Thursday, 30 June 2011

Ambillah masa untuk berfikir...

kdg2 kita nie ble dah terlalu busy jarang ambil waktu untuk berfikir kan..kalo nk berfikir pun slalu limitkn waktu y de..ble da byk mse plak..x berfikir jugak..koya je lebih..tau x koya tue pe???hmm..camne yer nk describe???..hmm...wardah pun x tahu..tp mcm berangan-angan..perasan..heheh..tue tafsiran Wardah sendiri tp xtahulah org lain camne..Wardah de terbaca kt2 nie dlm sebuah buku tp xngatlah tjuk ape..dh lme Wardah simpan kata2 nie..bru jumpe blik..moga bg manfaat dan peringatan untuk semua..


"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...."
bagi Wardah kata-kta itu sgt bermakna..tp jrg kt nk aplikasikan dlm khdpn kt..knape??sibukkah kt atau kt nie hidup lbh pentingkan dr sendr???... tepuk dada, tanyalah pd diri sendiri..kt nie slalu lupe sbb tue la perlunya kt2 y sentiasa memberi ingatan dan motivasi pd kt..sbb itu jugalah kt digalakkan membaca..
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan dari segala ketenangan jiwa."
betul kn mcm y tertulis di atas???sme2 kt renung2kn..muhasabah diri dan selamat beramal... :)

Wednesday, 29 June 2011

Konsep Akhlak Dalam Islam

  Nie Wardah dpt dr seorg shbt y mmg suka membaca dan menulis...sekadar perkongsian bersama..harapnya die xksh Wardah post dlm blog nie..kdg2 ada antara kt nie xtahu pun akhlak tue pe..kalo tye tau x akhlak tue pe??mesti jwb tau..ble tye apa itu akhlak..mgkin ada y menjawab "akhlak tue akhlak la"..ataupun.."tau tp xreti nk explain..." jwpn biasa la tue..jd hari nie kt nk sume tahu apa y dimaksudkan dgn akhlak..

JOM BACE!!!! 

 

Kenapa perlu tahu ttg akhlak???.... 

Objektif
  • Ahli halaqah memahami pengertian akhlak mengikut pandangan Islam.
  • Ahli halaqah mengetahui ciri-ciri akhlak Islam serta dapat mengaitkannya dengan kehidupan.
  • Ahli halaqah mengetahui betapa pentingnya berakhlak dengan akhlak Islam.
  • Supaya ahli halaqah menyedari bahawa akhlak yang baik dapat menarik minat manusia kepada tujuan seruan dakwah kepada masyarakat.
Pengertian Akhlak
Dipetik daripada perkataan al-akhlak (جمع) kata jamak daripada perkataan al-khuluq bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan.

Dari segi istilah, akhlak membawa sifat yang tertanam dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penilitian dan pemaksaan. Ibnu Miskawaih, ahli falsafah Islam mentakrifkannya sebagai keadaan jiwa yang mendorong kea rah perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali r.a pula memberikan takrifan akhlak sebagai satu keadaan yang tertanam dalam jiwa yang menampilakn perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang keluar itu baik dan terpuji menurut syarak dan akal, perbuatan ini dinamakan akhlak yang mulia (mahmudah), sebaliknya pula adalah akhlak yang buruk (mazmumah).

Penilaian akhlak baik dan buruk (true and false)(bad and good) mempunyai pelbagai pandangan berdasarkan kepada matlamat hidup manusia. Ada yang menjadikan kebendaan, pangkat, kekuasaan, kemasyhuran dan pelbagai lagi sehingga berlaku perbezaan aliran pemahaman berkenaan akhlak. Dengan sebab itu wajarlah ia diletakkan dalam timbangan yang adil dan saksama dengan matlamat akhir sesuatu tindakan merupakan penentu kepada ukuran tersebut.

Akhlak memberi fungsi untuk mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik dan buruknya perbuatan itu.  Perkara iradi (ketentuan) tidak dikira sebagai perbahasan akhlak seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya.

Akhlak vs Moral,Etika

Akhlak merangkumi keseluruhan perkara dalam kehidupan manusia dan tidak tertutup dalam satu-satu perkara sahaja serta ditentukan melalui hubungan langsung dengan syariat dalam Islam. Moral dan etika merupakan perkataan pinjaman bahasa Latin “Moralis”/ “Mores” dan “Ethikos”/ “Ethos”. Kedua-duanya juga merupakan istilah yang merujuk kepada maksud akhlak, tetapi lebih bersifat subjektif, relatif dan temporal (berubah) menurut lingkungan pemikiran manusia, suasana dan tempat.

Sebagai contoh, di barat, bercium bersama pasangan yang haram dianggap masih bermoral dan tidak menyalahi peraturan dalam masyarakat. Oleh sebab itu, perkaitan diantara kedua-duanya tidak membawa maksud hakiki dalam pengertian akhlak yang dituntut oleh Islam lantaran isu moral dan etika yang bersandarkan kepada kehendak manusia sebagai penentu baik buruknya.

Ciri-ciri Akhlak Islam
  • Mutlak dan menyeluruh
  • Melengkapi tuntutan kejadian fitrah menusia dan mengawal peribadi manusia
  • Bersifat sederhana (wasatiyah) dan seimbang (balance) serta tidak membebankan dalam kelahiran karakter.
  • Mencakupi suruhan dan larangan
  • Bersih dalam perlaksanaan- “Matlamat tidak menghalalkan cara”
  • Seimbang aspek dunia dan akhirat
Kepentingan Akhlak
  • Mencorak tingkahlaku manusia
  • Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan terhadap perlakuan manusia.
  • Akhlak mencerminkan keimanan
  • Akhlak sebagai simbol tamadun manusia.
  • Akhlak pemangkin perubahan dalam environment yang berkrisis.
Kepentingan Akhlak Islam.
  • Bersifat Rabbani yakni mempunyai perkaitan/ perhubungan dengan Khaliq (Pencipta)
  • Bersifat syumul (sempurna)- merangkumi soal muamalah(pergaualan), kekeluargaan, kemasyarakatan, politik, ekonomi, peperangan dan sebagainya sebagai sistem kehidupan.
  • Bersidat paktikal (amali) yang menuntut kepada menolak kepada bentuk kemungkaran dalam masyarakat serta mencerminkan wajah akhlak  yang luhur.
  • Hubungan akhlak menjadi cerminan kepada keimanan dan taqwa manusia.
Akhlak merupakan buah keimanan. Perasaan takwa dan sentiasa menghitung hari pertemuan dengan Allah taala menjadikan seseorang itu berwaspada dalam tingkahlakunya. Sifat berwaspada inilah yang membentuk akhlak peribadi manusia.

Sesungguhnya akhlak yang terpuji dan wajar dijadikan teladan oleh sekalian manusia adalah Rasulullah saw sendiri yang mempunyai keperibadian yang tinggi dan luhur sebagaimana firman Allah dalam al-Quran:
وإنك لعلى خلق عظيم

“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung”- Surah Al-Qalam, 68:4

Sumber: Olahan daripada Buku Manhaj Usrah Pas, Peringkat Ta’arif 1, Terbitan Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat, Tajuk 4: Konsep Akhlak Dalam Islam, m/s:55

Hari-hariku...

Da dekat seminggu kembali ke kg halaman nie...xtahula pe y Wardah buat kt rumah..balik2 tgk tv, online....xde kje lain..thp kebosanan yang tinggi da hampir2 melanda diri..rse nk je kembali semula ke dungun..tp kne wat perancangan betul2...kne tggu dlm tempoh 2 minggu nie..kalo xde pe2 kptsn lg..mgkin akan kmbali semula ke daerah tersayang..tp pe2 pun Wardah tetap bersyukur..at least seminggu sekali Wardah de uusrah dgn shbt2 di Kuantan nie..rsela ckit terisi mse y ada..alhamdulillah..semalam bincang psl hadis kedua drpd 40 hdis Imam Nawawi nie..hadis y plg asas n sepatutnya semua org tau..hadis mengenai ad-din..cre hidup kt sbg org Islam..mgkin rmi da pernah bce ksh nie..Apabila malaikat Jibrail dtg bertemu Rasulullah s.a.w dan menjelma sbg seorg lelaki dan bertanyakan kpd Baginda mengenai Islam, Iman, Ihsan dan juga Hari Kiamat..dlm hadis nie menerangkan scr ringkas perkara asas y sewajibnya kt ketahui...alhamdulillah mengingatkan diri yang lupa dan menyegarkan hati yang layu..itulah kepentingan kt untuk join usrah agar hati dan jiwa kt terus segar dan bersemangat menjalani kehidupan sbg seorg hamba..dan tidak lupa untuk bersyukur..Marilah kt bersama-sama mengucapkan kalimah Alhamdulillah...

Saturday, 25 June 2011

Apabila perempuan jatuh cinta...

Assalamualaikum...hari nie Wardah nk share kiriman email dr seorg teman...xtahulah betul ke x..
meh sme2 bce...

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..


Sibuk sangat ke kiter??????....

Untuk peringatan sahabat2 dan utk diri sendiri....

KITA SIBUK DENGAN APA?

Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.
Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah  s.w.t .

Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:

[*]Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
[*]Bermunajat kepada Allah setiap malam
[*]Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
[*]Berperang di jalan Allah
[*]Melayani isteri-isteri
[*]Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
[*]Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
[*]Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
[*]Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
[*]Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)

Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara :

[*]Kerja
[*]Keluarga (isteri dan anak-anak)
[*]Melangsaikan hutang
[*]Main facebook, nengok Youtube
[*]Dan lain-lain..

Renungkanlah kata-kata ini pula :


Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _Al-Imam Ghazali

Wednesday, 22 June 2011

Terbang tinggi...

Assalamualaikum..
hari nie kne motivated diri ckit..jd Wardah nk share lirik lagu dr yasin...terbang tinggi...sangat mendalam maksud ayat nie..moga hari ini lebih baik insyaAllah..

Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya?

Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki
Cuba mendaki sejauh lelangit yang tinggi
Seperti mereka yang telah merasa
Terbang tinggi apa pengertiannya

Hidupnya bagaikan insan yang asing
Si musafir berkelana di bumi yang lain
Tiada bermegah tidak terlalu lemah
Sebaik perkara yang sederhana

Kau xkan hidup dengan pujian manusia
Atau mati dengan cacian mereka
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka

Jangan kesal jangan sesal dengan siapa sebenarnya kita
Dan terbang tinggi di langit yang luas
Terima dirimu seadanya

Jangan caci pada si dia yang hina
Jangan benci pada yang tak mengertinya
Kasihanilah dia yang tak menghayatinya
Jangan takut kiranya kau berbeza

Perbezaanya kita ilmu dan sikah
Mungkin kelak kau akan mengertinya
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka

Jangan sesal jangan kesal
Jangan kesal jangan sesal
Terima dirimu seadanya
Dan terbang tinggi dilangit yg luas

Tuesday, 21 June 2011

Antara cita dan harapan

Antara cita-cita dan harapan..sepertinya perkara yang sama tapi bilamana ia x selari kdg2 sukar untuk memilih samada perlu mengejar cita-cita atau lbh kepada memenuhi harapan semata..perjalanan hidup y kadang kala sukar untuk dijangka adakala membuatkan matlamat kian terpesong jauh..sasaran sering sahaja tersasar..dan bilamana berlaku pertembungan cita-cita dan harapan, mulal lah berlaku konflik diri yang sangat nyata..Wardah selalu jer jd keliru..antara nak mengejar cita-cita Wardah atau memnuhi harapan org..mungkin betul bak kt insane tersayang Wardah nie selalu je fikir tentang org..ikut je pe y org nak sdgkn untuk memenuhi impian semua org adalah mustahil..Wardah selalu je nk cuba penuhi impian org tp dlm mse y sme hanya menyusahkan org lain..suka buat keputusan drastic dan lepas tue menyesal..dan byk mengecewakan hati org..kdg2 Wardah rse sedih gak tp Wardah tau itulah risiko y perlu Wardah hadapi..once u take the risk, u cannot go back…itulah yang Wardah pegang selama nie..dan akhirnya Wardah terpaksa meninggalkan insan tersayang..meninggalkan bumi dungun..kembali ke kampung halaman..memenuhi impian family Wardah sendiri..Wardah tahu dia sgt kecewa dgn kptsn Wardah dan Wardah cukup bimbang andai ini semua mengganggu tumpuan belajar die nnt..tp Wardah tahu akhirnya dia pasrah walaupun da kering air mata die tumpahkan untuk Wardah…Wardah sendiri pun agak sedih sbnrnya dan xsgka Wardah leh ambil kptsn drastic gni tp bg Wardah mgkin inilah jln y Allah telah pilih untuk Wardah setelah sekian lama Wardah memohon petunjuk..Sayang nak tinggalkan Dungun bilamana masih byk t/jwb y x terlaksana…tp…inilah pilihan Wardah..biarlah masa yang menentukan samada Wardah bkl kembali semula atau terus menyepi..Buat insan tersayang, ku sampaikan angin rindu di angin lalu dank u doakan moga dirimu terus tabah dan kuat menghadapi cabrn hidup…hanya jasad yang terpisah, moga hati tetap bersatu insyaAllah..ukhwah ini akan kekal buat selamanya biarpun tiada lagi udara untuk bernafas….

Sunday, 19 June 2011

Bercuti ke Pulau Redang...

Alhamdulillah satu rahmat Allah..akhirnya dimakbulkan jua hajat untuk melawat pulau..merasai kehidupan di pulau..walaupun pada hakikatnya bukanlah pergi untuk bercuti tp lebih kepada gerak kerja yang menjadi tanggungjawab diri tp Wardah sangat bersyukur kerana akhirnya dapat menjejakkan diri ke Pulau Redang..Maha Suci Allah mmg sgt2 cantik pemandangan Pulau Redang seperti yang dikata orang. Perjalanan yang memakan masa dekat 3 jam lebih tue mmg agak memenatkan lah gak. Sepanjang perjalanan tue asyik tidur jer..kesian ke sahabat yang memandu sampai ke KT tue terpaksa la memandu sorang2..maafla mmg tak dapat tahan rasa mengantuk tue..walaupun perjalanan juz memakan masa sejam jer..sampai Batu 6 kitaorg naik bas plak menuju ke Merang. Actually xtahulah bpe masa yang diambil sebab sedar2 jer da sampai..bukan pe semalaman tak tidur melayan feelings dengan insane tersayang..Mula-mula ngatkan xnk tidur dh tp dekat kol 4 lebih tue terlelap gak..sedar-sedar dh pukul 6 pg..kalo ikut perancangan bertolak ke KT pukul 6pg..Nasib baik sahabat yang jd driver tue terlewat gak..hehehe…sampai jerk at Merang tue terus je naik bot menuju ke Pulau Redang. Mula-mula cuak gak takut mabuk laut..maklumlah bru first time and Alhamdulillah xde mslh sepanjang perjalanan tue..sampai jer di Pulau Redang tue mmg xsangka la akan naik lori ke tempat penginapan..mmg betul2 rse ditarbiyyah la..kne betulkan niat dtg ke situ bukan untuk bercuti tp lebih untuk mentarbiyyah diri..menginap di sebuah rumah kayu yang dijadikan pasti di Pulau Redang tue..Namanya Pasti An-Nadwah..Mula-mula seperti biasa start dengan program Taaruf…bak kata org tak kenal maka x cinta tp de jugak la beberapa insan  yang mmg da knal..dan start la dengan agenda utama iaitu brainstorming..byk jugak input-input yang dapat dikongsikan bersama..yang hadir pun dr pelbagai tempat seluruh negeri Terengganu, jd mcm2 idea la yang kuar..after asar tue de la aktiviti riadah..pergi la ke pantai berhampiran Berjaya Resort…sekali lg pergi dgn lori..mmg mencabarla..kt sne dpt la pengalaman jd babysister kejap..kbtulan Wardah mmg sukakan bdk2 n bdk kecik tue pun mmg friendly la tp ngan org lain die krg ckit mcm malu2 jer..tp aktif tak yah nak kt la…penat gak melayan tp bled a smpai kt pantai tue, ummi dia amik blik..leh la Wardah bergambar sakan sementara ramai shbt lain, mandi-manda..teringin gak nk join tp x bw lbh baju..skadar main di gigi air jela..tp ttp best..Mlm tue smbg plak dgn sesi muhasabah dan resolusi untuk brainstorming td…tp mmg da xleh focus da..mmg sangat2 mengantuk..ble pk2 blik mmg xlayak la Wardah nie jd penolong s/u…hehehe..tp da mnta maaf da ngan s/u..die x marah pun..Pagi esoknya tepat jam 7pg ktorg da kemas2 da nk g taman air Pulau Redang..skadar aktiviti outdoor n lbh focus pd aktvt snorkeling (betul x eja??..hentam sjela..). Sampai je kt jeti da start cuak la sbb jmpe insan2 yang sgt dikenali..maklumla mke famous gak kt u…(famous ke???)..mmg debar la jugak..terpaksala meminjam topi pantai sorg shbt tuk cover muka..tbe2 terasa jd ladies la plak..da la topi wne pink..mesti kne gelak sakan ngan bdk2 nie..tp terpaksala pki gak..walaupun best tp x best gak la sbb terpkse jge2 tkut2 dieorg perasan…so far Alhamdulillah tak bertembung sgt tp rse de jer y perasan tp ble tgk fon xde org sms, kre selamatla..anggap jela y die tue slh org..hehehe..so kt ctu juz bgmbr jela..lgpn da jnji ngan insan tersayang , kne amik gmbr byk2..tp mmg best la g pulau..terasa erat sgt ukhwah walaupun de y bru jer knal..shbt2 nie plak major nya y jnis happy go lucky..mmg best la..y plg best ble leh posing kt tmpt memandu bot…(koya cam leh memandu la konon…hehehhe)..tp sorg akak tue lg best la dpt peluang memandu bot sendiri..dkt stgh jam ladie memandu smpi die pn rse mengantuk..tepat 3.30 ptg, kami pn smpi la dkt jeti Merang…dkt kol 7.00 mlm gak la baru smpi umah..pe2 pun mmg best la dpt g pulau…melihat dan menikmati keindahan alam..de rezki, nk pergi lg..lg best kalo dpt pergi dgn insan tersayang..doa2 moga pjg umur lg…amin…

Friday, 17 June 2011

Akhirnya grad juga...

Alhamdulillah setelah sekian lama menanti, debaran berakhir jua..keputusan final sem pun diumumkan pd 17 Jun 2011 tp Wardah da dapat cek pd 16hb lg..hehehe.. mmg da x sbr nk tunggu..lagipun esok da nk g Pulau Redang.. alhamdulillah bersyukur dengan result y dapat walaupun tak capai target..Dah agak dah tp nak gak letak harapan yang tinggi..Harap sgt dapat result 4flat skali tp xde rezki..maklumlah sekadar satu paper jer..nak siapkan thesis ari tue mmg byk tekanan la..siap menangis2 lg..malu la jugak nangis depan lecturer tp alhamdulillah lecturer byk bg semangat dan xjd la nk extend..kalo x malu gak nk extend sebenarnya..best student leh extend gara-gara thesis??..(best student la sgt..)..bersyukurla sangat dapat A- walaupun agak kecewa gak cgpa xnaik pun..rse mcm penat gtu jer wat thesis tp pointer kekal sama..tp bak kata shbt2..kne bersyukur..at least leh grad dengan 1st class degree..cuba bayangkan org lain y xleh grad dgn 3 pointer pun..alhamdulillah bersyukur sgt..nie lah satu2 nya hadiah yang leh bg kt mak ayah setelah beberapa kali mengecewakan family start dr result SPM and diploma yang x cemerlang mana..dan atas keputusan Wardah sendiri nak tukar kos dari bidang Sains ke Bisness..Wardah tau Wardah kne bg yang terbaik kerana inilah jalan yang telah Wardah pilih...alhamdulillah akhirnya Wardah bergelar graduan UiTM dengan pointer yang x tinggi mana pun tp Wardah dah cukup bersyukur...3.58.. walaupun xdpt ANC tp inilah rezeki Wardah setakat nie..Wardah nk ucapkan terima kasih sgt2 kepada sume shbt2 y telah byk membantu Wardah slama nie..Wardah sayang sgt dgn korang...lepas nie kene fikirkan masa depan plak..sambung blajar@keje...kawen???hmm..mcm x layak lg kot...moga-moga tak dipertemukan jodoh dalam masa terdekat nie...amin..tp kalo da de jodoh tak leh tolak gak,kn…hmm..mls la nk pk lg psl tue..just let it be..xsabar plak nk tggu ari konvo..rindu nak jumpe shbt2...