Tuesday, 28 August 2012

PadaMu ku meminta...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah,
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta untukku,
satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
ketepian yang sejahtera dan abadi,
maka jodohkanlah kami.

Tetapi Ya Allah,
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,
bawalah dia jauh dari pandanganku,
luputkanlah dia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Ya Allah yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersamanya.

Ya Allah yang Tercinta,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu.
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini.

Ya Allah,
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat.
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini.
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat,
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.

Ya Allah,
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat
dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Amin Ya Rabbal 'AAlamin


Wednesday, 22 August 2012

Salam Aidilfitri..

Salam Aidilfitri semua..huhhuhu..walaupun dh rayer keempat tp feel rayer tue masih de..insyaAllah..hmmm...camne nk komen yer rayer thn nie...de yang best..de y x..first of all y plg best dpt berkumpul semua pd hari rayer pertama termasuklah kakak ipar..first time bertemu dan bercakap secara terus dgn kakak ipar..maklumlah sebelum nie mmg bz memanjang..mmg xpernah bersua dgn kakak ipar nie..mmg sporting and sempoi..alhamdulillah..yang tak best..rayer pertama lagi dh de konflik ckit..clap percaturan ke..slh fhm ke..tp Wardah anggap ini semua ujian..walaupun de y tak bertegur tp Wardh harap ia tak berpanjangan..bak kata org air dicincang xkan putus..kalo msg2 xnk mengalah begitulah jadinya..so, Wardah pun tak tahu nk describe camne rayer Wardah thn nie..ngan insan tersyg pun suam2 kuku je..cpt benor nk kcik hatinye..xtaula..lbh baik msg2 diam je la..so, Wardah juz meneruskan hari2 Wardah dgn melayan tetamu dan memnuhi impian org jela..jauh jugak beraya thn nie..sampai ke chenor..alhamdulillah thn nie adik2 Wardah pun ramai dh semakin rajin..tak payah nk suruh2 msg2 dh tahu peranan tanpa bersungut espcially adik bwh Wardah nie..sgt2 lah rajin sjak berlaku sedikit konflik hari tue..pe2 pun Wardah doakan moga Allah permudahkan urusan die dan bg petunjuk pd dia..moga2 tidak terlalu terikut jiwa remaja..bg Wardah semua itu pengalaman..cuma die kne lbh byk teliti dan berfikir lg..walaupun ktorg nie takdelah rapat sgt tp Wardah fhm pe y die rse..biasalah anak2 remaja..sepanjang majlis nie pun terlalu byklah jemputn kawen..nmpk gayanya..xbyk y leh dipenuhi..Wardah nk spend masa dgn family jer sbb Wardah pn jrg2 balik..InsyaAllah thn depan kakak Wardah plak bakal mendirikan rumahtangga..pe2 pun Wardah kn lbh bertanggungjawab lah sedikit..tp sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal nie byk perkara yang Wardah belajar dan ambil iktibar..kdg2 bnd yang kt tak suka tue tak semestinya tak baik kn..so, Wardah cbe belajar untuk redha dan menangani sglnya dgn tenang..tp kdg2 ssh gak nk kwl emosi sendiri..ble emosi ssh nk kwl tue juz amil lgkh berdiam diri jer..positifkn balik diri sendiri..sbb kt pn bkn leh slalu nk time or puas hati jer dgn org..kdg2 de gak bnd y x puas hati..dr biar lidah laju menutur kata baik diam dan undur diri..mgkin kdg2 org akn clp fhm akan sgka kt nie terlalu sibuk la..mls nk lyn la..tp xpela..Wardah dh xnk pk sgt dh..tp kdg2 tu ble dh rindu sgt kt seseorg..mula lah mcm2 timbul..tp cre y terbaik adalah mendoakan kbahagiaan mereka walau di mana mereka berada..itu yang Wardah cbe pegang..biarlah org lpe kt ke..atau ak hargai kita skalipun sbb semua tue tak pntg sbnrnye bilaman kt bersahabat tanpa mengharap pe2 blsn..kdg2 ble rse kcik hati tue mesti tye diri balik.."ikhlas ke aku bersahabat dgn die???"..tue cre terbaik untuk muhasabah diri kita..kdg2 ble semua bnd nie berlaku mesti rasa y silap adalah diri sendiri..dn y bermasalah adalah hbgn kt dgn Allah..sbb nk hrp org fhm kt mmg sshla,kn..Allah y plg memahami dan menddengar kt..jd cukuplah Allah yang tahu segala-galanya..maaflah andai de y menyakitkan hati sesiapa..sempena Syawal y msh bersisa nie, Wardah memohon ampun dan maaf ats sgl keterlanjuran Wardah..Wardah sedar makin byk clap Wardah lantaran kdg kala x mampu lg nk bendung emosi sendiri membuatkan org2 skeliling mkin x fhm..Wardah x pernah salahkan kalian andai tak memahami diri nie..ckuplah andai Wardah mampu memahami kalian..pe2 pun..jgn sedih2..jgn tension2...sglnya milik Allah..kt kembalikan segalanya pd Allah, Allah akan memudahkan urusan kita insyaAllah..selamt hari rayer!!!! :)

Wednesday, 15 August 2012

Kerana Dia sentiasa mendengar..=)

Assalamualaikum..
di dalam kesibukan masa nie...curi ckit masa untuk satu perkongsian kata2 yang sangat terkesan di jiwa...

"Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi saya melainkan ALLAH.
Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis di atasnya, tiada siapa yang menyokong saya tetapi ALLAH.

Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah.
Kadangkala manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan, Namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan.

Dialah ALLAH, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah."
~Prof. Tariq Ramadan~

Bila baca kata2 nie terasa mmg cukup kene ngan diri Wardah...kdg2 bg orang meluahkan itu mgkin mudah..mengadu dan bercerita masalah..cbe mencari penyelesaian...tp bg sesetengah orang ia amatlah payah..nk meluahkan sesuatu memerlukan kekuatan yang tinggi..bukan bermaksud kurang kepercayaan kpd org lain..tp itu adalah masalah diri sendiri..ada masa kita selalu cuba untuk menggembirakan hati orang walaupun kt terseksa..adakala kita biarkan saja sesuatu perasaan hingga ia tidak lagi menjadi rasa..namun kadang2 manusia nie terlalu cepat menghukum..suka menduga2...berprasangka yang bukan2..hingga lidah tidak mampu berkata-kata..hanya hati sahaja yang berbicara...akhirnya diri pun pasrah di atas segalanya..bkn niat Wardah ingin mengeluh atau mempertikaikan seseorang krn Wardah sedar Wardah juga banyak kesilapan..Wardah cuba untuk berikan yang terbaik kpd mereka tp kdg2 sukar untuk memuaskan hati orang..lalu Wardah ambil keputusan untuk terus berdiam..tp diam pun leh jd prasangka jgk..krn dgn diam orang tidak dpt memahami dan lebih suka meneka y bkn2...tp andai bicara lebih menyakitkn, krn itulah Wardah memilih untuk terus diam..Hanya pd Allah yang selayaknya Wardah mengadu..agar sentiasa memelihara dan menjaga mereka walau di mana saja mereka berada..biarlah apa yang mereka nak fikirkan..biarlah mereka kata Wardah dah putus harapan..tiada lagi istilah kecik hati atau terguris rasa krn semua tue dh jd asam garam dlm khdpn Wardah..kdg kala berpura2 utk menggembirakan hati org lain lbh mudah dr menyatakan situasi sebenar..Walau apa pun yang terjadi Wardah ttp sayangkan mereka..walaupun kdg kala Wardah rasa mereka tidak memahami tp Wardah ttp memilih untuk bersma mereka..membantu setakat yang mampu..hadir di saat mereka memerlukan..tp maaf tiada jaminan bg Wardah untuk berkongsi rasa hati Wardah sendiri coz I know by motivated others I can motivated myself...oppss..tibe2 teremosi plak..sgt terkesan dgn kata2 di atas sebenarnya..pe2 pun Wardah tahu Wardah byk silap dan bkn slh mereka jika tidak memahami..Wardah nak minta maaf sgt2 bg kwn2. adik2 dan shbt2 yang byk terasa hati ngan Wardah..I had try my best for not hurt you but it always happen..sorry for everything..and i always love all of you very much eventhough I rarely or never say it..perlu mengundurkan diri krn masih byk kerja menanti dari bermain perasaan sendiri...heheheh..

Monday, 6 August 2012

DeMi mAsA...


Assalamualaikum..dah lama rasanya tak menulis..bukan xde idea tp keterbasan waktu yang menghalang di samping sikap malas yang tidak dapat dielak.. huhhuh..alhamdulillah masih diberi nafas, ruang dan peluang untuk menulis lagi..sebenarnya nie first time menaip dalam bas..dalam perjalanan untuk kembali semula ke bumi cendering.. meneruskan perjuangan dan menunaikan tanggungjawab..lme jgk rasanya bersama keluarga kali nie..semuanya krn ini mungkin tahun terakhir untuk bersama-sama..lepas nie susah la ckit bila msg2 dh berkeluarga..tak tahulah nape tbe2 boleh plak nk menulis dlm bas nie..td Alhamdulillah dah khatam surah Maryam (agak lewat untuk menghabiskan 30 juzuk).. berhenti sekejap untuk sms dgn insan tersayang…tp mungkin die ada hal agaknya jd tak dapat nk teman sepanjang perjalanan nie…tue tbe2 rse nk menulis plak walaupun dlm keadaan bas yang goyang2 dan org sebelah yang terlentok lena dibuai mimpi..(heheheh..pasal orang duduk sebelah pun nk cite..) Wardah sekarang di Chukai tepat 10.30 pg..ok2..back to the real topic..td saje je nk warming up dl..hehehhe..

Hari nie terasa nak berbicara tentang masa..perkara biasa yang selalu dibincangkan..tp Wardah nak cakap jugak ttg isu nie..ttg apa y Wardah rasa dan mungkin ada di kalangan anda juga pernah rasa..Sekarang nie Wardah rasa masa bergerak terlalu pantas…sedar tak sedar sekejap je dah masuk pertengahan Ramadhan..sedangkan Wardah rasa macam baru je lagi menyambut hari pertama di Bulan Ramadhan..sekarang nie pun di corong2 radio sibuk memutarkan lagu-lagu hari raya..sedangkan Ramadhan baru sampai di pertengahan..nampak sangat budaya orang kita nie terlalu memikirkan Syawal daripada Ramadhan yang penuh barakah nie…Wadah tidaklah kata semua orang tapi kebanyakan di kalangan kita..buktinya cuba tgk di mana2 masjid atau surau..minggu pertama Ramadhan punyalah ramai sampai de yang terpaksa solat di luar masjid…tp bila masuk minggu kedua..jemaah makin kurang..maka nampaklah kelompongan dan kekosongan yang cukup ketara..masing2 kembali kepada kesibukan dunia…tidak perlulah merujuk kepada orang lain krn Wardah sendiri pun mengakui turut terikut sama dengan budaya seperti itu..tapi Alhamdulillah Allah masih berikan kekuatan untuk Wardah menghadirkan diri untuk solat berjemaah dan terawih..setakat nie belum miss lagi tanpa alasan kecuali bilaa da kelas malam yang tidak dapat dielak..tp qiam..hehehe…senyum sendiri jer…awl2 dl tak pernah miss..tp skang..dh jd kdg2…astaghfirullah…kdg2 selalu Tanya pada hati knape la selalu je lalai..bila bercakap ttg masa nie mesti teringat satu surah nie yang Wardah yakin semua org pun tahu..

“demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali bagi orang2 yang beriman dan beramal soleh..berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran”
 
Semua orang tahu ayat ini tapi tak ramai yang beramal….ingat lima perkara sebelum datang 5 perkara..memang sangat tepatlah ayat inikan..krn kita nie sbg manusia selalu jer membazirkn waktu…ble de waktu lapang kt berehat dengan serehatnya..tp bila dah banyk kerja dtg, mulalah kt mengabaikan perkara2 wajib mahu pun sunat..
 
Bila tiba jer bulan Ramadhan..masing2 tanamkan azam untuk khatam al-quran at least skali..tp bila dalam bulan Ramadhan kita disibukkan dengan kerja-kerja dunia sehingga melalaikan diri kita untuk sentiasa mengaji al-quran..akibatnya mcm Wardah sendiri dah terlewat 1 juzuk sedangkan masih lagi dlm keadaanbersuci..bila dah dlm keadaan tidak bersuci, bknkah lebih banyak lg yang bakal tertinggal???..jd camne nak capai target tue???..sbb tueWardah rasa masa nie pantas sangat berlalu dan Wardah tak boleh terlalu leka..byk tanggungjawab dan amanah yang perlu Wardah selesaikan..dan Wardah selalu berdoa kpd Allah agar beri Wardah kekuatan untuk meneruskan sisa2 kehidupanWardah di jalan yang diredhai..dan diberi kesempatan untuk mengkhatammkan bacaan Wardah biarpun sekali..Wardah tak nk menjadi orang yang rugi meskipun telah diberi kesedaran dan peringatan..insyaAllah Wardah akan cbe yang terbaik…rasanya setakat ni jelah dulu tulisanWardah…bas yang bergoyang nie buatkan Wardah bertambah pening…insyaAllah de masa Wardah akan menulis lagi..
Sama2 lah kita tingkatkan amalan dan mengejar keberkatan bulan Ramadhan yang semakin bersisa..semoga amalan kita diterima Allah..insyaAllah...