Tuesday, 26 November 2013

Bangkitlah Duhai Khalifah!!

"ada orang pandai berbicara dgn lidah...
ada orang pandai berbicara dengan pena...
ada orang bijak dlm perancangan strategi...
ada orang hebat dgn akhlak tanpa bicara...
cuba lihat pada diri kita..
ada tak sekurang2nya satu ciri2 di atas...
XDE????!!!...
oh..tidak!!!...
stiap dr kt ada potensi tuk jadi HEBAT...
kenapa perlu jd HEBAT???...
krn kt adalah penyambung rantai2 perjuangan Islam...
Jdlah seseorang yang mampu berkata2 dgn penuh hikmah tuk menarik  org ke arah kebaikan...
atau setidaknya belajarlah menulis tuk mngetuk hati2 insan y leka...
atau setidaknya gnelah sebaik mungkin akal fikiran tuk merancang bagaimana tuk kt kembangkan Islam..
andai masih jg tidak mampu...
tunjuklah akhlak Islam y sebenar yang boleh dijadikan ikutan...
krn kt dilahirkan sbg KHALIFAH...
dan tugas DAKWAH itu xkn habis slagi nyawa dikandung bdn...
jd, jgn buang masa..cr potensi diri, cungkil dan gilaplah ia..sesungguhnya anda semua adalah ibarat PERMATA di lautan...tp jgn trus bersembunyi di lautan..timbullah ke daratan krn DIRIMU BEGITU BERHARGA DEMI ISLAM.........

Thursday, 21 November 2013

Warkah buat adinda2 ku..



Buat adinda2 tersayang…
Pertemuan kita bukanlah sesuatu yang dirancang
Pertemuan kita adalah sesuatu yang telah Allah takdirkan
Di dalam ikatan bulatan gembira
Kita bersatu dengan nikmat ukhwah berpanjangan…

Tidak pernah diri ini bermimpi
untuk menerima sebegini ramai insan terisitmewa
Bukan kuantiti untuk dibanggakan
Tapi inilah amanah2 y telah diberikan…

Adinda2ku syg…
Ikatan kita bermula sbg “adik” dan “kakak”
Kini kita semua adalah sahabat
Bukan usia jd ukuran
Setiap kita ada keistimewaan…

Terimbas kenangan semalam
Saat mula2 pertemuan
Pelbagai watak dan ragam
Tapi itulah y mewarnai pehubungan…

Ada yang ramah tiada henti…
Ada yang malu tidak berbunyi…
Ada yang ceria sentiasa berseri…
Ada yang sentiasa rendah diri…
Ada yang mudah terasa hati…
Ada yang tidak ambil peduli…

Walau cara kita berbeza
Tapi ikatan ukhwah mengeratkan kita
Ada ketika hubungan teruji
Namun kasih sayang kita tidak pernah mati…

Adinda2ku syg…
Pantas sungguh masa berlalu
Kini masing2 dgn haluan sendiri
Ada yang sudah bergelar isteri
Ada yang sudah bergelar ummi….

Namun maasih terselit bimbang di hati
Andai terkurang di sana sini

Lantaran kesibukan diri
Adakala terlupa ambil peduli…

Sungguh diri insan biasa
Tiada y istimewa
Melainkan adinda2 lah y menjadikan diri ini dihargai
Andai ada tersalah bicara
Andai ada terpilih kasih
Andai ada terasa di hati
Ampun maaf jua dipinta
Lantaran terlalu banyaknye khilaf
Mungkin banyak benda yang tidak tersengaja..

Adinda2 ku syg..
Tiada niat di hati beza2kn kalian
Lantaran perwatakan y berbeza
Mungkin diri tersalah tafsiran
Tapi peercayalah setiap dari kalian
Punya keistimewaan yang sukar diungkapkan
Dan kalian tetap menjadi anugerah
terindah hingga akhir hayat..
Salam ukhwah hingga ke syurga..insyaAllah..


Wednesday, 20 November 2013

Kerana bicara itu.......

Ya Allah...
Sungguh hanya Kau yang mengetahui...
betapa lemahnya hati ini dalam menghadapi ujian perasaan...
betapa mudahnya hati ini terluka...

Ya Allah...

Sungguh hati ini merasa sakit...
Sungguh hati ini merasa kecewa...
Sungguh hati ini merasa terluka...

Sungguh hati ini seakan xmampu bertahan lagi...

Ya Allah...
Sukar menjaga sekeping hati ini...
Sukar memujuk rasa ini...
Sukar ku hentikan rajuk yang panjang...

Ya Allah...

Sungguh diri ini tidak ingin jadi pendendam...
Sungguh diri ini tidak mahu memendam...
Sungguh diri ini ingin menjadi pemaaf...


Ya Allah...
Kenapa bicara itu y dilontarkan...
Kenapa bicara itu y harus kuterima...
Kenapa bicara itu y terus bermain di mindaku...

Ya Allah...
Bicara itu cukup berbisa...
Bicara itu cukup meruntun jiwa...
Bicara itu buatkan aku jatuh terduduk...

Ya Allah...
Egokah aku???...
Terlalu keraskah hatiku???...
Terlalu kejamkah aku???...

Ya Allah...
Diri ini sedar betapa banyak khilafku...
Diri ini sedar betapa byk kkuranganku...
Lantaran itu banyaknya salah tafsiran...
Lantaran itu banyaknya tuduhan...

Ya Allah...
Haruskah aku biarkan semua yang berlaku...

Haruskah aku melepaskan segalanya...
Haruskah aku tinggalkan semuanya...

Ya Allah...

Hanya pdMu ku pohon kekuatan...
Agar tetap tegar menempuh kehidupan...
Biarlah apa y mereka ucapkan...
Jadikn aku redha di atas ketentuan...




Ya Allah...
Tiada niat untuk memutuskan ikatan...
Cuma diri tak cukup kuat meneruskan persahabatan...
Biarlah diri sendiri dalam pelayaran...
Kerana ku yakin ku tetap adaMu Tuhan...

Sahabat...
Bukan niat sengaja menjauh...
Cuma memberi ruang dan waktu...
Untuk memujuk rajuk yang panjang...



Sahabat...
Bukan diri tak cuba memahami...
Namun diri seakan xmampu lagi...
Terlalu banyak bicara y telah ku telan...
Ku pendam jauh di lubuk hati yang dalam...



Sahabat...
Bukan aku bakhil memberi maaf...
Tapi hati ini cuma sekeping...
Andai papan dipaku dan dicabut berulangkali...
Pastilah keadaannya tidakkn sama lagi...
Begitulah sekeping hati ini...
Telah kutampal berkali2...
Tapi andai terus dihiris berkali2...
Pasti lukanya sukar sembuh kembali...


Sahabat...
Jangan terlalu mudah meminta maaf...
Krn bimbang maaf itu tak berguna lagi...
Izinkan ku pergi seketika...
Membawa hati yang sedang berduka...
Bimbang diri pula bakal melukai...
Berbahagialah dirimu...
Agar urusan sentiasa dipermudahkan Tuhan...amin...




Monday, 7 October 2013

Kifarah di pagi hari....

Astaghfirullahal'azim...beristighfar panjang mengenang peristiwa pagi tadi...kerana kecuaian atau kelalaian...tak tahu lah kenapa...al-kisahnya...pagi tadi buat pertama kalinya sejak menjejakkan diri di bumi Shah Alam nie, akhirnya Wardah ditimpa kemalangan kecil..sedih melihat motor yang xpernah jatuh di tangan Wardah akhirnya tersembam ke bumi juga..maka tinggallah kesan2 kecacatan..meskipun sblum nie motor tue mmg pernah accident dlm usia y masih muda tp krn iaa berlaku disebabkan orang lain jd tidak lah terkilan sgt..but for this time..I did it on myself..cyan plak tgk motor tue...pas satu satu y menimpa die...belum pn hilang "kecacatan" sebelum nie dh tambah "cacat" y baru plak..but the worst thing is that I am not alone.....kesian pada sahabat tue..dh la leat nak g klas..accident plak..katanya xde pe2..tp Wardah pn xpasti sbb sibuk menahan kesakitan diri sendiri..bila die kata okey..Wardah bersyukur tp perasaan bersalah tue ttp tinggi...Wardah tidak kisah sgt akan kesakitan diri dan Wardah mengambil semua tue sbg satu hikmah dan "teguran" buat diri sendiri cuma apa yang Wardah kesalkan bilamana ia melibatkan orang lain..ucapan maaf mmg mudah nk diungkap tp maaf itu sekadar ucapan yang tak mampu nak menarik semua benda y dah berlaku..what done is done..dan Wardah sedar kesalan itu juga x berguna lagi tp ssh untuk memujuk hati agar melupakan perkara yang terjadi...ssh nk lenyapkan rasa bersalah itu dari diri..dan Wardah sedar skang Allah sedang mnguji WWardah..sejauh mana sifat redha itu ada dlm diri Wardah..dan Wardah sedar takdir itu telah tertulis..dan yang menjadi asbab adalah kelalaian dan kecuaian Wardah...banyak salahnya Wardah dan Allah hanya memberi teguran yang sedikit untuk Wardah sedar...kesalahan daan keterlanjuran yang mungkin Wardah tak sedar dan tidak terfikir dan kini alhamdulillah Wardah sedar dan melihat sesuatu itu lebih jauh..meskipun kesakitan yang Allah bagi pada Wardah ini agak terasa jugak tp Wardah tau ia hanyalaah sedikit jika nk dibandingkan dengan apa yang Wardah daah buat..aib yang Allah telah jaga untuk Wardah..Allah beri peluang tuk terus bernafas dan memperbaiki diri Wardah...dan rasa Syukur itu kian meninggi..biarlah orang melihat ia satu petaka tp bg Wardah ia adalah nikmat yang tak terucap...adakala nikmaat bala, ujian dan derita itu lebih manis dari nikmat kesihatan dan kesenangan..semoga Allah terus membantu Wardah untuk terus istiqamah dan memperbaiki diri..



p/s: buat teman2 doakan lah moga tiada cedera dalaman yang dihadapi..hanya merawat diri sendiri tanpa bertemu doktor..semoga Allah merahmati kalian semua dan menjaga kalian walau di mana jua berada...
 

Sunday, 6 October 2013

Kawan Baik


 -KaWaN BaiK-  


Bukannya senang nak cari kawan yang baik. 

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. 

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. 
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. 
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu 
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. 

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk 
membuat perkara yang buruk dan sia-sia. 
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya 
untuk berbuat kebaikan. 

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. 
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat dilu ahkan kepada kawan biasa. 

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. 
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. 

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, 

kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. 


Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. 

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah 
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada k awan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, 
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. 

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya . 

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya. 






Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik...kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik..kepada kawan baik kita...kita kawan kan ...???