Buat adinda2 tersayang…
Pertemuan kita bukanlah sesuatu yang dirancang
Pertemuan kita adalah sesuatu yang telah Allah takdirkan
Di dalam ikatan bulatan gembira
Kita bersatu dengan nikmat ukhwah berpanjangan…
Tidak pernah diri ini bermimpi
untuk menerima sebegini ramai insan terisitmewa
Bukan kuantiti untuk dibanggakan
Tapi inilah amanah2 y telah diberikan…
Adinda2ku syg…
Ikatan kita bermula sbg “adik” dan “kakak”
Kini kita semua adalah sahabat
Bukan usia jd ukuran
Setiap kita ada keistimewaan…
Terimbas kenangan semalam
Saat mula2 pertemuan
Pelbagai watak dan ragam
Tapi itulah y mewarnai pehubungan…
Ada yang ramah tiada henti…
Ada yang malu tidak berbunyi…
Ada yang ceria sentiasa berseri…
Ada yang sentiasa rendah diri…
Ada yang mudah terasa hati…
Ada yang tidak ambil peduli…
Walau cara kita berbeza
Tapi ikatan ukhwah mengeratkan kita
Ada ketika hubungan teruji
Namun kasih sayang kita tidak pernah mati…
Adinda2ku syg…
Pantas sungguh masa berlalu
Kini masing2 dgn haluan sendiri
Ada yang sudah bergelar isteri
Ada yang sudah bergelar ummi….
Namun maasih terselit bimbang di hati
Andai terkurang di sana sini
Lantaran kesibukan diri
Adakala terlupa ambil peduli…
Sungguh diri insan biasa
Tiada y istimewa
Melainkan adinda2 lah y menjadikan diri ini dihargai
Andai ada tersalah bicara
Andai ada terpilih kasih
Andai ada terasa di hati
Ampun maaf jua dipinta
Lantaran terlalu banyaknye khilaf
Mungkin banyak benda yang tidak tersengaja..
Adinda2 ku syg..
Tiada niat di hati beza2kn kalian
Lantaran perwatakan y berbeza
Mungkin diri tersalah tafsiran
Tapi peercayalah setiap dari kalian
Punya keistimewaan yang sukar diungkapkan
Dan kalian tetap menjadi anugerah
terindah hingga akhir hayat..
Salam ukhwah hingga ke syurga..insyaAllah..