengah komen yang dihamburkan kepada bakal calon. Kenapa ya agaknya. Seolah-olah macam satu kempen politik. Selesai menemuduga, untung nasib bergantung kepada Dekan. Kalau lulus, layaklah, kalau tak, lupakan sahajalah. Selepas itu, surat wajib dihantar ke bahagian HEP. Setiap calon wajib membawa seorang wakil pencadang bertemu wakil HEP. Pengumuman akan dibuat oleh Timbalan NC dan diberikan surat kelayakan bertanding. esoknya dengan rasmi bermulah kempen pilihanraya.
Keesokan harinya, sesuatu di luar dugaan berlaku. Segerombolan ex MPP aka Suruhanjaya Pilihanraya Kampus aka Nadi Penggerak akan meneliti calon-calon yang bertanding. Senang cerita mereka ibarat Special Branch untuk mencari penjenayah yang menbahayakan ideologi universiti. Calon-calon yang bukan favourite akan dipanggil dalam sebuah pertemuan rahsia. Di mana? Dah namanya rahsia…
Dalam pertemuan itu dilaporkan ada 3 orang yang hadir mewakili ex-MPP. Mereka mula melihat manifesto dan bertanya beberapa soalan mengenai ideologi calon. Mereka bertanya sama ada calon ada kaitan dengan Pro M atau tidak. Ada sedikit perdebatan idea kerana golongan ex MPP ini sememangnya pro Aspirasi dan pro pemerintah. Antara isu yg klise yang dibangkitkan ialah hak orang Melayu dan perpaduan bangsa Melayu serta UiTM. Sesekali ada perdebatan mengenai hak mahasiswa yang perlu diperjuangkan. Mereka agak kurang bersetuju dengan idea ini.
Mereka juga mengkritik Pro M sebagai bahaya dan agen pembangkang di universiti. Kadang-kadang ada pernyataan yang sangat rasis keluar daripada golongan ini. Paling kelakar apabila mereka menyatakan bahaya sekiranya calon berjalan seorang diri kerana akan diugut oleh Pro M. Begitulah beberapa perkara yang aku tak tahu dan aku pasti ramai juga yang tak tahu wujudnya golongan sebegini di universiti yang kononnya menjadi benteng terakhir Melayu dan UiTM. Adakah mereka takut di bumi sendiri? Sekarang baru aku tahu kenapa UiTM tetap sama..
Selepas pertemuan itu, ada satu kem yang wajib untuk semua calon. Kem apa ini?? Tiada dalam syarat pun..Adakah ini unwritten law yang perlu dipatuhi oleh calon selepas pertemuan khas tadi?

ditulis oleh: Si Kancil



p/s: dasyat tak dasyat..percaya tak percaya tp inilah realiti sebenar yang berlaku..hanya mahasiswa yang membekukan otaknya shj...yang tahu hanya tuk belajar dan memandang politik satu bnd kotor je y xkn amik peduli..jd kt camne?????...jadilah MAHASISWA CAKNA!!!!

Monday, 26 December 2011

25 Disember.....

Assalamualaikum..bertemu lagi dlm ruangan bicara hati...huhhuuh..(mcm nk mengacara rancangan plak...)..
takde yang berubah pun...masih lg meneruskan jln cter dlm blog sendiri yang da kian lme terabai,kan..so far, life skang makin busy..(busy sgt ke???...)hmm..ntahla..Wardah pun da xtau camne nk describe kn kehidupan Wardah skang...tetttt....back to the real topic...25 Disember...mesti korang tertanya-tanya..nape 25 Disember???...nak cte psl hari christmas ke????...tettt...of course la tidak..da confirm2 haram...xkn nak raikan plak,kn..tp bg Wardah sendiri tarikh itu sgt bermakna sebab nk wat reunion ngan geng lme nie...zaman sekolah menengah lg..al-maklumlah..dunia skang da berbeza..of course la tak sabar2 nk jmpe kwn2 lme...especially hari itu juga merupakan hari yang bersejarah buat salah seorg dari kami apabila akhirnya menjawat jawatan baru iaitu...ISTERI....da nama pun jd isteri org mmg berseri2 la wajah beliau pd hari tersebut...ktorg pun tumpang gembira..pertemuan tue mmg best la..y duk kedah sanggup turun...yang duk Indon pun dpt dtg..tp still x ckup korum g..de 2 org y tak dapat hadir..mmg agak frust gak la tp komitmen kerja lbh pntg kot..tp xpela..asalkan dieorg bahagia...huhuhu..byk jugak la cte baru y leh share dan tak krg hebat gak kejutan2 y x dpt nk ditime..tp pe2 pun wat cool jela...nk tau ke kejutan pe????...hmmm....biarlah rahsia.....xelok plak nk cte psl org kt cni,kn..tp pe2 pun Wardah kne time la,kn...setiap org akan berubah dan pasti berubah...dapat time atau tidak..kne time la..xkn Wardah nk sume org jd pe y Wardah nk,kn..tbe2 jer rse sedih plak..hmm...xpela..tp pe2 pun mmg best la dpt jmpe dieorg..walaupun tak ramai sgt dpt jmpe time majlis tue..tp ble dpt jmpe insan2 yang tak disangka mmg la seronok..bertukar-tukar cte baru..mmg Wardah pn dpt merasakan diri Wardah mcm org lain..membawa 2 watak yang berbeza...watak zaman sekolah dan universiti mmg lain la..huhuhuhu...

Ble bercerita bab kawen nie..teringat la smalam pas hantar kawan Wardah kt stesen bas tbe2 ayah Wardah berbicara ttg jodoh..hmmm..debar la jugak..jarang Wardah dapat dengar ayah Wardah bercerita secara serius nie..kalo bab politik tue biasanya..mmg minat y sme..tp bab2 kehidupan nie mmg jarang skali..mgkin sbb Wardah nie mmg jarang duk umah dan jarang borak2 ngan mak dan ayah...Ayah Wardah mmg beri mcm2 nasihat dlm nk memilih calon suami..jgn da kawin menyusahkan org tua...kalo leh kwn dl n knal betul2 orgnya...Wardah mmg la bntah ckit sbb cre ayah Wardah tue mcm nk menghalalkan couple je,kn...mmg pantang ckit bab2 couple nie..huhuhu..tp ble ayah Wardah terang balik barula Wardah faham..bkn senang nak pelihara anak dara nie kn..lbh ssh lg nk lepaskan mereka pd suami masing-masing..sbb tue ayah Wardah kt jgn terlalu memilih tp tetap kne berhati-hati dalam membuat pilihan..ble Wardah fikir2 blik alangkah seronoknya kalo dpt suami mcm ayah Wardah...walaupun ssh mcm mne pun tp die tak pernah mnyusahkan adik beradik atau mak ayah die..bertuah betul mak Wardah dapat ayah...tp ayah Wardah pun bertuah gak dapat mak..seorang yang berjimat cermat dan pandai berdikari...sbb tue la duit ayah tak byk sgt habis..kdg2 tgk ayah lg boros dr mak..huhuhuhu..tp itulah psgn y ideal..saling melengkapi....hmm..kehidupan Wardah nnt camne plak yer??????????...adakah Wardah dapat menjadi isteri yang baik????....kdg2 takut nak fikirkan masa depan..tgk kwn2 y da kawen mcm mudah jer..tp Wardah sedar ia tak mudah seperti yang disangkakan..mungkin Wardah masih belum cukup kuat tuk menghadapinya krn itulah Allah masih belum buka hatinya tuk hadir dlm kehidupan Wardah..."Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau kurniakanlah aku pasangan yang soleh dan zuriat yang soleh/ah...amiinnn..." 

Sunday, 11 December 2011

Masalah akademik dan aktivis dakwah

Assalamulaikum..
sedar tak sedar final exam da makin dekat menghampiri..biarpun da lme tinggalkan dunia pelajar tp perasaan berdebar masih lg terasa..."camne la dgn shbt2ku..camnela dgn adik-adikku???"
Risau jugak sebenarnya..kerana kt da melaluinya..kt merasai kesakitan dan kemanisan hidup bergelar pelajar..yang paling menakutkan menanti keputusan peperiksaan..dan ramai jugak la adik2 yang contact Wardah bertanyakan tips dan macam2 petua dalam menghadapi kehidupan sbg seorang pelajar...nak kata Wardah hebat sgt..tidaklah sampai menjadi best student atau aktivis dakwah yang hebat..tak tahu apa yang dipandang menjadikan diri sbg contoh ikutan..bkn untuk riya' atau membangga diri sekadar memberi pandangan dan pendapat..kt org tak elok hampakan permintaan orang apatah lagi kedekut ilmu..

Saja je nk share kt blog nie kot2 memberi manfaat kepada yang membaca..

Imbas kembali kenangan waktu muda-muda dl...antara menjadi student...sibuk berpersatuan dan dlm masa y sme menjadi aktivis dakwah..mmg penat tp menyeronokkan...dari sudut pembahagian masa mmg tak terbahagi sebenarnya..main redah je sume shingga semester tiga bila merasakan diri perlu berubah..aktivis dakwah perlukan org cemerlang dari sudut dakwah dan akademik..bkn senang nak bw org pd Islam...kt sendiri perlu menjadi contoh ikutan yang terbaik..lebih lagi bila melihat ramai aktivis dakwah hebat di jalan dakwah tp gugur di bidang akademik..bukanlah tujuan Wardah tuk mengkritik atau mengutuk mne2 pihak..sekadar mengetuk pintu2 hati yang masih tidak sedar gerakan dakwah dan akademik perlulah bergerak seiring..tidak menuding ke mana2 pihak, hakikatnya Wardah sendiri pernah mengalami zaman kejatuhan tp Alhamdulillah Allah masih beri peluang tuk bangkit dan kesedran bg Wardah tuk terus tingkatkn diri..

Ada sahabat yang bertanyakan pada Wardah "kak, ana sgt lemah dalam pelajaran..ana rasa menjadi aktivis dakwah nie sgt penat dan byk mengambil waktu ana sehingga ana tiada masa untuk belajar..."

Wahai sahabat2 yang Wardah kasihi, mmg perkara ni ckup sinonim bg diri y bergerak sbg aktivis dakwah..mmg Wardah akui setiap org de thp msg2 tp mcm post Wardah sebelum ni dlm tiap diri kt sbnrnya de potensi kecemerlangan cme bgaimana cre kt nk tonjolkn??..

Dakwah adalah satu gerakan kerja y cukup murni dan jika kt melihat tafsiran ayat 7 surah Muhammad Allah berfirman yang bermaksud "...sekiranya kamu menjadi penolong agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu.."Nah, ini adalah janji Allah..adakah kt masih ragu2 lg???...

Yang penting bg aktivis dakwah adalah mslh pengurusan masa dan mind set individu itu sendiri..
Realiti masalah aktivis dakwah..

”aktif dengan program dakwah à  badan penat à xleh nk wat assignment @ study à kurang kefahaman à not performing in exam”

Jika kita melihat kepada situasi di atas, mmg jelas inilah reality y setiap dr kita alami..mslh utama bg aktivis dakwah..the real problem is “TIME MANAGEMENT”..

Kt senang mengungkapkan atau sering mendengar kerja y kt de melebihi masa yang kt de”

Mmg satu statement y betul tp sejauh mne kt nk realisasikannya???..betul ke byk sgt kerja kita????....

Bg kita mmg da terlalu byk kje kt..mne dgn usrah g..study g..assignmnt..test..kuiz..program tiap2 minggu..kelab/persatuan g……..ok, jd bg tahap kt y tidaklah hebat pn…sume tue da terlalu byk..tp hbtkn ble tgk pimpinan kt d peringkat pusat terutamanya can manage everything..program ttp pergi..dlm mse y sme masih study hingga ke peringkt PHD..mne nk amik tau hal ehwal rakyat lg…mslh parti lg..truthly to say, yup dieorg hebat..camne dieorg leh jd hebat???...keadaan y memaksa dieorg tuk hebat..demi Islam demi menyebarkan dakwah..jd ana tidak berniat tuk kt pergi jauh ckup skadar melihat skop kita saja..so bwh nie ana bhgkan tgguungjwb kt scr umum…kebanyakan de 2 je tp ramai jgk y de 3 t/jwb di bawah..

Melihat kepada diri Wardah dulu, Wardah terpaksa membahagikan waktu kepada 3 bahagian -study, kelab dan juga dakwah...

Firstly nk kt Wardah pandai urus masa sgt tidaklah..skadar berkongsi pengalaman jer..

Step 1 – analisis diri

·         Siapa kita

Strength (sesetengah ahli)
Ø  Cepat pick-up
Ø  Komitmen yang tinggi
Ø  Rajin
Weakness (kebanyakan ahli)
Ø  Lambat faham
Ø  Selalu mengantuk
Ø  Kurang mesra dgn lecturer
Opportunity
Ø  Baik dengan lecturer
Ø  Ramai senior
Threat
Ø  Program dakwah tiap-tiap minggu
Ø  Movie/Games
Ø  FB/SURFING
Ø  Berangan

·         Taklifan diri

Ø  Student

Ø  Jwtn dlm kelab/persatuan

Ø  Jwtn dlm gerakan dakwah

Step 2 – senarai skop tugas

i)                    Student – assignment

-          KUIZ

-          TEST

ii)                   Kelab     -      MEETING

-          pelaksana program dan sebaran dakwah

iii)                 Dakwah         -      usrah

-          MEETING

-          PROGRAM dakwah

Step 3 – fiqh aula and mind set

i)                    Tingkatkan kekuatan, kurangkn kelemahan (INTERNAL)

-          Bila kt melihat dr sudut internal pointview, yang penting adalah mindset…spt contoh kt nie lmbt sgt pick up dan cepat mengantuk dlm kelas..cara mengatasi ada dua iaitu buatlah apa2 aktiviti y mampu mengelakkan antum tertidur dlm kelas seperti bercakap atau basuh muka dan sebagainya..dan focus lbh pada tumpuan dalam kelas..kalo tak faham teruslah bertanya sehingga betul2 faham.

-          Tapi rasanya tak ramai yang mampu nk wat kaedah pertama..jd kt tgk kepada kaedah kedua..cbe gak atasi rse mengantuk tp kalo xleh gak tidur jela mgkin waktu tue otak kita benar2 perlukan rehat. Tp kne wat kerja lebih ckit..balik blik atau ble2 y lapang bce belajar sndr chapter tue tp kalo still tak fhm, sila rujuk pd y lbh pakar..the best way is do consultation with your lecturer..tapi camne plak lecturer sgt2 busy dan xsuka kt jmpe die????....nie xde jln lain melainkan mnta pertolongan dgn Allah moga dilembutkn hatinya dan kt kne de rse syg pd lecturer bru die pn akn reflex prasaan y sme pd kt..y pntg imej dan kredibiliti dpn lecturer kne jge..jgn rjin dtg lwt klas or ponteng klas die..tunjukkn intention y tggi tuk blaja walaupun kt x prepare pe2 pn tuk blaja..

- itu baru cerita masalah mengantuk dalam kelas..camne plak kalo kt tak minat sesuatu subjek tue??nie mmg ssh..perlu mind sete y sgt kuat..kne paksa diri "saya sgt suka subjek itu...lecturer sgt baik..subjek itu senang je sebenarnya.." konsep nie sgt ssh nk praktikkn tp bak kt HM Tuah kuasa otak kt sgt hbt jd kt kne btul2 manage mind set kt..



ii)                   Buka lebih byk peluang, kurangkan ancaman (EXTERNAL)

-          Yang nie ssh ckit nk kwl sbb ia dtg dr luaran..tgh2 study, tbe2 de m10…tiap-tiap minggu de program dsb..yang nie camne kt nk atasi sdgkn ia ssh nk elak..jd kt kne cbe bk lbh byk peluang..camne tue???....contoh tuk group asgmnt – slalu offer dr sbg ketua..bkn nk tmbh bbn tp ble kt jd ktua kt sng nk control everything..anak2 buah bermasalah camne???..nie mmg bermasalah dan menambah tekanan diri..tp bg ana, better wat kje sorg la..kalo g ngadu kt lecturer mcm bdk2 plak kn..hehehe..bina hubungan y baik dengan lecturer..

-          Itu dari skop study tp kt kne tgk jgk ke mana sbnrnya masa kita lbh byk terbuang???...movie kh??..melepak kah??…fb kah??..bnd nie kne cek betul2…kdg2 waktu makan pun da amik byk waktu kita..soal nk tgktkn ukhwah or bina hbgn itu perlu tp jgn terlalu mengambil masa kt y kian pendek..manfaatkn waktu berprogram tuk kt membina hbgn n tgktkn ukhwah sesame shbt..waktu y lain tumpukn kpd perkara y lbh pntg..
- sbb itu kita kena tau mengenalpasti yang mana satu lbh aula dalam kehidupan kita...cbe minimizekn bnd2 y tidak pntg atau mewujudkn ckit je waktu dalam seminggu untuk bersosial agar kt tak stress sgt..dan y plg penting sebenarnya adalah penggantungan diri kpd Allah..kt telah berusaha, kemudian tawakal la kepada Allah..bak kt seorang shbt "try ur best, do the best, be the best and let Allah do the rest!!!"

Rasanya cukup stakat nie..nie scr rgksan cre pengurusan khdpn Wardah dl..y baik tue amik la..y tak baik, tggalkan..nie mgkin nmpk byk sgt teori tp ble mne dipraktikkan insyaAllah membantu dan Alhamdulillah ana merasai kesannya biarpun lewat tersedar..akhir kalam, “jgn kita sering membicarakan kehebatan dan kejayaan orang lain hingga kt lupa membina kehebatan dan kejayaan diri sendiri..setiap individu de potensi untuk cemerlang but how we want to shoot the target????” sme2 renungkan…

Saturday, 10 December 2011

Relevankah Aku di Hatimu??...

Assalamualaikum...ble da tibe mood rajin nak menulis nie..mmg slalu jela nk update blog..huhuhu..
tajuk cam gempak je..huhuhu..bukan nak berjiwang atau cintan cintun..skadar nak lontarkan pendapat peribadi jer..sejak akhir2 nie..mmg kerap dihadapkan dengan persoalan jodoh..kawan ramai nak kawen la..de y sibuk mencari calon la...tak kire plak yang melibatkan diri Wardah sendiri..bila usia da meningkat nie mmg itu je la isu yang dibangkitkan walaupun kalau nak diikutkan byk lg isu-isu besar yang perlu dibincangkan..tp xpela..sekadar mengikut perkembangan semasa jer..hmm..sdar x sedar less than one month Wardah akan masuk 24thn..da tue rupanya..pttlah ramai yang bertanya..huhuhu..ok, kt tutup cte psl Wardah..back to the real topik..hmm..cte psl jodoh nie...de orang mudh sgt dpt jodoh..de org da masuk area 30-an pn belum kawen2 g..(nie x rujuk sape2) bila pk2 balik....ssh ke nak kawen???..kalo ssh nape ramai jer shbt2 Wardah kawen awal???..so the truth is depend pd jodoh la..bak kt seorang shbt nie..stiap kita akan diseru namanya ble da smpi jodoh..(dlm hati Wardah pun terdetik..patutla org duk sebut2 x smpai seru..rupenya mmg betul..). secara realitinya Wardah pun x pasti betul ke tak tp y bercakap tue org d bdg agama jd mgkin betul la..so wat pe nk pening2??...juz tggu je la..hmm..tp x betul gak cre tue sbb de org kt kalo kt tak berusaha camne nk dpt..kalo si muslimin tggu..muslimat pun tggu..sape yang nk memulakan langkah??...so pe2 pn mestilah de y memulakan langkah pertama..xkshla perigi cari timba or timba y cari perigi pun y pntg either one must take a step forward...tp biarlah berlandaskan syariat..bkn sng nk bina masjid kn..lg susah nak bina baitul muslim nie...so jln y terbaik adalah merisik pilihan hati tue melalui org tgh..bkn pe skang nie rmi sgt duk main sistem swasta...camne sistem swasta tue???..y main direct to the person..konon2 sng nk luahkn prasaan sndr agr tak tersilap tafsir..betul ke???...bkn ke bnd tue lbh parah sebenarnya..mgkin la kt malu atau segan andai direject kn..tp kalo kt direct je dgn org tue mst lg malu kn..and y lbh parah lg ble mana ia leh merosakkan hati kita..time nie la syaitan akan amik peluang mencucuk-cucuk kt..bnd y tak baik pn akan nmpk baik..jd adalah lbh baik kt mggunakan org yg plg kt percayai sebagai org tgh..di samping leh menjaga aib sekiranya ditolak tp perhubungan itu akan lbh terpelihara dan mngelakkan kt dr terlalu menurut perasaan..

Ok hbis bab cre tuk ke arah sesi taaruf..prosesnya pnjg tp scr rgkasnya begitula..gnekn org tgh..next cte plak..bab y plg bermasalah..hmm..pe die???/...mslh CALON.."sapela y nak kt ana nie..bkn cantik pn.." "ana nie kje pn xde lg..camne nk pinang anak org"..nie bg individu2 y agak pesimis la kn..tp de plak org y mcm nie.."leh ke die jge ana..".."sesuai ke die ngan ana..".."sanggup ke die terima ana??"
so mcm-mcm persoalan...kn betul..kn sng nk bina Baitul Muslim nie..org y slalu bertanya tue sngla ckp..so nie la persoalan2 y kt kne jwb..sbnrnye tnpa kt sedar ramai je calon sekeliling kita..bak kt Dr Fadzillah Kamsah de org jodoh tue sentiasa dekat je ngan dia..dan de org plak berjodoh ngan org xpnah dia jumpa...hmmm..pening kn... pe y pntg dlm mencari calon nie kt lihat pd 4 perkara sepertimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w  "Wanita itu dinikahi kerana empat hal: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya kamu beruntung."(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)..jd sebagai seorang muslimat kt seharusnya pandai dlm memelihara kehormatan diri di samping menjadi muslimat yang solehah yang menjadi idaman lelaki yang beriman..de plak yang persoalkan xkn kita je y kne menjaga..lelaki camne plak??..ssh nk cr lelaki yang jujur skang nie..

Betul la tue..tp kalau kita asyik mencari kesalahan org..kt akan terlupa nk melihat kesalahan diri sendiri..sbb itulah tjuk post kali ini 'relevankah aku di hatimu'...knapa??sbb Wardah nk kt sme2 cek diri kita balik...baik x kita..amalan kt setakat mne..akhlak kt..sume bndlla sbg persediaan ke alam y bru..krn kt ibarat sayap kiri bg seorg lelaki..kita lah y diharap sbg penguat buat mereka..bkn calang2 amanah y digalas...tp bknlah maksud Wardah nak lemahkn smgt shbt2 di luar sne..nie adalah satu motivasi tuk kt sntiasa memperbaiki diri ke arah y lebih baik agar calon kt pn adalah yang terbaik buat diri kita..
Camne nak cari calon yang terbaik???...jwpnnya adalah wallahualam..sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui akan stiap sesuatu..jd, laksanakan lah solat isitikarah..mohon petunjuk siapakah y selayaknya menjadi milik kita..minta lah petunjuk dengan sepenuh hati..insyaAllah Allah tidak pernah menghampakan hamba-hambaNya...jd..hati-hatilah dalam kita mengemudi hati..jgn mudah hanyut dlm arus cinta moden atau cinta anta anti yang mnggunakan agama untuk menghalalkan sesuatu y haram..sesungguhnya tiada cinta sebelum pernikahan..dan sungguh cinta itu adalah fitrah insani..tatkala ia hadir kt tak mampu menolaknya..tp perlu bijak mengawalnya..kembalikan cinta itu kepada Tuhan, dan Dia akan bw kn cintamu kpd insan yang selayaknya..BAWALAH HATIMU KEPADA TUHAN..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Hanya dirimu yang mengerti jiwa ini
Hanya dirimu yang memahami diri ini
Bantulah aku dlm mencari cintaMu
Bantulah aku dalam menggapai redhaMu
Ya Allah
andai satu saat nnt
Kau takdirkan aku untuk jatuh hati
janganlah Kau jadikan cintaku
cinta yang melalaikan
jangan lah Kau jadikn cintaku
cinta keduniaan..

Ya Allah
labuhkanlah rasa cintaku
pd seseorg y merindui cintaMu
agr bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin
Izinkan aku menyentuh hati seseorg
yang hatinya tertaut pdMu
agar tidak aku terjatuh dalam jurang nafsu
Ya Rabbana
jagalah hatiku pdnya
agar tidak berpaling aku hatiMu
 pertemukanlah aku dengannya
di saat aku benar-benar bersedia
permudahkanlah hubungan kami
agar sentiasa berada dalm rahmatMu...

amiin ya rabbal 'alamin...

Thursday, 8 December 2011

Diuji dan Teruji

Assalamualaikum..
da lme tak update blog..td juz cte psl khdpn dr..post kali nie nk bg tazkirah ckit..xde pandai sgt pn skadar tuk peringatn bersama terutama wat diri sendiri yang selalu lupa...
Alhamdulillah diri selalu teruji dan diuji..terasa betapa diri ini masih disayangi..
setiap yang berlaku dlm kehidupan kita pasti ad hikmahnya..
kita suka atau tidak itulah takdir kita..dan semestinya itulah yang terbaik bg kita..
menerima dengan lapang dada dan hati terbuka..redha dan pasrah biarlah menjadi pegangan kita..
bukan beerti kt menjadi seseorang yang tidak berusaha dan menanti saja ia berlaku...sedangkan Allah telah berfirman “...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sesekali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (ar-Ra`du: 11)
Namun seringkali kita merasakan bahawa diri telah berusaha dengan bersungguh-sungguh..tertanya-tanya mengapalah diri ini sentiasa dirundung nasib malang..dan pelbagai lagi rasa negatif y melanda diri sehingga membuatkan kita tidak betah lagi dengan suasana yang kita hadapi..terasa ingin lari je meninggalkan semua ini..tp adakah pelarian itu adlah satu penyelesaian yang terbaik???...dlm hidup tiada yang kekal...dan tiada hidup tanpa masalah..stiap hari kt akan hadapi masalah samada kt sedar atau tidak..ambil peduli atau buat tak tahu saja..kenapa yer diri kita selalu diuji???...jawapannya mudah kerana setiap masalah yang datang itulah yang akan mematangkan diri kita...membuat kita melihat makna sebenar sebuah kehidupan..membuatkan kita sedar yang kita hanya insan biasa..yang tetap lemah dan serba kekurangan berbanding Yang Maha Esa..teringat satu hadis qudsi,Allah telah berfirman maksudnya, “Wahai malaikat,turunkanlah musibah ke atas hambaKu,kerana Aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”.alhamdulillah..bersyukur kerana kita ditakdirkan menjadi seorang Islam yang sentiasa diberi petunjuk dan hidayah olehNya...sentiasa dibimbing dan dipandu..kadang-kadang ada juga yang bertanya, "kenapa aku tidak pernah merasa kehadiran Allah??..tidak pernah merasa dibimbing???..." tp adakah kita lupa setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan kita??...kawan2 yang sentiasa menegur..sikap insan2 sekeliling yang membuatkan kt berfikir...itu semua sebenarnya adalah hidayah dr Allah sekiranya kt benar-benar berfikir...adakah seseorang itu dengan mudah memberi nasihat tanpa ada yang menggerakkan hatinya untuk melakuakan kebaikan???...sudah pastilah Allah..kerana sesungguhnya hanya dia yang mampu merubah sesuatu pabila Dia berkata "kun fayakun.." jadi, sama-samalah kita kembali kepada Allah...sentiasalah berdoa kerana Allah itu dekat seperti mana dalam firmanNya yang bermaksud, "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentangKu, maka katakanlah bahwa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.." (QS. Al-Baqarah:186)Teringat lagi pesanan seorang sahabat”Sesungguhnya,kita tidak perlu mengadu kepada Allah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan kerana Allah telah pun mengetahuinya.Tetapi,Allah menyuruh kita berdoa dan mengharapkan keredhaanNya,supaya kita lebih akrab deengan Allah dan merasai keberadaanNya”.Wallahualam..

Tazkirah pada hari ini sebagai siraman wat hati yang kian layu...moga bermanfaat.. :)