"... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik
bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi
kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya..."
(Al-Baqarah : ayat 216)
Meskipun kita melihat kpd sirah iaitu sebab ayat ini diturunkan adalah untuk menyeru umat Islam supaya pergi berperang tp kt boleh ambil ayat nie sbg satu motivasi untuk kt sentiasa redha dengan stiap kejadian yang berlaku..sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu..sebab itulah setiap apa yang terjadi..ujian atau nikmat yang kt terima, kt diminta untuk sama2 berfikir akan kurniaanNya dan sentiasa bersyukur..Allah juga menyebut dalam surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3 yang bermaksud :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
“Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
orang-orang yang dusta...."
Maksudnya di sini Allah akan sentiasa menguji hamba-hambaNya tidak kiralah samada dalam bentuk ujian yang menyusahkan atau nikmat yang membebankan..kt selalu mendengar orang2 berkata "tiap ujian yang ditimpa kepada kamu adalah krn Allah itu sayang kepadamu.." Kita yang mengalami ujian nie selalu jer menyangkal dengan berkata.."die xkne leh la suh aku bersabar dan sebagainya..ce kne ke die tgk leh sabar ke tidak.." Biasa kn kt jumpa komen2 seperti ini..tp itulah hakikatnya..takkanlah kt sentiasa nak mengeluh dan bersedih tiap kali didatangi ujian..alhamdulillah Allah masih kurniakan kt shbt untuk menasihati dan memberi ketenangan kepada kita..bknlah bermaksud kt tidak boleh bersedih langsung di saat kt diuji..Wardah sendiri pun sentiasa berduka dan merintih tiap kali diuji tp yakinlah janji Allah itu pasti dan setiap kata2 Allah itu benar...Sesungguhnya Allah menguji kita krn Dia rindu untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya..telah menjadi fitrah kita yang selalu lupa untuk bersyukur setelah diberi nikmat dan akan kembali kpd Allah bilaman diberi ujian..Dan Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya melebihi kemampuan mereka seperti mana dalam firmanNya yang bermaksud,
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia
juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. "
(Al-Baqarah : ayat 286)
Betapa sayangnya Allah kpd kita tapi kt yang jarang2 melihat atau berfikir...jadi kesimpulannya, apa2 yang berlaku dalam kehidupan kt, redhalah dan kembalikan kpdNya..Wardah faham bukan senang untuk kt redha akan sesuatu tp kt boleh berusaha....sentiasalah mengadu kpd Yang Maha Pendengar dan letakkanlah penggantungan yang tinggi kpd Allah Yang Maha Mengatur...Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Dialah sebaik2 perancang...Alhamdulillah untuk segala yang telah Kau berikan kepadaku...