Saturday, 25 February 2012

Berlapang dadalah.....

Berlapang dadalah duhai sahabat...walau pe jua y menimpa dirimu...hanya Allah y mengetahui tiap sesuatu..selemah2 ukhwah adalah bersangka baik pada org...tp bnd y lemah nie la y ssh kt nk wat,kn..ssh nk jge hati sendiri apatah lagi nk suh orang berbaik sangka dgn kita..ada org terlalu mudah mengeluarkan kenyataan tnpa mengetahui hakikat suatu perkara itu dl..jd, terjadilah perselisihan faham..yang tak bersalah cuba memberikan penjelasan....tp mgkin dianggap sekadar menegakkan benang yang basah..so, no point kn..hanya menyakiti hati satu sama lain..tp de pendapat y gtau..kt kne luah baru org fhm pe y kt nak..kalau kt diam jer mana org nak tau...betul lah tue kn..tp Wardah xdela sekuat itu..mgkin sbb sikap Wardah y sentiasa je nk nmpk betul........... tp kdg2 mmg betul pn sbnrnya....org tak fhm Wardah sepatutnya tak menjadi masalah kpd Wardah...tp bilamana org tak faham dan mengeluarkan kenyataan y bertentangan..itu y menjadi mslh besar bg Wardah..Wardah tau Wardah boleh je explain...sbnrnye bnd tue camni..camni,kn..tp x gne gak ble org nmpk y mslh jer..jd explain la camne pn...org takkan time..so, no point nk explain pjg2..tp ble kt diam, org anggap pe y die kt tue betul blaka..da makin bykla kt2 y lbh mengguris rasa...sbb tue ssh nk berbaik sangka ngan org..tp Wardah cbe jg blaja..skang adalah masa untuk berlapang dada..sakit gak tuk berlapang dada..kdg2 ble Wardah pk2 menangis sorg2 ble pk pe y terjadi...mmg betul pndgn manusia tue x penting sgt..tp ble mne org terdekat buat satu assumption y kt sendiri tak leh time tue y plg sakit..dan itulah kelemahan Wardah y plg utama..ble berlaku je bnd tue..rse terbang seluruh semangat Wardah..sedangkan Wardah seorang y sntiasa motivate dr..semua org tau itu...Wardah kne jd kuat tuk semua org biarpun terpaksa berpura2..hanya insan2 tertentu je y Wardah harapkan..tp blemana mereka membuat sesuatu kyataan tue..it hard to take..bknlah Wardah tak leh nk time teguran..tp pndgn dieorg tue sume tak pernah terlintas langsung d fkrn Wardah sampaikan Wardah tak tahu nk respond pe..sekadar menerima dalam keadaan terpaksa..sedih sgt2..kalo lah dieorg tau pe sbnrnya d hati Wardah..betapa sygnya Wardah kepada mereka..mgkin mereka xkn persoalkn pe2..so, Wardah kne pujuk gak hati sendiri tuk berlapang dada..telan je sglnya biarpun pahit..Wardah tau Wardah perlukan masa tuk semua nie dan y plg pntg tuk pulihkn kmbali smgt Wardah..pe2 pndgn dieorg Wardah x ksh la..Wardah xnk komen pe2 cme jgn pertikai tndakan Wardah lg...Wardah perlu hidup seperti dl..i don't need anyone too much as long as i know He always with me...Ya Allah, plz give me strength to go along through all this...amin..

Wednesday, 22 February 2012

Hukum pemakaian cincin

Pakai cincin bagi lelaki dan perempuan adalah sunnah baginda Muhammad SAW dengan syarat tertentu.Antara syaratnya adalah: 
Si pemakai hendaklah memakai cincin hanya:
‎~..Di jari kelingking
~..Di jari manis
Kerana inilah pesanan baginda Muhmmad SAW kepada Saidina Ali selepas Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan baginda.
Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah  dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)
Semua orang baik lelaki atau wanita amat digalakkan untuk memakai cincin pada jari kelingking dan jari manis.Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis dan kelingking dipandang, malah dapat pahala pula.
Menurut Imam Malik, Syafi'iy dan Hanbali: yang paling utama ialah jari kelingking, sesudah itu jari manis (al binsyir)
Di bawah adalah pandangan-pandangan ulama’ mengenai pemakaian cincin ni:
~.. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa disunnahkan bagi lelaki untuk memakai cincin di jari kelingking sebelah kiri dan bukan pada jari lain walaupun kanan. Sebahagian daripada ulama Hanafiyah mengatakan bahawa diharuskan untuk memakai cincin pada jari kelingking kanan.
~.. Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu, guru kepada al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu mengatakan bahawa disunnahkan memakai cincin di jari kelingking kiri dan beliau sendiri memakai cincin di jari kelingking kiri. Al-Imam Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan bahawa sunnah memakai cincin pada jari kelingking kiri dan makruh memakainya pada kelingking kanan.
~.. Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyidina Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.
~.. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa afdhal memakai cincin pada jari kelingking kiri. Mereka juga berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai cincin pada jari manis dan ibu jari. Manakala jari telunjuk dan jari tengah adalah dilarang untuk meletakkan cincin padanya kerana terdapat larangan yang jelas daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.
Disebabkan kita ni duduk di Malaysia,Mazhab yang kita pegang adalah mazhab Syafie’,maka ikutlah pandangan mazhab Syafie’ di atas tu.Pandangan yang ketiga tu.
Jari manis dan kelingking
Dan jangan sama sekali memakai cincin:
~✿..Di jari hantu
~✿..Di jari telunjuk
Hal ini kerana,Nabi Muhammad SAW sendiri melarang memakai cincin di jari-jari tersebut sebab memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Bagi wanita,mereka bebas hendak memakai cincin apa-apa pon tak kira la cincin besi ke,cincin timah ke,cincin emas ke,cincin perak ke,tak kisah pon manakala lelaki pula dilarang sama sekali untuk memakai cincin yang diperbuat daripada emas.
Rasulullah SAW mengambil sutera, baginda letakkan di sebelah kanannya dan baginda mengambil emas kemudian diletakkan sebelah kirinya, lalu baginda berkata:
"Kedua ini haram buat lelaki dari ummatku."
(Ahmad, Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban dan Ibn Majah)
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang lelaki memakai cincin emas di tangannya, kemudian Nabi SAW mencabut cincin itu, lantas membuangnya ke tanah.
Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada lelaki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)
Cincin emas ni selalu dipakai oleh golongan orang yang kaya-raya sampai dia lupa bahawa pemakaian emas bagi lelaki adalah haram.Bukan sahaja cincin,jam tangan,gigi,gelang emas juga haram dipakai oleh lelaki.

Sebaiknya pakailah cincin perak kerana baginda Muhammad SAW pernah memakainya.
“Tatkala Nabi saw ingin menulis surat kepeada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].
Menurut Ibn Taimiyah ra. :-
“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi saw memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat” [Majmu' Fataawa 25/63-65].
Memakai cincin menurut SUNNAH yang diperbuat daripada PERAK adalah HARUS bagi lelaki manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas.

Cincin suasa,lelaki jangan pakai!!
Jadi bagaimana dengan cincin suasa? Adakah golongan lelaki dibenarkan memakainya? Suasana ni merupakan campuran tiga logam iaitu tembaga,perak dan emas.
~✿.. Tembaga 70%
~✿.. Emas 20%
~✿.. Perak 10%
20% emas? Sudah semestinya pemakaian cincin suasa bagi lelaki adalah haram.

Ust. Azhar Idrus Berkata,
"Apa yang saya ketahui HUKUM memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah HARAM kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih sekalipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.."
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samaada emasnya sedikit atau banyak.."
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.."
Kesimpulannya,memakai cincin adalah sunnah dan hendaklah memakainya di jari kelingking dan jari manis sahaja serta sebaiknya pada tangan kanan.Lelaki dilarang sama sekali untuk memakai cincin emas kecuali bagi wanita.

Cincin Im ni murah je,tak sampai RM50 pon.Yang takde batu tu RM25 manakala yang ada batu pulak RM45.Yang Im beli dekat pasar Parit Buntar tu yang ada batu tu lah.Kedua-dua cincin ni Im pakai di jari manis sebelah kanan.

Setelah pakai cincin ni Im rasa selesa je.takde ape-ape yang pelik pon.

Kadang-kadang orang akan pandang pelik kepada lelaki yang memakai cincin ni tetapi inilah akhir zaman,kebanyakan sunnah nabi ditinggalkan dan sudah mula dianggap asing serta aneh.Oleh itu kepada kaum lelaki marilah kita sama-sama laksanakan sunnah nabi yang simple ini.Kepada yang sudah pakai tu teruskanlah pakai ye.


p/s: copy from http://warkahperjalanan.blogspot.com
Cool Blue Outer Glow Pointer

Monday, 13 February 2012

Rahsia 13 rukun Solat




Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang
baru tahu......


1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi atau Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang
perasan. Wassalam.